Opera buffa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Opera buffa (daripada Bahasa Itali, harfiah bermaksud opera jenaka) ialah sebuah genre opera. Perkataan ini mula-mula digunakan sebagai pemerian tak formal tentang opera jenaka Itali yang diklasifikasikan oleh para pengarang masing-masing sebagai "commedia in musica", "commedia per musica", "dramma bernesco", "dramma comico", "divertimento giocoso", dan lain-lain. Istilah ini khususnya berkait rapat dengan perkembangan di Naples pada setengah pertama abad ke-18, yang menyaksikan genre ini menjadi popular dan berkembang dari Naples ke Rom dan utara Itali. Ia pada mulanya bercirikan keadaan biasa, dialek-dialek tempatan dan penulisan vokal (suara) mudah (basso buffo ialah jenis suara sepadan), dengan keperluan utamanya diksi yang jelas dan kebolehan melakukan nyanyian patter.