Aria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Aria, dalam bahasa Itali untuk “udara” atau "air" dalam Bahasa Inggeris, juga disebut "arie" atau "arias" (lebih dari satu suara) dalam muzik, bermaksud cara penyampaian emosi sesebuah lagu berdasarkan drama dalam struktur melodi yang kerap digunakan atau sesekala, dipersembahkan oleh penyanyi. Pada masa ini, "Aria" kerap digunakan untuk memberi maksud keunikan / keperibadian untuk satu suara yang disampaikan bersama kumpulan orkestra. Perkataan "aria" banyak kali disebut guna ataupun bersesuaian dengan penyanyi opera, dimana kebanyakan seni "Aria" digunakan dalam pergerakan oratorio dan kantata.

Penggubah - penggubah muzik juga menulis "Konsert Seni Aria“ sebagai satu cabang kerja seni, contohnya Ah Perfido digubah oleh Beethoven dan beberapa konsert "aria" arahan Mozart. Seni Aria mula muncul pada abad ke-14 yang pada masa itu merujuk kepada corak penyanyi atau pelakon. Aria juga boleh dimaksudkan sebagai skim atau motif melodi atau corak menyanyi puisi, contohnya sonet. Aria pernah dihubungkaitkan dengan sesetengah alat muzik tetapi ia sudah tidak lagi digunakan dalan maksud aria hari ini.

Dalam masa ke semasa, Aria berubah dari melodi yang biasa dan senang kepada bentuk yang lebih teratur. Pada abad ke-17, Aria ditulis didalam struktur ternary (ABA) yang dikenali sebagai da capo arias.

Kemudiannya seni Aria mula memasuki dunia opera dan dipelbagaikan kepada banyak cabang seperti Aria cantabile, Aria agitata, Aria di bravura, dan banyak lagi.

Dalam pertengahan abad ke-19, kebanyakan opera sudah menjadikan Aria sebagai corak seninya dengan hanya meninggalkan sedikit bentuk lamanya kepada resitatif, manakala sesetengah opera lain (sebagai contohnya, penggubah Wagner) menggunakan keseluruhan seni aria sebagai cabang baru kepada muzik orkestra.

Aria opera terkenal[sunting | sunting sumber]

Aria Opera Lingkungan suara Penggubah Libretis
"Nessun dorma" Turandot Tenor Giacomo Puccini Giuseppi Adami dan Renato Simoni
"Largo al factotum" The Barber of Seville Tenor Gioachino Rossini Cesare Stirbini
"La donna è mobile" Rigoletto Tenor Giuseppe Verdi Francesco Maria Piave
"E lucevan le stelle" Tosca Tenor Giacomo Puccini Luigi Illica dan Giuseppe Giacosa
"Votre toast, je peux vous le rendre" Carmen Bariton-bes Georges Bizet Henri Meilhac dan Ludovic Halévy
"Der Hölle Rache kocht in meinem Herzen" The Magic Flute Soprano Wolfgang Amadeus Mozart Emanuel Schikaneder
"O mio babbino caro" Gianni Schicchi Soprano Giacomo Puccini Giovacchino Forzano
"Ombra mai fu" Serse Soprano kastrato George Frideric Handel (Tidak diketahui)

Media[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]