Pergi ke kandungan

Orang Aymara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aymara
Orang Aymara di Wilayah Jujuy, s. 1870.
Jumlah penduduk
2,324,675[1][2][3][4]
Kawasan ramai penduduk
 Bolivia1,598,807[1]
 Peru548,292[2]
 Chile156,754[3]
 Argentina20,822[4]
Bahasa
AymaraSepanyol
Agama
Majoriti:
Katolik
Minoriti:
Kumpulan etnik berkaitan
Kechua, Uru

Orang Aymara atau Aimara (Bahasa Aymara: aymara Mengenai audio inilisten ), ialah kaum orang asli di kawasan Andes dan Altiplano di Amerika Selatan. Kira-kira 2.3 juta orang Aymara tinggal di barat laut Argentina, Bolivia, Chile dan Peru. Leluhur orang Aymara tinggal di rantau ini selama berabad-abad sebelum menjadi rakyat takluk Empayar Inca pada akhir abad ke-15 atau awal abad ke-16, dan kemudiannya Sepanyol pada abad ke-16. Dengan perang kemerdekaan Amerika Sepanyol (1810–1825), kaum Aymara menjadi rakyat negara baru Bolivia dan Peru. Selepas Perang Pasifik (1879–1883), Chile mengilhakkan seluruh kawasan dengan penduduk Aymara.[5]

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Nama orang Aymara berasal daripada perkataan Ayma-ra-mi yang bermaksud "tempat dengan banyak ladang milik bersama". Perkataan "Aymara" juga merujuk kepada sekumpulan dialek bahasa yang asal usul, penyebaran dan julat masanya masih diperdebatkan.[6]

Demografi

[sunting | sunting sumber]
Taburan orang Aymara di wilayah-wilayah Bolivia

Jumlah keseluruhan orang Aymara adalah sekitar 1,847,000. Kira-kira 30% tinggal di Peru dan kira-kira 60% di Bolivia. Selebihnya dibahagikan antara Chile (6%) dan Argentina (0.2%). Kebanyakan orang Aymara menganut agaa Kristian.[7] Bahasa Aymara ialah bahasa ketiga rasmi di Peru selepas bahasa Sepanyol dan Kechua. Ia dituturkan oleh 1.6% populasinya.[8]

  1. ^ a b "Censo de Población y Vivienda 2012 Bolivia Características de la Población". Instituto Nacional de Estadística, República de Bolivia. m/s. 29. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-01. Dicapai pada 2020-03-28.
  2. ^ a b "Perú: Perfil Sociodemográfico" (PDF). Instituto Nacional de Estadística e Informática. m/s. 214.
  3. ^ a b "Síntesis de Resultados Censo 2017" (PDF). Instituto Nacional de Estadísticas, Santiago de Chile. m/s. 16.
  4. ^ a b "Censo Nacional de Población, Hogares y Viviendas 2010: Resultados definitivos: Serie B No. 2: Tomo 1" (PDF) (dalam bahasa Sepanyol). INDEC. m/s. 281. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 8 December 2015. Dicapai pada 5 December 2015.
  5. ^ Vergara, Jorge Iván; Gundermann, Hans (2012). "Constitution and internal dynamics of the regional identity in Tarapacá and Los Lagos, Chile". Chungara (dalam bahasa Sepanyol). University of Tarapacá. 44 (1): 115–134. doi:10.4067/s0717-73562012000100009.
  6. ^ Cerrón-Palomino, Rodolfo (2015). Urton, Gary; von Hagen, Adriana (penyunting). Encyclopedia of the Incas - Aymara. Diterjemahkan oleh Fraser, Barbara. Rowman and Littlefield. m/s. 49. ISBN 9780759123632.
  7. ^ "Aymara, Central people group in all countries | Joshua Project". joshuaproject.net. Dicapai pada 2024-08-13.
  8. ^ "Peruvian - Population Statistics". Cultural Atlas (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-08-13.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Adelson, Laurie, and Arthur Tracht. Aymara Weavings: Ceremonial Textiles of Colonial and 19th Century Bolivia. [Washington, D.C.]: Smithsonian Institution Traveling Exhibition Service, 1983. ISBN 0-86528-022-3
  • Buechler, Hans C. The Masked Media: Aymara Fiestas and Social Interaction in the Bolivian Highlands. Approaches to Semiotics, 59. The Hague: Mouton, 1980. ISBN 90-279-7777-1
  • Buechler, Hans C., and Judith-Maria Buechler. The Bolivian Aymara. Case studies in cultural anthropology. New York: Holt, Rinehart and Winston, 1971. ISBN 0-03-081380-8
  • Carter, William E. Aymara Communities and the Bolivian Agrarian Reform. Gainesville: University of Florida Press, 1964.
  • Eagen, James. The Aymara of South America, First peoples. Minneapolis: Lerner Publications Co, 2002. ISBN 0-8225-4174-2
  • Forbes, David. "On the Aymara Indians of Bolivia and Peru," The Journal of the Ethnological Society of London. Vol 2 (1870): 193–305.
  • Kolata, Alan L. Diarkibkan 2019-09-13 di Wayback Machine Valley of the Spirits: A Journey into the Lost Realm of the Aymara Diarkibkan 2019-09-13 di Wayback Machine. New York: Wiley, 1996. ISBN 0-471-57507-0
  • Hardman, Martha James. The Aymara Language in Its Social and Cultural Context: A Collection Essays on Aspects of Aymara Language and Culture. Gainesville: University Presses of Florida, 1981. ISBN 0-8130-0695-3
  • Lewellen, Ted C. Peasants in Transition: The Changing Economy of the Peruvian Aymara : a General Systems Approach. Boulder, Colo: Westview Press, 1978. ISBN 0-89158-076-X
  • Murra, John. "An Aymara Kingdom in 1567," Ethnohistory 15, no. 2 (1968) 115–151.
  • Orta, Andrew. Catechizing Culture: Missionaries, Aymara, and the "New Evangelism". New York: Columbia University Press, 2004. ISBN 0-231-13068-6
  • Rivera Cusicanqui, Silvia. Oppressed but Not Defeated: Peasant Struggles Among the Aymara and Qhechwa in Bolivia, 1900-1980. Geneva: United Nations Research Institute for Social Development, 1987.
  • Tschopik, Harry. The Aymara of Chucuito, Peru. 1951.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]