Pergi ke kandungan

Orang Khmer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Khmer
Fail:Khmer people.png
Orang Khmer
Kawasan ramai penduduk
Kemboja      14.2 juta[1]
Thailand1.4 Juta
Vietnam1.3 Juta
Amerika Syarikat241,025[2]
Korea Selatan57,018
Perancis68,000
Australia25,710[3]
Kanada25,000
Japan23,750 (2023)
Malaysia11,381
UAE7,600
 New Zealand6,918[4]
Laos4,000
Belgium3,000
Austria2,133
Bahasa
Bahasa Khmer, Khmer Utara, Bahasa Perancis
Agama
Buddha Theravada
Kumpulan etnik berkaitan
Mon, Wa, dan rumpun etnik Mon-Khmer lain

Orang Kemboja, Kvir/Kur (bahasa Cam)[5][6] atau Khmer (bahasa Khmer: ខ្មែរ, disebut /ˈkmɛər/ atau /kəˈmɛər/) adalah kelompok etnik utama di Kemboja, merangkumi kira-kira 90% dari 14.8 juta[1] penduduk di negara tersebut. Mereka bertutur Bahasa Khmer, iaitu sebahagian daripada bahasa rumpun bahasa yang dipertuturkan di Asia Tenggara. Sebahagian besar orang Khmer beragama Buddha mengikut gaya khmer, suatu aliran yang mencampur adukkan mazhab-mazhab Buddha lain seperti Buddha Theravada, Hinduisme, animisme dan penyembahan nenek moyang.[7] Orang Khmer juga boleh ditemui di kawasan berhampiran Thailand (Khmer Utara) dan kawasan Delta Mekong yang bersempadan Vietnam (Khmer Krom).

Orang Campa serumpun Melayu menyebutkan tentang mereka dalam batu bersurat Drang Lai (kini Gia Lai) bertarikh 1357 Saka atau 1435 Masihi memperingati kemenangan balatentera Raja Vīrabhadravarman penguasa Campa menumpaskan balatentera Viet (Yawana) pada 1337 Saka (1415 M) seterusnya membuka tanah mengasaskan kampung yang didatangkan jelata berbilang bangsa ke sana seundangan:[8]

...ṅan campa si vuḥ dauk· di ṅauk· nī ṅan· lauvv· yvan· kur· syaṃ javā vaṅgalā aviḥ 170 ṅan·...
(..."dan yang Campā [baginda] suruh duduk di hulu dengan yang Lao, Yawana [Viet], Kur, Siam, Jawa, Benggala [semuanya] 170 [orang]...")

  1. 1 2 CIA FactBook. Dicapai 14 Julai 2010.
  2. "2005 American Community Survey: Selected Population Profile in the United States". United States Census Bureau. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-12. Dicapai pada 2010-10-27.
  3. "2006 Australian Government Community Information Survey". Department of Immigration and Citizenship. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  4. "2006 Census: Cambodians- Facts and Figures". Te Ara Encyclopedia of New Zealand.
  5. Griffith; Lepoutre; Southworth; Thành (2012). m/s. 217.
  6. "C. 4 Doorjamb from Phan Rang". Corpus of the Inscriptions of Campā. Institute for the Study of the Ancient World New York University. Dicapai pada 2025-11-04.
  7. Faith Traditions in Cambodia; m/s. 8; dicapai 21 Ogos 2010
  8. Griffiths, Arlo; Lepoutre, Amandine; Southworth, William A.; Thành, Phần (2012). The inscriptions of Campā at the Museum of Cham Sculpture in Đà Nẵng (dalam bahasa Inggeris). VNUHCM Publishing House. m/s. 205–18.