Negrito

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Negrito
Ati woman 2.jpg
Kawasan ramai penduduk
 India
(Kepulauan Andaman dan Nicobar)
 Malaysia
(Semenanjung Malaysia)
 Filipina
(Luzon, Palawan, Panay, Negros, dan Mindanao)
 Thailand
(Thailand Selatan)
Bahasa
Bahasa-bahasa Andaman, bahasa-bahasa Asli, bahasa-bahasa Nicobar, bahasa-bahasa Negrito Filipina
Agama
Animisme, agama rakyat

Negrito merupakan gelaran am bagi pelbagai kelompok etnik yang mendiami kawasan-kawasan terpencil di Asia Tenggara dan Kepulauan Andaman. Populasi kini termasuk orang Andaman di Kepulauan Andaman, Semang di Semenanjung Malaysia, Orang Maniq dari Thailand Selatan, dan juga Aeta dari Luzon, Ati dan Tumandok dari Panay Island, Agta dari Sierra Madre, dan Mamanwa dari Mindanao, dan kira-kira 30 lagi kelompok etnik yang diperakui di Filipina.

Berdasarkan persamaan fizikal, orang Negrito pernah dianggap sebagai satu populasi sepertalian darah. Beberapa hasil kajian berpendapat bahawa mereka mencakupi beberapa kelompok berbeza, di samping menunjukkan bahawa mereka tiada pertalian rapat dengan Pigmi Afrika, sementara kajian-kajian terbaharu menemui bukti pertalian genetik yang rapat sesama pelbagai kelompok Negrito.[1][2] Populasi Negrito pra-Neolitik di Asia Tenggara rata-ratanya diganti perluasan populasi Eurasia Timur Selatan yang bermula sekitar 3000 SM.[3]

Menurut sejarah, mereka berdagang dengan populasi tempatan yang akhirnya menjajah penempatan mereka dan mereka juga tertakluk kepada pengabdian dan penghantaran ufti kepada kerajaan-kerajaan Asia Tenggara. Orang Negrito yang kerdil dari hutan-hutan selatan juga diabdikan dan dipergunakan dari 724 Masihi hingga zaman moden.[4] Ada yang hidup terpencil dan ada juga yang berasimilasi dengan populasi am setempat.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Perkataan Negrito dalam bahasa Sepanyol bermaksud "orang hitam kecil." Gelaran ini mula dipakai oleh mubaligh Sepanyol di Filipina pada abad ke-16, lalu diserap oleh lain-lain pengembara dan kolonialis Eropah di seluruh rantau Austronesia untuk melabelkan pelbagai kaum yang dilihat berkongsi ciri-ciri susuk badan pendek dan kulit gelap.[5] Kesesuaian gelaran am "Negrito" untuk menyatukan pelbagai etnik berdasarkan kesamaan susuk badan dan warna kulit pernah dipertikaikan.[5]

Wanita Aeta mencuci pakaian di Bandar Iriga.

Budaya[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan suku Negrito hidup sebagai pemburu-pengumpul, dan ada juga yang mengamalkan pertanian. Kebanyakan suku Negrito masa kini hidup berasimilasi dengan populasi majoriti tanah asal mereka. Mereka sering berdepan dengan diskriminasi dan kemiskinan.[6]

Asal-usul[sunting | sunting sumber]


Haplogrup[sunting | sunting sumber]

Lelaki Negrito dengan busur (c. 1900) dari Pulau Negros, Filipina

Haplogrup baka utama Negrito ialah K2b dalam bentuk klad primer nadirnya K2b1* dan P* (juga dikenali sebagai K2b2* atau P-P295*). Kebanyakan lelaki Aeta (60%) membawa K-P397 (K2b1) yang jarang terdapat di kalangan kaum-kaum lain Filipina dan amat berkait rapat dengan suku-suku pribumi Melanesia dan Mikronesia. Haplogrup P* dasar jarang ditemui di luar suku Aeta dan beberapa lagi suku di dalam rantau Asia Tenggara Maritim.[7]

Sesetengah populasi Negrito adalah Haplogrup D-M174*, iaitu satu cabang D-M174 di kalangan suku Kepulauan Andaman, dan juga Haplogrup O-P31 yang juga umum ditemui di kalangan Negrito yang bertutur dalam bahasa-bahasa Austroasiatik seperti Maniq dan Semang di Malaysia.[8] Suku Onge dan semua suku Kepulauan Adamanan hanya tergolong dalam Haplogrup mitokondrion M (keturunan haplogrup DNA L3 yang lazimnya ditemui di Afrika). Haplogrup M juga merupakan tanda persamaan utama puak-puak Negrito lain dari Thailand dan Malaysia dan juga Pribumi Australia and Papua.[9] Hasil dapatan tadi disahkan oleh analisis mtDNA yang diwarisi dari sebelah saka sahaja. Kesemua orang Onge tergolong dalam mDNA M yang hanya terdapat pada suku Onge.[10][11] M merupakan haplogrup mtDNA yang paling umum didapati di Asia.[12]

Kajian yang dilakukan oleh Anthropological Survey of India dan Texas Biomedical Research Institute pada tahun 2009 mengenal pasti tujuh genom daripada 26 "suku relik" terpencil dari tanah besar India, misalnya suku Baiga, yang berkongsi "dua polimorfisme bersinonim dengan haplogrup M42 yang khusus kepada Pribumi Australia". Ini merupakan mutasi mtDNA spesifik yang hanya dikongsi antara pribumi Australia dan suku-suku India tersebut, dan tiada lagi kelompok manusia yang lain.[13]

Bulbeck (2013) menunjukkan bahawa mtDNA saka Andaman adalah Haplogrup mitokondrion M sepenuhnya.[14][15] Super-haplogrup M bertaburan di seluruh Asia, di mana ia mewakili 60% daripada semua keturunan saka.[16] Y-DNA mereka tergolong dalam haplogrup D yang hanya terdapat di Asia Tengah, Jepun dan Tibet di luar Kepulauan Andaman.[9]

Asal-usul dan hubungan etnik[sunting | sunting sumber]

Kajian terhadap sistem kumpulan darah manusia dan protein pada 1950-an membayangkan bahawa orang Andaman lebih rapat pertalian dengan orang Oseanik berbanding pigmi Afrika. Kajian genetik terhadap Negrito Filipina berasaskan enzim darah dan antigen menunjukkan bahawa mereka serupa dengan populasi sekeliling.[17]

Orang Negrito mungkin diturunkan dari penduduk terawal Asia Selatan dan Tenggara. Biarpun terpencil, sukunya yang berbagai-bagai berkongsi persamaan genetik dengan populasi jiran.[17][18] Juga terdapat variasi fenotip (anatomi) relevan yang memerlukan penjelasan.[18]

Seorang ibu muda Onge bersama bayinya (Kepulauan Andaman, India, 1905)


Perkara ini sering ditafsirkan seolah-olah Negrito merupakan peninggalan dari perluasan asal manusia dari Afrika kira-kira 70,000 tahun dahulu. Hasil kajian osteologi ke atas bentuk tengkorak dan morfologi gigi telah mengaitkan Semang dengan populasi Australoid, orang Andaman dikaitkan dengan orang Afrika dari segi kraniometri (ukuran tengkorak) dan orang Asia Selatan dari segi bentuk gigi, dan Negrito Filipina pula dengan orang Asia Tenggara. Kesimpulan barangkalinya bahawa penyebaran mitokondrion haplogrup B4a1a berkaitan dengan perbezaan antara Negrito Filipina dan Negrito lain.[14] Akan tetapi, satu lagi kajian membayangkan bahawa suku Onge (yang berasal dari Andaman Kecil) lebih rapat pertalian dengan Negrito Asia Tenggara, Melanesia, dan orang Asia Tenggara daripada orang Asia Selatan masa kini, malah orang Andaman Besar (iaitu Andaman Utara, berbeza daripada Onge atau suku Andaman lain) nampaknya telah menerima satu tahap percampuran yang agak baharu daripada populasi berhampiran setempat tetapi juga berkongsi sejumlah keturunan genetik dengan suku-suku Negrito Malaysia.[19]

Analisis Principal Component terhadap orang Australo-Melanesia dengan populasi dunia (Aghakhanian et al. 2015)

Kajian genetik 2011 mendapati bahawa tidak seperti lain-lain kelompok terawal di Oseania, Negrito Andaman ketiadaan percampuran hominin Denisovan dalam DNA mereka. Keturunan Denisovan dijumpai di kalangan populasi Melanesia dan Pribumi Australia pada takat 4–6%.[20][21]

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa setiap kelompok seharusnya ditimbang secara berasingan kerana bukti genetik menyangkal tanggapan bahawa semua kelompok "Negrito" di Kepulauan Andaman, Semenanjung Malaysia dan Filipina berkongsi leluhur yang sama.[22] Sesungguhnya, sentimen ini diulangi dalam kajian 2013 yang menyimpulkan bahawa pada tahap resolusi genetik masa ini, tiada bukti akan adanya satu populasi leluhur yang dikongsi oleh pelbagai suku kaum yang bergelar Negrito.[19]

Kajian 2014 tentang sejarah populasi Asia Tenggara mendapati bahawa kebanyakan populasi Negrito di rantau berkenaan terdapat percampuran Eurasia Timur (Austronesia dan Austroasiatik) yang agak ketara, iaitu dalam 30% hingga 50% keturunan mereka.[23]

Chaubey et al. 2013 menyatakan bahawa suku Andaman bertalian rapat dengan lain-lain populasi Negrito dan juga orang Melanesia.[24] Menurut Basu et al. (2016), orang Andaman dan lain-lain populasi Negrito bertalian rapat dengan pribumi New Guinea.[1]

Antropologi fizikal[sunting | sunting sumber]

Wanita Ati di Kalibo, Filipina, 2006

Berdasarkan persamaan luaran dengan sebilangan ciri-ciri fizikal seperti susuk badan rendah, kulit gelap, bulu jarang, dan ada kalanya steatopygia (bentuk punggung dan paha yang besar dan montok) – ada yang berpendapat bahawa Negrito seasal dengan suku Pigmi dari Afrika Tengah. Teori ini disokong oleh dakwaan bahawa orang Andaman lebih menyerupai pigmi Afrika daripada lain-lain populasi Austronesia dari segi morfologi tengkorak dalam kajian 1973, sebelum kajian genetik menunjukkan pertalian yang lebih rapat dengan jiran-jiran Negrito sendiri.[17]

Pelbagai kajian juga menunjukkan bahawa Negrito berkongsi kesamaan tengkorak yang lebih rapat dengan Pribumi Australia dan Melanesia.[25][26]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  •  Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awamChisholm, Hugh, penyunting (1911). "Negritos". Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Basu, Analabha; Sarkar-Roy, Neeta; Majumder, Partha P. (2016-02-09). "Genomic reconstruction of the history of extant populations of India reveals five distinct ancestral components and a complex structure". Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America. 113 (6): 1594–1599. Bibcode:2016PNAS..113.1594B. doi:10.1073/pnas.1513197113. ISSN 0027-8424. PMC 4760789. PMID 26811443.
  2. ^ Chaubey, Gyaneshwer; Endicott, Phillip (2013-11-27). "The Andaman Islanders in a Regional Genetic Context: Reexamining the Evidence for an Early Peopling of the Archipelago from South Asia". Human Biology. 85 (1): 153–72. doi:10.3378/027.085.0307. ISSN 0018-7143. PMID 24297224. S2CID 7774927.
  3. ^ S. Noerwidi, "Using Dental Metrical Analysis to Determine the Terminal Pleistocene and Holocene Population History of Java", in: Philip J. Piper, Hirofumi Matsumura, David Bulbeck (eds.), New Perspectives in Southeast Asian and Pacific Prehistory (2017), p. 92.
  4. ^ Archives of the Chinese Art Society of America
  5. ^ a b Manickham, Sandra Khor (2009). "Africans in Asia: The Discourse of 'Negritos' in Early Nineteenth-century Southeast Asia". Dalam Hägerdal, Hans (penyunting). Responding to the West: Essays on Colonial Domination and Asian Agency. Amsterdam University Press. m/s. 69–79. ISBN 978-90-8964-093-2.
  6. ^ "The succesful [sic] revival of Negrito culture in the Philippines". Rutu Foundation (dalam bahasa Inggeris). 2015-05-06. Dicapai pada 2019-07-19.
  7. ^ ISOGG, 2016, Y-DNA Haplogrup P and its Subclades – 2016 (20 June 2016).
  8. ^ Craniodental Affinities of Southeast Asia's "Negritos" and the Concordance with Their Genetic Affinities by David Bulbeck 2013
  9. ^ a b Kumarasamy Thangaraj, Lalji Singh, Alla G. Reddy, V. Raghavendra Rao, Subhash C. Sehgal, Peter A. Underhill, Melanie Pierson, Ian G. Frame, and Erika Hagelberg (2002), Genetic Affinities of the Andaman Islanders, a Vanishing Human Population (PDF), diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 29 October 2008, dicapai pada 2008-11-16CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  10. ^ M. Phillip Endicott; Thomas P. Gilbert; Chris Stringer; Carles Lalueza-Fox; Eske Willerslev; Anders J. Hansen; Alan Cooper (2003), "The Genetic Origins of the Andaman Islanders" (PDF), American Journal of Human Genetics, 72 (1): 178–184, doi:10.1086/345487, PMC 378623, PMID 12478481, dicapai pada 2009-04-21[pautan putus]
  11. ^ Reich, David; Kumarasamy Thangaraj; Nick Patterson; Alkes L. Price; Lalji Singh (24 September 2009). "Reconstructing Indian Population History". Nature. 461 (7263): 489–494. Bibcode:2009Natur.461..489R. doi:10.1038/nature08365. PMC 2842210. PMID 19779445.
  12. ^ Ghezzi; dll. (2005). "Mitochondrial DNA haplogroup K is associated with a lower risk of Parkinson's disease in Italians". European Journal of Human Genetics. 13 (6): 748–752. doi:10.1038/sj.ejhg.5201425. PMID 15827561.
  13. ^ Satish Kumar; Rajasekhara Reddy Ravuri; Padmaja Koneru; BP Urade; BN Sarkar; A Chandrasekar; VR Rao (22 July 2009), "Reconstructing Indian-Australian phylogenetic link", BMC Evolutionary Biology, 9: 173, doi:10.1186/1471-2148-9-173, PMC 2720955, PMID 19624810, In our completely sequenced 966-mitochondrial genomes from 26 relic tribes of India, we have identified seven genomes, which share two synonymous polymorphisms with the M42 haplogroup, which is specific to Australian Aborigines ... direct genetic evidence of an early colonization of Australia through south Asia
  14. ^ a b Bulbeck, David (November 2013). "Craniodental Affinities of Southeast Asia's "Negritos" and the Concordance with Their Genetic Affinities". Human Biology. 85 (1): 95–134. doi:10.3378/027.085.0305. PMID 24297222. S2CID 19981437.
  15. ^ Ghezzi; dll. (2005). "Mitochondrial DNA haplogroup K is associated with a lower risk of Parkinson's disease in Italians". European Journal of Human Genetics. 13 (6): 748–752. doi:10.1038/sj.ejhg.5201425. PMID 15827561.
  16. ^ Michael D. Petraglia; Bridget Allchin (2007), The evolution and history of human populations in South Asia, Springer, ISBN 978-1-4020-5561-4, ... As haplogroup M, except for the African sub-clade M1, is not notably present in regions west of the Indian subcontinent, while it covers the majority of Indian mtDNA variation ...
  17. ^ a b c Thangaraj, Kumarasamy; dll. (21 January 2003), "Genetic Affinities of the Andaman Islanders, a Vanishing Human Population" (PDF), Current Biology, 13 (2): 86–93, doi:10.1016/S0960-9822(02)01336-2, PMID 12546781, S2CID 12155496, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 29 October 2008
  18. ^ a b Stock, JT (2013). "The skeletal phenotype of "negritos" from the Andaman Islands and Philippines relative to global variation among hunter-gatherers". Human Biology. 85 (1–3): 67–94. doi:10.3378/027.085.0304. PMID 24297221. S2CID 32964023.
  19. ^ a b Chaubey, Gyaneshwer; Endicott, Phillip (2013-02-01). "The Andaman Islanders in a regional genetic context: reexamining the evidence for an early peopling of the archipelago from South Asia". Human Biology. 85 (1–3): 153–172. doi:10.3378/027.085.0307. ISSN 1534-6617. PMID 24297224. S2CID 7774927.
  20. ^ Reich; dll. (2011). "Denisova Admixture and the First Modern Human Dispersals into Southeast Asia and Oceania". The American Journal of Human Genetics. 89 (4): 516–528. doi:10.1016/j.ajhg.2011.09.005. PMC 3188841. PMID 21944045.
  21. ^ "Oldest human DNA found in Spain – Elizabeth Landau's interview of Svante Paabo". CNN. 2013-12-09. About 3% to 5% of the DNA of people from Melanesia (islands in the southwest Pacific Ocean), Australia and New Guinea as well as aboriginal people from the Philippines comes from the Denisovans.
  22. ^ Catherine Hill; Pedro Soares; Maru Mormina; Vincent Macaulay; William Meehan; James Blackburn; Douglas Clarke; Joseph Maripa Raja; Patimah Ismail; David Bulbeck; Stephen Oppenheimer; Martin Richards (2006), "Phylogeography and Ethnogenesis of Aboriginal Southeast Asians" (PDF), Molecular Biology and Evolution, 23 (12): 2480–91, doi:10.1093/molbev/msl124, PMID 16982817, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 9 April 2008
  23. ^ Lipson; dll. (2014-05-27). "Reconstructing Austronesian population history in Island Southeast Asia" (PDF). Dicapai pada 2021-05=29. Cite journal requires |journal= (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  24. ^ Chaubey, Gyaneshwer; Endicott, Phillip (2013). "The Andaman Islanders in a Regional Genetic Context: Reexamining the Evidence for an Early Peopling of the Archipelago from South Asia". Human Biology (dalam bahasa Inggeris). 85 (1): 153–72. doi:10.3378/027.085.0307. ISSN 0018-7143. PMID 24297224. S2CID 7774927.
  25. ^ William Howells (1993). Getting Here: The Story of Human Evolution. Compass Press.
  26. ^ David Bulbeck; Pathmanathan Raghavan; Daniel Rayner (2006), "Races of Homo sapiens: if not in the southwest Pacific, then nowhere", World Archaeology, 38 (1): 109–132, CiteSeerX 10.1.1.534.3176, doi:10.1080/00438240600564987, ISSN 0043-8243, JSTOR 40023598, S2CID 84991420

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Evans, Ivor Hugh Norman. The Negritos of Malaya. Cambridge [Eng.]: University Press, 1937.
  • Benjamin, Geoffrey. 2013. 'Why have the Peninsular "Negritos" remained distinct?’ Human Biology 85: 445–484. [ISSN 0018-7143 (print), 1534-6617 (online)]
  • Garvan, John M., and Hermann Hochegger. The Negritos of the Philippines. Wiener Beitrage zur Kulturgeschichte und Linguistik, Bd. 14. Horn: F. Berger, 1964.
  • Hurst Gallery. Art of the Negritos. Cambridge, Massachusetts: Hurst Gallery, 1987.
  • Khadizan bin Abdullah, and Abdul Razak Yaacob. Pasir Lenggi, a Bateq Negrito Resettlement Area in Ulu Kelantan. Pulau Pinang: Social Anthropology Section, School of Comparative Social Sciences, Universití Sains Malaysia, 1974.
  • Mirante, Edith (2014). The Wind in the Bamboo: Journeys in Search of Asia's 'Negrito' Indigenous Peoples. Bangkok, Orchid Press.
  • Schebesta, P., & Schütze, F. (1970). The Negritos of Asia. Human relations area files, 1-2. New Haven, Conn: Human Relations Area Files.
  • Armando Marques Guedes (1996). Egalitarian Rituals. Rites of the Atta hunter-gatherers of Kalinga-Apayao, Philippines, Social and Human Sciences Faculty, Universidade Nova de Lisboa.
  • Zell, Reg. About the Negritos: A Bibliography. Edition blurb, 2011.
  • Zell, Reg. Negritos of the Philippines. The People of the Bamboo - Age - A Socio-Ecological Model. Edition blurb, 2011.
  • Zell, Reg, John M. Garvan. An Investigation: On the Negritos of Tayabas. Edition blurb, 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:AmCyc Poster