Orang Kpelle

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Kpelle
KpelleGirl.jpg
Seorang gadis Kepelle dari Liberia, Mei 1968.
Jumlah populasi
1.470.000
Kawasan ramai penduduk
Bahasa
Kpelle, Perancis, Inggeris
Agama
Kekristianan, agama tradisional

Orang Kpelle (juga dikenali dengan nama Guerze, Kpwesi, Kpessi, Sprd, Mpessi, Berlu, Gbelle, Bere, Gizima, atau Buni)[1] ialah kumpulan etnik terbesar di Liberia. Mereka menghuni wilayah yang terbentang dari Liberia tengah sehingga Guinea. Mereka menuturkan bahasa Kpelle yang tergolong ke dalam rumpun bahasa Mande.[2]

Walaupun wilayah mereka memiliki curah hujan yang tinggi dan tanah yang keras, mata pencarian utama orang Kpelle ialah sebagai petani beras. Secara tradisional, suku ini dipimpin oleh pelbagai ketua suku yang berperanan sebagai penjaga ketertiban dan mediator untuk menyelesaikan persengketaan. Suku Kpelle dikenali sebagai kelompok etnik pedesaan yang konservatif.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Suku Kpelle menghuni wilayah Sudan Utara pada abad ke-16. Kemudian mereka berpindah ke wilayah Afrika Barat Daya yang kini menjadi sebahagian dari Mali. Mereka pindah akibat meletusnya konflik di Sudan. Beberapa pindah ke Liberia, Mauritania, dan Chad. Terdapat pula beberapa orang di Sudan Utara yang masih memiliki darah Kpelle.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Fulton, Richard M. (1972). "The Political Structures and Functions of Poro in Kpelle Society". American Anthropologist. n.s. 74 (5): 1218–1233. doi:10.1525/aa.1972.74.5.02a00140.
  2. ^ "Off Campus Access". login.mctproxy.mnpals.net. Dicapai pada 28 April 2020.
  3. ^ "Kpelle". www.sscnet.ucla.edu. Dicapai pada 28 April 2020.
  4. ^ Fiske, Alan. "Kpelle". www.sscnet.ucla.edu. Dicapai pada 2018-06-14.