Osmanthus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Osmanthus
Osmanthus heterophyllus sedang berbunga
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Eudikot
Klad: Asterid
Order: Lamiales
Keluarga: Oleaceae
Tribus: Oleeae
Subtribus: Oleinae
Genus: Osmanthus
Lour.
Sinonim[1][2]
  • Siphonosmanthus Stapf

Osmanthus[3] adalah genus dari sekitar 30 spesies tanaman berbunga yang termasuk dalam keluarga Oleaceae. Sebahagian besar spesies ini berasal dari Asia timur (Tanah Besar China, Jepun, Korea, Indochina, Himalaya, dll) tetapi ada juga beberapa spesies yang berasal dari Kaukasus, Nouvelle-Caledonie dan Sumatera.[1] Dua spesies dalam genus ini yang boleh didapati dalam rantau Nusantara ialah Osmanthus scortechinii di Thailand, Semenanjung Malaysia dan pulau Sumatera serta Osmanthus sumatranus di Sumatera sendiri.

Spesies paling terkenal dari genus ini adalah Osmanthus fragrans (Bahasa Cina: 桂花; pinyin: guìhuā) yang diambil bunganya dan dicampur seduh dengan daun teh hitam atau hijau, air seduhan ini (Bahasa Cina: 桂花茶; pinyin: guìhuāchá) digemari dalam perubatan tradisional Cina kerana dipercayai dapat meningkatkan corak kulit dan membantu membersihkan tubuh daripada sisa nitrogen monoksida yang dikaitkan dengan pembentukan barah, kencing manis, dan penyakit ginjal.[4]

Bunga Osmanthus melambangkan harga diri yang tinggi dan kehormatan dalam kalangan masyarakat Baba Nyonya kerana sebutannya mirip perkataan memberi maksud "mahal" (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: guì);[5] motif gambaran bunga ini sering dinampakkan dalam hiasan pinggan mangkuk.[6][7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Kew World Checklist of Selected Plant Families
  2. ^ Nesom, G.L. 2012. Synopsis of American Cartrema (Oleaceae). Phytoneuron 2012-96: 1–11.
  3. ^ Sunset Western Garden Book, 1995:606–607
  4. ^ Jonathan Thompson. "What are the health benefits of drinking Osmanthus tea?".
  5. ^ King, Lily (2011). Conserving the Past, Creating The Future: Urban Heritage in Singapore. Penguasa Pembangunan Semula Bandar Singapura. m/s. 143.
  6. ^ Wee, Peter (2009). A Peranakan Legacy: The Heritage of the Straits Chinese. Singapura: Marshall Cavendish Editions. m/s. 67. ISBN 978-981-261-861-0.
  7. ^ Kee Ming-Yuet (2009). "4: Motifs and Colours". Peranakan Chinese Porcelain: Vibrant Festive Ware of the Straits Chinese. Singapura: Tuttle Publishing. m/s. 64. ISBN 978-080-484-818-3.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]