PSKC Kota Cimahi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
PSKC Kota Cimahi
Nama penuhPersatuan Sepakbola Kota Cimahi
GelaranAskar Sangkuriang
Panser Cimahi
Gajah Leuwi
Diasaskan2001 sebagai Persikoci
StadiumStadium Siliwangi
(Kapasiti: 10,000)
PengerusiEddy Moelyo
PengurusRobby Darwis[1]
LigaLiga 2
2019Liga 3, ke-2 (dinaikkan pangkat)
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan

PSKC Kota Cimahi ialah kelab bola sepak Indonesia yang berasal dari kota Cimahi, Jawa Barat. PSKC Cimahi memiliki julukan Gajah Leuwi dan Laskar Sangkuriang. PSKC Cimahi buat masa kini bertanding di Liga 2.

PSKC Kota Cimahi adalah kelab bola sepak Indonesia yang berpusat di Kota Hijau atau Kota Tentera, yaitu Kota Cimahi Jawa Barat. PSKC Cimahi yang ditubuhkan pada 2001 dan telah mejadi pasukan kebanggaan masyarakat Kota Cimahi pada masa ini.

PSKC Kota Cimahi memiliki prestasi yang baik, diantaranya adalah menjadi satu-satunya pasukan yang mampu melakukan Hattrick dalam menjadi juara di Super Jalapa Liga 3 peringkat provinsi Jawa Barat, satu-satunya pasukan yang paling banyak masuk pentas akhir di Liga 3 Jawa Barat (4 kali masuk ke perlawanan akhir di Liga 3 Jawa Barat, 3 dari 4 kali akhir di menangkan oleh PSKC Cimahi), menjadi naib juara di Liga 3 Nasional, serta prestasi terbaik PSKC Kota Cimahi adalah layak untuk pertama kalinya ke Liga 2 pada musim 2020.

Pengurusan[sunting | sunting sumber]

Pengurusan rasmi PSKC Kota Cimahi pada musim Liga 3 2019 Nasional[2] Pasukan pengurusan

  • Ketua Jurulatih: Robby Darwis
  • Pembantu Jurulatih: Nurjati
  • Jurulatih Fizikal: Ricky Ferarri
  • Jurulatih Penjaga Gol: Herman Suherman.

Pemain[sunting | sunting sumber]

Berikut skuad PSKC Kota Cimahi yang diturunkan untuk saingan Liga 2 2021 [3]

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
5 DF Indonesia Bima Reksa
12 GK Indonesia David Sanjaya
14 MF Indonesia Reza Erlangga
15 DF Indonesia Dion Mefahmi
17 MF Indonesia Saeful Abdul
19 MF Indonesia Adam Anis
21 MF Indonesia Wahyu Sosilo
22 GK Indonesia Taopik Hidayat
23 GK Indonesia Ray Redondo
58 DF Indonesia Agung Pribadi
77 DF Indonesia Andi Aidil
78 DF Indonesia Ahmad Taufik
No. Pos. Negara Pemain
80 MF Indonesia Firdaus Aprilian
87 DF Indonesia Khokok Roniarto
90 DF Indonesia Andre Sitepu
91 FW Indonesia Irvan Mofu
98 MF Indonesia Abdur Rohim
99 FW Indonesia Mardiono
MF Indonesia Juan Romanum
MF Indonesia Abdul Ali Nahumarury
DF Indonesia Ferry Hadiyanto
FW Indonesia Wiga Brillian
FW Indonesia Usman Diarra
FW Indonesia Gema Saputra

Penyokong[sunting | sunting sumber]

Kumpulan yang bermarkas di Stadion Sangkuriang ini juga memiliki kumpulan penyokong yang setia menyokongnya bernama Greentroops dan Cimahi Football Fans.

Maskot[sunting | sunting sumber]

Cimahi merupakan kota tentera, maka Maskot PSKC Cimahi adalah binatang kendaraan perang yang besar dan kuat yaitu Gajah Perang. Kelab bola sepak warga kota Cimahi ini lebih cenderung menggunakan maskot binatang Gajah sesuai dengan identiti Kota Cimahi yang cukup erat kaitannya dengan binatang Gajah, diantaranya Kota Cimahi terdapat cerita tentang Gajah Leuwi, Gajah Lumantung, Festival Gajah, dan sejarah Pemandian Gajah di Cimahi Selatan.

Gajah memiliki makna falsafah yang mendalam. Gajah dianggap sebagai haiwan yang memiliki kebijakan tinggi dibandingkan haiwan lainnya. Tubuhnya yang besar melambangkan ia dapat melindungi dan kekuatannya untuk menyerang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Robby Darwis Jadi Pelatih PSKC Cimahi" (dalam bahasa Indonesia). 1 Ogos 2017. Dicapai pada 30 November 2017.
  2. ^ "Official PSKC Cimahi". PSSI (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 12 Disember 2019.[pautan mati kekal]
  3. ^ "Skuad PSKC Kota Cimahi". PSSI (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 13 Disember 2019.[pautan mati kekal]