Park Ridge, Illinois

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Park Ridge
Bandar
The City of Park Ridge, Illinois
Park Ridge IL Photo Collage.jpg
Lokasi Park Ridge dalam Cook County, Illinois.
Lokasi Park Ridge dalam Cook County, Illinois.
Lokasi negeri Illinois dalam Amerika Syarikat
Lokasi negeri Illinois dalam Amerika Syarikat
Koordinat: 42°0′43″N 87°50′30″W / 42.01194°N 87.84167°W / 42.01194; -87.84167Koordinat: 42°0′43″N 87°50′30″W / 42.01194°N 87.84167°W / 42.01194; -87.84167
Negara Amerika Syarikat
Negeri Illinois
County Cook
Pekan Maine
Diperbadankan 1873
Kerajaan
 • Jenis Council-manager
 • Datuk Bandar Marty Maloney
 • Bajet $47,684,900 (2004-2005) (tahun fiskal: 2006-07)
Luas"2016 U.S. Gazetteer Files". United States Census Bureau. Dicapai pada Jun 30, 2017. </ref>
 • Jumlah 7.13 batu persegi (18.48 km2)
 • Daratan 7.09 batu persegi (18.35 km2)
 • Perairan 0.05 batu persegi (0.12 km2)  0.56%
Populasi (2010)[1]
 • Jumlah 37,480
 • Anggaran (2016) 37,496
 • Kepadatan 5,291.56/batu persegi (2,042.95/km2)
  Turun 0.8% dari 2000
Demonim Park Ridger
kod ZIP 60068
Kod Kawasan 847, 224
kod FIPS 17-57875
Laman web www.parkridge.us

Park Ridge adalah sebuah bandar di Cook County, Illinois, Amerika Syarikat, dan merupakan kawasan pinggir bandar Chicago . Penduduknya berjumlah 37,480 pada tahun mengikut bancian 2010.[1] Ia terletak 15 batu (24 km) barat laut dari pusat bandaraya Chicago. Bandar ini terletak berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare, lebuh-lebuh raya utama, serta pengangkutan keretapi. Ia adalah sebahagian daripada kawasan metropolitan Chicago, dan bersempadan dengan tiga kawasan perumahan barat laut Far North Side bandaraya Chicago (Edison Park, Norwood Park, dan O'hare.)

Seperti yang ditunjukkan pada namanya, Park Ridge terletak di atas sebuah rabung (ridge). Tanah rabung mengandungi banyak deposit tanah liat, oleh demikian kawasan ini merupakan lokasi utama pembuatan batu-bata semasa pembangunan bandaraya Chicago. Park Ridge asalnya bernama Pennyville, ia bagi menghormati George Penny, seorang ahli perniagaan yang memiliki kilang bata tempatan bersama-sama dengan Robert Meacham. Ia kemudian diberi nama Brickton.[2] Sungai Des Plaines membahagikan Park Ridge daripada bandar terdekatnya, Des Plaines, Illinois yang tertempat di barat Park Ridge. Chicago berada di selatan dan timur Park Ridge, manakala Niles dan pekan tidak diberbadankan Maine terletak di utaranya.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kawasan Park Ridge telah dihuni oleh orang asli Potawatomie sejak awal, sehingga mereka diusir pada tahun 1833. Kawasan tersebut merupakan tempat perlabuhan sesuai antara Des Plaines dan sungai Chicago bagi penjelajah Perancis. Pada awal tahun 1830-an, rombongan pemastautin pertama tiba dari New England dan New York. Pada tahun 1854 George Penny menubuhkan kilang-kilang batu di kawasan itu. Pada tahun 1910, Park Ridge mempunyai penduduk seramai 2,009. Pada tahun 1930 jumlah itu menaik kepada 10,417. Pada tahun 1950 penduduknya berjumlah seramai 16,602. Pada tahun 1960 jumlah penduduknya adalah 32,625, dengan 99.9% penduduknya berkulit putih. Terdapat lima penduduk Afrika-Amerika dan 31 yang lain dikelaskan sebagai lain daripada kulit hitam atau putih. Pada tahun 1970, jumlah penduduk telah naik kepada 42,466.[4] Pada tahun 2016, Hillary Rodham Clinton berkempen sebagai calon Demokrat untuk jawatan Presiden Amerika Syarikat. Beliau merupakan graduan kelas pertama Sekolah Tinggi Pekan Maine Park Ridge Selatan (1965).[5]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Menurut banci 2010, Park Ridge berkeluasan 7.134 sqmi[convert: %s]%s, di mana 7.09 sqmi[convert: %s]%s (atau 99.38%) adalah kawasan darat dan 0.044 sqmi[convert: %s]%s (atau 0.62%) adalah kawasan perairan.[6]

Iklim[sunting | sunting sumber]

Park Ridge berada di bawah zon tumbuhan keras USDA 5b.[7]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Demografi (2010)[8]
Kulit Putih Kulit Hitam  Orang Asia
93.4% 0.5% 3.7%
Orang Kepulauan Pasifik Orang Asli Lain-lain Hispanik

(apa-apa bangsa)

0.01% 0.1% 1.3% 4.7%
Fail:CivWarMemMaineCemParkRidge.png
Tugu memorial Perang Saudara ini terletak di tanah perkuburan Maine berdekatan Jalan Dee dan Persiaran Touhy.

Berdasarkan banci[9] tahun 2000, kawasan tersebut terdapat 37,775 penduduk, 14,219 isi rumah, dan 10,465 keluarga yang tinggal di bandar tersebut. Kepadatan penduduk kawasan tersebut adalah 5,374.6 penduduk setiap batu persegi (2,074.7/km2). Terdapat 14,646 unit rumah di kawasan tersebut dengan purata kepadatan 2,083.8 setiap batu persegi (804.4/km2). Perbandingan kaum bandar tersebut adalah 95.4% kulit Putih, 0.2% Amerika Afrika, 0.06% Orang Asli Amerika, 2.66% Orang Asia, 0.05% Orang Kepulauan Pasifik, 0.87% dari bangsa lain, dan 0.74% dari dua atau lebih daripada dua kaum. Hispanik atau Latin dalam mana-mana bangsa berjumlah 2.90%daripada penduduknya.

Terdapat 14,219 isi rumah di mana 32.3% mempunyai kanak-kanak di bawah umur 18 berhidup bersama mereka, 63.4% adalah pasangan yang sudah berkahwin serta hidup bersama, 8.0% merupakan isi rumah wanita sebagai tuan rumah yang tidak mempunyai suami, dan 26.4% merupakan bukan-keluarga. 24.1% dari semua isi rumah dibentuk oleh individu-individu dan 12.8% mempunyai penduduk 65 tahun ke-atas yang berkehidupan sendirian. Purata saiz isi rumah adalah 2.61 dan purata saiz keluarga adalah 3.13. Kos median sebuah rumah adalah $420,000.

Populasi bandar ini terdiri daripada 24.5% penduduk di bawah usia 18, 5.5% berumur 18 hingga 24, 24.5% berumur 25 hingga 44, 25.8% berumur 45 hingga 64, dan 19.6% berumur 65 atau lebih tua. Median umur adalah 42 tahun. Untuk setiap 100 perempuan, terdapat 90.1 lelaki. Manakala untuk setiap 100 perempuan berusia 18 tahun dan ke atas, terdapat 85.2 lelaki.

Menurut anggaran tahun 2007, median pendapatan untuk sebuah rumah dalam bandar tersebut adalah $91,674, manakala median pendapatan untuk sebuah keluarga adalah $110,842.[10] Penduduk Lelaki mempunyai pendapatan median berjumlah $61,959 berbanding $39,794 bagi penduduk wanita. Pendapatan per-kapita untuk bandar tersebut adalah $36,646. Kira-kira 1.7% keluarga dan 2.2% penduduk hidup di bawah garis kemiskinan, termasuk 2.1% daripada penduduk di bawah usia 18 dan 3.1% daripada penduduk berusia 65 tahun atau lebih.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Sekolah Tinggi Timur Maine telah wujud serta berada di antara Jalan Dempster dan Jalan Potter sejak tahun 1929.

Park Ridge berada di bawah perkhidmatan Daerah Sekolah Park Ridge-Niles 64, yang berpangkalan di ibu pejabatnya yang terletak di Pusat Perkhidmatan Pendidikan Raymond E. Hendee di Park Ridge.[11] Sekolah menengah yang berada di kawasan tersebut termasuk Sekolah Menengah Lincoln dan Sekolah Menengah Emerson di Niles. Pada suatu ketika terdapat sembilan sekolah rendah awam K–6: Oakton, Madison, Edison, Merill, Carpenter, Field, Franklin, Roosevelt, serta Washington. Hanya lima nama yang disebut akhir kekal wujud hari ini, dan semuanya bertempat di Park Ridge. Sekolah Jefferson merupakan juga merupakan sebahagian daerah pendidikan tersebut dan menempatkan kanak-kanak khas pra-sekolah yang berumur 3 dan 4, perlanjutan program harian tadika, serta program selepas sekolah untuk gred K–6.[12]

St Paul of the Cross dan Mary Seat of Wisdom merupakan dua sekolah rendah Katolik di kawasan tersebut.[13] Manakala St. Andrews adalah sebuah sekolah rendah Lutheran.

Bandar tersebut terletak di bawah perkhidmatan Daerah Pendidikan Sekolah Tinggi 207 Pekan Maine, yang termasuk Sekolah TInggi Maine Selatan, dan Sekolah Tinggi Maine Timur. Pelajar-pelajar yang tinggal di utara Park Ridge mempunyai pilihan menghadiri sama ada Maine Timur atau Maine Selatan.Sekolah Tinggi Maine Barat terletak di barat dalam kawasan Des Plaines. Sekolah Tinggi Maine Utara pula adalah sebuah sekolah yang terletak di pekan tidak berbadanan Maine dan merupakan sebahagian Daerah Pendidikan Sekolah Tinggi 207 Pekan Maine. Ia ditutup pada tahun 1981 akibat penyusutan pelajar dari pekan Maine.

Bandar ini merupakan sebahagian daripada daerah Kolej Komuniti Oakton.

Olahraga[sunting | sunting sumber]

Park Ridge adalah tuan rumah kepada Park Ridge Falcons, juara kebangsaan Pop Warner Football Tomlin Division Pee Wee 2002.

Park Ridge adalah tuan rumah kepada tiga juara kejohanan American Youth Football (2006, 2007, 2009) dan satu juara kejohaan American Youth Cheerleading (2007).

Maine South Hawks adalah juara negeri dalam acara Football pada tahun 1995, 2000, 2008, 2009, 2010 dan 2016.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Majikan dengan pekerja paling ramai[sunting | sunting sumber]

Menurut Laporan Kewangan Komprehensif Park Ridge 2012,[14] majikan-majikan yang mempunyai pekerja paling ramai di bandar tersebut adalah:

# Majikan # Jumlah Pekerja
1 Hospital Besar Advocate Lutheran 4,200[15]
2 Daerah Pendidikan Sekolah Tinggi 207 Pekan Maine 872
3 Daerah Pendidikan 64 Park RIdge-Niles 765
4 Daerah Taman Park Ridge 451
5 Kumpulan BECO 400
6 Syarikat Antarabangsa George S. May [16] 119
7 Pusat Kesihatan St. Matthew  194
8 FM Global 170
9 Americaneagle.com 170
10 A Abiding Care 150
11 Pertubuhan Anesthesiologis Amerika 130
12 TruGreen 75

Penduduk-penduduk penting[sunting | sunting sumber]

Park Ridge adalah kampung asal bekas Wanita Pertama, Senator AS, Setiausaha Negara AS dan calon presiden Parti Demokrat 2016 Hillary Clinton. Ketika beliau melawat Park Ridge sempena hari jadi ke-50nya pada tahun 1997, bandar tersebut menamakan semula sudut tenggara persimpangan jalan Elm dan jalan Wisner, yang bersebelahan dengan rumah zaman kanak-kanaknya sebagai "Rodham Corner". Park Ridge juga merupakan kampung asal bintang filem Carrie Snodgress dan Harrison Ford. Ketiga-tiga individu tersebut menghadiri Sekolah Tinggi Maine Timur. Clinton, anak bongsu daripada tiga adik-beradik, menghabiskan tahun senior beliau di Sekolah Tinggi Pekan Maine Selatan, sebuah sekolah baru yang dibangun untuk menampung penduduk baby boomer akan tiba dalam masa tersebut. Warganegara AS pertama yang dikanonisasi, Mother Frances Cabrini, menghadiri sekolah St Paul of the Cross serta memiliki sebuah ladang di pinggir utara Park Ridge.[17]

Bandar kembar[sunting | sunting sumber]

Park Ridge mempunyai sebuah bandar kembar.:[18]

Budaya[sunting | sunting sumber]

Mercu-mercu tanda[sunting | sunting sumber]

Art Deco Pickwick Theater, uptown Park Ridge
Bangunan Chase Bank, Six Points
  • Park Ridge paling dikenali dengan Pickwick Theater, sebuah bangunan Art Deco yang dibina sejak tahun 1928. Ia merupakan sebuah pawagam filem serta tempat untuk persembahan dan konsert. Pada tahun 1975, teater tersebut dicatat dalam Daftar Tempat Bersejarah Kebangsaan AS. Walaupun teater-teater yang lebih kecil telah ditambahkan ke sisi bangunan tersebut,auditorium utama teater tetap berada dalam bentuk asalnya yang mempunyai lima lorong. Auditorium utamanya boleh menampung sehingga 1,400 orang. Pada tahun 1980-an, fasad Pickwick adalah salah latar belakang yang sering digunakan untuk kredit pembukaan Gen Siskel dan At The Movie karya Roger Ebert.
  • Perpustakaan Awam Park Ridge.

Rujukan dalam budaya popular[sunting | sunting sumber]

Dalam filem[sunting | sunting sumber]

  • Filem tahun 1980 Blues Brothers mempunyai beberapa adegan yang difilemkan di Park Ridge. .[19][20][21][22]
  • Dalam filem tahun 1990 Home Alone, Buzz Mcallister memakai jaket letterman Sekolah Tinggi Maine Selatan.

Pautan luar (Bahasa Inggeris)[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Profile of General Population and Housing Characteristics: 2010 Demographic Profile Data (DP-1): Park Ridge city, Illinois". U.S. Census Bureau, American Factfinder. Dicapai pada February 13, 2013. 
  2. ^ "The History of Park Ridge". City of Park Ridge.
  3. ^ "Gazetteer Files - Geography - U.S. Census Bureau". Census.gov. Dicapai pada 2014-04-16. 
  4. ^ Encyclopedia of Chicago, Park Ridge
  5. ^ Milton E. Nelson, Park Ridge: Milestones Of History pp. 156, 159 (2017)
  6. ^ "G001 - Geographic Identifiers - 2010 Census Summary File 1". United States Census Bureau. Dicapai pada 2015-12-27. 
  7. ^ "USDA Plant Hardiness Zone Map". Agricultural Research Center, PRISM Climate Group Oregon State University. USDA. Dicapai pada 24 February 2014. 
  8. ^ 2010 United States Census Data
  9. ^ "American FactFinder". United States Census Bureau. Diarkibkan daripada original pada September 11, 2013. Dicapai pada 2008-01-31. 
  10. ^ "2006-2008 American Community Survey for Park Ridge, Illinois". U.S. Census Bureau. Dicapai pada July 14, 2010. 
  11. ^ "banner_dist.jpg." Park Ridge-Niles School District. Retrieved on January 10, 2012. "164 South Prospect Avenue Park Ridge, IL 60068"
  12. ^ Park Ridge - Niles Phone: 847.318.4300. "Park Ridge - Niles | PowerIT". D64.org. Dicapai pada 2014-04-16. 
  13. ^ "Welcome to MSW, A Blue Ribbon School of Excellence". 
  14. ^ City of Park Ridge CAFR
  15. ^ "About Us". 
  16. ^ Requiem for the May Company
  17. ^ Milton E. Nelson, Park Ridge: Milestones of History p. 95 (2017)
  18. ^ http://www.sister-cities.org/interactive-map/Park%20Ridge,%20Illinois
  19. ^ "Blues Brothers location guide", Movie-locations.com, Retrieved August 12, 2008
  20. ^ "Filming locations for The Blues Brothers", IMDb
  21. ^ Reardon, Patrick T. (January 29, 2008), "Lost Chicago Found on Film", p. 2, Chicago Tribune, Retrieved August 12, 2008
  22. ^ The Blues Brothers: 25th Anniversary Edition, 2005, scene 4