Hillary Clinton

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Hillary Rodham Clinton)
Hillary Clinton
Hillary Clinton pada 2009
Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke-67
Dalam jawatan
21 Januari 2009 – 1 Februari 2013
PresidenBarack Obama
TimbalanJames Steinberg
William Joseph Burns
Didahului olehCondoleezza Rice
Digantikan olehJohn Kerry
Senator Amerika Syarikat
dari New York
Dalam jawatan
3 Januari 2001 – 21 Januari 2009
PresidenBill Clinton
George W. Bush
Didahului olehDaniel Patrick Moynihan
Digantikan olehKirsten Gillibrand
Wanita Pertama Amerika Syarikat
Dalam jawatan
20 Januari 1993 – 20 Januari 2001
PresidenBill Clinton
Didahului olehBarbara Bush
Digantikan olehLaura Bush
Wanita Pertama Arkansas
Dalam jawatan
9 Januari 1979 – 19 Januari 1981 (kali pertama)
GabenorBill Clinton
Didahului olehBarbara Pryor
Digantikan olehGay Daniels White
Dalam jawatan
11 Januari 1983 – 12 Disember 1992 (kali kedua)
GabenorBill Clinton
Didahului olehGay Daniels White
Digantikan olehBetty Tucker
Butiran peribadi
Lahir (1947-10-26) 26 Oktober 1947 (umur 76)
Chicago, Illinois, A.S.
Parti politikParti Demokrat
PasanganBill Clinton (k. 1975)
Anak-anakChelsea Clinton
Alma materWellesley College
Yale University
PekerjaanAhli politik
Tandatangan
Laman web rasmiTapak web rasmi

Hillary Diane Rodham Clinton (lahir 26 Oktober, 1947) merupakan seorang ahli politik Amerika Syarikat. Beliau merupakan Wanita Pertama Amerika Syarikat dari tahun 1993 sehingga 2001, Senator Amerika Syarikat dari New York dari tahun 2001 sehingga 2009, Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke-67 dari tahun 2009 sehingga 2013 serta calon Demokrat dalam Pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2016, namun kalah kepada calon Republikan, Donald Trump.

Dilahirkan di Chicago, Illinois dan dibesarkan di kawasan pinggir bandar Park Ridge di Chicago, Clinton menamatkan pelajaran di Kolej Wellesley pada tahun 1969 dan mendapat ijazah J.D. (Doktor Juris) dari Sekolah Undang-undang Yale pada tahun 1973. Selepas berkhidmat sebagai peguam perundangan Kongres, beliau berpindah ke Arkansas dan mengahwini Bill Clinton pada tahun 1975. Pada tahun 1977, beliau mengasaskan Peguam Bela Arkansas untuk Kanak-kanak dan Keluarga. Beliau dilantik sebagai ketua wanita pertama Perbadanan Perkhidmatan Perundangan pada tahun 1978 dan menjadi rakan kongsi wanita pertama di Firma Undang-undang Rose pada tahun berikutnya. Semasa tempoh beliau sebagai Wanita Pertama Arkansas, beliau mengetuai sebuah pasukan petugas di mana cadangan-cadangan pasukan tersebut membantu perlaksanaan pembaharuan sekolah-sekolah awam di Arkansas.

Sewaktu tempoh beliau sebagai Wanita Pertama Amerika Syarikat, Clinton adalah seorang peguambela kesetaraan jantina serta reformasi sistem penjagaan kesihatan. Perhubungan pengahwinanya mendapat perhatian awam semasa waktu skandal Lewinsky, dan memaksa beliau mengeluarkan kenyataan untuk mengesahkan komitmennya terhadap perkahwinan beliau bersama suaminya Bill Clinton. Pada tahun 2000, Clinton dipilih sebagai Senator wanita pertama dari New York. Beliau dipilih semula ke Senat pada tahun 2006. Bertanding untuk presiden pada tahun 2008, beliau memenangi lebih banyak undi ahli perwakilan berbanding calon-calon wanita sebelum ini, namun beliau tetap kalah kepada Barack Obama dalam penamaan Parti Demokrat.

Sewaktu tempoh beliau sebagai Setiausaha Negara Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Obama dari tahun 2009 hingga 2013, Clinton melakkukan tindak balas terhadap Kebangkitan Arab, di mana beliau menyokong campur tangan tentera A.S. di Libya. Beliau membantu menganjurkan pengasingan diplomatik serta rejim sekatan antarabangsa terhadap Iran, dalam usaha memaksa pengurangan tahap program nuklear negara itu; ini lalu membawa kepada perjanjian multinasional Pelan Tindakan Komprehensif Bersama pada tahun 2015. Setelah meninggalkan jawatan selepas terma pertama Obama, beliau menulis buku kelimanya dan mengadakan perjumpaan-perjumpaan bercakap.

Clinton melakkukan kempen pertandingan presiden keduanya pada tahun 2016. Beliau menerima undian umum serta undi perwakilan utama terbanyak pada Pemilihan Awal Parti Demokrat 2016 dan menerima penamaan daripada partinya sebagai Presiden Amerika Syarikat secara rasmi pada 28 Julai 2016 dengan regu beliau senator Tim Kaine sebagai calon naib presidennya. Beliau menjadi calon wanita pertama oleh parti politik utama A.S. yang dinamakan untuk menjadi presiden. Walaupun memenangi undi popular kebangsaan, Clinton kehilangan undi Elektoral serta jawatan presiden terhadap lawannya daripada Parti Republikan, Donald Trump. Berikutan kekalahannya, beliau menyatakan pada tahun 2017 bahawa beliau memutuskan untuk memberi tumpuan kepada dirinya untuk menjadi "aktivis warganegara (activist citizen)" mengikut gambaran beliau sendiri.[1]

Suaminya ialah Bill Clinton, Presiden Amerika Syarikat ke-42 dari 1993 ke 2001. Sejak Januari 2020, beliau menjadi Canselor Queen's University Belfast di Belfast, Ireland Utara.

Sejarah hidup dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Hillary Diane Rodent dilahirkan di Chicago, Illinois. Bapanya bernama Hugh Rodent dan ibunya Dorothy Emma Howell Rodent. Beliau mempunyai dua orang adik-beradik lelaki, Hugh dan Tony.

Beliau bersekolah di Maine High School dan Maine South High School. Pada tahun 1965, beliau masuk ke Wellesley College di Massachusetts.

Pada tahun 1969, Hillary melanjutkan pelajaran di Yale Law School dan menerima iajazah Juris Doctor (J.D.) dari Yale pada tahun 1973. Beliau kemudiannya meneruskan pendidikan pasca ijazah berkenaan dengan kanak-kanak dan perubatan di Yale Child Study Center.

Perkahwinan dan keluarga[sunting | sunting sumber]

Semasa bekerja sebagai ahli fakulti di Sekolah Undang-Undang Universiti Arkansas, beliau berkahwin dengan Bill Clinton yang pada masa itu bekerja dalam fakulti di universiti yang sama. Mereka berdua telah mengenali sesama sendiri dan adalah rakan sekelas di Yale Law School. Satu-satunya anak mereka adalah Chelsea Clinton yang lahir pada 27 Februari 1980.

Wanita Pertama Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Beliau cuba mengubah sistem kesihatan ketika menjadi Wanita Pertama. Sesetangah orang tidak sukakannya kerana perancangan dilakukan secara senyap-senyap tanpa pengetahuan umum. Akhirnya, rancangan pembaharuan ditinggalkan kerana tentangan dari orang ramai.

Satu lagi kontroversi semasa beliau menjadi Wanita Pertama adalah skandal seks Bill Clinton dengan Monica Lewinsky. Saat-saat ini memberi tekanan kepada perkahwinan beliau apabila Bill Clinton terpaksa melalui pendakwaan dan dituduh menipu dalam mahkamah.

Memasuki politik[sunting | sunting sumber]

Hillary mengambil keputusan untuk menjadi Senator dan memilih New York sekalipun beliau tidak pernah tinggal di sana. Beliau menang dalam pilihanraya dan juga bagi pemilihan kedua pada tahun 2006.

Kempen Presiden Amerika Syarikat ke-44 2008[sunting | sunting sumber]

Hillary bertemu Presiden Korea Selatan Lee Myung-bak di Rumah Biru, 26 Mei 2010

Beliau adalah calon Presiden bagi Parti Demokrat untuk tahun 2008 bersama-sama dengan Barack Obama. Tetapi beliau tidak dipilih sebagai calon akhir Presiden untuk berlawan bersama John McCain bagi Parti Republikan.

Kempen Presiden Amerika Syarikat ke-45 2016[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah calon akhir Presiden bagi Parti Demokrat untuk tahun 2016 yang akan berlawan dengan calon akhir Presiden bagi Parti Republikan, Donald Trump.

Keputusan Presiden Amerika Syarikat ke-45 2016[sunting | sunting sumber]

Tanggal 9 November 2016, dari 538 pengundian, Hillary Clinton ditewaskan oleh Donald Trump dengan majoriti mudah. Selain itu, Parti Republikan juga menguasai Dewan Senat dan Dewan Rendah.

Calon Keputusan Parti Undi
Donald Trump 306 Republikan 59,045,688
Hillary Clinton 232 Demokrat 59,184,240

Keputusan Dewan Senat Amerika Syarikat

Parti Keputusan
Republikan 51
Demokrat 47

Keputusan Dewan Rendah Amerika Syarikat

Parti Keputusan
Republikan 236
Demokrat 191

Buku dan penulisan lain[sunting | sunting sumber]

  • It Takes a Village: And Other Lessons Children Teach Us, 1996
  • Dear Socks, Dear Buddy: Kids' Letters to the First Pets, 1998
  • An Invitation to the White House: At Home with History, 2000
  • Living History, 2003

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • "Senator Hillary Rodham Clinton". U.S. Senate.
  • "Hillary Clinton for President Official Web Site".
  • "Hillary Rodham Clinton". The White House. Official Biography of First Lady Clinton.
  • "Hillary Rodham Clinton". Weekly Media Statistics (Attention, Sentiment, Keywords).
  • "Hillary Rodham Clinton". Environmental Platform and Record (Grist).
  • "Genealogy of Hillary Rodham Clinton".