Patrick van Aanholt

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Patrick van Aanholt
Patrick van Aanholt (2012).jpg
Van Aanholt bersama Vitesse pada tahun 2012
Maklumat peribadi
Nama penuh Patrick John Miguel van Aanholt[1]
Tarikh lahir (1990-08-29) 29 Ogos 1990 (umur 27)
Tempat lahir 's-Hertogenbosch, Belanda
Ketinggian 1.77 m (5 ft 10 in)[2]
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini Crystal Palace
Nombor 3
Kerjaya remaja
2003–2005 FC Den Bosch
2005–2007 PSV Eindhoven
2007–2009 Chelsea
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2009–2014 Chelsea 2 (0)
2009 Coventry City (pinjam) 20 (0)
2010 Newcastle United (pinjam) 7 (0)
2011 Leicester City (pinjam) 12 (1)
2011–2012 Wigan Athletic (pinjam) 3 (0)
2012–2014 Vitesse (pinjam) 67 (5)
2014–2017 Sunderland 82 (7)
2017– Crystal Palace 11 (2)
Pasukan kebangsaan
2005–2006 Belanda B16 7 (0)
2006–2007 Belanda B17 17 (6)
2007–2008 Belanda B18 2 (0)
2008–2009 Belanda B19 8 (1)
2010 Belanda B20 1 (0)
2010–2013 Belanda B21 16 (0)
2013– Belanda 6 (0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 21 Mei 2017.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 4 Jun 2016

Patrick John Miguel van Aanholt (lahir 29 Ogos 1990) merupakan pemain bola sepak profesional Belanda yang bermain sebagai pertahanan untuk Crystal Palace.

Dia memulakan karier profesionalnya di Chelsea, dimana dia jarang digunakan dan dipinjamkan ke lima kelab lain. Pada tahun 2014, dia menyertai Sunderland dengan yuran sekitar £1.5 juta.

Van Aanholt mewakili Belanda di pelbagai peringkat umur dan membuat penampilan antarabangsa sulung pada tahun 2013.

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

Chelsea[sunting | sunting sumber]

Van Aanholt menyertai pasukan belia Chelsea pada tahun 2007. Dia membuat penampilan profesional sulung secara pinjaman di Coventry City pada 9 Ogos 2009 ketika kemenangan 2–1 ke atas Ipswich Town.[3] Dia dipanggil semula ke Chelsea pada bulan Disember kerana kekurangan pemain akibat dipanggil ke Piala Negara-Negara Afrika.

Dia kali pertama dipilih untuk Chelsea dalam perlawanan Piala FA Inggeris menentang Preston North End pada musim 2009–10, memakai nombor 52, tetapi tidak membuat penampilan. Dia membuat penampilan sulung untuk Chelsea pada 24 Mac 2010, ketika kemenangan 5–0 ke atas Portsmouth, menggantikan Yuri Zhirkov pada minit-71.[4] Dia membuat penampilan pertamanya di tempat sendiri, pada 27 Mac 2010, ketika menang ke atas Aston Villa 7–1, sekali lagi sebagai pemain gantian.[5] Pada 29 Januari 2010, Van Aanholt menyertai Newcastle United secara pinjaman sebulan selepas José Enrique mengalami kecederaan. Dia bermain perlawanan terakhirnya ketika menang 2–1 ke atas Watford.

van Aanholt bermain untuk Chelsea pada tahun 2010

Van Aanholt menjaringkan gol pertama kariernya pada 22 September 2010 ketika kekalahan 4–3 kepada bekas kelabnya, Newcastle United dalam Piala Liga.[6] Pada 26 Januari 2011, dia menyertai Leicester City secara pinjaman sehingga akhir musim.[7] Dia membuat penampilan sulung ketika menang 1–0 ke atas Sheffield United pada 1 Februari 2011,[8] dan mengalami kecederaan selepas bermain enam perlawanan.[9] Van Aanholt menjaringkan gol liga pertamanya ketika menang 4–0 ke atas Burnley pada 9 April 2011.[10]

Pada 31 Ogos 2011, Van Aanholt menyertai Wigan Athletic secara pinjaman semusim.[11] Tempoh perpinjaman Van Aanholt ditamatkan secara persetujuan bersama oleh ketiga-tiga pihak. Semasa tempoh perpinjaman ini, Van Aanholt bermain tiga perlawanan liga dan satu perlawanan Piala Liga untuk the Latics.[12]

Vitesse (pinjam)[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Januari 2012, dia kembali ke Chelsea selepas dipinjam ke Wigan Athletic. Sembilan hari kemudian, Van Aanholt menyertai kelab Belanda, Vitesse secara pinjaman sehingga akhir musim. Van Aanholt kembali ke negara asalnya, Belanda bersama-sama rakan sepasukan Chelsea, Tomas Kalas dan Ulises Davila yang menyertai Vitesse ketika permulaan musim secara pinjaman. Pada 11 Julai 2012, dia menyertai semula Vitesse secara pinjaman untuk musim 2012–13.[13] Pada 7 Julai 2013, tempoh perpinjaman di Vitesse dilanjutkan sehingga musim 2013–14. Dia bermain ketika seri 1–1 dengan Petrolul Ploiești dalam Liga Europa UEFA.[14]

Pada 7 Disember 2013, Van Aanholt menjaringkan gol kelima Vitesse ketika kemenangan 6–2 ke atas PSV, meletakkan Vitesse di tangga teratas Eredivisie.[15]

Sunderland[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Julai 2014 Van Aanholt meninggalkan Chelsea dan menyertai Sunderland dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan, dipercayai £1.5 juta, kontrak selama empat tahun.[16] Dia membuat penampilan kompetitif pertama pada 16 Ogos semasa Sunderland memulakan kempen Liga Perdana menentang West Bromwich Albion, membuat bantuan gol kepada Sebastian Larsson ketika seri 2–2.[17] Pada 3 November, ketika Sunderland menang 3–1 ke atas Crystal Palace, Van Aanholt membuat bantuan gol kepada Steven Fletcher tetapi diusung keluar selepas mengalami kecederaan dan digantikan oleh Wes Brown.[18] Van Aanholt menjaringkan gol pertamanya untuk Sunderland pada 4 Januari 2015, satu-satunya gol ketika kemenangan dalam pusingan ketiga Piala FA ke atas Leeds United.[19]

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada 19 November 2013, Van Aanholt membuat penampilan sulung untuk Belanda ketika perlawanan persahabatan menentang Colombia, menggantikan Memphis Depay ketika seri 0–0 di Amsterdam Arena.[20]

Statistik karier[sunting | sunting sumber]

Sehingga 5 Januari 2015.[21][22]
Prestasi kelab Liga Piala Piala Liga Benua Jumlah
Musim Kelab Liga Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
England Liga Piala Piala Liga Eropah Jumlah
2009–10 Coventry City (pinjam) Championship 20 0 0 0 0 0 0 0 20 0
2009–10 Newcastle United (pinjam) Championship 7 0 0 0 0 0 0 0 7 0
2009–10 Chelsea Liga Perdana Inggeris 2 0 0 0 0 0 0 0 2 0
2010–11 0 0 1 0 1 1 4 0 6 1
2010–11 Leicester City (pinjam) Championship 12 1 0 0 0 0 0 0 12 1
2011–12 Wigan Athletic (pinjam) Liga Perdana Inggeris 3 0 0 0 1 0 0 0 4 0
Belanda Liga Piala Piala Liga Eropah Jumlah
2011–12 Vitesse (pinjam) Eredivisie 9 0 1 0 10 0
2012–13 31 1 4 0 4 1 39 2
2013–14 29 4 3 1 2 0 34 5
England Liga Piala Piala Liga Eropah Jumlah
2014–15 Sunderland Liga Perdana Inggeris 10 0 1 1 1 0 12 1
Jumlah keseluruhan 123 6 10 2 3 1 10 1 146 10

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Premier League clubs submit squad lists". premierleague.com. Premier League. 1 September 2010. Dicapai 2014-07-06. 
  2. ^ "Premier League Player Profile Patrick van Aanholt". Premier League. Barclays Premier League. 2015. Dicapai 15 January 2015. 
  3. ^ "Coventry 2–1 Ipswich". BBC Sport. 9 August 2009. Dicapai 7 August 2010. 
  4. ^ "Portsmouth 0–5 Chelsea". BBC Sport. 24 March 2010. Dicapai 8 August 2014. 
  5. ^ [1]
  6. ^ "Ameobi sends Chelsea crashing out". ESPN Soccernet. 22 September 2010. Diarkibkan daripada original pada 26 September 2010. Dicapai 2010-12-08. 
  7. ^ "Foxes clinch Van Aanholt loan". Sky Sports. 26 January 2011. Dicapai 26 January 2011. 
  8. ^ "Sheff Utd 0 – 1 Leicester". BBC Sport. 1 February 2011. Dicapai 1 March 2011. 
  9. ^ "Leicester's Patrick van Aanholt set to miss a month". BBC Sport. 28 February 2011. Dicapai 1 March 2011. 
  10. ^ "Leicester City vs Burnley". LCFC. 9 April 2011. Diarkibkan daripada original pada 13 April 2011. Dicapai 9 April 2011. 
  11. ^ http://uk.eurosport.yahoo.com/31082011/58/spl-wigan-sign-maloney-celtic.html
  12. ^ "Chelsea FC:Latest News". 1 October 2011. Dicapai 6 July 2014. 
  13. ^ VITESSE LOANS FOR YOUNG PAIR
  14. ^ UEFA Europa League – Petrolul-Vitesse – UEFA.com
  15. ^ "Vitesse Arnhem hammered PSV Eindhoven to keep their place at the top of the Dutch table". BBC Sport. 7 December 2013. Dicapai 9 December 2013. 
  16. ^ "Sunderland sign Patrick van Aanholt from Chelsea". Sky Sports. 25 July 2014. Dicapai 25 July 2014. 
  17. ^ Strickland, Jamie (16 August 2014). "West Brom 2–2 Sunderland". BBC Sport. Dicapai 25 August 2014. 
  18. ^ "Patrick van Aanholt: Sunderland defender injures shoulder". BBC Sport. 3 November 2014. Dicapai 3 November 2014. 
  19. ^ Williams, Adam (4 January 2015). "Sunderland 1-0 Leeds". BBC Sport. Dicapai 4 January 2015. 
  20. ^ "Netherlands cling on against Colombia". UEFA. 19 November 2013. Dicapai 9 December 2013. 
  21. ^ "Games played by Patrick van Aanholt". 16 November 2013. Dicapai 16 November 2013. 

    *League Only as SoccerBase don't count Dutch Cup and Europa League matches for whatever reason*
  22. ^ "Patrick van Aanholt Appearances". 16 November 2013. Dicapai 16 November 2013. 

    *Listed ESPNFC ref as it shows he has indeed played in the Dutch Cup and Europa League*

Pautan luar[sunting | sunting sumber]