Matthijs de Ligt

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Matthijs de Ligt
Matthijs de Ligt 2018.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhMatthijs de Ligt
Tarikh lahir (1999-08-12) 12 Ogos 1999 (umur 20)
Tempat lahirLeiderdorp, Belanda
Ketinggian1.89 m
Posisi permainanBek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniJuventus
Nombor4
Kerjaya remaja
2008–2016Ajax
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2016–2017Jong Ajax17(1)
2016–2019Ajax77(8)
2019–Juventus0(0)
Pasukan kebangsaan
2014–2015Belanda B155(0)
2014–2015Belanda B168(0)
2015–2016Belanda B1714(1)
2016Belanda B196(0)
2017–Belanda17(2)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 16 Mei 2019 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 9 Jun 2019 (UTC)

Matthijs de Ligt (lahir 12 Ogos 1999) merupakan pemain bola sepak Belanda yang bermain di posisi pertahanan untuk kelab Serie A, Juventus dan pasukan kebangsaan Belanda.

Pada 21 September 2016, De Ligt melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan senior Ajax menentang Willem II. Beliau telah menjaringkan gol selepas 25 minit sekali gus menjadikannya penjaring gol kedua termuda selepas Clarence Seedorf. Pada 24 Mei, beliau menjadi pemain termuda (17 tahun dan 285 hari) untuk beraksi dalam perlawanan akhir kejohanan Eropah ketika beliau beraksi menentang Manchester United dalam final Liga Europa 2017. Pada 17 Disember 2018, De Ligt meraih anugerah Golden Boy sekali gus menjadikannya pemain pertahanan pertama meraih pencapaian tersebut.

Pada tahun 2017, De Ligt melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan kebangsaan Belanda ketika berusia 17 tahun dan menjadikannya pemain paling muda untuk mewakili skuad senior sejak tahun 1931.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Ajax[sunting | sunting sumber]

De Ligt menyertai akademi belia Ajax semasa beliau berusia sembilan tahun. Sebelum ini, beliau beraksi untuk kelab tempatan yang terletak di Abcoude, tidak jauh dari Amsterdam. Pada mulanya, jurulatih akademi merasakan bahawa De Ligt terlalu perlahan dan tidak terlalu tajam permainannya namun beliau telah diberi peluang untuk mengembangkan bakatnya di akademi dan membuktikan kualiti permainannya.

2016–17[sunting | sunting sumber]

Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan Jong Ajax pada 8 Ogos 2016 dalam perlawanan Eerste Divisie menentang FC Emmen. Pada musim tersebut, De Ligt telah beraksi dalam 17 perlawanan untuk Jong Ajax.

Pada 21 September, De Ligt melakukan penampilannya yang pertama untuk skuad senior Ajax dalam perlawanan piala domestik menentang Willem II. Beliau menjaringkan gol selepas 25 minit sekali gus menjadikannya penjaring gol kedua termuda selepas Clarence Seedorf. Pada 24 Oktober, Ajax telah mengumumkan menerusi laman Twitternya bahawa De Ligt telah dimasukkan ke dalam skuad senior.

De Ligt seterusnya beraksi dalam 11 perlawanan liga dan sembilan perlawanan Liga Europa. Pada 24 Mei, beliau menjadi pemain paling muda (17 tahun dan 285 hari) untuk beraksi dalam pentas akhir kejohanan Eropah apabila beliau dimasukkan ke dalam kesebelasan utama untuk menghadapi Manchester United pada aksi final.

2017–19[sunting | sunting sumber]

De Ligt semasa menjalani latihan di Ajax.

Selepas Davinson Sánchez berpindah ke Tottenham Hotspur pada Ogos 2017, De Ligt menjadi tonggak utama Ajax. Beliau telah dinamakan sebagai kapten Ajax termuda pada Mac 2018 selepas kapten pasukan, Joel Veltman mengalami kecederaan.

De Ligt beraksi dalam 37 perlawanan untuk semua kejohanan dan menjaringkan tiga gol. Beliau beraksi dalam 31 perlawanan liga dengan menjadi pemain utama yang beraksi sehingga 90 minit permainan. Melihat kepada corak permainannya di Ajax, De Ligt telah dikaitkan dengan beberapa kelab terkemuka Eropah.

Pada 17 Disember 2018, De Ligt telah meraih anugerah Golden Boy sekali gus menjadikannya pemain pertahanan pertama merangkul anugerah tersebut. Pada 13 Februari 2019, De Ligt menjadi kapten termuda dalam perlawanan Liga Juara-Juara ketika berusia 19 tahun dan 186 hari menentang Real Madrid. Pada 27 Febaruari 2019, beliau telah beraksi dalam perlawanan ke-100nya untuk Ajax ketika mereka menang 3-0 ke atas Feyenoord dalam saingan Piala Belanda. Beliau merupakan pemain Ajax termuda untuk mencapai pencapaian tersebut.

Pada 16 April 2019, De Ligt menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara menentang Juventus sekali gus membantu Ajax untuk melangkah ke peringkat separuh akhir buat pertama kali sejak edisi 1996-97. Jaringan beliau turut mencipta rekod pemain Belanda termuda menjaringkan gol dalam peringkat kalah mati sejak Nordin Wooter pada 1996 dan pemain pertahanan kedua termuda yang menjaringkan gol selepas Joël Matip.

Juventus[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Julai 2019, De Ligt berpindah ke juara Serie A, Juventus dengan menandatangani kontrak lima tahun di bawah perpindahan yang menelan kos sebanyak €75 juta. Jumlah kos tersebut dibayar dalam masa setiap tahun disertakan dengan bayaran tambahan €10.5 juta.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Mac 2017, De Ligt melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan kebangsaan Belanda ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Bulgaria. Jurulatih Danny Blind memanggil De Ligt ke kem pasukan kebangsaan meskipun beliau hanya beraksi dua perlawanan liga untuk Ajax. Pada usia 17 tahun, beliau menjadi pemain termuda yang beraksi untuk pasukan kebangsaan sejak tahun 1931.

Semasa kejohanan Liga Negara-Negara Eropah, De Ligt beraksi sehingga 90 minit permainan dalam keempat-empat perlawanan peringkat kumpulan menentang Jerman dan Perancis yang menyaksikan Belanda mara ke final Liga Negara Eropah.bale11

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 16 Mei 2019.
Kelab Musim Liga Piala Eropah[nb 1] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Belanda Jong Ajax 2016–17 17 1 17 1
Belanda Ajax 2016–17 11 2 3 1 9 0 23 3
2017–18 33 3 2 0 4 0 39 3
2018–19 33 3 5 1 17 3 55 7
Jumlah 77 8 10 2 30 2 117 13
Jumlah kerjaya 94 9 10 2 30 2 134 14

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 9 Jun 2019.
Pasukan kebangsaan Belanda
Tahun Kmncln Gol
2017 3 0
2018 10 0
2019 4 2
Jumlah 17 2

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
24 Mac 2019 Amsterdam, Belanda  Jerman
1–2
2–3
Kelayakan Euro 2020
2
6 Jun 2019 Guimarães, Portugal  England
1–1
1–3(s.m.t.)
Pusingan Akhir Liga Negara-Negara Eropah 2019

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Individu[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]