Daley Blind

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Daley Blind
Daley Blind 6013.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh Daley Blind[1]
Tarikh lahir (1990-03-09) 9 Mac 1990 (umur 27)
Tempat lahir Amsterdam, Belanda
Ketinggian 1.80 m (5 ka 10+78 in)[2]
Posisi permainan Pemain tengah bertahan
Maklumat kelab
Kelab terkini Manchester United
Nombor 17
Kerjaya remaja
1995–1998 AFC
1998–2008 Ajax
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2008–2014 Ajax 102 (3)
2010 FC Groningen (pinjaman) 17 (0)
2014– Manchester United 8 (1)
Pasukan kebangsaan
2004 Netherlands B15 1 (0)
2006 Netherlands B16 4 (0)
2006–2007 Belanda B17 13 (3)
2007–2009 Belanda B19 16 (0)
2009–2013 Belanda B21 23 (0)
2013– Belanda 25 (2)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 8 November 2014.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 16 November 2014

Daley Blind (lahir 9 Mac 1990) merupakan pemain bola sepak Belanda yang kini bermain untuk kelab Manchester United dan pasukan kebangsaan Belanda.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Ajax[sunting | sunting sumber]

Blind memulakan kerjayanya di akademi remaja Ajax. Kelab itu sama seperti bapanya, Danny Blind mencipta nama sebelum menjadi pemain profesional. Pada 7 Disember 2008, Blind membuat debut profesional untuk Ajax ketika menentang FC Volendam. Blind membuat hantaran melalui sepakan penjuru kepada Jan Vertonghen untuk menjaringkan gol kemenangan. Pada 19 Disember 2008, beliau melanjutkan kontraknya bersama Ajax sehingga 30 Jun 2013.

Pada 5 Januari 2010, beliau dipinjam ke Groningen untuk musim 2009–10 ketika perpindahan musim sejuk.[3] Ketika di Groningen, Blind banyak bermain di posisi bek kanan.

Blind kembali ke Ajax untuk musim 2010-11 dan 2011-12 dan pada musim itu juga, Ajax menjadi juara liga buat kali ke-30. Walau bagaimanapun, Blind tidak banyak beraksi dan kebanyakannya duduk di bangku simpanan. Ketika di bawah jurulatih baru, Frank de Boer, Blind diberi pilihan pertama bek kiri ketika musim 2012-13.

Pada 23 April 2013, Blind telah bersetuju untuk melanjutkan kontraknya bersama Ajax selama tiga tahun sehingga musim panas 2016. Pada 5 Mei, Blind bersama Ajax menjuarai liga kali ke-32 selepas menewaskan Willem II 5–0 di laman sendiri. Pada penghujung musim, Blind diumumkan sebagai Pemain Terbaik Ajax untuk musim 2012-13.

Ketika musim 2013–14, De Boer memindahkan posisi Blind ke pemain pertahanan bertahan dan dinamakan sebagai Pemain Tahunan Belanda selepas Ajax menjuarai liga empat tahun berturut-turut.[4]

Manchester United[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Ogos 2014, Manchester United mengumumkan pada laman sosialnya bahawa mereka telah mencapai persetujuan untuk menandatangani Blind selepas melepas ujian kesihatan.[5] Pada 1 September 2014, Manchester United menandatangani beliau sebanyak £13.8 juta. Beliau membuat debut pada 14 September ketika United menewaskan Queens Park Rangers 4–0 di Old Trafford sebagai kemenangan pertama mereka pada musim itu. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk United pada 20 Oktober, dari jarak 20 meter menentang West Bromwich Albion, 2-2.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Blind membuat penampilan pertama untuk pasukan kebangsaan Belanda pada 6 Februari 2013 menentang Itali pada perlawanan persahabatan, seri 1-1. Pada Jun 2014, beliau dipilih dalam skuad Piala Dunia FIFA 2014. Beliau bermain pada posisi sayap kiri ketika perlawanan pembukaan menentang Sepanyol. Beliau membuat hantaran kepada Robin van Persie dan Arjen Robben ketika Oranje menang 5–1. Beliau menjaringkan gol pertamanya pada perlawanan penentuan tempat ketiga ketika menewaskan Brazil, 3-0. Tetapi apabila diulang di televisyen, ia dilihat offside.

Statistik[sunting | sunting sumber]

Pasukan kebangsaan Belanda
Tahun Kmncln Gol
2013 8 0
2014 17 2
Jumlah 25 2

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
12 Julai 2014 Brasília, Brazil  Brazil
2–0
3–0
Piala Dunia FIFA 2014
2
12 November 2014 Amsterdam, Belanda  Mexico
2–3
2-3
Persahabatan

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Ajax

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Belanda

Individual[sunting | sunting sumber]

  • Pemain Harapan Ajax: 2007–08
  • Pemain Tahunan Ajax: 2012–13
  • Pemain Terbaik Belanda: 2014

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA. 11 June 2014. m/s. 25. Dicapai pada 11 June 2014. 
  2. ^ "Barclays Premier League Player Profile Daley Blind". Premier League. 2014. Dicapai pada 10 December 2014. 
  3. ^ "Daley Blind on loan to FC Groningen". Ajax.nl. 5 January 2010. Dicapai pada 27 April 2010. 
  4. ^ "Daley Blind". FIFA. Dicapai pada 17 June 2014. 
  5. ^ "United agree deal for Blind". Manchester United. 30 August 2014. Dicapai pada 1 September 2014. 
  6. ^ "2014 FIFA World Cup: Brazil 0-3 Netherlands". FIFA. Dicapai pada 10 August 2014.