Pemilihan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rencana ini ialah mengenai pemilihan dalam konteks evolusi. Untuk kegunaan lain, sila lihat Pemilihan (nyahkekaburan).

Dalam konteks evolusi, trait atau alel bagi gen tertentu yang mengasing dalam suatu populasi tertakluk kepada pemilihan. Di bawah pemilihan, individu dengan kelebihan atau trait "adaptif" cenderung untuk menjadi lebih berjaya daripada taranya dari segi pembiakan—bererti bahawa ia menyumbangkan anak kepada generasi sesaran lebih daripada yang lain. Apabila trait-trait ini mempunyai dasar genetik, pemilihan boleh meningkatkan prevalens trait-trait itu, kerana anak akan mewarisi trait-trait itu daripada induknya. Apabila pemilihan adalah amat dan berterusan, trait-trait adaptif menjadi sejagat kepada populasi atau spesies, yang kemudian boleh dikatakan telah berevolusi.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Templat:Genetik populasi