Pemutihan karang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Batu karang yang memutih akibat pelepasan zooxanthellae

Pemutihan karang berlaku apabila polip batu karang menyingkirkan alga hidup bersama secara endosimbiotik di dalam tisu-tisunya akibat tekanan atau stres. Batu karang masih bisa hidup selepas ketiadaan alga ini, namun akan mula mati akibat kekurangan bekalan tenaga hasil simbiosis dengan alga tersebut[1]

Peningkatan suhu air laut disebabkan pemanasan global ialah penyebab utama fenomena ini.[1] Menurut sebuah laporan hasil Rancangan Persekitaran Bangsa-Bangsa Bersatu, suatu pemutihan berpanjangan berlaku antara tahun 2014 dan 2016 telah membunuh batu-batu karang secara besar-besaran. Sebanyak antara 29 hingga 50 peratus kawasan Terumbu Sawar Besar terjejas akibat kejadian yang seumpamanya pada taun 2016.[2][3][4]

Penjelasan[sunting | sunting sumber]

Batu karang mendapat warnanya daripada zooxanthellae, sejenis protozoa seakan protozoa yang hidup dalam hubungan simbiosis bersama dalam tisu-tisu hidupan ini. Zooxanthellae tersebut membekalkan nutrien penting kepada batu karang melalui fotosintesis (sebanyak 90%) manakala batu karang perumah akan membekalkan karbon dioksida dan ammonium yang diperlukan untuk proses fotosintesis tersebut.

Keadaan persekitaran yang tidak sesuai akan mendorong polip batu karang menyingkirkan zooxanthellae buat sementara waktu, menjadikan polip tampak keputihan sehingga organisme zooxanthellae bisa kembali kepada polip.[5] Namun, sekiranya keadaan buruk ini berterusan maka polip-polip ini akan mula kebuluran kemudianya mati meninggalkan rangka kalsium karbonat.

Batu karang lautan cetek arus panas lebih mudah terjejas berbanding batu karang di kawasan beraliran air yang lebih tinggi.[6]

Faktor penyebab[sunting | sunting sumber]

Keadaan pemutihan ini boleh berpunca daripada beberapa faktor. ada daripadanya memberi kesan secara lingkungan setempat, namun ada juga lebih berskala besar sehingga cenderung membahayakan ekosistem lautan secara keseluruhannya. Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan tekanan lalu memudarkan batu karang tersebut:

Impak[sunting | sunting sumber]

Pemutihan karang boleh mengurangkan tempat tinggal yang bersesuaian untuk ikan-ikan yang hidup dalam kawasan setempat lalu menyukarkan masyarakat yang bergantung kepada penangkapan ikan sebegini untuk menyara hidup sendiri.[16] Penyusutan batu karang semulajadi turut mengurangkan kawasan yang melindungi pesisiran daripada kesan akibat hentaman gelombang, lalu mampu meningkatkan kemungkinan kerosakan dan kemusnahan tempat tinggal akibat ribut, hakisan dan kebanjiran.[17]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "The Great Barrier Reef: a catastrophe laid bare". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). 6 Jun 2016. ISSN 0261-3077. Dicapai 15 Oktober 2016. 
  2. ^ "Coral bleaching on Great Barrier Reef worse than expected, surveys show". The Guardian. 29 May 2017. Dicapai 29 May 2017. 
  3. ^ "The United Nations just released a warning that the Great Barrier Reef is dying". The Independent (dalam bahasa Inggeris). 2017-06-03. Dicapai 2017-06-11. 
  4. ^ Hughes TP, Kerry JT, Álvarez-Noriega M, Álvarez-Romero JG, Anderson KD, Baird AH, dll. (March 2017). "Global warming and recurrent mass bleaching of corals". Nature. 543 (7645): 373–377. Bibcode:2017Natur.543..373H. doi:10.1038/nature21707. PMID 28300113. 
  5. ^ Nir O, Gruber DF, Shemesh E, Glasser E, Tchernov D (2014-01-15). "Seasonal mesophotic coral bleaching of Stylophora pistillata in the Northern Red Sea". PLOS One. 9 (1): e84968. Bibcode:2014PLoSO...984968N. doi:10.1371/journal.pone.0084968. PMC 3893136Boleh dicapai secara percuma. PMID 24454772. 
  6. ^ Baker A, Glynn P, Riegl B (2008). "Climate change and coral reef bleaching: An ecological assessment of long-term impacts, recovery trends and future outlook". Estuarine, Coastal and Shelf Science. 80: 435–471. Bibcode:2008ECSS...80..435B. doi:10.1016/j.ecss.2008.09.003. 
  7. ^ "Reef 'at risk in climate change'" (Siaran akhbar). The University of Queensland. April 6, 2007. Dicapai August 2, 2016. 
  8. ^ Anthony, K. 2007; Berkelmans
  9. ^ Saxby T, Dennison WC, Hoegh-Guldberg O (2003). "Photosynthetic responses of the coral Montipora digitata to cold temperature stress". Marine Ecology Progress Series. 248: 85–97. Bibcode:2003MEPS..248...85S. doi:10.3354/meps248085. 
  10. ^ Marimuthu N, Jerald Wilson J, Vinithkumar NV, Kirubagaran R (9 November 2012). "Coral reef recovery status in south Andaman Islands after the bleaching event 2010". Journal of Ocean University of China. 12 (1): 91–96. Bibcode:2013JOUC...12...91M. doi:10.1007/s11802-013-2014-2. 
  11. ^ Rogers CS (1990). "Responses of coral reefs and reef organisms to sedimentation". Marine Ecology Progress Series. 62: 185–202. Bibcode:1990MEPS...62..185R. doi:10.3354/meps062185. 
  12. ^ Kushmaro A, Rosenberg E, Fine M, Loya Y (1997). "Bleaching of the coral Oculina patagonica by Vibrio AK-1". Marine Ecology Progress Series. 147: 159–65. Bibcode:1997MEPS..147..159K. doi:10.3354/meps147159. 
  13. ^ Hoegh-Guldberg O, Smith G (1989). "The effect of sudden changes in temperature, light and salinity on the population density and export of zooxanthellae from the reef corals Stylophora pistillata Esper and Seriatopora hystrix Dana". Journal of Experimental Marine Biology and Ecology. 129 (3): 279–303. doi:10.1016/0022-0981(89)90109-3. 
  14. ^ Jones RJ, Muller J, Haynes D, Schreiber U (2003). "Effects of herbicides diuron and atrazine on corals of the Great Barrier Reef, Australia". Marine Ecology Progress Series. 251: 153–167. Bibcode:2003MEPS..251..153J. doi:10.3354/meps251153. 
  15. ^ "How Do Oil Spills Affect Coral Reefs?". response.restoration.noaa.gov (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2018-04-24. 
  16. ^ Speers AE, Besedin EY, Palardy JE, Moore C (2016-08-01). "Impacts of climate change and ocean acidification on coral reef fisheries: An integrated ecological–economic model". Ecological Economics. 128: 33–43. doi:10.1016/j.ecolecon.2016.04.012. 
  17. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :1 tidak disediakan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]