Penaklukan Surabaya oleh Mataram

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penaklukan Surabaya oleh Mataram
Tarikh1614–1625
Lokasi
Jawa tengah dan timur dan Madura, terutamanya di pantai timur laut Jawa
Keputusan Kemenangan mutlak Mataram decisive victory
Penguasaan Mataram di Jawa tengah dan timur
Pihak yang terlibat
Kesultanan Mataram

Kadipaten Surabaya
Allies:

  • Tuban
  • Pasuruan
  • Wirasaba
  • Lasem
  • Sukadana
  • Madura
  • Pajang (kekejaman terhadap Mataram)
  • others
Komandan dan pemimpin

Sultan Agung Mataram

  • Tumenggung Mangun Oneng (1625)[1]
  • Jayalengkara, Surabaya[2]
  • Pangeran Pekik Surabaya[2]
  • Templat:Campaigns of the Mataram Sultanate

    Penaklukan Surabaya oleh Mataram atau Perang Mataram-Surabaya adalah kempen ketenteraan oleh Kesultanan Mataram pada awal abad ke-17 yang mengakibatkan penaklukan Kadipaten Surabaya dan sekutunya di bahagian timur Jawa (sekarang menjadi bahagian Indonesia). Sebelum penaklukan ini, Mataram dan Surabaya adalah dua kerajaan yang bersaing merebut kekuasaan di Jawa Tengah dan Timur.[3] Perang ini bermula pada tahun 1614 ketika Mataram, di bawah kepemimpinan Sultan Agung, menyerang sekutu Surabaya, termasuk Wirasaba. Surabaya dan sekutunya melancarkan serangan balas tetapi dikalahkan di Pajang pada tahun 1616. Selama beberapa tahun berikutnya, Mataram secara beransur-ansur menakluk ahli-ahli perikatan Surabaya, dan pada tahun 1620, kota Surabaya itu berada di bawah pengepungan dan bertahan sehingga menyerah pada tahun 1625. Dengan penaklukan ini, Mataram menyatukan Jawa Tengah dan Jawa Timur di bawah kekuasaannya,[2] dan memperkukuhkan kedudukannya sebagai kuasa dominan di Jawa.[4] Surabaya dan daerah-daerah sekitarnya yang ditaklukkan tetap berada di tangan Mataram sampai diserahkan ke Syarikat Hindia Timur Belanda pada tahun 1743.[5]

    Latar belakang[sunting | sunting sumber]

    Pada pertengahan kedua abad ke-16, Kesultanan Demak yang menguasai kepulauan Jawa runtuh dan menjadi beberapa negara merdeka.[6] Pada awal abad ke-17, tiga dari negara-negara ini muncul sebagai kekuatan utama iaitu Kesultanan Banten di Jawa Barat, Kesultanan Mataram di pedalaman Jawa Tengah, dan Kadipaten Surabaya di pesisir Jawa Timur.[7][8] Mataram mengukuhkan kekuatannya dengan menyatukan kerajaan lain: Pajang pada tahun s. 1588 1588, Demak (1588), Madiun (s. 1590 1590) dan Kediri (1591).[9] Berikutan ekspedisi Mataram ke atas Banten pada tahun 1597 gagal, Mataram mengubah penguasaannya di bahagian Timur iaitu bahagian di bawah pengaruh Surabaya.[9]

    Kadipaten Surabaya berpusat sekitar kota Surabaya kini, iaitu di pantai utara Jawa Timur.[3] Kadipaten ini kaya dan kuat,[3] dan kota pelabuhannya merupakan laluan perdagangan penting antara Melaka dan kepulauan penghasil rempah-rempah (Maluku).[10] Keluasan kota ini adalah sekitar 37 kilometer (23 bt) dalam diameter, dan diperkuat oleh terusan-terusan dan meriam-meriam.[3] Bersekutu dengan negara terdekat, Pasuruan, Kadipaten ini memperluaskan pengaruhnya ke seluruh bagian timur pulau Jawa di awal abad ke-17.[11] Pada tahun 1622, Kadipaten Surabaya mengawal daerah Gresik dan Sedayu di Jawa Timur.[3] dan juga menguasai daerah Sukadana[3] dan Banjarmasin[12] di Kalimantan Selatan. Terdapat laporan meragukan yang mengatakan Kadipaten ini mungkin telah memperluas pengaruhnya ke Pasuruan, Blambangan, wilayah lembah sungai Brantas, dan Wirasaba.[3] Selain itu, Surabaya sekutu Tuban, Malang, Kediri, Lasem, semua wilayah di Jawa Timur, serta Madura di luar pantai utaranya.[13] Perikatan ini terbentuk sebagai tindak balas kepada kuasa Mataram yang semakin meningkat,[12] manakala Surabaya merupakan pengasas dan ahli yang paling kuat.[12][9]

    Peperangan[sunting | sunting sumber]

    Penaklukan sekutu Surabaya[sunting | sunting sumber]

    Pada tahun 1613, Hanyakrakusuma (memerintah tahun 1613 – 1645, yang kemudian bergelar Sultan Agung) menaiki takhta Mataram. Baginda memulakan penaklukan ke arah timur dengan melakukan serangan ke arah sisi selatan Surabaya, Tapal Kuda Timur, Malang, dan kemungkinan Pasuruan pada tahun 1614. Angkatan Surabaya diserang tentera Mataram ketika perarakan pulang, namun berjaya dikalahkan. Pada tahun 1615, Sultan Agung menaklukkan Wirasaba dan secara peribadi memimpin pasukan di sana. Surabaya memberi bantuan ketenteraan kepada Wirasaba kerana gusar sekutu yang lainnya, Tuban, akan mengambil kesempatan dengan mengkhianati Surabaya dan menyerang dari belakang.[14][12]

    Penaklukan strategik dan penting wilayah Wirasaba menimbulkan ancaman yang jelas kepada Surabaya dan kerajaan-kerajaan kecil di timur dan mereka menyatakan untuk memperkuat perikatan. Mereka mengerahkan angkatan tentera mereka dan menuju ke Pajang, sebuah kota di bawah penguasaan Mataram tetapi seolah-olah di ambang pemberontakan.[14] Namun, seorang perisik Mataram di Tuban telah menipu pasukan sekutu untuk mengambil laluan yang buruk menuju Pajang. Akibatnya, tentera sekutu terpencil di Siwalan, berhampiran Pajang. Akhirnya, mereka telah dikepung oleh Sultan Agung dan dikalahkan pada bulan Januari 1616.[14]

    Sultan Agung kemudiannya meraih kemenangan di Lasem (1616) dan Pasuruan (1616-17). Pada tahun 1617, Pajang akhirnya melakukan pemberontak terhadap Mataram namun berjaya dikalahkan, dan para pemimpin Pajang melarikan diri ke Surabaya.[14] Pada tahun 1619, Sultan Agung menakluk Tuban, salah satu anggota terkuat dari perikatan Surabaya.[14] Penaklukan ini membuatkan Sultan Agung berkuasa ke atas semua aktiviti pembinaan kapal di Tuban, dan hal ini membolehkan baginda untuk menubuhkan sebuang angkatan tentera laut bagi menentang ketuanan tentera laut Surabaya sebelum ini.[14]

    Pengepungan Surabaya[sunting | sunting sumber]

    Pada tahun 1620, sasaran utama Mataram beralih ke arah kota Surabaya. Selama tahun 1620-1625, pasukan Mataram secara berkala telah mengepung Surabaya.[14] Pengepungan itu sukar kerana bahagian dari Surabaya (termasuk istana kadipaten) yang terletak di antara cabang-cabang Sungai Brantas,[15] dan banyak bahagian-bahagian dalamnya dikelilingi oleh tanah paya, yang membentuk benteng semula jadi dan menjadi risiko kesihatan bagi para pengepung.[16] Selain itu, kota itu bertembok dan diperkuat dengan meriam.[3] Kedudukan Surabaya sebagai kota pelabuhan membuat Mataram perlu untuk menyekat kebebasan Surabaya melalui laut dan darat.[16] Keterbatasan logistik dan musim hujan tahunan menyebabkan Mataram tidak dapat mempertahankan pengepungan secara berterusan.[16] Sebaliknya, Mataram mengikuti corak menyerang pada musim kemarau, memusnahkan tanaman dan merompak hasil tuaian dari daerah Surabaya dan sekitarnya.[14][16]

    Mataram telah mengirim lima ekspedisi untuk menyerang Surabaya.[16] Yang pertama, pada tahun 1620, melibatkan 70,000 tentera Mataram terhadap Surabaya 30,000, [17] tetapi pengepungan gagal kerana persediaan pasukan Mataram yang tidak mencukupi.[17] Cubaan kedua pada tahun 1622, juga gagal kerana kekurangan makanan.[17] Cubaan ketiga pada tahun 1623, juga gagal menaklukkan Surabaya.[18] Mataram mengepung Surabaya sekali lagi pada tahun 1624, menduduki dan merompak penempatan sekitar dan memaksa penduduknya melarikan diri ke kota.[18] Pada masa yang sama, Mataram juga menghantar ekspedisi terhadap baki sekutu Surabaya, terutama Sukadana di Kalimantan, yang jatuh pada tahun 1622, dan Madura, yang jatuh pada tahun 1624.[14] Kedua-dua sekutu di luar pulau ini telah banyak membantu Surabaya, dan kekalahan mereka memberi kesan kepada kota ini.[14]

    Pengepungan kelima dan terakhir berlangsung pada tahun 1625, di mana pasukan Mataram dipimpin oleh Temenggung Mangun Oneng, dibantu oleh Temenggung Yuda Prasena dan Temenggung Ketawangan.[1] Mataram membendung sungai Brantas, menyekat bekalan air ke kota,[14] dan mencemari bekalan air yang tinggal dengan bangkai haiwan.[19] Pengepungan di darat, dan penaklukan sekutu luar pulau Surabaya, menyebabkan kekurangan makanan dan kelengkapan lain di kota ini.[19] Tercatat, hanya laluan laut ke Makassar yang terbuka.[19] Memandangkan kesan dari pengepungan dan kelaparan di kota, Jayalengkara, Adipati Surabaya, memanggil dewan bangsawan kota.[19] Salah satu puak, terutama termasuk Adipati Pajang yang dalam pembuangan, mendorong untuk meneruskan pertempuran, tetapi bangsawan lain meyakinkan Jayalengkara untuk menyerah.[19]

    Jayalengkara menjadi taklukan Sultan Agung di Surabaya, dan kerana usianya yang tua, baginda meninggal tidak lama kemudian.[20] [2] Puteranya, Pangeran Pekik diasingkan ke tempat pertapaan di makam Sunan Ngampel-Denta, berdekatan Surabaya.[2] Kemudian, Pangeran Pekik tinggal di istana Mataram, menikahi saudara perempuan Sultan Agung, dan, menurut sejarawan Belanda H. J. de Graaf, "banyak meningkatkan kebudayaan kraton Mataram".[20] Adipati Pajang, bekas pemimpin Mataram yang telah memberontak dan melarikan diri ke Surabaya, telah dihukum mati dengan cara dilemaskan.[21]

    Kesan peperangan[sunting | sunting sumber]

    Penaklukan ini menghilangkan saingan Mataram terkuat di timur dan memberi peluang kepada Sultan Agung untuk membina kedaulatan atas sebahagian besar penkekal merdeka di Timur. Terdapat juga Kesultanan Banten dan Belanda yang menguasai Batavia (kini dikenali sebagai Jakarta) di Barat.[2] Surabaya dan daerah-daerah di pantai timur laut pulau Jawa yang ditaklukkan tetap berada bawah kekuasaan Mataram sehingga diserahkan kepada Syarikat Hindia Timur Belanda selepas Perang Jawa (1741–1743).[5] Hal ini bererti bahawa daerah Jawa Tengah dan Timur berada di dalam pengaruh Mataram yang didorong oleh budaya Jawa, di mana ciri-ciri masa kini seperti etika Jawa, seni, bahasa, dan hierarki sosial telah mengambil bentuk.[22]

    Penaklukan ini menandai batas maksimum dari Mataram.[2] Setelah penyatuan kekuasaannya di Jawa Tengah dan Jawa Timur, Sultan Agung kemudian berbalik ke arah barat untuk berurusan dengan Belanda. Angkatannya menyerang Batavia pada tahun 1628 dan 1629, tetapi kempen ini berakhir dengan kekalahan besar.[23] Setelah kegagalan ini, perluasan Mataram berhenti, dan tidak lagi menjadi ancaman untuk Banten atau Belanda.[24]

    Peperangan dengan Surabaya ini mengakibatkan beberapa kerosakan, terutama di sepanjang pantai utara Jawa.[2] Pertempuran, penyakit, kelaparan, dan gangguan pertanian, menyebabkan banyak kematian – jumlah pastinya belum diketahui, tetapi dianggarkan cukup besar.[2] Surabaya yang tidak lagi menjadi pelabuhan penting, telah kehilangan dominasinya ke atas Jawa Timur.[25] Penghancuran kota-kota pesisir memberikan kesan kepada kemunduran perdagangan di Jawa dan munculnya Kesultanan Makassar di Sulawesi sebagai pusat perdagangan rempah-rempah di Nusantara.[26]

    Rujukan[sunting | sunting sumber]

    1. ^ a b Akhmad Saiful Ali 1994, m/s. 64.
    2. ^ a b c d e f g h i Ricklefs 2008, m/s. 48.
    3. ^ a b c d e f g h Ricklefs 2008, m/s. 46.
    4. ^ Syed, Akhtar & Usmani 2011.
    5. ^ a b Ricklefs 2008, m/s. 116.
    6. ^ Ricklefs 2008, m/s. 41.
    7. ^ Ricklefs 2008, m/s. 38.
    8. ^ Akhmad Saiful Ali 1994, m/s. 33.
    9. ^ a b c Ricklefs 2008, m/s. 45.
    10. ^ Akhmad Saiful Ali 1994, m/s. 28.
    11. ^ Akhmad Saiful Ali 1994, m/s. 34.
    12. ^ a b c d Akhmad Saiful Ali 1994, m/s. 35.
    13. ^ Akhmad Saiful Ali 1994, m/s. 47.
    14. ^ a b c d e f g h i j k Ricklefs 2008, m/s. 47.
    15. ^ Pigeaud 1976, m/s. 39.
    16. ^ a b c d e Akhmad Saiful Ali 1994, m/s. 58.
    17. ^ a b c Akhmad Saiful Ali 1994, m/s. 60.
    18. ^ a b Akhmad Saiful Ali 1994, m/s. 62.
    19. ^ a b c d e Akhmad Saiful Ali 1994, m/s. 65.
    20. ^ a b Pigeaud 1976.
    21. ^ Akhmad Saiful Ali 1994, m/s. 66.
    22. ^ Hefner 1990, m/s. 29.
    23. ^ Ricklefs 2008, m/s. 49.
    24. ^ Ricklefs 2008, m/s. 50.
    25. ^ Akhmad Saiful Ali 1994, m/s. 77–78.
    26. ^ Kratoska 2001, m/s. 113.