Pergi ke kandungan

Penangkapan ketam raja Alaska

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seorang nelayan wanita Alaska memegang seekor ketam raja merah (Paralithodes camtschaticus)

Penangkapan ketam raja Alaska dilakukan pada bulan-bulan musim sejuk di luar pantai Alaska dan Kepulauan Aleut. Penangkapan komersial dilakukan di dalam musim yang pendek, dan tangkapan ini diedarkan ke seluruh dunia. Sejumlah besar ketam raja juga ditangkap di perairan Rusia dan antarabangsa.[1]

Pada tahun 1980, iaitu semasa zaman kemuncak industri ketam raja, nelayan Alaska menangkap sehingga 200 juta paun (90.9 juta kilogram) ketam. Walau bagaimanapun, bermula pada tahun 1983, jumlah saiz tangkapan telah menurun sehingga 90% di beberapa tempat [1]. Beberapa teori penurunan jumlah tangkapan telah diutarakan termasuk penangkapan berlebihan, suhu air lebih panas dan peningkatan jumlah ikan pemangsa.[2] Akibatnya, musim penangkapan sekarang dipendekkan. Dalam musim sejuk 2005–2006, 250 kapal telah menangkap 14 juta paun (6.36 juta kilogram) ketam raja merah dalam masa empat hari.[3]

Penangkapan ketam Alaska adalah sangat berbahaya, dan kadar kematian di kalangan nelayan adalah 90 kali lebih tinggi daripada pekerja biasa. Difahamkan, secara purata seorang nelayan ketam meninggal dunia pada setiap minggu semasa musim penangkapan ketam berlangsung.[4]

  1. ^ "Alaska Crabbing Jobs". Jobmonkey.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-04-15. Dicapai pada 2006-08-15.
  2. ^ S. Forrest Blau (1997). "Alaska King Crabs: Wildlife Notebook Series". Alaska Department of Fish and Game.
  3. ^ "King Crab 101". 2000.
  4. ^ Christie, Les: America’s most dangerous jobs, Retrieved on April 28, 2007

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Fishing by country