Pencuri Cinta Kelas Satu (novel)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pencuri Cinta Kelas Satu
Umum
PengarangIlla Shanahila
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta, agama
Penerbitan
PenerbitPenulisan 2U
Tarikh penerbitan
Julai 2015
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789670567785

Pencuri Cinta Kelas Satu ialah novel 2015 oleh penulis novel Malaysia, Illa Shanahila terbitan Penulsian 2U. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh Astro Oasis pada 2018.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Bagi Aisya Humaira, menjaga bayi sendirian selepas abang dan kakak iparnya berhijrah ke Dubai adalah perkara senang. Pada dia, menjadi ibu sebelum masanya langsung tidak mendatangkan masalah apabila mommy dan daddynya ada membantu. Dan, langsung dia tidak menduga, menjaga si kecil yang kerinduan ibu dan bapanya bukan sesenang yang disangka. Oleh itu, dia perlu mencari pak cik kepada anak buahnya itu. Tapi siapa? Zulfa, si cinta pertamanya tu menolak. Nak bina kerjaya dulu katanya!

Bagi Amar Firzal, mencari isteri bukanlah satu kepentingan. Pada dia, mempunyai kerja yang stabil dan rumah sendiri merupakan satu kejayaan. Dan, langsung dia tidak menyangka, ibunya juga terpengaruh dengan tipikal ibu di dalam drama yang suka menggesanya agar cepat-cepat bernikah.

Alasan demi alasan yang diberi hanya menjadi halwa telinga. Dan akhirnya dia akur walau masih takut untuk meluahkan rasa pada si gadis sepejabat yang lebih tinggi pangkatnya. Mana mungkin Cik Hanisa suka kepadanya.

“Jom kita kahwin? Mama saya ingat saya bercinta dengan isteri orang anak satu.” – Amar Firzal. Ini dikira proposal ke? Tanpa cincin belah rotan? Tanpa pantun lima enam kerat? Tak menarik langsung – Aira. Amar Firzal terpaksa lupakan crush di pejabat. Aisya Humaira nekad tinggalkan kekasih yang masih ragu tak bertempat. Kerana takdir mereka bertemu, kerana takdir juga mereka bersatu. Mampukah Firzal menjadi pencuri cinta kelas satu untuk isteri yang manja dan berhati batu?

"Malam ni jangan pergi mana-mana.”, “Kenapa?”, “Nanti awak tak ada dalam mimpi abang.” Kalau hati dah mula terasa sesuatu, dapatkah crush dan cinta pertama dilupakan

Keluaran dan legasi[sunting | sunting sumber]

Pencuri Cinta Kelas Satu dikeluarkan pada 2018 oleh Penulisan 2U. Pada tahun 2018, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Raihana bermula 2 Julai 2018 di Astro Oasis, dibintangi oleh Hafreez Adam dan Emma Maembong.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pencuri Cinta Kelas Satu by Illa Shanahila Goodreads. Dicapai pada 13 Ferbuari 2019.
  2. ^ Penyatuan hati dalam Pencuri Cinta Kelas Satu Diarkibkan 2018-09-09 di Wayback Machine Kosmo! (8 Julai 2018). Dicapai pada 9 September 2018.