Emma Maembong
Emma Maembong | |
|---|---|
إيما مايمبونغ | |
Emma pada 2015. | |
| Kelahiran | Fatimah Rohani binti Ismail 27 Mac 1992 |
| Pekerjaan | Pelakon, model |
| Tahun aktif | 2012–kini |
Karya | Filemografi |
| Ketinggian | 155 cm (5 ka 1 in) |
| Pasangan | Muhammad Shazli Azhar (k. 2020; c. 2024) |
| Anak-anak |
|
| Ibu | Yatimah Zainab (nama asal Janet Nicole) |
| Bapa | Ismail Embong |
| Keluarga |
|
Fatimah Rohani Ismail atau lebih dikenali sebagai Emma Maembong (lahir 27 Mac 1992),[1] ialah seorang pelakon popular dan model wanita Malaysia.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan pada 27 Mac 1992 di Kuala Terengganu, Terengganu dan merupakan anak kesembilan daripada sebelas adik-beradik.[2] Bapanya berketurunan orang Melayu Terengganu manakala ibunya merupakan warganegara British dari Scotland.[3] Ibu bapanya telah bercerai dan Emma memilih untuk tinggal dengan bapanya. Bapa Emma adalah seorang pelukis Malaysia[4] dan beliau juga mengikuti jejak langkah bapa beliau dan mempunyai bakat dalam lukisan. Beliau banyak membuat sumbangan seni beliau sendiri dipamerkan di galeri keluarga mereka sendiri yang dikenali sebagai Galeri Seni Maembong.[5] Adik Emma Chacha dan kakaknya Yaya juga seorang pelakon.[6] Pelakon Wan Raja ialah abang ipar beliau. Pada tahun 2014, Emma mula bertudung.
Emma hanya bersekolah sehingga Tingkatan 2 dan melakukan kerja-kerja rumah. Walaupun mendapat banyak kritikan, Emma menjelaskan bahawa dia sebenarnya memilih untuk berbuat demikian kerana dia mempunyai seorang adik di rumah yang tidak dapat berjalan.[7] Walau bagaimanapun, ia tidak menjejaskan pelajaran, walaupun dia mengaku tidak mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana mahu mengikut jejak langkah bapanya.[8]
Emma sebelum ini pernah dihebohkan menjalin hubungan dengan pelakon dan pelawak Zizan Razak sekitar 2011.[9] Mereka berdua memutuskan hubungan cinta pada awal 2015.[10][11] Sekitar 2015, beliau dilaporkan bercinta dengan pelakon Kamal Adli. Pada tahun 2017, hubungan mereka dikatakan sudah putus kerana orang ketiga. Ketika Kamal memenangi SuperSpontan Superstar, kelihatan Emma datang dan mengucapkan tahniah kepada Kamal. Selepas itu, desas-desus mengatakan mereka sudah kembali menyulam cinta. Sehingga kini, hubungan mereka dalam teka teki, tidak diketahui cerita sebenar hubungan mereka itu.[12], Baru baru ini juga dihebohkan apabila beliau dikaitkan sedang menjalin hubungan dengan seorang DJ namun sayangnya hubungan itu tidak berkekalan lama apabila lelaki itu memuat naik postingan mengatakan dia sudah berputus dengan Emma.
Kontroversi
[sunting | sunting sumber]Pada hujung Januari 2019, Emma telah mencipta kontroversi hangat apabila dirinya menjadi tular di seluruh platform internet dan media sosial kerana membuat keputusan untuk membuka tudungnya setelah 5 tahun mengenakannya berikutan isu negatifnya dengan abang kepada seorang menteri yang mengakibatkan dirinya dikritik dan dikecam hebat oleh netizen dan peminat yang kecewa akan keputusannya itu.
Kehidupan perbadi
[sunting | sunting sumber]Emma berkahwin dengan juruterbang Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020.[13][14] Mereka telah dikurniakan dua cahaya mata.[15] Pada 7 Oktober 2024, Emma telah membuat pengakuan yang dia sudah bercerai dengan suaminya dan sudah selesai menjalani tempoh idah. [16]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Emma sebenarnya menggabungkan nama beliau dengan nama bapanya, Ismail Embong[17] untuk nama komersialnya. Sebelum ini, Emma turut berlakon dalam drama TV AlHijrah, Facebook Ustazah Shamsiah, arahan Erma Fatima sebagai pelajar sekolah.[18] Emma mendapat kepercayaan Erma Fatima sekali lagi dan telah diberi peranan sebagai Munirah dalam Kau Yang Terindah. Menurut Emma, beliau yang pertama kali memegang watak seperti Munirah, yang merupakan seorang watak yang sangat mencabar (perempuan yang terjebak dengan kekasihnya).
Selepas selesai lakonannya dalam Kau Yang Terindah pada tahun 2012, namanya menjadi terkenal selepas itu.[19] Walaupun hanya berlakon sebagai watak sampingan, beliau juga mendapat peminatnya disebabkan mukanya kelihatan seperti Pan-Asia. Bagaimanapun, beliau menerima banyak teguran mengenai kualiti lakonannya. Emma menerima kritikan dengan hati yang terbuka dan berjanji untuk meningkatkan kemahiran lakonannya kerana ia adalah drama pertamanya dan dia tidak mempunyai pengalaman dalam lakonan.[20]
Emma membuat penampilan pertamanya di layar lebar menerusi watak sebagai Jenab dalam filem komedi seram gelap Werewolf Dari Bangladesh arahan Mamat Khalid, beliau digandingkan bersama Saiful Apek dan Zizan Razak.[21][22] Beliau kemudiannya membintangi bersama Amar Baharin, Amyra Rosli dan Hafreez Adam dalam drama komedi romantik adaptasi novel, Tersuka Tanpa Sengaja. Selain itu, beliau juga terkenal menerusi gandingannya bersama Aiman Hakim Ridza menerusi drama Projek Memikat Suami dan Isteri Separuh Masa yang kedua-duanya bersiaran di Astro Ria.
Emma digandingkan sekali lagi bersama Aiman Hakim dalam filem Kimchi Untuk Awak arahan Michael Ang yang difilemkan di Korea Selatan dan ditayangkan pada 30 Mac 2017.[23][24]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
|---|---|---|---|---|
| 2012 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian | Artis Baru Wanita Paling Popular | Emma Maembong | Tercalon |
| 2014 | 100 Wajah Tercantik TC Candler | Kedudukan Ke-71 | Emma Maembong | Tercalon |
| Anugerah Stail EH! | Selebriti Harapan Pilihan | Menang | ||
| 2015 | Anugerah MeleTOP Era | Bintang Online MeleTOP | Emma Maembong | Tercalon |
| Drama TV MeleTOP | Hantu Selfie | Tercalon | ||
| 2016 | Anugerah MeleTOP Era | Pelakon MeleTOP | Isteri Separuh Masa | Tercalon |
| Artis Lawak MeleTOP | Emma Maembong | Tercalon | ||
| Artis Online MeleTOP | Tercalon | |||
| Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 | Pelakon TV Wanita Popular | Menang | ||
| Pelakon Filem Wanita Popular | Tercalon | |||
| Artis Aksi Selfie Popular | Tercalon | |||
| Anugerah Melodi | Personaliti Media Sosial | Tercalon | ||
| 2017 | Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 | Aktres Pilihan | Nasi Minyak Kuah Cinta | Tercalon |
| Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 | Pelakon TV Wanita Popular | Emma Maembong | Tercalon | |
| Anugerah Telenovela 2017 | Ratu Telenovela | Emma Maembong | Menang | |
| Pelakon Wanita Profilik | Menang | |||
| 2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 | Pelakon TV Wanita Popular | — | Tercalon |
| Pelakon Filem Wanita Popular | — | Menang | ||
| Pasangan Serasi Drama (bersama Hisyam Hamid) | — | Tercalon | ||
| Artis Sensasi Popular | — | Tercalon | ||
| 2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Pelakon TV Wanita Popular | — | Tercalon |
| Pasangan Serasi Drama (bersama Shukri Yahaya) | Kerana Dia Manusia Biasa | Tercalon | ||
| Artis Kontroversi Popular | — | Tercalon | ||
| 2021 | Anugerah MeleTOP Era 2021 | Couple Meletop | Emma Maembong & Muhammad Shazli | Menang |
| 2025 | Anugerah Melodi Terhangat 2025 | Selebriti Trending Terhangat | — | Tercalon |
| Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 | Aktres TV Popular | — | Menang | |
| Aktress filem popular | — | Tercalon | ||
| Gandingan serasi filem popular(bersama Iedil Dzuhrie Alaudin | Jangan pandang Belakang 2 (Aku tahu asal usulmu) | Menang | ||
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Profile Emma Maembong", Capaian pada 1 September 2012 .
- ↑ ""Sedia terima risiko- Emma"". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-29. Dicapai pada 2014-01-02.
- ↑ "Adik Beradik: Nelydia Senrose Sepupu Emma Maembong", Capaian pada 28 Januari 2013 .
- ↑ "Berkenalan dengan ayah Emma Maembong" Diarkibkan 2014-01-19 di Wayback Machine, Capaian pada 30 Disember 2012.
- ↑ "Maembong Art Gallery : Bibliography", Capaian pada 29 Oktober 2011.
- ↑ "myMetro : Emma Mengaku Ikut Jejak Cha Cha". Harian Metro. 12 Jun 2013.
- ↑ "Emma Belajar Setakat Tingkatan 2", Capaian pada 14 April 2013.
- ↑ "Emma Tidak Pernah Ambil SPM" Diarkibkan 2014-01-02 di Wayback Machine, Capaian pada 14 April 2013.
- ↑ "Ibu Dedah Hubungan Zizan Dan Emma Maembong". Media Hiburan. 26 April 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-02. Dicapai pada 2 Mei 2013. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=(bantuan) - ↑ Emma Maembong Rimas Jadi Bahan Lawak Zizan Razak Diarkibkan 2018-05-30 di Wayback Machine Penmerah (7 September 2016). Dicapai pada 29 Mei 2018.
- ↑ Sah Putus Cinta : Emma Maembong Akui Tidak Tahan Dengan Sikap Zizan Razak Diarkibkan 2018-06-10 di Wayback Machine Oh! Media. Dicapai pada 29 Mei 2018.
- ↑ "Kamal Adli, Emma Maembong Kini 'Get Back' Semula?". My News Hub. 28 Oktober 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-17. Dicapai pada 17 Mac 2018.
- ↑ Zaidi Mohamad (20 Februari 2020). Emma Maembong sah isteri juruterbang Berita Harian. Dicapai pada 21 Februari 2020.
- ↑ Tahir Alhamzah (20 Februari 2020). #Showbiz: Emma Maembong weds pilot New Straits Times. Dicapai pada 21 Februari 2020.
- ↑ Fiza Kamarudin (17 November 2020). Suami sahkan Emma Maembong sudah bersalin, kongsi gambar baby boy! Astro Gempak. Dicapai pada 28 November 2020.
- ↑ Jefri, Najiy (2024-10-07). "Emma Maembong sahkan sudah bercerai". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-10-08.
- ↑ "Kisah Emma Maembong dan Kontroversinya", Capaian pada 8 Oktober 2012 .
- ↑ "Jom kenali Emma Maembong" Diarkibkan 2013-11-10 di Wayback Machine, Diperoleh pada 9 Ogos 2012.
- ↑ "Emma Maembong Mula Dikenali Kerana Kau Yang Terindah", Capaian pada 9 Ogos 2012.
- ↑ "Hiburan : Emma Mula Rasa Perit". Utusan. 13 November 2012.
- ↑ Norhayati Nordin (3 Mac 2015). "Serigala jadian dari Bangladesh". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-17. Dicapai pada 26 November 2017.
- ↑ "Werewolf Dari Bangladesh ada kelainan tersendiri". My News Hub. 28 Februari 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-26. Dicapai pada 26 November 2017.
- ↑ Zaidi Mohamad (24 Mei 2016). "Emma Maembong, Aiman Hakim serasi digandingkan". Berita Harian. Dicapai pada 13 April 2017.
- ↑ Norhidayyu Zainal (15 Mac 2017). "Debaran filem pertama". Sinar Harian. Dicapai pada 13 April 2017.