Sijil Tinggi Agama Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Sijil Tinggi Agama Malaysia merupakan salah satu Peperiksaan Awam yang dikelolakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) bagi membolehkan pelajar warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar, Kaherah, Mesir atau ke Universiti Awam di Malaysia. Secara amnya, peperiksaan ini diambil selepas mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau semasa di Tingkatan Enam.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sijil Tinggi Agama Malaysia mula diperkenalkan pada tahun 2000 hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Universiti al-Azhar. Ia bertujuan menyelaraskan dan menggantikan beberapa peperiksaan persendirian yang telah wujud sebelum itu, contohnya Sijil Pendidikan Agama, Sijil Tinggi Kolej dan Sijil Tinggi Ugama.

Syarat pendaftaran[sunting | sunting sumber]

  • Telah mengikuti kurikulum Maahad Al-Bu'uth Al-Islamiah Al-Azhar yang dipersetujui antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar Al-Syarif, Kaherah, Mesir pada tahun 1999, atau
  • Telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan
  • Telah menduduki Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) atau Sijil Khas Kolej Islam Sultan Alam Shah (SKK), dan
  • Telah mencapai umur 18 tahun pada tahun peperiksaan STAM.

Kod dan Mata pelajaran[sunting | sunting sumber]

  • S101 – Hifz al-Qur’an dan Tajwid : Untuk subjek ini, ada 4 surah yang wajib kita hafal dan surahnya adalah, surah Luqman, Sajadah, Saba' dan Fatir . Manakala tajwid seperti yang kita belajar di sekolah rendah tetapi dalam bahasa arab jadi pemahaman tajwid kita dah tahu cuma tinggal hafal sahaja yang dalam bahasa arab .
  • S102 – Fiqh : Feqah mengikut silibus STAM membincangkan bermula dari talaq, sehingga aqiqah . Kemudian kita akan mempelajari perwarisan harta (mirath) .
  • S103 – Tauhid dan Mantiq : Sebenarnya disimpulkan dalam tauhid ada juga subjek akhlak . Oleh itu kita mempelajari seolah 3 subjek dalam subjek ini . Mantiq mungkin perlukan pemahaman yang lebih mendalam tapi insyaAllah tidak susah kalau usaha lebih . Mantiq lebih memfokuskan kepada tasdiqat dan tasawwurat secara asas
  • S104 – Tafsir dan Ulumuhu : Kita akan mempelajari 4 surah dalam tafsir kemudian kita akan mempelajari ilmu-ilmu berkaitan Al-Quran itu sendiri seperti Al-Quran turun di mana etc secara ringkas .
  • S105 – Hadith dan Mustolah : Menerangkan berkenaan Hadis dan ilmu-ilmu berkaitan hadis . Contohnya, apa itu hadis sahih, hasan, marfu' etc . Banyak hafal istilah, dan setiap tahun hadis yang akan masuk hanyalah lapan daripada tiga puluh tiga hadis . Manakala ketika syafawi (memperdengarkan hafalan hadis kepada guru) hadis yang perlu hafal ada lapan
  • S106 – Nahu dan Sarf : Tatabahasa arab.
  • S107 – Insya’ dan Mutalaah : Karangan arab (insya') dan mutalaah adalah adalah kefahaman petikan . Ambil maklumat dari petikan untuk isi dalam jawapan lebih kurang seperti bahasa arab SPM . Insya' mutalaah STAM lebih senang dari SPM disebabkan di dalam mutalaah kita boleh beri banyak jawapan. Jikalau ragu dengan jawapan kerana ada pilihan jawapan lain, just tulis je semua . Pemeriksa akan pilih yang betul.
  • S108 – Adab dan Nusus : Subjek yang katanya subjek 'killer' tapi insyaAllah tak susah . Ilmu yang menceritakan sejarah dan sastera arab itu sendiri . Bermula dengan sastera arab pada zaman uthmaniyyah sampailah habis . Kemudian 'Nusus' adalah syair arab. Sebahagian syair perlu kita hafal.
  • S109 – ‘Arudh dan Qafiyah : Ilmu yang berkaitan dengan syair . Mempelajari bahar-bahar seperti sohih. Qofiyyah lebih khusus kepada huruf ataupun hujung syair . Subjek yang paling mudah
  • S110 – Balaghah : Ilmu yang membicarakan makna-makna sebalik ayat-ayat tersebut . Insya' tolabi, tauriah etc

Pangkat dan pensijilan[sunting | sunting sumber]

  • Pangkat bagi setiap mata pelajaran dan sijil dilaporkan adalah seperti berikut:

1. Mumtaz (Cemerlang) = PNGK. 4.00

2. Jayyid Jiddan (Kepujian) = PNGK. 3.00

3. Jayyid (Baik) = PNGK. 2.00

4. Maqbul (Lulus) = PNGK. 1.00

5. Rasib (Gagal) = PNGK. 0.00

  • Sijil akan dianugerahkan kepada calon yang lulus sekurang-kurangnya peringkat Maqbul dalam semua mata pelajaran. Sijil akan dikeluarkan dalam versi Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.
  • Calon yang gagal satu mata pelajaran atau lebih hanya akan diberi Penyataan Keputusan.
  • Calon yang ingin mengulang peperiksaan tersebut boleh memilih untuk mendaftar dan menduduki mana-mana mata pelajaran yang ingin diperbaiki dalam tempoh 3 tahun mulai dari tarikh keputusan peperiksaan yang pertama kali diduduki.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]