Sekolah Berasrama Penuh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
LogoSBP.png

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) (Fully Residential School) merupakan kumpulan sekolah menengah perdana dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan PT3 (Menggantikan PMR mulai tahun 2014). Tujuan asal penubuhan sekolah jenis ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar bumiputera di luar bandar. Ini adalah kerana pada awalnya, sekolah berasrama hanyalah sekolah berasrama Inggeris / ala Inggeris (seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar) yang terbatas kepada anak-anak Raja dan orang kenamaan sahaja. Namun kini, semua sekolah berasrama penuh adalah sama dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali SBP Premier, SBPI dan SMAP. Secara kasarnya 90% adalah untuk pelajar bumiputera manakala 10% lagi adalah untuk pelajar bukan bumiputera.

Di sekolah berasrama penuh waktu belajar telah diatur oleh pihak sekolah dan setiap pelajar perlu mematuhi jadual tersebut. Inilah satu keunikan kehidupan sekolah berasrama penuh dibandingkan dengan kehidupan pelajar di sekolah harian biasa. Pada setiap tahun, sudah menjadi tradisi setiap sekolah berasrama penuh untuk bertanding di Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh bagi merebut Piala Perdana Menteri.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SBP Premier[sunting | sunting sumber]

Sejarah penubuhan SBP bermula pada tahun 1890, ketika R.O. Winsted menjadi Timbalan dan kemudiannya menjadi Pengarah Pelajaran Tanah Melayu. Pada tahun tersebut “The Selangor Raja School” ditubuhkan sebagai memulakan langkah melahirkan elit Melayu daripada kalangan istana dan anak-anak pembesar negeri, menerusi pendidikan aliran Inggeris. Pada tahun 1894, sekolah ini telah ditutup untuk tujuan pengubahsuaian dan dilahirkan semula dalam bentuknya yang baru pada tahun 1905 di Kuala Kangsar, yang sehingga hari ini dikenali sebagai The Malay College Kuala Kangsar (MCKK).[1]

Sultan Perak (Sultan Idris) dalam Persidangan Raja-Raja (DURBAR) pada tahun 1903 yang mengkritik dasar pentadbiran Inggeris, khususnya dalam hal pendidikan orang Melayu dengan mengatakan ia “hanya menghasilkan petani dan nelayan Melayu yang lebih baik”. Sultan Perak sendiri telah menawarkan lokasi penubuhan MCKK di tapak sekarang ini, dengan tujuan “for the education of the Malays of good family and for the training of Malay boys for admission to certain branches of the government service”. Pada tahun 1947, “Malay Girl College” ditubuhkan di Kuala Lumpur, kemudiannya berpindah ke Seremban, Negeri Sembilan dan dikenali sebagai Kolej Tunku Kurshiah sehingga sekarang, mengambil sempena nama DYMM Raja Permaisuri Agong yang pertama.

Pada bulan September 1955, sebuah Jawatankuasa Pelajaran telah ditubuhkan yang akhirnya melahirkan Penyata Razak pada tahun 1956. Laporan Penyata Razak kemudiannya diluluskan dan menghasilkan Ordinan Pelajaran 1957. Penyata Razak telah memperakukan penubuhan 6 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), iaitu:

1. Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) - 1956

2. Sekolah Tun Fatimah (STF) - 1956

3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) - 1957

4. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) - 1963

5. Sekolah Alam Shah (kini dinamakan Sekolah Sultan Alam Shah) (SAS) - 1963

6. Sekolah Seri Puteri (SSP) - 1968

Pada tahun 1955, Kolej Islam Malaya telah ditubuhkan di atas tapak bekas istana, yang diwakafkan oleh Almarhum Sultan Hishamuddin ibni Sultan Sulaiman di Klang, Selangor. Pada tahun 1966, kolej ini berpindah ke Jalan Universiti di Petaling Jaya, Selangor. Pada tahun 1967, setelah kerja-kerja pengubahsuaian selesai, kolej ini berpindah semula ke Klang dan diberi nama Kolej Islam Klang. Pada tahun 1972, pentadbiran kolej ini diambil alih sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan dinamakan sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Semua 9 SBP tersebut telah dibina sebelum kewujudan SBP baru seperti Sekolah Menengah Sains(SMS), SBPI dan SMAP. Oleh itu, 9 SBP tersebut dikenali sebagai SBP terawal ataupun SBP Premier. Semua SBP Premier mengambil pelajar Tingkatan 1-5 kecuali KISAS yang hanya mempunyai Tingkatan 4,5 dan 6.

SBP Premier (tambahan)[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2012, Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP) telah diiktiraf sebagai SBP Premier dan ini diikuti oleh Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) pada tahun 2013.

Sekolah Menengah Sains (SMS)[sunting | sunting sumber]

Konsep Sekolah Menengah Sains (SMS) mula ditubuhkan pada tahun 1973 apabila kemajuan pendidikan di kalangan murid-murid luar bandar, khususnya dalam bidang sains mendapat perhatian daripada para pemimpin negara. Kerana itu, antara projek penting yang perlu dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kedua dinyatakan sebagai: "an important project in the plan is the establishment of ten pilot residential secondary science schools to provide added educational opportunities for pupils from rural areas to pursue their education in science subjects.

Justeru 10 buah SBP berikut telah dibina di dalam Rancangan Malaysia Kedua iaitu:-


1. Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa (SEMOJI) (1973)

2. Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (SOKSEK) (1973)

3. Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) (1973)

4. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah (MOZAC) (1973)

5. Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) (1973)

6. Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) (1973)

7. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (FARISPETRA) (1973)

8. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (SYEDPUTRA) (1974)

9. Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar (STJ) (1974)

10. Sekolah Menengah Sains Johor (SCORE) (1975)


Sehingga akhir tahun 2000, jumlah SBP telah menjangkau ke angka 39 buah dengan kapasiti murid seramai kira-kira 25,000 orang dan jumlah guru seramai kira-kira 2,500 orang. Pada tahun 2002, Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir mula beroperasi sebagai SBP ke 40 di premis lama Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban yang berpindah ke bangunan barunya di Sungai Gadut, Seremban. Pada tahun 2003, Sekolah Menengah Sains Seri Puteri dan Sekolah Menengah Sains Alam Shah ditubuhkan mengambil alih premis lama Sekolah Seri Puteri yang berpindah ke Cyberjaya dan Sekolah Sultan Alam Shah ke Putrajaya. Pada tahun 2014, Sekolah Menengah Sains Perempuan Serembuan mula beroperasi di premis lama Kolej Tunku Kurshiah yang berpindah ke Bandar Enstek

Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP)[sunting | sunting sumber]

Konsep Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) mula ditubuhkan pada Januari 1982 atas cadangan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam di Kementerian Pendidikan Malaysia pada waktu itu, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman. Idea ini muncul kerana kesedaran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pada ketika itu untuk membina sekolah Agama Islam di Kuala Lumpur. SMAP Labu merupakan SMAP pertama yang telah ditubuhkan pada tahun 1982.

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI)[sunting | sunting sumber]

Konsep Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) mula ditubuhkan pada tahun 2002. Pada tahun 2002, 4 buah SMKA yang dinaik taraf sebagai SBP mula beroperasi. Sekolah-sekolah ini dinamakan sebagai Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI). Konsep integrasi menggabungkan 3 aliran iaitu Aliran Sains Tulen, Aliran Sains Tulen Agama dan Aliran Sains Teknikal. 7 buah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) mula beroperasi pada tahun 2003 dan sebuah SBPI mula beroperasi pada tahun 2004.

Peruntukan SBP baru[sunting | sunting sumber]

Bagi peruntukan SBP baru, terdapat peruntukan pembinaan SBP baru di bawah RMK-11 dan Bajet 2015. Di bawah Bajet 2015, sebanyak 2 SBP baru yang bakal dibina, manakala di bawah RMK-11, beberapa buah SBP akan dibina, seperti di Keningau, Sabah dan Manjung, Perak. Ini tidak termasuk pembinaan sekolah berasrama penuh agama yang bakal dibina di Perlis.

Bilangan SBP[sunting | sunting sumber]

Sehingga kini, bilangan SBP di seluruh negara adalah sebanyak 69 buah sekolah.

Pecahan SBP adalah seperti berikut:

  • 11 SBP Premier (Zon Utara-MCKK,STAR,SMSAH; Zon Tengah-SAS,SSP,KISAS; Zon Selatan-SDAR,TKC,STF,Zon Timur-SMSTMFP,SESMA)
  • 43 Sekolah Menengah Sains (SMS), ( tidak termasuk SMSTMFP dan SESMA),(termasuk SHAH,Pekan)
  • 12 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), (termasuk SMSSI/ISKANDAR)
  • 3 Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP)

Kemasukan pelajar ke SBP[sunting | sunting sumber]

Mulai 2016, semua SBP kecuali KISAS mengambil pelajar Tingkatan 1 dan kesemua SBP tersebut mempunyai pelajar Tingkatan 1-5. SMAP Labu mengambil pelajar Tingkatan 6 dan mempunyai pelajar Tingkatan 1-6. KISAS hanya mengambil pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 6 dan KISAS hanya mempunyai pelajar Tingkatan 4-6. 2 SBP mengambil pelajar IB Diploma. 2 SBP tersebut adalah MCKK dan TKC.

Pelajar yang memohon ke Tingkatan 1 boleh memilih mana-mana 68 SBP kecuali KISAS.

Pelajar yang memohon ke Tingkatan 4 boleh memilih kesemua 69 SBP.

Aliran SBP (Menengah Rendah, Menengah Atas dan Pra-Universiti)[sunting | sunting sumber]

Menengah Rendah[sunting | sunting sumber]

Bagi tingkatan1-3, terdapat aliran Sains atau Sains Agama.

Aliran Sains Agama ditawarkan di Sekolah Menengah Agama Persekutuan(SMAP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi(SBPI) termasuklah SMSSI.

Aliran Sains ditawarkan di Sekolah Menengah Sains(SMS) dan SBP Premier(MCKK,STAR,SAS,SDAR,TKC,STF,SSP,SMSAH,SMSTMFP,SESMA).

  • Sains Agama- SMAP, SBPI(termasuk SMSSI)
  • Sains- SMS, SBP Premier(kecuali KISAS)

Menengah Atas[sunting | sunting sumber]

Bagi tingkatan 4-5, terdapat aliran Sains Tulen, Sains Teknikal, Sains Sosial, Sains Tulen Agama, dan Agama Ikhtisas.

Sekolah Menengah Sains(SMS) menawarkan aliran Sains Tulen, Sains Teknikal(SMS tertentu) dan Sains Sosial(SGS).

SBPI(termasuk SMSSI) menawarkan aliran Sains Tulen, Sains Teknikal dan Sains Tulen Agama.

SMAP menawarkan aliran Sains Tulen Agama.

KISAS menawarkan aliran Sains Tulen Agama dan Agama Ikhtisas.

SBP Premier menawarkan aliran Sains Tulen dan Sains Teknikal(SMSAH)

  • Sains Tulen- SBP Premier, SMS, SBPI
  • Sains Teknikal-SBP Premier(SMSAH), SMS tertentu,SBPI
  • Sains Tulen Agama-SMAP, KISAS, SBPI
  • Sains Sosial-SGS, SHAH Pekan
  • Agama Ikhtisas-KISAS

Pra-Universiti[sunting | sunting sumber]

Terdapat 2 SBP yang mengambil pelajar Tingkatan 6 bagi aliran STPM atau STAM iaitu, KISAS dan SMAP Labu.

Selain itu, terdapat 3 SBP yang menawarkan program IB Diploma bagi pelajar lepasan SPM, iaitu MCKK, TKC dan RMC.

  • STPM-KISAS, SMAP LABU
  • STAM- KISAS
  • IB Diploma- MCKK, TKC, RMC

Kurikulum antarabangsa[sunting | sunting sumber]

IB Middle Year Programme[sunting | sunting sumber]

MCKK,TKC dan SMSTMFP juga dipilih sebagai 10 buah sekolah perintis KPM bagi menjalankan program IB Middle Year Programme yang dijadualkan mendapat pengiktirafan menjelang tahun 2016.

Trivia dan Fakta Ringkas SBP[sunting | sunting sumber]

Fakta ringkas SBP adalah seperti berikut:

  • 1 SBP mempunyai pelajar Menengah Atas sahaja.
  • 2 SBP mempunyai pelajar Tingkatan 6 (SMAP Labu dan KISAS)
  • 6 SBP adalah "all boys school" manakala 6 SBP adalah "all girls school".
  • SBPI hanya menawarkan aliran agama bagi menengah rendah, tetapi menawarkan aliran sains tulen, aliran sains teknikal dan aliran sains tulen agama bagi menengah atas. Oleh itu, pelajar yang tidak mengambil Bahasa Arab sewaktu PT3 boleh memasuki SBPI di Tingkatan 4 dalam bidang sains tulen atau sains teknikal
  • SBP yang mempunyai jumlah pelajar satu batch terbesar adalah SAMURA dengan lebih 300 pelajar Tingkatan 4 diterima masuk setiap tahun. Terdapat 13 kelas (Arif, Azam, Bijak, Cerdik, Cekal, Cekap, Cerdas, Dinamik, Gigih, Maju, Jaya, Teguh dan Tegas) bagi setiap batch di SAMURA.
  • SEMSAS dan SHAH Pekan adalah 2 SBP yang berbeza di 2 bandar (Pekan dan Kuantan) walaupun mempunyai nama sekolah yang hampir sama.
  • SMSSI adalah sebuah SBPI walaupun mempunyai nama Sekolah Menengah Sains kerana mendapat titah perintah Sultan Johor untuk pertukaran nama sekolah
  • Wind Orchestra hanya terdapat di SBP tertentu sahaja, iaitu di SMS tertentu dan SBP Premier (kecuali KISAS)
  • Pilihan bahasa antarabangsa bergantung di SBP tertentu.(Arab, Mandarin, Jepun, Jerman, Perancis, Korea). Ia hanya melibatkan pengambilan pelajar Tingkatan 1 sahaja.
  • SHAH Pekan merupakan SBP dan sekolah yang terbesar di Malaysia. SHAH Pekan pernah direkodkan sebagai sekolah yang terbesar di Asia Tenggara.
  • MCKK merupakan satu-satunya SBP yang mempunyai kolam renang.
  • SAS merupakan sekolah yang termahal di SBP
  • STAR merupakan sekolah yang mempunyai padang terbesar di Malaysia.
  • TKC merupakan satu-satunya SBP yang mempunyai arena sukan dan olahraga bertaraf antarabangsa mengikuti piawaian IAAF - International Association of Athletics Federations yang dinamakan Tunku Arishah Sports Arena (TASA)
  • MCKK, SSP, STF, STAR dan SAS merupakan satu-satunya SBP yang mempunyai Pasukan Pancaragam seperti Malay College Wind Orchestra, Seri Puteri Winds, Tun Fatimah Brass Band dan STAR Wind Orchestra yang berjaya mencipta nama di peringkat antarabangsa seperti di Singapura, Australia (Sydney), Austria (Vienna), Amerika Syarikat (New York, Los Angeles), Belanda (Amsterdam) bagi SSP, Australia, Singapura dan Indonesia bagi STF dan Hong Kong bagi SAS.

SBP Tahfiz Model Ulul Albab[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2014, SMAP Bentong telah mendapat status Tahfiz Model Ulul Albab. Bagi SBP tersebut, ia menyasarkan para pelajar untuk menjadi hafiz dalam tempoh 5 tahun persekolahan. Ini diikuti oleh SBPI Rawang pada tahun 2015 dan SBPI Batu Rakit pada tahun 2016.

  • SMAP Bentong
  • SBPI Rawang
  • SBPI Batu Rakit
  • SBPI Selandar

Falsafah SBP[sunting | sunting sumber]

Pendidikan di sekolah berasrama penuh adalah suatu usaha berterusan bagi menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar berpontensi ke arah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa dan negara.

Matlamat SBP[sunting | sunting sumber]

  1. Mewujudkan peluang untuk pelajar yang berpotensi terutamanya dari kawasan dari luar bandar bagi mendapatkan pendidikan dengan kemudahan yang teratur, sempurna dan terkini dalam iklim persekolahan yang kondusif.
  2. Memperbanyakkan peluang pelajar bumiputera mendapat pendidikan berkualiti sebagai persediaan ke arah pendidikan tinggi untuk memenuhi keperluan negara.
  3. Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kepimpinan cemerlang melalui pendedahan hidup bermasyarakat sarwajagat.
  4. Melahirkan insan dan warganegara yang bertanggungjawab, berilmu, beriman dan beramal sesuai dengan nilai-nilai hidup masyarakat Malaysia.
  5. Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemampanan sahsiah yang mampu menghadapi alam remaja.
  6. Melahirkan kesedaran kepada seluruh warga SBP supaya dapat menghayati matlamat kecemerlangan SBP.
  7. Mewujudkan warga SBP yang mengamalkan budaya penyayang.
  8. Melahirkan kejituan semangat patriotisme di kalangan pelajar SBP.
  9. Menghasilkan pelajar-pelajar yang dapat menguruskan kerja-kerja dengan cekap, pantas, tepat dan bijaksana.
  10. Menjayakan program pendidikan menengah yang berorientasikan sains bagi mewujud tuntutan wawasan 2020.

Senarai SBP[sunting | sunting sumber]

Bil Sekolah berasrama penuh SBT/SKK Tingkatan Singkatan Zon Tahun ditubuhkan Moto Laman web rasmi sekolah
1 Sekolah Tuanku Abdul Rahman.png Sekolah Tuanku Abdul Rahman SBT-SKK Tingkatan 1-5 STAR Utara 1957 Ilmu Panduan Hidup [1]
2 Mckk.jpg Kolej Melayu Kuala Kangsar (The Malay College Kuala Kangsar) SBT-SKK Tingkatan 1-5,IB MYP,IB Diploma MCKK Utara 1905 Fiat Sapientia Virtus (Kebijaksanaan Mutu Manusia) [2]
3 TKC logo.png Kolej Tunku Kurshiah SBT-SKK Tingkatan 1-5,IB MYP, IB Diploma KTK, TKC Selatan 1947 Rajin dan Usaha, Tangga Kemajuan [3] Diarkibkan 2013-06-03 di Wayback Machine
4 SBPIbaturakit logo.PNG Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit SBT-SKK Tingkatan 1-5 SBPIBR, BRaInS Timur 2003 Berilmu, Berakhlak, Berkualiti [4]
5 Sbpigombak logo.png Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak SBT Tingkatan 1-5 SBPIGBK, INTEGOMB Tengah 2003 Benar, Tepat, Efektif [5]
6 Sekolah Bantuan Penuh Integrasi Gopeng.gif Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng SBT-SKK Tingkatan 1-5 SBPIGPG, I-GOP Utara 2003 Ilmu, Amal, Iman [6]
7 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol.jpg Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol SBT-SKK Tingkatan 1-5 SBPIJ, INTEJ Selatan 2002 Ilmu Memantapkan Iman [7]
8 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan.jpg Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan SBT-SKK Tingkatan 1-5 SBPIK, INTEK Timur 2003 Membentuk Generasi Pemimpin [8]
9 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu.jpg Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu SBT Tingkatan 1-5 SBPIKP, I-KUPS Utara 2004 Cemerlang, Gemilang, Terbilang [9]
10 SEPINTAR logo.png Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang SBT-SKK Tingkatan 1-5 SBPIR, SEPINTAR Tengah 2002 Sumber Penjana Muslim Bestari [10]
11 Sbpisabakbernam logo.PNG Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam SKK Tingkatan 1-5 SBPISB, INTESABER Tengah 2002 Ilmu, Iman, Istiqamah [11]
12 Lencana SBPIS.png Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar SBT Tingkatan 1-5 SBPIS, SISMe Selatan 2003 Cemerlang, Berwawasan [12]
13 Sbpit.png Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh SKK Tingkatan 1-5 SBPIT, InSofT Timur 2002 Ilmu, Iman, Amal [13]
14 INSTAR.png Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak SBT Tingkatan 1-5 SBPITAR, InSTAR Timur 2003 Beyond Success [14]
15 Sekolah Dato' Abdul Razak.png Sekolah Dato' Abdul Razak SBT-SKK Tingkatan 1-5 SDAR Selatan 1956 Berilmu untuk Berjasa [15]
16 SMAP Bentong logo.PNG Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong Tingkatan 1-5 SUPERB Timur 2013 Melangkaui Kecemerlangan [16]
17 Lencana Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang.png Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang SBT-SKK Tingkatan 1-5 SMAPK Tengah 1989 Ilmu, Iman, Amal [17]
18 SMAP Logo.jpeg Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu SBT-SKK Tingkatan 1-6 SMAPL Selatan 1982 Ilmu, Iman, Amal [18]
19 Sekolah Menengah Sains Alam Shah.jpg Sekolah Menengah Sains Alam Shah SBT Tingkatan 1-5 SMSAS, ASiS Tengah 2003 Kreatif, Inovatif, Produktif [19]
20 SABDA logo.png Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh Tingkatan 1-5 SABDA Utara 2009 Unggul Terbilang [20]
21 BASiS logo.PNG Sekolah Menengah Sains Banting Tingkatan 1-5 BASiS Tengah 2012 Berilmu, Beramal, Berbakti [21][22]
22 SM Sains Batu Pahat.jpg Sekolah Menengah Sains Batu Pahat Tingkatan 1-5 SEHEBAT Selatan 2012 Integriti, Kredibiliti, Inovatif [23]
23 Sekolah Menengah Sains Dungun SKK Tingkatan 1-5 SEMESDI Timur 1982 Berilmu, Berdisiplin, Berbakti [24]
24 Logo semashur.jpg Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor SBT-SKK Tingkatan 1-5 SEMASHUR Tengah 2000 Usaha, Amal, Bakti [25]
25 Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu.jpg Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu SKK Tingkatan 1-5 SAHUT Timur 2011 Menjana Kecemerlangan Jati Diri
26 JeSS logo.PNG Sekolah Menengah Sains Jeli Tingkatan 1-5 JeSS Timur 2013 Ilmu, Amal, Taqwa [26]
27 Smsj logo.jpg Sekolah Menengah Sains Johor SBT-SKK Tingkatan 1-5 SMSJ Selatan 1973 Budi, Karya, Bakti, Ikhlas [27]
28 Sekolah Menengah Sains Kepala Batas.jpg Sekolah Menengah Sains Kepala Batas SBT Tingkatan 1-5 SMSKB, KEBSES, SAKBA Utara 2009 Kualiti Pemangkin Kecemerlangan [http://www.smskb.edu.my/
29 LogoSakti.PNG Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi SBT-SKK Tingkatan 1-5 SAKTI Selatan 1996 Ilmu, Bakti, Kualiti [28]
30 Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor SBT Tingkatan 1-5 KUSESS Tengah 1996 Berilmu, Beramal, Berbakti [29]
31 Lencana Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu.jpg Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu SKK Tingkatan 1-5 SESTER Timur 2000 Menjana Kecemerlangan Jati Diri
32 SMSKP logo.PNG Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu SBT Tingkatan 1-5 SMSKP , KUPSIS Utara 2009 Sukses, Kreatif, Produktif [30]
33 Sekolah Menengah Sains Kuching.jpg Sekolah Menengah Sains Kuching SBT-SKK Tingkatan 1-5 SAINSKU SQL 1994 Berilmu, Berwawasan [31]
34 Lencana Sekolah Menengah Sains Kuching Utara.jpg Sekolah Menengah Sains Kuching Utara SBTs Tingkatan 1-5 SAKURA SQL 2013 Ilmu, Integriti, Iltizam
35 Logo Sm Sains Labuan.jpg Sekolah Menengah Sains Labuan SBT-SKK Tingkatan 1-5 SMSL, SMEXCEL SQL 1985 Usaha, Jaya, Bakti [32]
36 SEMSALD logo.JPG Sekolah Menengah Sains Lahad Datu SBT Tingkatan 1-5 SMSLD, SEMSALD SQL 1988 Berilmu, Bersatu, Terus Maju [33]
37 Sekolah Menengah Sains Machang.jpg Sekolah Menengah Sains Machang SBT-SKK Tingkatan 1-5 SMACH Timur 1983 Berilmu, Berusaha, Berbakti [34]
38 Sekolah Menengah Sains Miri.jpg Sekolah Menengah Sains Miri SBT Tingkatan 1-5 SMSM, SAINSRI SQL 1990 Berusaha, Berilmu, Beramal [35]
39 Sekolah Menengah Sains Muar SBT Tingkatan 1-5 SAMURA Selatan 1983 Berilmu, Berbakti [36]
40 Sekolah-Menengah-Sains-Muzaffar-Syah-Melaka.jpg Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah SBT-SKK Tingkatan 1-5 SMSMS, MOZAC Selatan 1973 Bersikap Membina [37]
41 Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh.jpeg Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh SKK Tingkatan 1-5 SMSPP, SCIPP Timur 1998 Ilmu, Amal, Gemilang [38]
42 SGS logo.PNG Sekolah Menengah Sains Perempuan Seremban Tingkatan 1-5 SGS Selatan 2014 Modal Insan Aspirasi Negara [39]
43 Logoskolah.gif Sekolah Menengah Sains Pokok Sena SBT-SKK Tingkatan 1-5 SMSPS, SAINA Utara 1995 Berilmu, Beramal, Bertaqwa [40]
44 SERATAS.png Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah SBT-SKK Tingkatan 1-5 SERATAS Utara 1982 Berdisiplin, Berilmu, Berbakti [41]
45 Sekolah Menengah Sains Rembau new logo.png Sekolah Menengah Sains Rembau SBT Tingkatan 1-5 SEMESRA Selatan 2009 Tekun, Bersatu, Berjaya, Terbilang [42]
46 Sekolah Menengah Sains Sabah.gif Sekolah Menengah Sains Sabah SBT-SKK Tingkatan 1-5 SMESH SQL 1984 Teguh, Setia, Budi [43]
47 Sekolah Menengah Sains Selangor.png Sekolah Menengah Sains Selangor SBT-SKK Tingkatan 1-5 SMSS Tengah 1973 Budi, Usaha, Bakti [44]
48 Smsainssembrong.png Sekolah Menengah Sains Sembrong Tingkatan 1-5 SASEM Selatan 2011 Ihsan, Ilmu, Khalifah [45]
49 SESERI logo.png Sekolah Menengah Sains Seri Puteri SBT Tingkatan 1-5 SESERI Tengah 2003 Proaktif, Inovatif, Efektif [46]
50 Sekolah Menengah Sains Setiu Tingkatan 1-5 SAIS Timur 2011 Ilmu, Sahsiah, Gemilang [47]
51 SEMSAS logo.PNG Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah SBT-SKK Tingkatan 1-5 SEMSAS Timur 1973 Hidup Berjasa [48]
52 Smssi.png Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar SKK Tingkatan 1-5 SMSSI, ISKANDAR Selatan 2003 Sepakat, Bestari, Progresif, Inovatif [49]
53 Sesma.png Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud SBT-SKK Tingkatan 1-5 SESMA Timur 1973 Disiplin, Kualiti, Dedikasi [50]
54 Semujilogo.jpg Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa SBT-SKK Tingkatan 1-5 SMSSMJ, SMOJI, SMadJ Utara 1973 Berilmu dan Berbudi [51]
55 Logo SESTA - HD.png Sekolah Menengah Sains Tapah SBT-SKK Tingkatan 1-5 SESTA Utara 2010 Berilmu, Bertakwa [52]
56 Smsti.jpg Sekolah Menengah Sains Teluk Intan SKK Tingkatan 1-5 SEMESTI Utara 1984 Ilmu Teras Hidup [53]
57 Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah Raub.jpg Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah Raub SBT Tingkatan 1-5 SEMESTA Timur 1983 Ilmu, Amal, Budi [54]
58 Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra.jpg Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra SBT-SKK Tingkatan 1-5,IB MYP SMSTMFP Timur 1973 Sains Asas Kemajuan [55]
59 SMSTJ Logo.png Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar SBT-SKK Tingkatan 1-5 STJ Selatan 1973 Maju Sempurna [56]
60 Logo baru saser.jpg Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir SBT Tingkatan 1-5 SASER Selatan 2002 Berilmu, Beriman, Berbakti [57]
61 Lencana smstsp.jpg Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra SBT-SKK Tingkatan 1-5 SYED

PUTRA

Utara 1973 Tekun, Usaha, Jaya
62 LogoSMSTSSS.gif Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin SBT Tingkatan 1-5 SMSTSSS, SOKSEK, TUNASS Utara 1973 Ilmu Asas Kemajuan [58]
63 Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim.jpg Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim SBT Tingkatan 1-5 SMSAH Utara 1963 Belajar dan Berbakti [59]
64 Logo SHAH Pekan.png Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan SBT-SKK Tingkatan 1-5 SHAH Pekan Timur 1989 Ilmu, Amal, Budi [60]
65 Sekolah Seri Puteri.jpg Sekolah Seri Puteri SBT-SKK Tingkatan 1-5 SSP Tengah 1968 Ilmu, Usaha, Jaya [61]
66 SAS emblem.jpg Sekolah Sultan Alam Shah SBT-SKK Tingkatan 1-5 SAS, SSAS Tengah 1963 Chita, Usaha, Jaya [62]
67 Logo Kolej Islam Sultan Alam Shah.png Kolej Islam Sultan Alam Shah SBT-SKK Tingkatan 4-6 KISAS, SASIC Tengah 1955 Bersama Merangkul Keunggulan [[63]]
68 Stflogo.jpg Sekolah Tun Fatimah SBT-SKK Tingkatan 1-5 STF Selatan 1956 Berusaha Tangga Kejayaan [64]
69 Sekolah Menengah Sains Gua Musang Tingkatan 1-5 GUAMS Timur 2015
70 Akademi Sains Pendang Utara 2021

Syarat pemilihan[sunting | sunting sumber]

Kemasukan Tingkatan 1[sunting | sunting sumber]

  • Murid mestilah warganegara Malaysia;
  • Murid Sekolah Kebangsaan;
  • Murid mencapai 3A 3B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Kriteria berikut boleh dipertimbangkan ke SBP iaitu :
    • murid mencapai sekurang-kurangnya 3A 3B serta aktif sukan atau permainan sekurang-kurangnya mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
    • murid dari keluarga miskin berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan (Kumpulan Miskin Tegar) mendapat sekurang-kurangnya 3A 3B dalam UPSR dan
  • Aktif dalam kokurikulum.
  • Sekiranya murid dari golongan B40, perlu mendapat sekurang-sekurangnya 5C di dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ) mengikut kuota yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2019.

Kemasukan Tingkatan 4[sunting | sunting sumber]

  • Murid mestilah warganegara Malaysia;
  • Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan ; dan
  • Kelayakan akademik keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) seperti berikut :-
    • Memperoleh Gred A bagi sekurang-kurangnya Enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Antarabangsa / Bahasa Ketiga
    • Memperoleh Gred A bagi mata pelajaran Sains dan Matematik
    • Memperoleh sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran lain
    • Permohonan ke Aliran Sains Tulen Agama dan Aliran Agama Ikhtisas, calon perlu memperoleh Gred A bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran Bahasa Arab; dan
  • Aktif dalam kokurikulum.

Senarai subjek bagi aliran Tingkatan 4 dan 5[sunting | sunting sumber]

Aliran Pakej Mata Pelajaran
Sains Tulen Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, 

Sejarah, Pend. Islam/Moral, Fizik, Kimia, Biologi,Matematik Tambahan,

Sains Tulen (Agama ) Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, 

Sejarah, Fizik, Kimia, Biologi,Matematik Tambahan, Bahasa Arab Tinggi, Pend. Al-Quran & Sunnah,Pend. Syariah Islamiah

Agama Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, 

Sejarah, Sains,Bahasa Arab Tinggi, Pend. Al-Quran & Sunnah,Pengajian Syariah, Prinsip Perakaunan, 
Ekonomi, Matematik Tambahan

Sains Teknikal Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, 

Sejarah, Pend. Islam/Moral, Fizik, Kimia, 
Grafik Komunikasi Teknikal, Asas Kelestarian, 

Sains Sosial Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains

Sejarah, Pend. Islam, Prinsip Perakaunan, Ekonomi, Matematik Tambahan

Senarai subjek bagi aliran Tingkatan 1,2 dan 3[sunting | sunting sumber]

Aliran Pakej Mata Pelajaran
Sains Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Geografi, Reka Bentuk dan Teknologi, Asas Sains Komputer, Pendidikan Islam/Moral, 

Bahasa Antarabangsa (Arab/Jepun/Jerman/Perancis/Mandarin/Korea)

Agama Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Geografi, Reka Bentuk dan Teknologi, Asas Sains Komputer, Pendidikan Islam,Bahasa Arab

Bahasa Antarabangsa (Jepun/Jerman/Perancis/Mandarin/Korea)

Ulul Albab Aliran Agama+ Hifz Al Quran dan Maharat Al- Quran

SBP Menengah Atas, SBP semua lelaki, SBP semua perempuan[sunting | sunting sumber]

SBP Menengah Atas (Tingkatan 4 dan 5 sahaja):

  • KISAS (Kolej Islam Sultan Alam Shah)

SBP semua lelaki:

  • MCKK (Malay College Kuala Kangsar)
  • STAR (Sekolah Tuanku Abdul Rahman)
  • SDAR (Sekolah Dato Abdul Razak)
  • SAS (Sekolah Sultan Alam Shah)
  • SASER (Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir)
  • ASIS (Sekolah Menengah Sains Alam Shah)

SBP semua perempuan:

  • TKC (Kolej Tunku Kurshiah)
  • STF (Sekolah Tun Fatimah)
  • SSP (Sekolah Seri Puteri)
  • SciPP (Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh)
  • SESERI (Sekolah Menengah Sains Seri Puteri)
  • SGS (Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani)

Sekolah Terbaik SPM[sunting | sunting sumber]

Tahun Sekolah KPM GPS MRSM GPS Sekolah Swasta GPS
2001 Sekolah Sultan Alam Shah 2.09 MRSM Tun Ghafar Baba 1.80 Kolej Yayasan Saad 2.04
2002 Sekolah Sultan Alam Shah MRSM Langkawi
2003 Kolej Tunku Kurshiah MRSM Langkawi Kolej Yayasan Saad
2004 Kolej Islam Sultan Alam Shah MRSM Beseri 1.705
2005 Kolej Islam Sultan Alam Shah 1.74 MRSM Tun Ghafar Baba
2006 SMS Tuanku Munawir 1.67 MRSM Tun Ghafar Baba 1.4328
2007 SMS Tuanku Munawir 1.562 MRSM Langkawi 1.4457
2008 SMS Tuanku Munawir 1.612 MRSM Langkawi 1.4041 Kolej Yayasan Saad 1.33
2009 SMS Tuanku Munawir 0.97 MRSM Taiping 1.1052 Kolej Yayasan Saad 0.58
2010 SMS Tuanku Munawir 0.89 MRSM Pengkalan Chepa 0.83 Kolej Yayasan Saad 0.66
2011 Kolej Tunku Kurshiah 0.9230 MRSM Tun Ghafar Baba 1.00
2012 Sekolah Seri Puteri 1.0422 MRSM Tun Ghafar Baba 1.039
2013 Sekolah Tun Fatimah 0.8410 MRSM Tun Ghafar Baba 1.1329
2014 SMS Tuanku Munawir 1.1568 MRSM Taiping 1.0681 Kolej Yayasan Saad 0.94
2015 SMS Tuanku Munawir 1.4029 MRSM Taiping 1.436 Kolej Yayasan Saad 1.15
2016 Kolej Tunku Kurshiah 1.3 MRSM Tun Ghafar Baba 1.22 Kolej Yayaysan Saad 1.6
2017 Sekolah Tun Fatimah 1.109 MRSM Taiping 1.436 Kolej Yayasan Saad 1.21
2018 Sekolah Tun Fatimah 1.31 MRSM Tun Ghafar Baba 1.48 Kolej Yayasan Saad 1.24

SBP yang mempunyai Wind Orchestra[sunting | sunting sumber]

SBP Premier[sunting | sunting sumber]

  • SMSAH
  • MCKK
  • STAR
  • SAS
  • SSP
  • TKC
  • SDAR
  • SESMA
  • STF

SMS[sunting | sunting sumber]

  • SMS Labuan
  • SMS Tuanku Syed Putra
  • SMS Tapah
  • SMS Raja Tun Azlan Shah
  • SMS Selangor
  • SMS Tuanku Jaafar
  • SMS Rembau
  • SMS Muzaffar Syah
  • SMS Kota Tinggi
  • SMS Sultan Haji Ahmad Shah
  • Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  • SMS Dungun
  • SMS Machang
  • SMS Kuching
  • SMS Jeli
  • SMS Sembrong
  • SMS Tun Syed Sheh Shahabudin

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sejarah SBP". Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2012. Dicapai pada 3 Disember 2021.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]