Pengiran Anak Sarah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah
Pengiran Anak Isteri
Pengiran Anak Sarah army cadet.png
Pengiran Anak Sarah semasa memakai pakaian seragam untuk kadet tentera pada tahun 2009
Keputeraan Dayangku Sarah
(1987-04-09) 9 April 1987 (umur 31)
Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan, Brunei
Pasangan Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah
(Putera Mahkota Brunei)
Anakanda Pengiran Muda Abdul Muntaqim
Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah
Pengiran Muda Muhammad Aiman
Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa Raihaanul Bolkiah .
Ayahanda Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman Pengiran Haji Damit
Bonda Rinawaty Abdullah

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman (Jawi: ڤڠيرن انق استري ڤڠيرن انق ساراه) (lahir 9 April 1987) merupakan isteri kepada Putera Mahkota Brunei Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah. Semasa menghadiri kursus pra-universiti pada usia 17 tahun, beliau telah berkahwin dengan Putera Mahkota. Beliau dan pasangannya telah dikurniakan dengan tiga orang anak.

Kehidupan Awal[sunting | sunting sumber]

Nama asal beliau ialah Dayangku Sarah binti Pengiran Salleh Ab Rahaman dan dilahirkan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan. Beliau merupakan anak yang ketiga(bongsu) dan satu-satunya anak perempuan bagi pasangan Pengiran Salleh Ab Rahaman Pengiran Haji Damit dan Rinawaty Abdullah (nama asal ialah Suzanne Aeby). Bapa beliau (lahir pada 1 Jun 1950) adalah ahli keluarga diraja yang jauh dan bekerja sebagai ketua pembantu makmal di Bahagian Perkhidmatan Air di Jabatan Kerja Raya. Ibunya (lahir 3 Mac 1954 di Fribourg, Switzerland) adalah seorang jururawat yang bekerja di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.[1]Ibu bapanya bertemu di United Kingdom pada 1970-an semasa sedang melanjutkan pelajaran.[2]

Pengiran Anak Sarah memasuki St. Andrew's School dari tahun 1993 hingga 1998. Kemudian, beliau menyambung pengajiannya di Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, dah berjaya untuk lulus peringkat O-level pada tahun 2003. Al-Muhtadee Billah juga merupakan pelajar lepasan untuk kedua-dua sekolah tersebut. Beliau meneruskan pendidikan pra-universiti di kolej yang sama.

Perkahwinan dan Anak[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Mac 2004, ketika masih menuntut di Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, beliau berkahwin dengan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah iaitu seorang Putera Mahkota yang berusia 30 tahun. Majlis perkahwinan yang bergemerlapan dan gilang gemilang itu telah diadakan di Istana Nurul Iman. Majlis ini juga ditakrifkan sebagai "Asian wedding of the year" yang dihadiri oleh orang-orang kenamaan termasuklah anggota keluarga diraja asing dan ketua-ketua kerajaan.[2][3] Selepas majlis bersanding, pasangan diraja ini telah dibawa dengan kereta open-topped Rolls-Royce yang diselaputi dengan emas dan berjalan di seluruh Bandar Seri Begawan, di mana mereka telah disambut oleh orang ramai di sepanjang jalan.

Pada 17 Mac 2007, baginda telah meluaran anakanda pertama bersama pasangannya iaitu pewaris masa depan, Pengiran Muda Abdul Muntaqim, di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Kemudian, beliau bersama pasangannya meraikan keputeraan anak kedua, iaitu seorang puteri yang bernama Pengiran Anak Muneerah Madhul pada 2 Januari 2011. Putera ketiga yang bernama Pengiran Muda Muhammad Aiman diputerakan pada 7 Jun 2015. Pada 5 Oktober 2017. Puteri keempat yang diberi nama yang diputerakan pada 1 Disember 2017.[4]

Puteri[sunting | sunting sumber]

Beliau mendaftar di Universiti Brunei Darussalam, di mana beliau telah lulus dengan Kepujian Kelas Pertama pada bulan Oktober 2010 serta menerima Ijazah Sarjana Muda (Sastera) dalam Dasar dan Pentadbiran Awam. Beliau juga adalah seorang ahli kadet tentera di universiti dan penjaring terbanyak dalam pasukan bola jaring di universiti tersebut. [5]

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Pengiran Anak Sarah
Emblem of Brunei.svg
Gaya panggilan Yang Teramat Mulia
Gaya pertuturan Tuanku
Gaya pilihan Pengiran Anak Isteri

Terasul dan gelaran[sunting | sunting sumber]

  • 9 April 1987 – 9 September 2004: Yang Mulia Dayangku Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman
  • 9 September 2004 – kini: Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman

Gelaran penuh bagi beliau ialah: "Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Salleh Abdul Rahaman". Beliau dirujuk oleh media kerajaan dan penerbitan berbahasa Inggeris di negara Brunei Darussalam sebagai isteri kepada Putera Mahkota, bukannya Puteri Mahkota. Gelaran "Pengiran Anak Isteri" diberikan kepada isteri seseorang putera.

Kurniaan[sunting | sunting sumber]

Kurniaan negara
  • BRU Family Order of Brunei 1st Class.svg Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (DK, 15.7.2005)
Kurniaan asing

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Her Royal Highness Crown Princess Sarah". BruneiResources.com. Dicapai 2011-06-09. 
  2. ^ a b "Guests arrive for Brunei crown prince's wedding". China Daily. 2004-09-09. Dicapai 2004-09-09. 
  3. ^ Kent, Jonathan (2004-09-09). "Brunei's future king gets married". BBC News. Dicapai 2011-06-09. 
  4. ^ "YTM Pengiran Anak Sarah selamat meluaran seorang puteri". Media Permata Online. 2 Disember 2017. Dicapai 2 Disember 2017. 
  5. ^ Thien, Rachel; Ubaidullah Masli (2010-10-01). "Princess Sarah gets First Class Honours". The Brunei Times. Dicapai 2011-02-13.