Penguasaan laut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
USS Abraham Lincoln, kapal pengangkut pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat, satu cara peluncuran kuasa maritim secara global.

Angkatan tentera laut memegang penguasaan laut (command of the sea) apabila ia terlalu kuat hinggakan pesaingnya tidak mampu menyerang secara langsung. Juga dipanggil pengawalan laut, dominasi ini mungkin berlaku untuk perairan di sekelilingnya (iaitu pesisir pantai) atau boleh meluas jauh ke lautan, yang bermaksud negara ini mempunyai angkatan laut lepas. Ia bersamaan tentera laut dengan penguasaan udara.

Dengan penguasaan laut, sesebuah negara (atau sekutu) dapat memastikan kapal tentera dan kapal dagangnya boleh bergerak secara bebas, manakala pesaingnya samada dipaksa kekal di pelabuhan atau cuba mengelaknya. Ia juga membolehkan penggunaan bebas operasi amfibia yang dapat mengembangkan pilihan strategik pangkalan darat. Paling terkenal, Royal Navy British memegang penguasaan laut untuk jangka masa yang panjang dari abad ke-18 hingga awal abad ke-20, membolehkan pihak Britain dan sekutunya untuk berdagang dan memindahkan tentera dan bekalan dengan mudah pada masa perang walhal musuh-musuhnya tidak mampu (kepentingan tersebut ditunjukkan dalam lagu patriotik terkenal British, "Rule Britannia!," yang mengandungi bahasa penafsiran, "Britannia Memerintah! Britannia menguasai samudera", walaupun ianya bukan subjek asal puisi tersebut). Sebagai contoh, Britain mampu menyekat Perancis semasa Perang Napoleon, Amerika Syarikat semasa Perang 1812, dan Jerman semasa Perang Dunia I. Dalam tempoh pasca Perang Dunia Kedua, pihak Amerika Syarikat telah mendapat penguasaan laut.

Hanya sedikit tentera laut yang boleh beroperasi sebagai angkatan laut lepas, tetapi "banyak Negara yang menukar angkatan laut perairan kepada angkatan laut lepas dan ini akan meningkatkan penggunaan tentera zon ekonomi eksklusif asing [zon litoral hingga 200 batu nautika (370 km)] dengan kemungkinan kesan bagi aturan ZEE."[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Skaridov, Alexander S., Naval activity in the foreign EEZ—the role of terminology in law regime, St. Petersburg Association of the Law of the Sea, 7 Kazanskaya St., St. Petersburg 191186, Russia, Available online 11 November 2004, diarkibkan daripada yang asal pada 17 October 2006 Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • WE Hall, Treatise on International Law, 4th ed., 1895.
  • Public Domain Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awamChisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. Missing or empty |title= (bantuan)