Penyakit arteri periferi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penyakit arteri periferi
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Nama lain
Penyakit vaskular periferi, penyakit sumbatan arteri periferi, arteriopati obliteratif periferi
Sebuah ulser kekurangan arteri berlaku pada seorang yang menghidapai penyakit arteri periferi pada tahap teruk[1]
PengkhususanRadiologi intervensi, pembedahan vaskular
GejalaKesakitan di batang kaki apabila berjalan dan berkurangan apabila rehat, ulser kulit, kulit kebiruan, kulit bersuhu rendah[2][3]
KerumitanJangkitan, amputasi[4]
PuncaAterosklerosis, kekejangan arteri[5][6]
Merokok, diabetes, tekanan darah tinggi, aras kolesterol darah tinggi.[4][7]
Indeks buku lali-brakium < 0.90, ultrasonografi dupleks, angiografi[8][9]
RawatanPemberhentian merokok, terapi sukan berpantauan, pembedahan[10][11][12]
Rawatan perubatan
Statin, perencat ACE, silostazol[12]
Kekerapan155 juta (2015)[13]
Kematian52,500 (2015)[14]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Penyakit arteri periferi (PAD) ialah penyempitan tak normal yang berlaku pada arteri periferi selain daripada arteri yang membekalkan nutrisi ke jantung atau otak.[5][15] Apabila penyempitan berlaku di jantung, ia dipanggil penyakit arteri koronari, jika berlaku di otak pula ia dipanggil penyakit serebrovaskular.[4] Penyakit arteri periferi paling kerap menjejaskan batang kaki, tetapi arteri lain seperti yang berada lengan, leher atau buah pinggang juga mungkin terlibat.[4][16] Simptom klasik terlibat ialah kesakitan pada batang kaki apabila berjalan dan kemudian reda selepas rehat, yang turut dikenali sebagai klaudikasi selangan.[2] Antara gejala-gejala lain termasuk ulser kulit, kulit kebiruan, kulit sejuk, atau pertumbuhan kuku dan rambut tidak normal pada batang kaki yang terjejas.[3] Antara komplikasi terlibat mungkin termasuk jangkitan atau kematian tisu yang mungkin memerlukan amputasi; penyakit arteri koronari, atau strok.[4] Sehingga 50% penghidap PAD tidak mempunyai simptom.[2]

Faktor risiko terbesar untuk PAD ialah merokok.[4] Faktor risiko lain termasuklah diabetes, tekanan darah tinggi, masalah buah pinggang dan aras kolesterol darah tinggi.[7][17] Mekanisme asas penyakit arteri periferi yang paling biasa dijumpai ialah aterosklerosis, terutamanya pada individu yang berumur melebihi 40 tahun.[6][18] Mekanisme lain termasuk kekejangan arteri, pembekuan darah, trauma, displasia fibrootot, dan vaskulitis.[5][17] PAD biasanya didiagnosis dengan mengukur indeks buku lali-brakium (ABI), yakni tekanan darah sistolik pada buku lali dibahagikan dengan tekanan darah sistolik lengan, dengan nilai indeks tersebut kurang daripada 0.90.[9] Ultrasonografi dupleks dan angiografi juga boleh digunakan.[8] Angiografi adalah lebih tepat dan membolehkan rawatan pada masa yang sama; namun, ia dikaitkan dengan risiko yang lebih besar.[9]

Saringan penyakit arteri periferi di kalangan orang yang tiada gejala tidak dapat dipastikan kebergunaannya kerana ia tidak dikaji secara mendalam.[19][20][18] Bagi mereka yang mengalami klaudikasi selangan, pemberhentian merokok dan terapi senaman terselia meningkatkan keberhasilan.[11][12][21] Ubat-ubatan, termasuk statin, perencat ACE dan sitostazol juga mungkin membantu.[12][22] Aspirin tidak kelihatan membantu mereka yang menghidapi penyakit pada tahap ringan tetapi biasanya disyorkan kepada mereka yang mempunyai penyakit pada tahap yang lebih ketara kerana terdapat peningkatan risiko serangan jantung.[18][23][24] Antikoagulan seperti warfarin biasanya tidak memberi manfaat.[25] Prosedur yang digunakan untuk merawat penyakit ini termasuk penggraftan pintasan, angioplasti, dan aterektomi.[10]

Pada 2015, kira-kira 155 juta orang menghidapi PAD di seluruh dunia.[13] Penyakit ini menjadi semakin biasa dihidapi seiring dengan peningkatan usia.[26] Di negara-negara maju, penyakit ini menjejaskan kira-kira 5.3% di kalangan mereka berusia 45 hingga 50 tahun, serta 18.6% di kalangan mereka berusia 85 hingga 90 tahun. [7] Di negara membangun, ia menjejaskan 4.6% di kalangan orang yang berumur antara 45 dan 50, serta 15% di kalangan orang yang berumur antara 85 dan 90 tahun.[7] Tiada perbezaan kekerapan berlakunya PAD antara lelaki dan perempuan di negara-negara maju, walaupun di negara membangun wanita lebih kerap terjejas.[7] Pada tahun 2015 PAD mengakibatkan kira-kira 52,500 kematian, iaitu peningkatan daripada 16,000 kematian pada tahun 1990.[14][27]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Moore, Jonathan (1 September 2008). "Creating the Ideal Microcosm for Rapid Incorporation of Bioengineered Alternative Tissues Using An Advanced Hydrogel Impregnated Gauze Dressing: A Case Series". The Foot & Ankle Journal. doi:10.3827/faoj.2008.0109.0002.
  2. ^ a b c Violi, F; Basili, S; Berger, JS; Hiatt, WR (2012). Antiplatelet therapy in peripheral artery disease. Handbook of Experimental Pharmacology. 210. m/s. 547–63. doi:10.1007/978-3-642-29423-5_22. ISBN 978-3-642-29422-8. PMID 22918746.
  3. ^ a b "What Are the Signs and Symptoms of Peripheral Arterial Disease?". nhlbi.nih.gov. Ogos 2, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 25, 2015. Dicapai pada Februari 26, 2015.
  4. ^ a b c d e f "What Is Peripheral Arterial Disease?". nhlbi.nih.gov. Ogos 2, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 25, 2015. Dicapai pada Februari 25, 2015.
  5. ^ a b c "What Is Peripheral Vascular Disease?" (PDF). American Heart Association (heart.org). 2012. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada April 12, 2015. Dicapai pada Februari 26, 2015. Peripheral artery disease (PAD) is the narrowing of the arteries to the legs, stomach, arms and head.
  6. ^ a b "What Causes Peripheral Arterial Disease?". nhlbi.nih.gov. Ogos 2, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 25, 2015. Dicapai pada Februari 26, 2015.
  7. ^ a b c d e Fowkes, FG; Rudan, D; Rudan, I; Aboyans, V; Denenberg, JO; McDermott, MM; Norman, PE; Sampson, UK; Williams, LJ; Mensah, GA; Criqui, MH (19 October 2013). "Comparison of global estimates of prevalence and risk factors for peripheral artery disease in 2000 and 2010: a systematic review and analysis". Lancet. 382 (9901): 1329–40. doi:10.1016/s0140-6736(13)61249-0. PMID 23915883.
  8. ^ a b "How Is Peripheral Arterial Disease Diagnosed?". Ogos 2, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada April 7, 2015. Dicapai pada Mac 27, 2015.
  9. ^ a b c Ruiz-Canela, M; Martínez-González, MA (2014). "Lifestyle and dietary risk factors for peripheral artery disease". Circulation Journal. 78 (3): 553–9. doi:10.1253/circj.cj-14-0062. PMID 24492064.
  10. ^ a b "How Is Peripheral Arterial Disease Treated?". nhlbi.nih.gov. Ogos 2, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 25, 2015. Dicapai pada Februari 26, 2015.
  11. ^ a b Hageman, D; Fokkenrood, HJ; Gommans, LN; van den Houten, MM; Teijink, JA (6 April 2018). "Supervised exercise therapy versus home-based exercise therapy versus walking advice for intermittent claudication". The Cochrane Database of Systematic Reviews. 4: CD005263. doi:10.1002/14651858.CD005263.pub4. PMC 6513337. PMID 29627967.
  12. ^ a b c d Hankey, GJ; Norman, PE; Eikelboom, JW (1 February 2006). "Medical treatment of peripheral arterial disease". JAMA. 295 (5): 547–53. doi:10.1001/jama.295.5.547. PMID 16449620.
  13. ^ a b GBD 2015 Disease and Injury Incidence and Prevalence, Collaborators. (8 October 2016). "Global, regional, and national incidence, prevalence, and years lived with disability for 310 diseases and injuries, 1990–2015: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2015". Lancet. 388 (10053): 1545–1602. doi:10.1016/S0140-6736(16)31678-6. PMC 5055577. PMID 27733282.
  14. ^ a b GBD 2015 Mortality and Causes of Death, Collaborators. (8 October 2016). "Global, regional, and national life expectancy, all-cause mortality, and cause-specific mortality for 249 causes of death, 1980–2015: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2015". Lancet. 388 (10053): 1459–1544. doi:10.1016/s0140-6736(16)31012-1. PMC 5388903. PMID 27733281.
  15. ^ "Overview of Peripheral Arterial Disease – Heart and Blood Vessel Disorders". Merck Manuals Consumer Version (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada April 30, 2019. Dicapai pada 30 April 2019. Disorders of arteries that supply the brain with blood are considered separately as cerebrovascular disease.
  16. ^ Shantulli, Shu (2018). "Update on peripheral arterial disease: Epidemiology and evidence-based facts". Atherosclerosis.
  17. ^ a b Harrison's principles of internal medicine (ed. 20). McGraw-Hill Education / Medical. 2018. ISBN 9781259644047.
  18. ^ a b c Gerhard-Herman, MD; Gornik, HL; Barrett, C; Barshes, NR; Corriere, MA; Drachman, DE; Fleisher, LA; Fowkes, FG; Hamburg, NM (21 March 2017). "2016 AHA/ACC Guideline on the Management of Patients With Lower Extremity Peripheral Artery Disease: Executive Summary: A Report of the American College of Cardiology/American Heart Association Task Force on Clinical Practice Guidelines". Journal of the American College of Cardiology. 69 (11): 1465–1508. doi:10.1016/j.jacc.2016.11.008. PMID 27851991.
  19. ^ Andras, A; Ferket, B (Apr 7, 2014). "Screening for peripheral arterial disease". The Cochrane Database of Systematic Reviews. 4 (4): CD010835. doi:10.1002/14651858.CD010835.pub2. PMID 24711093.
  20. ^ U.S. Preventive Services Task Force (Dec 15, 2014). "Peripheral artery disease screening and cardiovascular disease risk assessment with the ankle-brachial index in adults: recommendation statement". Am Fam Physician. 90 (12): 858A–858D. Diarkibkan daripada yang asal pada March 31, 2017.
  21. ^ Ton, Joey (24 January 2022). "#307 Walking it off: How effective is exercise for management of peripheral artery disease?". CFPCLearn. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 July 2023. Dicapai pada 14 June 2023.
  22. ^ Bedenis, R; Stewart, M; Cleanthis, M; Robless, P; Mikhailidis, DP; Stansby, G (31 October 2014). "Cilostazol for intermittent claudication". The Cochrane Database of Systematic Reviews. 10 (10): CD003748. doi:10.1002/14651858.CD003748.pub4. PMC 7173701. PMID 25358850.
  23. ^ Lin, JS; Olson, CM; Johnson, ES; Whitlock, EP (3 September 2013). "The ankle-brachial index for peripheral artery disease screening and cardiovascular disease prediction among asymptomatic adults: a systematic evidence review for the U.S. Preventive Services Task Force". Annals of Internal Medicine. 159 (5): 333–41. doi:10.7326/0003-4819-159-5-201309030-00007. PMID 24026319.
  24. ^ Poredos, P; Jezovnik, MK (March 2013). "Is aspirin still the drug of choice for management of patients with peripheral arterial disease?". VASA. Zeitschrift für Gefässkrankheiten. 42 (2): 88–95. doi:10.1024/0301-1526/a000251. PMID 23485835.
  25. ^ Hauk, L (15 May 2012). "ACCF/AHA update peripheral artery disease management guideline". American Family Physician. 85 (10): 1000–1. PMID 22612053.
  26. ^ Vascular medicine : a companion to Braunwald's heart disease. Creager, Mark A., Beckman, Joshua A., Loscalzo, Joseph. (ed. 2nd). Philadelphia, PA: Elsevier/Saunders. 2013. ISBN 9781455737369. OCLC 810335904.CS1 maint: others (link)
  27. ^ GBD 2013 Mortality and Causes of Death, Collaborators (17 December 2014). "Global, regional, and national age-sex specific all-cause and cause-specific mortality for 240 causes of death, 1990–2013: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2013". Lancet. 385 (9963): 117–71. doi:10.1016/S0140-6736(14)61682-2. PMC 4340604. PMID 25530442.