Perayaan Wangkang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perayaan Wangkang atau Ong Cun (Cina: 王船; Pe̍h-ōe-jī: ôngchûn) adalah sebuah keraian diadakan dalam kalangan masyarakat Cina Hokkien di teluk Xiamen dan Quanzhou di Tanah Besar China serta Melaka memuja semangat Ong Yah (Cina: 王爺; Pe̍h-ōe-jī: Ông Iâ "Datuk Raja") yang dipercayai melindungi manusia daripada bencana alam dan wabak.[1] Perayaan ini diadakan pada setiap tanggal 10 haribulan 10 setiap tahun qamari lompat dalam takwim Cina sebelum ia kemudiannya diadakan pada Cap Goh Mei[2] melibatkan perkumpulan ramai berarak memikul sebuah jong kayu dari tokong besar menuju tepi pantai.[3]

Ia tersenarai sebagai suatu warisan budaya tidak ketara oleh UNESCO pada tahun 2020.[4]

Penceritaan[sunting | sunting sumber]

Tan Seng Tee, seorang sejarawan asal Melaka, menulis bahawa perayaan ini datang dari kejadian semasa zaman kerajaan Ming di mana Maharaja Yung Lo menitahkan seorang pendeta bernama Zhang Tianshi/Teo Tian Soo (Cina: 張天師; pinyin: Zhāng Tiān Shī; Pe̍h-ōe-jī: Tiong Thian Su) mencari dan menghalau bunyi aneh dan keras dari dalam pekarangan istana baginda. Teo mendapati bunyian ini datang daripada 360 orang sarjana yang membuat muzik sambil ditahan dalam penjara. Teo dengan kata putus Maharaja tersebut membuat upacara menghunus pedang pada lantai ditabur beras dan garam yang diucapkan mantera sekalgius memenggal kepala semua sarjana itu. Pada malam berikutnya, roh para sarjana itu menjelma kembali di hadapan si Maharaja untuk menuntut nyawa hidup mereka kembali, Teo segera menangkap semua roh itu yang dikurung dalam suatu keranda yang dibuang ke laut. Keranda ini terdampar di pantai dan dibuka tidak sengaja oleh seorang pengemis yang membebaskan mereka semula ke langit kayangan di mana mereka ditabalkan pangkat sebagai panglima Maharaja Giok. Mereka kembali mendatangi Maharaja Yung Lo yang rasa bersalah: lima roh yang paling kuat dikeramatkan sebagai dewa yang dipuja penduduk kawasan Quanzhou dan Zhangzhou.[2][1]

Amalan ini tersebar ke Melaka bersama para penghijrah mencari kerja di sana semasa Dinasti Qing; pengadaan keraian ini di Melaka mula tercatat tahun 1846.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Stevens, Keith (1989). "Fukienese Wang Yeh (王爺)". Journal of the Hong Kong Branch of the Royal Asiatic Society. 29: 34–60. ISSN 0085-5774.
  2. ^ a b c Tan, Cedric (2012). "Setting Spirits Ablaze". The Peranakan. The Peranakan Association Singapore. m/s. 12-4.
  3. ^ "Perayaan Wangkang". Pemetaan Budaya. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Melaka. 2022. Dicapai pada 2024-01-16.
  4. ^ "Ong Chun/Wangchuan/Wangkang ceremony, rituals and related practices for maintaining the sustainable connection between man and the ocean". Intangible Cultural Heritage (dalam bahasa Inggeris). UNESCO. Dicapai pada 2024-01-16.