Perbendaharaan kata Singgeris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Singgeris ialah bahasa kreol atau patois (semacam istilah dari bahasa Perancis Kuno) yang berasaskan dari bahasa Inggeris British yang dituturkan dalam aktiviti sehari-hari di Singapura. Bahasa Inggeris ialah salah satu bahasa rasmi di Singapura diguna pakai berpadan dengan bahasa Melayu (yang juga merupakan Bahasa Kebangsaan), Mandarin, dan Tamil.[1] Walaupun bahasa Inggeris ialah bahasa leksifier, Singgeris mempunyai slanga dan sintaksnya yang agak unik, dan lebih jelas diucapkan dalam percakapan tidak formal. Singgeris mencampurkan perbendaharaan kata dari bahasa Inggeris, Hokkien, Kantonis, Melayu, dan Tamil, dan kadangkala bahasa Cina yang lain juga seperti Teochew, Hainan, Hokkien, Hockchew, dan Mandarin.

Seperti contoh, pek chek memiliki maksud marah atau kecewa, dan berasal dari bahasa Hokkien Singapura, 迫促 (POJ: pek-chhek).[2] Singgeris digunakan dalam konteks percakapan biasa di antara warga Singapura, tetapi penggunaannya dielakkan dalam acara-acara rasmi. Meski merupakan lingua franca di Singapura, Singgeris dianggap kurang sopan. Bahasa Inggris yang dipertuturkan di Singapura dapat dikongsikan kepada dua subbahagian. Bahasa Inggeris Singapura Piawai (Standard Singapore English; SSE, loghat baku) dan Bahasa Inggeris Singapura Basahan (Colloquial Singapore English; CSE) atau Singgeris sebagaimana kebanyakan orang tempatan memanggilnya. Hubungan antara SSE dan Singlish dilihat sebagai diglosia, di mana SSE dihadkan bagi situasi formaliti berbeza dengan Singlish/CSE yang pada pelbagai keadaan lain.[3]

Beberapa istilah dari Singgeris ada pula yang telah ditambahkan pada kamus Oxford English Dictionary (OED) sejak tahun 2000, termasuk wah, sabo, lepak, shiok dan hawker center ("pusat penjaja")[4] Pada tarikh 11 Februari 2015, kiasu dipilih sebagai Word of the Day OED.[5]

Senarai perkataan Singgeris[sunting | sunting sumber]

  • 4D – Permainan loteri 4 digit tempatan yang dikendalikan oleh Singapore Pools.
  • 5Cs – Merujuk kepada 5 C Singapura (cash, car, credit card, condominium, country club membership) (wang, kereta, kad kredit, kondominium dan keanggotaan kelab). Lazimnya istilah yang dikaitkan dengan kejayaan materialistik di negara Singapura moden.
  • 11B – Bahasa rasmi Tentera Singapura bermaksud "11 maklumat asas". Merujuk kepada Kad Pengenalan Angkatan Bersenjata Singapura yang dipegang oleh askar semasa Perkhidmatan Negara mereka.
  • abit(dari Inggeris) a little bit, bermakna sedikit sahaja. Biasanya digunakan bagi sindiran. Sebagai contoh, "You abit fast ah" apabila orang yang dimaksudkan itu dianggap lambat (sindiran).
  • abuden(dari Inggeris dan Hokkien) 'Ar bo, then?') Jelas sekali; apa lagi yang boleh berlaku? Sama seperti kata "duh".
  • ACBC(dari Inggeris dan Hokkien) Akronim bagi "act cute, buay cute" Merujuk kepada seseorang yang berkelakuan sangat comel, tetapi seiras dengan kelakuannya yang menjengkelkan. (buay – lihat entri di bawah – ialah awalan negatif, menyampaikan "bukan").
  • act blur(dari Inggeris) bagi berpura-pura tidak tahu.
  • act cute - (dari Inggeris) Frasa yang menggambarkan berkelakuan secara kecomelan. Boleh digunakan sebagai kata kerja dan kata sifat. Lihat juga ACBC di atas.
  • action(dari Inggeris) Biasanya digunakan bagi merujuk kepada seseorang yang dianggap sombong atau bongkak. Tiada kaitan dengan genre aksi dalam perfileman dsb.
  • agak agak / agak-agak(dari Melayu) sebuah perhitungan.[6] Tidak boleh disalah anggap sebagai "agar-agar" yang memiliki erti sama seperti bahasa.
  • agak-ration(dari Melayu dan Inggeris) perkiraan atau memperkirakan juga dieja "agar-ration".
  • Ah Beng(dari Hokkien 阿明 a-bêng) seorang yang tidak bertamadun, atau seseorang yang tidal terlalu mengenal fesyen. Digunakan bagi merujuk pada samseng.[7]
  • Ah Seng(dari Hokkien 阿成 a-sêng) kakitangan Ah Beng. Digunakan bagi merujuk pada samseng.[7]
  • ah(dari Cina ) 1.Seruan cth. "Heng ah!" (How lucky!) 2. (... ah?) ejaan kedua dari "ar". Digunakan bagi mengakhiri kalimat curiga.
  • ah gua / ah kwa / ah qua(dari Hokkien 阿倌 a kuann), pondan atau ladyboy.
  • Ah Lian(dari Hokkien 阿蓮/阿莲 a-lián) bentuk perempuan dari Ah Beng.
  • Ah Huay(dari Hokkien 阿花/阿花 a-hoe) bentuk perempuan dari Ah Seng.[7]
  • Ah Long – 1. (dari Kantonis wikt:阿窿 aa3 lung1, dipendekkan dari 大耳窿 daai3 ji5 lung1) Slanga bagi lintah darat. 2. Terkadang diguna melencong nama Lee Hsien Loong.

Ungkapan[sunting | sunting sumber]

  • Don't fly my kite/aeroplane – berakar dari slanga Kantonis 放飛機/放飞机 (ungkapan setara dalam Mandarin: 放鸽子, lit. "lepaskan merpati"). Di masa lalu, surat terkadang dihantar menggunakan merpati. Saat seseorang ingin bertemu (menggunakan cara tadi) namun gagal, dikatakan mereka berdua menjilat ludah sendiri (ingkar janji). Ungkapan jarang-jarang yang bermakna.
  • Don't play play!"jangan main-main!"; ungkapan yang muncul kadang-kadang sahaja, diperkenalkan oleh siri wayang tempatan Phua Chu Kang Pte Ltd.
  • Got problem ah? – "kau ada masalah?"; biasanya hendak mencabar seseorang atau ungkapan mengkal saat seseorang merasa terganggu. Do you have a problem?
  • Having here – makan di kedai; lawan kepada makan di rumah (bungkus). Dipakai oleh pekerja restoran.
  • He still small boy one – teguran (biasanya kasar) kerana seseorang belum sampai umur yang ditetapkan akta. Boleh juga ungkapan ini digunakan bagi membela seseorang dengan alasan kerana dia masih belum mengerti atau masih kanak-kanak yang belum faham perbezaan.
  • Issit/Izzit? – bentuk lencongan dari "is it?" diguna pakai sebagai tanda tanya.
  • Last time policemen wear shorts! – balasan balik yang dicakap apabila seseorang merujuk pada keazaman yang dibuatnya pada masa lampau atau merujuk pada sesuatu yang sudah usang. Balas balik itu adalah reaksi warga sana ketika melihat seluar yang dipakai polis Singapura sampai tahun 1969.
  • Liddat oso can!? – (Bahasa Inggeris: Like that also can?) Iaitu balasan seseorang apabila mendapati pencapaian atau tindakan yang sepertinya sangat sulit diperbuat, atau mengejutkan. Biasanya diiringi dengan rasa ketidakpercayaan.
  • My England not powderful! – "bahasa Inggeris-ku tak elok"; ungkapan agak jarang, biasanya digunakan dalam melawak.
  • No fish prawn oso can – (dari peribahasa Hokkien 無魚蝦嘛好/无鱼虾嘛好 bo hir hay mah hoh. lit. "tiada ikan, udang pun boleh") berlapang dada menerima pilihan kedua.
  • Not happy, talk outside! – ungkapan bagi seseorang yang ingin mencabar lawan cakapnya saling menumbuk satu lawan satu. Mereka berdua akab saling memukul di belakang jalan yang tidak kelihatan orang ramai.
  • On lah!/On!/Set! – "It's on!" sebuah ungkapan yang menunjukkan rasa persetujuan atau keinginan (seperti diajak makan bersama, perarakan, memyokong kelab bola sepak menyertai teman, dst.)
  • Relak lah! – ungkapan yang diguna bagi meminta seseorang agar santai.
  • ..then you know! – ungkapan yang digunakan pada akhir kalimat sebagai amaran kalau tak menghiraukan petua.
  • Why you so liddat ar? – "kenapa kau begitu?"; rayuan ketika seseorang bersikap luar kelaziman
  • You think, he think, who confirm? / You think, I thought, who confirm? – ungkapan ketenteraan yang digunakan saat perhimpunan. Lazimnya adalah tanggapan bagi "I thought..." or "I think..." saat terjadinya punca masalah.
  • You want 10 cent? – bermakna "buzz off!" pergilah. Merujuk kepada pondok telefon yang mengenakan bayaran 10 senti tiap panggilan di Singapura.
  • Your grandfather's place/road ah?, Your father own this place/road? – digunakan bagi seseorang yang berlagak tidak bertempat seolah-olah mereka yang menguasai tempat itu.
  • You play where one? – digunakan bagi mencabar seseorang bagi memberitahu keahlian samseng (biasanya digunakan kumpulan kongsi gelap bagi mengugut seseorang).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Leimgruber, Jakob R. E. (2011). "Singapore English". Language and Linguistics Compass (dalam bahasa Inggeris). 5 (1): 47–62. doi:10.1111/j.1749-818x.2010.00262.x. ISSN 1749-818X.
  2. ^ Harbeck, James. "The language the government tried to suppress" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-11-05.
  3. ^ Leimgruber, Jakob R. E. (2011). "Singapore English". Language and Linguistics Compass (dalam bahasa Inggeris). 5 (1): 47–62. doi:10.1111/j.1749-818x.2010.00262.x. ISSN 1749-818X.
  4. ^ New Singapore English words - OED Diarkibkan 2016-09-18 di Wayback Machine, March 2016
  5. ^ Singapore terms join Oxford English Dictionary - BBC, 12 May 2016
  6. ^ Brown, Adam (1999) Singapore English in a Nutshell, Singapore: Federal, p. 3.
  7. ^ a b c Brown, Adam (1999) Singapore English in a Nutshell, Singapore: Federal, p. 5.