Perbincangan:Institut Alam dan Tamadun Melayu

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tidak setuju untuk dihapuskan. Ini adalah rencana utama khusus untuk ATMA yang akan dikembangkan lagi. Lagi pun bahagian dalam UKM hanya senarai bukan penerangan. Seperti juga entri untuk Kampus Kejuteraan USM https://ms.wikipedia.org/wiki/Kampus_Kejuruteraan,_USM dan. Saya juga baru perasan yang sudah ada entri https://ms.wikipedia.org/wiki/Perpustakaan_Alam_dan_Tamadun_Melayu tetapi sepatutnya digunakan nama Institut Alam dan Tamadun Melayu dan kandungannya digabungkan. Kamalzack (bincang) 14:30, 29 Disember 2015 (UTC)[balas]

Institut Alam dan Tamadun Melayu hanya berada di UKM sahaja. Saya membuat entri ini kerana terdapat rujukan dalam entri lain seperti Mohd Faizal Musa. Kamalzack (bincang) 14:36, 29 Disember 2015 (UTC)[balas]


Oleh kerana ia hanya merupakan Jabatan dalam Universiti, dasar Wikipedia adalah ia digabungkan dengan rencana induk, kecuali ia ada memiliki notabiliti sendiri, seperti pencapaian antarabangsa yang dilaporkan beberapa akhbar utama. Lihat dasar https://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Notability_(organizations_and_companies)#Local_units_of_larger_organizations Yosri (bincang) 14:47, 29 Disember 2015 (UTC)[balas]
Habis mahu dihapuskan juga jabatan lain seperti jabatan kejuruteraan USM?
Ada banyak lagi macam perpustakaan Tun Sri Lanang. Saya akan mengembangkan lagi artikel ini kerana banyak artikel lain yang merujuk secara khusus kepada ATMA. Lagi pun ia satu-satunya institut pengajian Melayu yang ada di Malaysia. Kamalzack (bincang) 14:51, 29 Disember 2015 (UTC)[balas]
Pengajian Melayu juga ada di UM http://www.umlib.um.edu.my/scontents.asp?tid=16&cid=46&p=1&vs=bm#sthash.t5xS5x3A.dpbs Nanti semua jabatan di universiti akan mahu laman mereke sendiri jika dibiarkan. Saya tidak suruh hapus, tetapi cadang digabungkan dengan rencana induk. Yosri (bincang) 15:13, 29 Disember 2015 (UTC)[balas]
Ini pautan perpustakaan pengajian melayum bukan institusi khusus. Lagi pun Wikipedia English pun tak ketat sangat, contohnya kolej-kolej di bawah Oxford University mempunyai entri sendiri https://en.wikipedia.org/wiki/Colleges_of_the_University_of_Oxford (lihat bawah senarai ada banyak kolej Oxford University yang mempunyai entri sendiri. Macam mana dengan Pusat Asasi Sains UM yang ada entri sendiri di Wikipedia Melayu https://ms.wikipedia.org/wiki/Pusat_Asasi_Sains_(Universiti_Malaya)? Perlu hapuskan juga? Kamalzack (bincang) 15:17, 29 Disember 2015 (UTC)[balas]
Cuba juga lihat kategori di bawah Universiti Malaysia, https://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Universiti_Malaya berapa banyak jabatan yang tersenarai? Kamalzack (bincang) 15:18, 29 Disember 2015 (UTC)[balas]
Kalau semua jabatan universiti nak buat, buatlah. Saya tak rasa mereka rajin atau ada dorongan untuk membuat. Maksud saya kalau tidak ada isi atau seperti Yosri kata, notabiliti sendiri, tidak mungkin. Tapi ATMA sendiri sudah melahirkan beberapa orang tokoh yang selalu juga masuk berita. Taip institut alam dan tamadun melayu untuk lihat sendiri. Lagi pun ini Wikipedia Bahasa Melayu, seharusnya mempromosikan institusi kajian tentang tamadun Melayu Kamalzack (bincang) 15:37, 29 Disember 2015 (UTC)[balas]
Dasar wikipedia itu adalah untuk mengelakkan timbunan sampah di laman ini. Laman jabatan biasanya tiada sumber rujukan ketiga dan akhirnya perlu dihapuskan kerana, tiada rujukan / tidak notability / digabung dengan rencana induk. Jika anda rasa ia notable, sila patuhi syarat notabiliti Wikipedia. Yosri (bincang) 15:40, 29 Disember 2015 (UTC)[balas]
Contohnya Pusat Asasi Sains (Universiti Malaya) memiliki rujukan sumber buku dan akhbar utama. Yosri (bincang) 15:42, 29 Disember 2015 (UTC)[balas]
Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya ada sumber? Akan saya kembangkanlah ATMA. Lagi pun saya sudah letak pautan luar ke laman web rasmi ATMA. Kamalzack (bincang) 15:55, 29 Disember 2015 (UTC)[balas]