Perbincangan:Ketupat

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Terdapat beberapa kesilapan didalam rencana ketupat di atas.Untuk membuat ketupat,beras biasa atau beras pulut direndam dan dimasukkan kedalam sarung ketupat.Padi sekali-kali tidak boleh digunakan!Sarung ketupat pula biasanya dibuat dari daun kelapa muda yang telah dianyam. Ayat yang mengatakan daun kelapa tidak digunakan lagi sejak tahun 1990 juga tidak benar.Walaupun terdapat ketupat plastik dipasaran ketupat yang menggunakan daun kelapa muda masih terus dibuat!.Ketupat yang dibungkus dengan plastik dinamakan ketupat segera.Ia tidak semestinya dimasak menggunakan periuk elektrik malah boleh direbus didalam periuk biasa. Ayat yang menyatakan pelanggan merungut kerana tidak wangi patut dibuang kerana pendapat individu tidak sepatutnya disertakan. Jenis-jenis ketupat juga mengelirukan.Ketupat satay ,ketupat pasar dan ketupat bawang berbeza hanya pada cara daun kelapa dianyam sahaja.

Jenis-jenis ketupat sepatutnya adalah seperti berikut 1)ketupat beras 2)ketupat pulut

Jenis-jenis anyaman sarung ketupat Anyaman sarung ketupat yang berbeza memberikan bentuk-bentuk berbeza.Nama diberikan mengikut bentuk anyaman tersebut. Antara jenis-jenis sarung ketupat adalah sarung ketupat pasar,ketupat satay,ketupat bawang,ketupat jantung,ketupat lembu,ketupat bantal,ketupat penyu,ketupat manggis malah adajuga ketupat tas dan ketupat yang menyerupai dinasour.

Salam sejahtera. Dengan ini ingin dimaklumkan kepada para penyunting rencana ini bahawa gambar Fail:Kulit ketupat.JPG daripada rencana ini telah dipilih sebagai gambar pilihan bagi minggu ke-35 tahun 2012. Sekian. :) - 26 Ramadan (Bincang) 10:33, 27 Ogos 2012 (UTC) Wikipedia:GP/Minggu 35 2012[balas]