Perbincangan:Pengangkutan di Kedah

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Saya rasa lebih baik gabungkan dengan rencana parent. Tunggu saya gabungkan ya. عبد الله Pesanan? 22:19, 31 Mac 2011 (UTC)[balas]

Satu lagi masalah rencana ini adalah ia merupakan penyelidikan sendiri semata-mana. Mana sumber-sumber rujukannya? — Alistaire | عليستير (bincang) 00:38, 1 April 2011 (UTC)[balas]
Tidak setuju kerana ia bukan penyelidikan sendiri, cuma kekurangan rujukan yang mudah dicari. Yosri (bincang) 03:35, 1 April 2011 (UTC)[balas]
Saya ikut cadangan Hamba Allah, gabungkan dengan rencana Kedah. Saya letakkan tag gabung pada rencana, dan buang tag hapus. --Kurnia [ bual ] 05:56, 1 April 2011 (UTC)[balas]

Saya berpendapat bahawa pencipta rencana ini atau sesiapa yang hendak mengalihkannya bertanggungjawab untuk meletakkan rujukan dan memastikan ia ditulis menurut gaya ensiklopedia. Ayat seperti "Negeri Kedah mempunyai sistem pengangkutan yang baik" ("http://www.hoteltravel.com/malaysia/kedah/guides/transport.htm ") subjektif dan bukan merupakan fakta, sebaliknya hanya pendapat. Format heading harus mengikut piawaian yang ditebtukan, bukannya diboldkan begitu saja. Saya tiada komen berkenaan cadangan penggabungan. — Alistaire | عليستير (bincang) 13:07, 1 April 2011 (UTC)[balas]

Wikipedia bukanlah ditulis oleh penulis profesional, dan ia boleh disunting oleh sesiapa sahaja. Oleh itu bukan tugas penulis semata-mata, tetapi juga pada pembaca/penyunting lain untuk menyempurnakannya. Ini adalah laman masyarakat (sosial web) bukannya personal web. Oleh itu perlu tolak ansur sekiranya ia sekadar kesilapan teknikal dan bukannya kesalahan fakta. Yosri (bincang) 13:34, 1 April 2011 (UTC)[balas]
Saya hanya sekadar memberi pendapat sahaja dan pendapat saya dari mula memang menjurus kepada penghapusan, bukannya pengekalan dan penambahbaikan dan oleh itu bercakap menurut pendapat saya sahaja. Sekiranya ada pengguna lain yang membangkang dan ingin menambahbaikan rencana ini, memang dialu-alukan, tetapi itu bukannya pendirian saya. Lagipun memang saya sentiasa menyokong sifat kerjasama sosial dalam Wikipedia - itulah sebabnya saya membangunkan rencana gotong-royong pada tahun 2006 (kini nampaknya ia diberhentikan begitu sahaja). Namun ini bukannya bermakna saya harus sokong rencana yang pada fikiran saya tidak mencapai piawaian. Piawaian tetap piawaian, tidak kira sesiapapun yang menyunting. Sekadar memberi pendapat. — Alistaire | عليستير (bincang) 14:08, 1 April 2011 (UTC)[balas]
Saya bukanlah bertujuan menegur anda secara peribadi, tetapi ini hanya teguran umum bagi kesemua penyunting, agar dapat membantu mana-mana laman yang lemah. Kadang-kala penyunting lama terlupa bahawa ada dikalangan kita merupakan penyumbang yang baru mencuba. Sekiranya dikecam terlalu teruk, mereka mungkin tawar hati untuk terus menyumbang. Berkenaan pendapat anda, saya tidak menolaknya begitu sahaja, tetapi cuba memberikan rujukan yang membuktikan terdapat fakta yang menyokong rencana tersebut. Saya bagaimanapun setuju ia digabung jika perlu. Oleh itu marilah kita terus berusaha meningkatkan kualiti Wikipedia ini. Yosri (bincang) 14:25, 1 April 2011 (UTC)[balas]