Perbincangan Wikipedia:Calon rencana pilihan/Arkib 2

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Buat masa ini, rencana pilihan ditukar 3 kali sebulan. Kekerapan ini bergantung kepada kekerapan pencalonan.

Rencana pilihan

Dialihkan ke rencana ini sendiri. Sebenarnya, apabila saya menyunting rencana ini saya dapati ada pesan tersembunyi dibawah ruang "Pencalonan" yang menyuruh meletakkan rencana-rencana yang dicalon di situ. Ia jelas kepada saya yang sebenarnya laman Calon rencana pilihan ini ialah untuk kesemua rencana yang dicalon, dan komen-komen kena diletak dan ditandatangani pada rencana sendiri sama dengan laman permohonan mahu jadi penyelia. Alistair 阿力斯特伊儿 16:41, 15 Jun 2006 (UTC)[balas]

Jawapan saya terhadap tuduhan Alistaire di halaman utama dipindah ke sini

Nampaknya terdapat kekeliruan tentang tujuan yang sebenarnya terhadap perutusan saya yang terdahulu. Saya tidak minta bahawa rencana Julius Caesar dijadikan rencana pilihan sekarang. Saya cuma nak tahu mengapa rencana kerjasama Julius Caesar tidak dijadikan rencana pilihan sebelum Donoghue lwn Stevenson diputuskan. Tak kan anda tak ada hak menolak, walaupun orang yang lainlah yang mencalonkannya? (bukti:...saya telah mengambil kira....)

Sebenarnya, saya masih tidak faham tentang tujuan Rencana Pilihan. Tujuannya bertukar-bertukar mengikut suka hati seperti berikut:

  1. ... Satu berkenaan rencana yang akan dikerjakan orang ramai menjadi yang terbaik, manakala satu lagi berkenaan rencana terbaik yang akan dipamirkan di Laman Utama...
  2. ...saya telah mengambil kira faktor lain, seperti kepelbagaian Rencana pilihan yang pernah terpilih...
  3. ...rencana ini merupakan suatu rencana undang-undang yang layak menjadi rencana pilihan, hanya disebabkan kemasyhurannya... (Nota: Bilakah kemasyhuran merupakan satu kriteria?)
  4. dan sebagainya.

Anda berkata:

"... Satu berkenaan rencana yang akan dikerjakan orang ramai menjadi yang terbaik, manakala satu lagi berkenaan rencana terbaik yang akan dipamirkan di Laman Utama..."

Yang dikerjakan orang ramai menjadi yang terbaik kalah kepada yang dikerjakan oleh satu orang? Adakah ego terlalu besar sikit? Jika orang yang boleh mencipta rencana yang terbaik dengan diri sendiri itu juga menyumbang kepada rencana yang akan dikerjakan orang ramai, apakah mutunya rencana kerjasama itu pada akhirnya? Masalahnya, adakah orang itu menyumbang kepada rencana kerjasama, atau tidak, ataupun cuma bertujuan untuk menewaskan rencana kerjasama itu?

Mengapakah matlamat untuk memupuk semangat bekerjasama dalam portal ini tidak diutamakan dan dimasukkan sebagai kriteria utama dalam pemilihan rencana pilihan? Itulah soalan saya yang sebenarnya.... bukannya rencana Julius Caesar yang hanya merupakan sebuah rencana. Pendek kata, saya tidak bertujuan bahawa Julius Caesar dijadikan Rencana Pilihan sekarang, khususnya selepas pergaduhan ini. Kalau siapa nak menjadikannya, itu mereka punya pasal. Sebenarnya, saya tidak menyumbang banyak kepada Julius Caesar dan oleh itu, tidak mempunyai sebarang kepentingan diri (self-interest). Yang paling banyak disumbang hanya rencana-rencana pautan merah yang tidak akan dipamerkan. Orang yang paling giat dalam penyumbangan rencana itu ialah Naisi, bukannya orang yang menganggap diri sebanyak penulis yang terbaik di Wikipedia bahasa Melayu.

(P/S: Alistaire, anda telah membuat banyak tuduhan terhadap saya. Jika anda nak jawapan, saya boleh memberikannya satu demi satu dalam halaman perbualan anda. Saya juga ada banyak tuduhan terhadap anda juga. Umpamanya, soalan enam juta dolar, rencana Hari ulang tahun pilihan, dan lain-lain lagi. Saya akan membuktikan bahawa anda lebih mementingkan diri berbanding saya, dan akan menggunakan perbuatan-perbuatan anda yang merupakan bukti yang sebenar (dan yang digunakan oleh mahkamah), bukan "bukti-bukti" yang sia-sia.) — PM Poon 10:00, 1 Oktober 2006 (UTC)[balas]

Sejak bila mencalonkan rencana perusahaan sendiri menjadi satu jenayah

Mengenai jenayah

Mengenai "sejak bila mencalonkan rencana perusahaan sendiri menjadi satu jenayah...", sebenarnya saya bersetuju dengan anda bahawa pencalonan rencana perusahaaan sendiri bukannya satu jenayah. Saya bukan peguam tetapi sejauh yang saya tahu, jenayah hanya merujuk kepada kesalahan terhadap negara, iaitu wrongs against the state, bukannya terhadap individu, syarikat, pertubuhan, atau portal, termasuk Wikipedia bahasa Melayu. Disebabkan Wikipedia bahasa Melayu ini bukannya negara, namun semua kesalahan terhadap portal ini bukannya jenayah, termasuk salah laku pemusnah laku.

Kenyataan anda itu mendasarkan andaian bahawa jika sesuatu perbuatan bukannya jenayah, namun perbuatan itu boleh dilakukan. Untuk makluman anda, hampir semua kesalahan yang dilakukan dalam dunia perniagaan bukannya jenayah, tetapi mahkamah penuh dengan kes-kes sivil. Bolehkah seseorang yang dituduh kerana tidak menunaikan perjanjian kontrak berkata kepada hakim, "Sejak bila tidak menunaikan perjanjian kontrak menjadi satu jenayah?"

Pertanyaan anda itu juga mempunyai implikasi yang meluas dan mendalam terhadap perangai anda, walaupun tidak anda sedar. Jika seseorang hanya mendasarkan perbuatannya pada persoalan adakah perbuatan itu merupakan jenayah, namun tidaklah wujud lagi konsep kesusilaan dan moral di dalam dunia ini. Ajaran mana-mana satu agama juga boleh diketepikan. Tak puasa pada bulan Ramadhan bukannya satu jenayah. Namun mengikut jalan fikiran anda, orang-orang Islam bolehlah makan pada bila-bila masa sahaja, kan? Inilah susulan daripada jalan fikiran anda.

Tidak perlulah saya membuat sebarang penilaian tentang soalan anda, selain daripada mengatakan bahawa anda ini bukan orang yang mendasarkan perbuatan atas kesusilaan dan agama, tetapi pada undang-undang sahaja. Saya pernah berhubung dengan peniaga-peniaga yang memegang fikiran seumpama anda ini, dan tidak perlu saya menegaskan bahawa segala perhubungan dengan mereka itu adalah berbahaya dan memerlukan perhatian sepenuhnya. Kesilapan kecil sahaja, kena tipu!

Mengenai rencana Donoghue lwn Stevenson

Sebenarnya, semua pergaduhan ini berasal daripada perutusan saya terhadap pencalonan Donoghue lwn Stevenson, ketika saya gagal mengatakan "Sokong" seperti yang dibuat oleh Master2841 dan Yosri. Mereka tidak menghadapi sebarang masalah dengan si pencalon. Walaupun saya mengatakan "Tidak membantah", itu kelihatan tidaklah mencukupi untuk "si Maharaja Wikipedia bahasa Melayu" yang menuntut taat setia yang sepenuhnya.

Sesiapa yang tidak memberikan sokongan seratus peratus akan mencapai neraka daripadaNya (will get hell from Him). Adakah ini merupakan jenama hak asasi manusia yang telah ditegaskan dan dipromosikanNya? — iaitu, anda hanya berhak untuk mengutarakan pendapat anda JIKA DAN HANYA JIKA (iaitu, if and only if) pendapat anda selaras dengan pendapatNya. Perutusan Che Det telah dipadam pada 19:13, 6 September 2006 dan dikembalikan seminit kemudian. Mengapa? Kelihatannya, Che Det telah melakukan "jenayah", dan pemadaman perutusannya itu kelihatan merupakan satu ugutan atau amaran tersirat. (Kalau bukan, mengapa nak susah-susah memadamkannya dan kemudian mengembalikannya untuk hanya 60 saat atau kurang?). Nampaknya juga, semua sudut pandangan adalah tidak berkecuali kecuali sudut pandangan yang sepadan dengan sudut pandanganNya. Ini berdasarkan tanggapan bahawa Dialah orang satu-satunya yang mempunyai sudut pandangan berkecuali.

Kesimpulan

Jika pengguna lain mencalonkan rencana perusahaan sendiri, saya boleh sokong. Seperti yang selalu saya katakan, manusia memang mementingkan diri sendiri. Tetapi bukan orang yang selalu menganggap diri sebagai malaikat, yang tidak pernah mementingkan diri sendiri sepertiNya. Oleh itu, pencalonan rencana perusahaan sendiri telah menjadi satu kesalahan besar dari segi kesusilaan, bukannya jenayah. Dengan menggunakan frasaNya, "bikin tak serupa cakap". — PM Poon 09:33, 2 Oktober 2006 (UTC)[balas]

Calon Rencana Bulanan

Saya ingin menanyakan pendapat rakan-rakan sekelian supaya kita memberikan cadangan-cadangan bagi setiap bulan dan kita letakkan satu tempoh masa bagi setiap bulan..akhirnya pada 30 atau 31 haribulan..maka akhirnya kita akan letakkan artikel terbaik untuk dilampirkan..Setuju atau tidak?? che 10:05, 11 Disember 2007 (UTC)[balas]

Setuju. Saya mulanya tak berapa faham tapi faham lepas baca berkali-kali. Baru bangun tido.DaniAsh| Nak Kritik, Klik Sini 23:23, 23 Disember 2007 (UTC)[balas]

Ok. Kita tetapkan supaya pemilihan berakhir pada tengah hari 30 hb (UTC), supaya ada masa nak sediakan ringkasan. ...Aurora... 13:42, 24 Disember 2007 (UTC)[balas]
Aurora..saya fikir laman calon ini disusun semula..diubah mengikut bulan..sebagai contoh laman bulan Januari..2007..2008..Februari...2007..2008.. bukan apa ...saya fikir ramai pengguna ingin menawarkan macam-macam artikel dan boleh itu namapak banyak perbincangan..ini satu perbincangan yang sihat...apa fikiran anda?Che 10:00, 27 Disember 2007 (UTC)[balas]
Saya rasa ikut tahun mcm sekarang dah ok kot, ikut bulan nanti lagi pening. ...Aurora... 15:15, 27 Disember 2007 (UTC)[balas]

Arkibkan

Kenapa tak arkibkan pencalonan secara bulanan? Habis satu bulan tu arkibkan saja. Tak elok mata memandang panjang-panjang... izzudin 11:44, 25 Mac 2008 (UTC)[balas]

Setuju. setuju je..buat terus.Che 13:28, 25 Mac 2008 (UTC)[balas]
Dah buat. Lepas ni kalau anda nak bantu silalah :) ...Aurora... 14:37, 25 Mac 2008 (UTC)[balas]

Bakal calon rencana pilihan!?

Pencalonan rencana pada sub-tajuk ini biasanya tidak terus ditentukan sebagai pencalonan rencana pilihan sedia ada. Akan tetapi, ia akan dibincangkan mengenai idea pencalonan rencana tersebut sebagai rencana pilihan nanti dengan menghasilkan rangka bagi projek rencana pilihan itu kerana ia dilihat berkepentingan tinggi. Justeru itu, sila ambil perhatian. Jika anda ingin mencalonkan rencana yang sudah terbukti mampu menjadi calon rencana pilihan. Sila calonkan rencana anda mengikut pencalonan bulanan. Walau bagaimanapun, jika rencana itu tidak dikenalpasti berkepentingan untuk dijadikan rencana pilihan, harap anda tidak meletakkannya pada sub-tajuk pencalonan ini. Ini kerana, sub-tajuk ini hanya diperuntukkan untuk rencana-rencana yang layak melalui proses pembikinan rencana pilihan penting sahaja.

Saya kurang faham mengapa mesti diadakan sudut macam ini. Peranannya pun tidak jelas (saya pening kepala membaca penerangan di atas - apa yang hendak disampaikan sebenarnya)? Sekiranya ingin diadakan satu tempat untuk menilai dahulu rencana-rencana sebelum dicalonkan, bukankah itu peranan Wikipedia:Ulasan sebaya? — Alistaire | عليستير (bincang) 11:18, 20 Mac 2011 (UTC)[balas]

Kalau tak silap saya, ruangan itu untuk: "Saya nak rencana ini jadi rencana pilihan, tolonglah". Sebenarnya saya pun rasa ia tak perlu, dan saya tak kisah jika hendak dibuang. ...Aurora... (b) 01:42, 21 Mac 2011 (UTC)[balas]

Sekiranya mahukan suatu rencana menjadi rencana pilihan, maka elok dicalonkan sahaja. Seandainya rencana yang hendak dicalon difikirkan masih kurang sesuai, maka dapatkan ulasan sebaya terlebih dahulu. Saya juga kesal Wikipedia:Ulasan sebaya tidak digunakan langsung sehinggakan ada yang mencadangkan penghapusannya. Oleh yang demikian, saya sarankan bahawa kesemua isi Bakal calon rencana pilihan dipindahkan ke Ulasan sebaya dan peranan Ulasan sebaya diberikan perhatian yang sewajarnya. — Alistaire | عليستير (bincang) 04:00, 21 Mac 2011 (UTC)[balas]

Telah dilaksana Alistaire | عليستير (bincang) 08:49, 21 Mac 2011 (UTC)[balas]
Ok, cuma lain kali tunggulah lama sedikit sebelum laksanakan, kalau2 ada orang lain nak beri pandangan. ...Aurora... (b) 01:55, 22 Mac 2011 (UTC)[balas]

Baiklah. Tetapi perkara ini belum tamat kerana saya dapati gambar pilihan juga mempunyai masalah yang sama. Saya akan ungkitkan perkara ini di Kedai Kopi nanti. — Alistaire | عليستير (bincang) 03:49, 22 Mac 2011 (UTC)[balas]