Perbincangan pengguna:AKMA138408
Assalamualaikum, Salam sejahtera & Salam Wikipedia, AKMA138408, Selamat datang ke Wikipedia bahasa Melayu! | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Lihat juga tutorial Wikipedia dan Meja bantuan. Untuk menandatangani pesanan anda pada laman perbualan, seperti laman ini, letakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang) atau klik butang pada laman penyuntingan.
|
--Aplikasi-Bot (bincang) 08:52, 26 November 2011 (UTC)
== Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia ( FTSM UKM ) ==
LATAR BELAKANG
-
Sari kata 1
-
Sari kata 2
Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengambil inisiatif awal dengan menawarkan beberapa kursus berasaskan sains komputer sejak awal penubuhannya lagi. Sesuai dengan perkembangan semasa, Unit Sains Komputer telah dinaik taraf menjadi Jabatan Sains Komputer, Pusat Pengajian Kuantitatif pada tahun 1982. Jabatan ini telah berkembang seiring dengan perkembangan pengguna komputer di dalam negara. Pertubuhan program akademik peringkat Sarjanamuda, Sarjana dan Doktor Falsafah telah dibuat secara berperingkat. Begitu juga dengan pertubuhan kakitangan akademik. Secara berperingkat kakitangan akademik telah ditingkatkan kemahiran mereka untuk tujuan pengajaran dan penyelidikan dengan melakukan pengajian peringkat Doktor Falsafah di dalam dan di luar negara.
Apabila negara mula merangka dan memberi fokus kepada Teknologi Maklumat sebagai salah satu bidang industri pada awal tahun 90an, sekali lagi Jabatan Sains Komputer telah dinaik taraf. Pada 1 Oktober 1994, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) telah ditubuhkan dengan tenaga akademik di sekitar 40 orang. Penubuhan ini bertepatan pula dengan pengisytiharan penubuhan gagasan Koridor Raya Multimedia (MSC) oleh kerajaan Malaysia. Kini FTSM menjadi lebih besar dan kukuh yang disokong oleh hampir 100 pensyarah dengan 9 daripadanya bertaraf Profesor, 12 orang Professor Madya, 22 orang Pensyarah kanan, 48 orang Pensyarah dan 8 orang Tutor. Bilangan yang besar telah berjaya meletakkan fakulti terkehadapan dalam bidang-bidang pendidikan formal, penyelidikan dan perundingan.
Pada hari ini FTSM merasa amat berbangga kerana telah berjaya memiliki kompleksnya sendiri. Kompleks FTSM ini telah mula digunakan pada 15 Mei 2001. Walaupun kompleks ini masih tidak dapat menampung keperluan sebenar FTSM, usaha untuk meningkatkan kemudahan dan ruang sedang giat dijalankan. Kini FTSM telah menambah 2 blok baru iaitu blok G dan H yang telah digunakan sejak februari 2010.
Misi Fakulti
Misi utama FTSM adalah untuk menghasilkan tenaga mahir yang terpelajar bagi mengisi keperluan negara dalam bidang teknologi maklumat. Jawatankuasa Kerja Mengenai Masalah Kekurangan Tenaga Mahir dalam Industri Teknologi Maklumat telah mengenalpasti beberapa bidang pekerjaan yang dianggap kritikal, antaranya ialah:
• Juruaturcara Sistem • Pakar Perisian • Pakar Komunikasi Data dan Rangkaian Komputer • Keselamatan Sistem • Penyenggaraan Sistem • Pengurusan Projek Teknologi Maklumat • Sistem Pengurusan Pangkalan Data • Juru Integrasi Sistem
FTSM menawarkan bidang-bidang pengkhususan yang diharap akan dapat memenuhi keperluan tenaga kerja dalam bidang-bidang tersebut. Selain daripada itu, FTSM juga berusaha kearah mengembangkan pengetahuan dan penyelidikan dalam bidang teknologi maklumat. Adalah diharapkan sebilangan graduan dalam bidang ini akan meneruskan pengajian mereka pada peringkat tinggi bagi memastikan penyelidikan teknologi maklumat terus berkembang.
Wawasan Fakulti
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat bertekad menjadi pusat pembelajaran, pengajaran, perundingan dan rujukan dalam bidang teknologi dan sains maklumat yang cemerlang berlandaskan falsafah dan misi UKM.
Matlamat Fakulti
Dengan perkembangan ilmu pada hari ini, teknologi maklumat telah menjadi suatu bidang yang luas. Justeru itu, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat mengendalikan pelbagai jenis kursus dan program pengajian dengan matlamat-matlamat berikut:
• Melahirkan siswazah dalam bidang teknologi dan sains maklumat yang berwibawa. • Menjadikan pusat penyelidikan dan pembangunan dalam bidang teknologi dan sains maklumat. • Memberi perkhidmatan perundingan dan rujukan dalam bidang teknologi dan sains maklumat. • Menyebar pengetahuan teknologi dan sains maklumat kepada masyarakat umum. • Menggalakkan interaksi dan jalinan ilmu di antara ahli teknologi dan sains maklumat
Untuk Carta Organisasi Pentadbiran Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat. Sila klik http://www.ftsm.ukm.my/carta.php
PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (http://www.ftsm.ukm.my/pptm/)
Pengenalan Pusat ini berusaha menjana dan menyebar ilmu serta kemahiran dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan teori dan amalan dalam disiplin Teknologi Maklumat. Ia merangkumi khususnya bidang-bidang yang berkaitandengan teori dan amalan dalam disiplin multimedia dan sains maklumat. Ia merangkumi program pengajian yang melibatkan teori dalam Sains Maklumat dan pembangunan aplikasi Multimedia. Pusat ini juga merangkumi program pengajian Komputeran Industri yang melibatkan teori dalam pembangunan sistem dan robotik & automasi yang diperlukan dalam pelbagai industri di negara ini. Skop "industri" merangkumi perkhidmatan, industri telekomunikasi, industri bioteknologi, industri pembuatam, industri asas tani dan banyak lagi.
Objektif
-Melahirkan graduan yang mempunyai tahap kemahiran komputeran industri, multimedia dan sains maklumat yang tinggi dan mampu bersaing dalam industri berteknologi tinggi.
-Memupuk kecemerlangan dan kesarjanaan ahli akedemik melalui pengajaran, penyelidikan,pernerbitan dan perundingan dalam bidang Teknologi Maklumat.
-Mewujudkan suasana ilmiah dan pendidikan yang memberangsangkan bagi perkembangan ilmu.
-Membina jaringan dan kerjasama dengan industri dan institusi dalam dan luar negara.
Pengerusi Pusat
Prof. Madya Dr. Haslina Arshad No. Tel : 03 - 8921 6180 e-mel: ppptm@ftsm.ukm.my
Program-Program Bawah Pusat
Program Komputeran Industri Ketua Program: Dr. Elankovan A. Sundararajan No. Tel :03 - 8921 6185 e-mel: kppi@ftsm.ukm.my
Program Sains Maklumat Ketua Program: Dr. Masnizah Mohd No. Tel :03 - 8921 6181 e-mel: kpsps@ftsm.ukm.my
Program Multimedia Ketua Program: Prof. Madya Dr. Nor Azan Hj Mat Zin No. Tel :03 - 8921 6812 e-mel: kpmm@ftsm.ukm.my
Profesor | Profesor Madya | Pensyarah Kanan | Pensyarah | Tutor |
---|---|---|---|---|
Prof. Dr. Abdullah Mohd Zin | Prof. Madya Dr. Azizah Jaafar | Dr. Amirah Ismail | Akmal Bin Aris | |
Prof. Dr. Juhana Salim | Prof. Madya Dr. Azlina Ahmad | Dr. Ang Mei Choo | Dr. Bahari Idrus | Onn Azraai Puade |
Prof. Dr. Shahrul Azman Mohd Noah | Prof. Madya Dr. Haslina Arshad | Dr. Elankovan A. Sundararajan | Dr. Hairulliza Mohd. Judi | Mohamed Farhan Abd Rahman |
Prof. Dr. Tengku Mohd Tengku Sembok | Prof. Madya Dr. Mohammad Khatim Hasan | Dr. Nazlena Mohamad Ali | Dr. Masnizah Mohd. | Norazwin Buang |
Prof. Dr. Zawiyah Mohd Yusof | Prof. Madya Dr. Muriati Mukhtar | Dr. Shahnorbanun Sahran | Dr. Nur Fazidah Elias | |
Prof. Dato' Dr. Halimah Badioze Zaman | Prof. Madya Dr. Nor Azan Haji Mat Zin | Dr. Syaimak Abdul Shukor | Dr. Shereena Mohd Arif | |
Prof. Madya Dr. Noraidah Sahari @ Ashaari | Dr. Yuzita Yaacob | Dr. Nazatul Aini Abd Majid | ||
Prof. Madya Dr. Ir.Riza Sulaiman | Dr. Lailatul Qadri Zakaria | |||
Prof. Madya Dr. Anton Satria Prabuwono | Aidanismah Yahya | |||
Prof. Madya Dr. Zalinda Othman | Lau Meng Cheng | |||
Junaidah Mohamed Kassim | ||||
Tengku Siti Mariam Tengku Wook | ||||
Amelia Natasya Abdul Wahab | ||||
Hazilah Mohd Amin | ||||
Hazura Mohamed | ||||
Noormala Mohd. Yusoff | ||||
Ruzzakiah Jenal | ||||
Saidah Saad | ||||
Siti Aishah Hanawi | ||||
Siti Fadzilah Mat Noor | ||||
Zuraidah Abdullah | ||||
Azrulhizam Shapii |