Perbincangan pengguna:Anumengelamun/Panduan Bahasa Melayu Sejagat Wikipedia

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
  • istilah bahasa Arab, Sanskrit dan Portugis digalakkan jika ada. Contoh:

reality ≠ "realit[i/as]", = "hakikat" (umum), "alam nyata" (fizik) dsb.; "activity" ≠ "aktivit[i/as]", = "kegiatan" dsb. Jawapan: Saya sangat bersetuju dengan penyataan ini. Mutakhir ini, banyak perkataan dan istilah bahasa Melayu diceduk secara langsung daripada perkataan bahasa Inggeris dan berbaur seperti bahasa kebangsaan Indonesia. Lagaknya seperti badan yang bertanggungjawab menjaga mutu bahasa Melayu ini tidak mengambil berat akan kepincangan dan pencemaran bahasa ini sehingga di media arus perdana pun semacam menggalakkan kerosakan ini.

  • pinjaman bahasa Inggeris akan cenderung digunakan untuk capaian pembaca dunia yang lebih banyak - penutur Inggeris dunia jauh melebihi penutur Belanda dan Latin

Soalan: Apakah maksud tuan dengan penyataan ini? Sebagai langkah usaha saya sendiri yang dilakukan secara semborono (suka-suka) di luar alam maya ini, saya cuba untuk mencipta istilah sendiri berdasarkan bahasa selain bahasa Inggeris kerana ingin mengurangkan kebergantungan cedukan istilah bahasa Inggeris yang sangat sama dalam bahasa Melayu Indonesia dan amat mengelirukan mesin carian yang lebih tertumpu kepada bahasa kebangsaan Indonesia apabila digunakan oleh sekalian warga Internet.

falsafah Wikipedia[sunting sumber]

Saya harap anda perlu faham falsafah Wikipedia, ia adalah bagi memberi bahan dalam bahasa tempatan, bukan bahasa rojak. Wikipedia diharap dapat membantu bahasa yang hampir pupus untuk terus berdaya saing. Saya faham kebanyakan penyelia mahir berbahasa Inggeris and keliru bahawa bahasa Inggeris itu bukan bahasa asing. Sebagai penjelasan, anggaplah semua istilah inggeris itu memggunakan bahasa Belanda/Korea. Sebagaimana anda tidak memahami bahasa tersebut, begitulah mereka yang tidak bertutur inggeris menerimanya. Begitulah penerimaan istilah tersebut bagi penutur Melayu yang tidak berbahasa inggeris. Sebab itu jika dilihat wiki Thailand, Portugis, Perancis dll. menterjemah judul wayang dalam bahasa tempatan. (Sila klik contoh). Samajuga, matlamat akhir saya sebenarnya adalah menterjemah kesemuanya kepada bahasa Melayu, atau 99.99% pada bahasa Melayu. Istilah asing hanya dalam bentuk nota kurungan (). Malangnya saya kekurangan masa dan tenaga untuk menterjemah judul filem ketika itu, tetapi tidak sepatutnya ia dikekalkan. Wikipedia bahasa Melayu adalah bagi penutur bahasa Melayu sepenuhnya. Oleh itu apabila menulis ia perlu ditujukan pada sasaran mereka yang langsung tiada pendedahan bahasa asing (termasuk inggeris). Saya menulis di telefon, oleh itu perlu singkat dan mungkin ada salah ejaan. Saya terlebih dahulu memohon maaf atas kesilapan itu. Yosri (bincang) 16:26, 2 Januari 2019 (UTC)[balas]

Saya baru terbaca topik yang tertera dalam laman perbincangan, dan saya ingin memohon maaf kerana lambat membalas.
Perihal judul wayang (turut bisa dipakai untuk judul buku dan karya kreatif lama seperti opera): hal ini kerana kata nama khas sebegini diberikan tajuk terjemahan yang berbeza mengikut budi bicara penterjemah di negara-negara Nusantara dengan tersendiri. Saya ada bincangkan dengan saudara Algazel bahawa keadaan tajuk terjemahan antara rantau-rantau yang berkongsi bahasa sama boleh berbeza, dan hal tersebut memang biasa dan lazim dalam bahasa luar sekalipun - lihat bagaimana penutur bahasa Sepanyol menerjemah tajuk filem Airplane! (1980) - jadi tentunya kita perlu titik tumpuan dan rujukan yang sama agar ciri sejagat laman ini lebih berfungsi.
--Anumengelamun (bincang) 09:01, 18 Julai 2019 (UTC)[balas]