Pengguna:Anumengelamun/Panduan Bahasa Melayu Sejagat Wikipedia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

RANGKA KERJA PENYEJAGATAN BAHASA MELAYU WIKIPEDIA

Saya sangat berpendirian teguh dalam membantu menjadikan laman ini mudah digunakan dan difahami seluruh negara dalam Nusantara, bertepatan dengan nama laman ini sebagai "Wikipedia Bahasa Melayu", bukannya "Wikipedia Bahasa Malaysia" yang dikaitkan dengan sesebuah negara sahaja. Oleh itu, saya mewujudkan laman ini yang bertujuan mengusul serta merangka suatu Bahasa Melayu yang sejagat dan piawai (universal and standard) digunakan dalam laman Wikipedia yang boleh digunapakai antara para penutur yang bertaburan di rantau Nusantara - ia secara langsungnya juga mengelakkan kebergantungan tinggi kepada penggunaan Wikipedia dalam bahasa Melayu Indonesia (daripada saat ini dirujuk sebagai "Wikipedia Bahasa Indonesia") kerana laras bahasanya (yakni, dalam bahasa Melayu Indonesia / "Bahasa Indonesia") dan kandungan yang dianggap terlalu kenegaraan (Indonesia-centric). Berikut adalah garis panduan yang saya sedang guna pakai - barangkalinya akan berubah dari masa ke semasa:

reality ≠ "realit[i/as]", = "hakikat" (umum),
"alam nyata" (fizik) dsb.; "activity" ≠ "aktivit[i/as]", = "kegiatan" dsb.
  • pinjaman bahasa Inggeris akan cenderung digunakan untuk capaian pembaca dunia yang lebih banyak - penutur Inggeris dunia jauh melebihi penutur Belanda dan Latin
  • pengecualian laras bahasa tajuk untuk konteks tertentu - laman berkaitan Indonesia, dan Belanda + (topik-topik) Jerman
  • istilah bahasa Melayu daerah keempat-empat negara akan diberikan perhatian - lihat rencana "Basikal" sebagai contoh kepada pendekatan ini.
  • istilah "bahasa Melayu" (di Malaysia, Singapura, Brunei serta sebahagian kawasan Indonesia & Thailand) dipakai secara umum kerana dominan di Nusantara; sumber dan rujukan "bahasa Indonesia" dilayan setaraf dengan bahasa-bahasa Melayu loghat lain dan bukan sebagai bahasa yang berasingan.
  • Kata nama khas (tajuk novel, filem) akan dikekalkan dalam bahasa asalnya - hal ini kerana kata nama khas sebegini diberikan tajuk terjemahan yang berbeza mengikut budi bicara penterjemah di negara-negara Nusantara dengan tersendiri. Kata nama khas bahasa asal juga tidak akan diterjemahkan melainkan nama terjemahan rasmi diberikan pihak produksi atau penyiar. Sekiranya ada dua topik yang menggunakan nama yang sama, maka pengelas (classifier) akan dituruti dalam tanda kurungan selepas nama tajuk halaman sasaran.
  • Kata nama khas yang wujud dalam Indonesia dan Singapura dikekalkan tanpa perlunya "diMalaysiakan".