Perbincangan pengguna:Emrrans/Arkib 4

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Masih ingat tak tahun lepas anda minta Didie sekat pengguna ini kerana nama buruk? Bolehkah anda jelaskan kenapa nama ini buruk? Saya langsung tak rasa apa-apa. Terima kasih banyak-banyak! --Edmund The King of The Woods! 08:46, 3 November 2007 (UTC)[balas]

Oh rupa-rupanya. Sebenarnya "tyco" atau "taiko" bermaksud "Abang Sulung" dlm Bahasa Kantonis, jadi perkataan ini asalnya tiada maksud buruk. Cuma samseng itu panggil ketua mereka sbg "Along" atau "Abang sulung" saja. Maafkan saya kalau saya sentuh sensitiviti perkauman ini, amalan ini asalnya di kalangan kongsi gelap Cina Kantonis, dan mungkin selepas itu amalan ini tersebar ke kongsi gelap Melayu pula. Oleh itu anda dengar itulah. Jadi saya rasa lebih baik saya nyahsekat... Salam. --Edmund The King of The Woods! 11:11, 4 November 2007 (UTC)[balas]

Terima kasih atas nasihat anda. SPR tu memang melampau! Saya nampak dia berlagak sebaik saja dia mengusahakan wiki dia sendiri. Kini dah gagal menjadi wiki komuniti. Lihatlah, Aviator dan saya bertengkar dgn SPR atas pentadbirannya yg zalim tu! Padan muka dia, siapa suruh dia begitu tak bertimbang rasa? Malah membuat tuduhan yg palsu terhadap saya pula, tapi bukan saja tanpa bukti, malah ada kesalahan fakta pula! Saya tidak boleh biarkan nama saya terus dicemarkan begitu saja! --Edmund The King of The Woods! 17:26, 5 November 2007 (UTC)[balas]

ABOUT CLASSICAL JAPANESE LANGUAGE[sunting sumber]

I am 榎. Thank you for writing the article. I am most grateful to you for your kindness.-- 03:24, 8 November 2007 (UTC)[balas]

Maaflah ya kalau saya tergopoh-gapah sikit. Anda boleh sertai perbincangan di Perbincangan:Abjad Syriak.

Araka fi ma ba'd. Adakah itu kata Arab bagi "jumpa lagi"? Biasanya orang Arab sebut "ilalliqa'".—Aviator, 09:40, 12 November 2007 (UTC)[balas]

Jemputan untuk mengemukakan pendapat tentang cadangan pembukaan Wikiquote ms[sunting sumber]

Saya tidak pasti samaada anda bersedia untuk mengendalikan wiki yang baru. Nanti anda rasakanlah tanggungjawabnya. Kuatkan semangat, jangan berhenti sekerat jalan ya.... Yosri 10:27, 13 November 2007 (UTC)[balas]

Terima kasih diatas jemputan. Semoga anda berjaya melakukan perlaksanaan dan penarikan pengguna berbahasa Melayu disana nanti. Salam Jaya. Hafrul 11:39, 13 November 2007 (UTC)[balas]

Hahahahaha[sunting sumber]

Saya baru tengok biodata saudara. Macam mana boleh tau ni. Kuasa psikik ker......:p Sheikh tu aper arr. Selalunya Sheikh, Syed dan Habib ni keturunan Nabi Muhammad s.a.w Saya jadi penyelia....hahahahah.......komputer saya ni pun hanya boleh 'edit' rencana orang jer. Rencana sniri banyak nak dibuat tapi tak boleh. Wikiquote ngan incubator tu apa???? Putera Luqman Tunku Andre 14:48, 14 November 2007 (UTC)[balas]

Ana faham. Ana selalu guna ayat ni dalam 'discussion' dalam friendster

          'Maaf dipinta ,Ukhuwah terjalin' (trademark le tuh)

Salam Ukhuwah Fillah Dari Saya. Terima Kasih......... Putera Luqman Tunku Andre 15:02, 14 November 2007 (UTC)[balas]

Panggilan syeikh sebenarnya bukan untuk calang-calang orang. Gelaran syeikh adalah untuk ketua kabilah atau orang-orang kehormat. Polar 15:56, 14 November 2007 (UTC)[balas]

Mungkin saya jahil, mungkin saya bodoh, hina dan tak berilmu pengetahuan luas. Saya pernah bersekolah Arab dan pakcik saya baru pulang dari Jordan. Penggunaan Syeikh dalam keluarga dan perbualan harian seperti dalam panggilan adalah sama seperti saya memanggil panggilan "cik abang, tuan" or informally "mister or sir" tetapi tidak digunakan secara rasmi. Panggilan dan perbualan seperti "ya syeikh, kam issa'ah" adalah informal. Meletakkan Syeikh dihadapan nama sama seperti Sir Imran Al-Sahih akan menjadikannya gelaran rasmi. Polar 16:16, 14 November 2007 (UTC)[balas]

Baiklah. Anda menang dan saya jahil. Sia-sia saja saya belajar sehingga ke luar negara dan belajar ke universiti. Kita tutup perbualan ini. Saya pun tak mahu kena sakit jantung lagi. Salam. :) Polar 16:27, 14 November 2007 (UTC)[balas]

Laman pengguna saya[sunting sumber]

Terima kasih banyak-banyak kerana tambah kotak-kotak pengguna serta InterWiki untuk saya, sebenarnya saya juga dah fikir utk letak InterWiki saya di sini. Salam/Shalom. --Edmund The King of The Woods! 18:34, 14 November 2007 (UTC)[balas]

Terima kasih[sunting sumber]

Alhamdullilah dh ada 2. Terima kasih . Syukran, Merci , Thanks

Sama-sama Luqman. — Imran Al-Sahih 15:05, 16 November 2007 (UTC)[balas]

Anugerah[sunting sumber]

Terima kasih banyak-banyak untuk anugerah itu. Tapi bolehkah anda jelaskan kenapa anda katakan saya "mengambil berat tentang Wikipedia Melayu" ini? Terima kasih. --Edmund The King of The Woods! 15:08, 16 November 2007 (UTC)[balas]

RE: Tip buat rencana baru yang diterjemah dari wiki en[sunting sumber]

Maafkan saya atas kelewatan saya. Terima kasih atas tips anda, tapi bolehkah anda tulis sekali lagi dlm point form, sama ada dlm nomber atau bullet? Beginilah mudah untuk saya baca. Terima kasih ya.

Wah, masih ada satu bulan lagi barulah Hari Krismas, anda dah ucapkan kpd saya! Terima kasih and Merry Chrismas and a Happy New Year to you too! Hari Krismas sudah secularized, lagipun Yesus Kristus a.k.a Nabi Isa, jadi dulu Yasser Arafat juga ada sambut Krismas... --Edmund The King of The Woods! 08:12, 29 November 2007 (UTC)[balas]

Add Imran balik dalam friendster, please, thanks[sunting sumber]

Hai Mr Edmund, ada orang yang tidak bertanggungjawab sudah hack dalam akaun saya dan membuang senarai anda dalam bahagian Imran's friend. Iaitu bermaksud bilangan kawan yang saya ada dalam friendster. Maaflah banyak2 ye kerana tiada senarai nama anda dalam akaun saya. Saya memang tak tau siapa orang yang melakukan perbuatan tersebut. Tetapi orang tu sudah tiada lagi. Saya harap perkara sebegini tidak berlaku lagi, buat selama-lamanya. Terima kasih ye. Salam/Shalom. Lehitraout. — Imran Al-Sahih 12:37, 29 November 2007 (UTC)[balas]

Done! Selain daripada saya, orang itu ada buang orang lain tak? --Edmund The King of The Woods! 20:47, 29 November 2007 (UTC)[balas]

Oh yakah? Saya rasa orang itu mestilah salah satu orang di sini. Orang itu mestilah yang takut anda akan "memperkukuhkan" kedudukan saya di sini, jadi dia sengaja memisahkan kita supaya saya atau anda bersendirian... --King Edmund of The Woods 10:23, 30 November 2007 (UTC)[balas]

Tolong Bagi Tahu?[sunting sumber]

Salam Imran, Boleh saya tahu macam mana hendak letak gambar yang saya telah muat naik untuk masuk ke dalam profil saya. Saya dah muat naik, tapi tahu hendak letak macam mana? Andre Arthur 19:47, 30 November 2007 (UTC)[balas]

Tak faham lah, cuba buat,[1]ikut lah link ni... Andre Arthur 04:27, 1 Disember 2007 (UTC)[balas]
Dah Faham , thanks a lot......tapi nak tny ttg yang saper ntah srh sy translate Parti Kemerdekaan Puerto Rico tu dah siapkah? Andre Arthur 12:13, 1 Disember 2007 (UTC)

Hi there Emrrans![sunting sumber]

Dearest Emrrans,

Thanks!

If there's any other language you could assist me with, that would be awesome.

See you around,

Curious&LovelyGirl 06:21, 1 Disember 2007 (UTC)[balas]

RE: Tentang rencana suntingan saya di Wikipedia Ibrani (Hebrew)[sunting sumber]

Hai Imran, kenapa tiba-tiba datang cari saya tentang ini?
Apa? Bukankah anda tak tau Bahasa Ibrani? Kenapa pula anda pergi menyunting? Dan baru-baru ini saya pergi tanya Pacman, dia cakap rencana itu terlalu pendek - hanya satu ayat saja! [2] Adakah anda hanya tulis satu ayat saja? Kalau begitu, saya tidak percaya ada sebab politik. Wikipedia Bahasa Inggeris juga melarang rencana yang begitu pendek saja. Kalau ada sebab politik pun takkan ada rencana tentang Bahasa Melayu di sana! Tak percaya? Tekan perkataan "ms" pada kotak Bahasa Melayu anda atau saya di sana, anda taulah! Lagipun, Wikipedia haruslah berkecuali, jadi kalau rencana ada cukup maklumat, tiada sesiapa boleh mencari alasan untuk menghapuskannya. Salam/Shalom/Shlama. --King Edmund of The Woods 06:34, 6 Disember 2007 (UTC)[balas]

Kenapa anda tiba-tiba tuduh saya marah anda? Saya tak marah pun, perasaan marah pun tiada, saya bersumpah. Saya hanya tidak percaya anda mampu menyumbang di sana saja, kalau tidak, takkan laman pengguna anda di sana masih "he-o"? Saya dah baca pesanan sendiri sekali lagi, tak nampak apa-apa tanda marah. Saya tidak mahu memutuskan siapa yang benar dan siapa yang tipu. Tunggulah sampai saya belajar Bahasa Ibrani sampai sekurang-kurangnya tahap 2 dan kerap menyumbang di sana dan menjadi penyelia, semua kenyataan akan dapat saya lihat.

OK lah, kalau anda memang dah tulis lebih, sila terjemahkan kpd sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris kpd saya. Terima kasih. --King Edmund of The Woods 15:51, 6 Disember 2007 (UTC)[balas]

Nak Bagi Anugerah[sunting sumber]

erm.....ni dier

Friendster[sunting sumber]

Imran, takkan kali ini anda yang usir saya keluar daripada senarai kawan anda di sana? :'( --King Edmund of The Woods 19:15, 14 Disember 2007 (UTC)[balas]

Selamat Hari Raya Aidil Adha[sunting sumber]

Mohon Maaf Dipinta Dari Saya,Putera Luqman Tunku Andre. Enjoy Raya. Cheers. Putera Luqman Tunku Andre| Nak Kritik, Klik Sini 12:08, 19 Disember 2007 (UTC)[balas]

Bahasa Aramia[sunting sumber]

Saya terperasan Delimapagi978 mencipta Bahasa Arami dari Bahasa Aramia. Nak tanya pendapat anda, memandangkan rencana ini adalah calon rencana pilihan Januari 2008. Yg mana lebih tepat? Secara peribadi, saya setuju dengan Delimapagi978. Kes yg sama dengan Abjad Suryani dan Abjad Syriak. ...Aurora... 14:23, 25 Disember 2007 (UTC)[balas]

Rencana ciptaan anda (Bahasa Aramia) masih ada. Apa yg Delimapagi978 buat cuma menyalinnya ke Bahasa Arami dan mengubahsuainya. Nak saya tolong gabungkan sejarahnya (di Bahasa Arami)? ...Aurora... 13:33, 1 Januari 2008 (UTC)[balas]

Welcome Back![sunting sumber]

Maafkan saya beribu-ribu kali terluka hati anda. Hehe, saya bukannya begitu memahami autistik...

Dan anda maksudkan tandatangan saya dlm abjad Ibrani kan? Itu saya ikut laman web KabalahYoga selepas saya baca rencana Abjad Ibrani dlm Bahasa Inggeris, saya tak pasti sama ada tandatangan saya betul, kerana ada laman web yg lain berikan huruf "aiyen" bagi "e", sedangkan Kabalahyoga berikan "alef". Semasa saya salin nama Ibrani saya, saya terpaksa guna "Character Set" dlm komputer saya utk menulis! Susahnya...

Dan maafkan saya kerana beri pendapat utk tandatangan anda, bukankah sepatutnya "Imran As-Sahih"? Kerana semasa "Al" berada dgn perkataan yg bermula dgn "sin" atau "sod" ("s"), "Al" akan menjadi "As". Dan tandatangan Arab anda, bukankah "As-Sahih" ditulis "الصحيح"?
Maaf, saya cuma beri cadangan/nasihat aje...

Tentang Friendster pula, saya dah lama tambah anda, saya sedang menantikan respon anda. Nama saya di sana "Edmund Woods", cuba periksa. Saya letak gambar saya dgn seorang pelajar perempuan yg saya katakan "perempuan yg paling cantik di kelas Senior 2 (tingkatan 5 Sekolah swasta Cina) saya". Dan saya takkan beri komen yg negatif kpd anda di Friendster.

Selamat pulang ke sini! Gembira lihat anda muncul semula! Dan saya ucapkan semoga maju jaya bagi Wikiquote Bahasa Melayu anda. --אדםוןד ואודס 04:05, 2 Januari 2008 (UTC)[balas]

OK lah, saya dah nampak betapa menyeksa anda bersabar dgn saya, jadi saya akan cuba sedaya upaya supaya tidak menyakitkan hati anda langsung. Saya bukannya org yg suka buat org marah, kerana kalau anda marah, saya sakit hati juga. Saya ingin juga tengok anda disukai ramai semula dan sokong anda menjadi penyelia, kalau ada lebih banyak penyelia lebih bagus.
Oh, terlupa pula berterima kasih kerana memuji saya pandai atas tandatangan tulisan Ibrani saya.
Eh? Dialek Cina saya? Mmm... yg mana anda maksudkan? Anyway, semoga maju jaya mempelajari 30 bahasa! Apa kalau anda berdaftar di Wikipedia yg anda minat dlm bahasa itu?
Anda lupakah? Saya tak suka jadi orang Cina ni... Betapa menyeksanya... :-P Sebenarnya saya pernah bercita-cita mempelajari semua loghat Cina yg digunakan di M'sia, tapi kini mcm dah kurang minat. Sebenarnya saya setuju dgn sesetengah ahli bahasa bahawa Hokkien, Kantonis... bukan loghat tapi bahasa, bunyi terlalu berbeza dgn Mandarin. Tentang kenapa dipanggil loghat, saya rasa itu cuma faktor politik saja.
Dan mungkin anda masih tak puas hati dgn keY-an saya, tapi tak apa, saya sepatutnya bersedia ditolak oleh kebanyakan Y yg sebenar, kerana mereka berpendapat bahawa seseorg Y mestilah beragama Y, seseorg yg keluar agama ini bukan lagi Y. Jika saya biarpun hanya ingin berbangsa Y saja pun gagal, saya lebih rela digelar sbg seseorg yg tiada budaya dan tidak bertamadun, atau seekor binatang! Haha... Tentang kenapa saya sebutkan binatang, itu kerana pengasas MCA, Tun Tan Cheng Lock, pernah berkata kpd para orang Cina bahawa:

Biarpun seseorang Cina tidak mencintai budayanya, Orang Inggeris pun takkan mengakuinya sbg seorang Inggeris, dan Orang Melayu pun takkan mengakuinya sebagai seorang Melayu. Jadi dia hanyalah seperti seekor binatang, kerana hanya binatanglah yg tiada identiti bangsa.

Saya pernah cuba memilih bangsa lain tapi semua tak sesuai. Saya juga pernah menganggap sendiri seorang yg tiada identiti bangsa (dan ini memanglah binatang!) Dan akhirnya, sudah hampir 5 bulan saya menganggap sendiri seorang Y... Dan akhirnya, Salam/Shalom from אדםוןד ואודס 14:12, 3 Januari 2008 (UTC)[balas]

Menara Berkembar Petronas mana ada condong lerr...tapi pembinaan KLCC dari mula telah mencetuskan kontroversi antaranya:
(a) Penggunaan simen yang kurang kukuh
(b) Dibina atas tanah mendap (risikonya bangunan akan condong jika dibina)

Jika kita lihat pada (a) penggunaan simen yang kurang kukuh telah melambatkan pembinaannya sehingga ia perlu dibina semula (nasib baik masa tu pembinaan KLCC masih di peringkat permulaan). Jadi, bagi mengatasi masalah ini, kandungan simen tersebut diubah suai supaya menjadi lebih kukuh. Jika sebelum ini, simen main taruk aje tetapi sejak masalah penggunaan simen bagi membina KLCC, barulah ada peraturan penggunaan simen kukuh. Yang menariknya, jadual pembinaan dapat diselenggara dengan baik (maknanya walaupun terpaksa membinanya semula tapi dapat jugak kejar semula jadual yang telah ditetapkan).

Ketika itu, penggunaan simen masih dianggap baru oleh jurutera atau arkitek negara Barat yang terlibat dalam pembinaan KLCC. Mereka tidak mempunyai banyak idea berkaitan simen kerana pencakar langit yang dibina di sana (negara Barat) hanya menggunakan keluli dan besi.

Mari kita lihat pada (b) masalah ini dapat diselesaikan melalui idea César Pelli (arkitek KLCC) yang agak genius dengan meletakkan batang keluli dalam tanah mendap tersebut sehinggalah mencecah tanah keras.

Kalaulah ko kata KLCC makin condong, sia-sialah perbelanjaan wang kerajaan untuk bina KLCC. Tapi kalau hakikatnya KLCC semakin condong, mari kita tukar nama kepada Pisa KLCC. -- Tebu.an 12:59, 8 Januari 2008 (UTC)[balas]


Sebenarnya semua perkara tersebut telah di ambil kira dalam pembinaan Menara Berkembar Petronas. Ujian tanah dan langkah keselamatan telah dilaksanakan. Menara Petronas sememangnya telah di bina di atas permukaan gaung batu kapur, tetapi ia telah ditampung pada tiang kepada batuan dasar, seperti kata Tebu.an. Selain itu tapak konkrit terbesar di dunia telah dituang sekali tuangan sebagai alas dasar bangunan. Tapak asal juga telah dialih sekitar 60 meter (kalau tak silap) untuk memastikan kedua bangunan berdiri di atas tanah dengan kepadatan sekata. Dalam erti lain, sekiranya ia tenggelam, kedua-duanya akan tenggelam secara sekata. (Tenggelam di sini adalah sekitar beberapa inci sepuluh tahun, bukan 2-3 kaki setahun.) Sekiranya bangunan itu condong, atau runtuh disebabkan kesilapan kejuruteraan, atau pembinaan (bukannya akibat serangan musuh), maka syarikat arkitek, atau syarikat pembinaan akan bertanggung jabat menggantikan kerugian. Jadi tidak perlu bimbang mengenai hal ini. Lagipun, kita bukannya jurutera bertauliah untuk membuat sebarang andaian mengenainya. Sila tonton Nasional Geografik untuk melihat butiran perincian yang lain. Kalau ada sesiapa yang bercakap mengenainya, kalau sekadar suka-suka, silakan, kalau bersungguh-sungguh, sila pastikan kelayakan kejuruteraan mana yang dia ada. Jangan jadi Tipah tertipu tetipah tertipu lagi. Yosri 10:20, 2 Februari 2008 (UTC)[balas]

Betul tu kata En. Yosri. Penjelasan yang jelas lagi tepat. -- Tebu.an 11:40, 4 Februari 2008 (UTC)[balas]

(a) Penggunaan simen yang kurang kukuh
---> If design failed sure xditeruskan lagi. kekuatan konkrit yang digunakan bahagian base gred 80N/mm, bahagian tgh gred 60N/mm dan atas gred 40N/mm berbanding dengan konkrit biasa 28N/mm~35N/mm (b) Dibina atas tanah mendap (risikonya bangunan akan condong jika dibina)- Dari segi kejuruteraan tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. <Jurutera mmg bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah> Pasti ada cara untuk memastikan sesuatu struktur itu kukuh. Jurutera bertauliah pasti ada jawapannya.

RE: Maaf ye mencelah[sunting sumber]

Maafkan saya. Saya selalu meninggalkan bahagian atas yg penting bagi setiap rencana. Apa yg saya boleh buat saya buatlah... Lazimnya saya cuma tinggalkan kira-kira 20% tidak terjemah, hehe... :-P --אדםוןד ואודס 10:14, 13 Februari 2008 (UTC)[balas]

Nak tanya sedikit boleh?[sunting sumber]

Boleh :) Ada banyak Utbah. Tapi saya bukan pakar, jadi tak dapat menjawab soalan anda. Maaf. ...Aurora... 14:56, 13 Februari 2008 (UTC)[balas]

RE: Hmm?[sunting sumber]

Maafkan saya kalau anda terasa tersinggung. Saya cakap begitu bukan kerana apa, cuma saya bimbang anda menyerang bangsa lain saja, bukan saja Yahudi. Sebenarnya kita manusia pun ada kelemahan diri, dan kelemahan sesuatu bangsa cumalah kelemahan pd kebanyakan orang saja. Tak kira anda katakan kelemahan apa bangsa pun, Yahudi ke, Arab ke, Cina ke, India ke... saya pun nak ingatkan anda. Sebenarnya saya tidaklah marah utk melihat anda bercakap begitu, cuma saya tak mau anda timbul masalah je. Itulah, salam. --אדםוןד ואודס 05:12, 15 Februari 2008 (UTC)[balas]

RE: Nak tanya sikit, boleh ker?[sunting sumber]

Pasal pengenalan bahasa Ibrani tuh... saya suruh orang dari Hebrew Wikipedia translate. Pasal seluar pendek kat England tuh saya tak faham apa yang anda cuba nak cakap. izzudin 13:22, 16 Februari 2008 (UTC)[balas]

kenape tiba2 je cakap pasal seluar pendek ngan england?? tak faham tol ler.. izzudin 13:35, 16 Februari 2008 (UTC)[balas]
yang saye tak faham: Kenapa kamu tetibe je citer pasal england kat saya? pelik sunggoh... izzudin 13:51, 16 Februari 2008 (UTC)[balas]
oho... cakap ler "sesaje je".. baru faham.. hehe.. izzudin 14:27, 16 Februari 2008 (UTC)[balas]

Jawapan SPR yang kini dinamai PMR[sunting sumber]

Hai Emrrans, anda memang bertuah kerana dapat mengunjungi London, manakala saya cuma dapat mengunjungi laman web London. Untuk merasai cuaca sejuk, saya cuma boleh masuk ke dalam peti sejuk di dapur. Walaupun demikian, saya berasa bahawa keadaannya adalah agak serupa dan lebih murah, hehehe.

Ketika saya memulakan Dummipedia, portal bahasa Inggeris saya, saya terjumpa format yang tidak disangka. Oleh sebab format itu juga amat sesuai untuk Ensiklokamus, maka saya kini sedang mengemaskinikan semua rencana saya di portal tersebut. Rencana-rencana dalam format yang lama akan dipindahkan ke Wikipedia bahasa Melayu (jika sesuai) secara beransur-ansur ketika rencana dalam format yang baru disediakan.

Kini saya telah mewarisi kerja menyumbangkan rencana di Wikipedia bahasa Melayu kepada anak saya. Dia telah menyumbangkan beberapa rencana dengan bantuan dan pengemaskinian bapanya, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana 17:06, 16 Februari 2008 (UTC)[balas]

Siapakah anak anda yang dimaksudkan itu? Baguslah jika anak anda berkongsi minat yang sama dengan anda, saudara SPR. — Didie (bincang) 17:25, 16 Februari 2008 (UTC)[balas]

Utbah bin Ghazwan[sunting sumber]

Maaf kalau tak menjawab tadi, ya Al-Sahih. Saya menghadapi kesukaran ketika mencari maklumat mengenai orang itu dan baru sahaja dapat sambung ke khidmat Internet. Setakat ini apa yang saya tahu ialah "Utbah bin Ghazwan bin Jabir bin Wahb bin Nusayb bin Malik bin al-Harith bin Mazin bin Mansur bin Ikrimah bin Khasafah bin Qays bin Aylan" merupakan sahabat Rasulullah s.a.w. dari keturunan Bani Nawfal. Menurut Ibn Ishaq, beliau gugur syahid dalam Perang Badr.

Orang yang anda cakap musyrik itu mungkin Utbah yang lain, iaitu Utbah bin Rabi'ah.—Aviator, 21:43, 16 Februari 2008 (UTC)[balas]

Ensiklokamus tu sapa punya?[sunting sumber]

Tapak web ke laman web? Nampaknya DBP tak suka akan nama "tapak web" dan masih nak nama "laman web" juga! Oleh itu, saya kini terpaksa menggantikan semua istilah dari tapak web ke laman web.

Tidaklah dapat dinafikan bahawa Ensiklokamus Komputer ialah garpu Wikipedia, hehehe. Garpu ke forku ke cabang ke tiruan? Ia mempergunakan perisian Mediawiki yang serupa dengan Wikipedia. Terdapat berpuluh-puluh ribu laman web yang menggunakan perisian Mediawiki di seluruh dunia (Siteground, web hos saya yang lain di Amerika Syarikat telah mengehoskan melebihi 5,000 web berasaskan Mediawiki), tetapi nampaknya Ensiklokamus ialah laman web kedua yang menggunakan perisian tersebut, jika Wikipedia bahasa Melayu boleh dikira sebagai laman web pertama (akan tetapi Wikipedia bahasa Melayu dihoskan di Taiwan, jika saya tidak silap.) Ketika saya memohon untuk menggunakan perisian Mediawiki, tiadanya satu hos web di Malaysia yang tahu apa benda itu, termasuk Exabyte, web hos yang terutama di Malaysia, hehehe. Maka, saya terpaksa memuat naik perisian sendiri. Banyaknya masalah yang saya temukan sehingga bergaduh dengan hos web saya, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana 15:51, 18 Februari 2008 (UTC)[balas]

Anda diminta datang mengundi[sunting sumber]

Mengikut hemat saya anda dirasakan layak mengundi di wikibooks untuk permohonan Edmundwoods untuk menjadi penyelia sementara. Anda hanya mengundi mengikut perasaan anda terhadap dia di Wikipedia Melayu kerana dia meminta tugas kepenyeliaan di Wikibuku Melayu hanya untuk mengemas kini, memperbetul serta pelbagai lagi tugas kepenyeliaan. Dia akan mengambil alih tugas kepenyeliaan di WikiBuku Melayu buat sementara waktu kerana penyelia sedia ada agak sibuk didalam dunia sebenar .Sila datang ke sini PuteraLuqman Tunku Andre 16:12, 19 Februari 2008 (UTC)[balas]

Gambar anda[sunting sumber]

Hai Imran, tadi saya sudah tolong delete gambar anda, selepas saya nampak anda minta Aurora buat. Dia tiada di sini skrg, jadi saya pun tolonglah, tak kisah? --אדםוןד ואודס 02:50, 21 Februari 2008 (UTC)[balas]

Laman pengguna anda di Wikipedia Bahasa Ibrani[sunting sumber]

Rasanya saya faham kenapa. Kerana anda tidak log masuk dulu, jadi dia sangka anda melakukan vandalisme saja. Salah faham aje, dia tak tau pengguna tanpa nama tu anda. --אדםוןד ואודס自分の投稿記録 09:27, 21 Februari 2008 (UTC)[balas]

Saya sudah baca user talk Little Savage dan nampak bahagian pesanan itu. Tapi macam mana anda beritahu mereka bahawa anonymous tu memang anda? --אדםוןד ואודס自分の投稿記録 09:36, 21 Februari 2008 (UTC)[balas]

Oh sudah siasat. Saya cuba pujuk mereka... --אדםוןד ואודס自分の投稿記録 09:41, 21 Februari 2008 (UTC)[balas]

... Takkan saya nak marah bangsa Yahudi pula? Saya takkan marah mana-mana bangsa, apatah lagi benci? --אדםוןד ואודס自分の投稿記録 09:55, 21 Februari 2008 (UTC)[balas]

Anda beritahu Pacman bahawa rencana dlm Bahasa Arab tu pendek juga. Tengok apa dia cakap. --אדםוןד ואודס自分の投稿記録 10:10, 21 Februari 2008 (UTC)[balas]

Saya akan pergi... --אדםוןד ואודס自分の投稿記録 10:17, 21 Februari 2008 (UTC)[balas]

Nampaknya anda mempunyai pelagai bangsa seperti yang dinyatakan dalam babel. ataupun anda merupakan bangsa Malaysia?

Cuma nak bertanya khabar sahaja. Diagramma Della Verita 16:38, 28 Mei 2008 (UTC)[balas]

Adakah anda berminat untuk menjadi penyelia pada suatu hari nanti? Diagramma Della Verita 16:47, 28 Mei 2008 (UTC)[balas]
Sebenarnya anda tidak perlu bersaing untuk menjadi penyelia di Wikipedia. Anda boleh membantu membuat penyuntingan di Wikibooks, Wikidictionary atau Wikiquote. Tidak banyak orang yang menyumbang dalam projek-projek ini. Lagipun, terdapat persaingan untuk menjadi penyelia di Wikipedia. Ini cuma cadangan. Diagramma Della Verita 17:02, 28 Mei 2008 (UTC)[balas]

Selamat pulang![sunting sumber]

Khabar baik. You bila-bila masa saja dialu-alukan balik. Ya, lama tak jumpa. Wikipedia Bahasa Ibrani? Hehe... dah lama saya tak pergi sana... --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 16:39, 28 Mei 2008 (UTC)[balas]

Laman pengguna SPR[sunting sumber]

Hai Emrrans, jika anda berasa laman pengguna saya itu merupakan serangan, saya hapuskan. Senang je. Walaupun demikian, saya ingin tahu dari segi mana, laman itu merupakan serangan. Jika anda ingin melihat laman lama sebagai rujukan, sila lihat sejarah laman tersebut.

Bagi saya, Wikipedia tidak dapat diserang oleh sesiapa pun. Walaupun Microsoft kini memulakan Knol, saya tidak berasa bahawa ia dapat mengalahkan Wikipedia. Sungguhpun demikian, setiap orang memiliki pendapat tersendiri. Misalnya ada juga guru internet yang mengatakan bahawa setiap blogger dapat menewaskan Wikipedia dengan menggunakan lima cara yang berikut:

  1. Improve your writing style (Membaiki gaya penulisan anda)
  2. Become more opinionated (Ketegar tentang pendirian anda)
  3. Stay current and relevant (Mendapat maklumat yang terkini)
  4. Perfect your personal brand (Menjadikan jenama anda sangat baik)
  5. Don’t put all your eggs in SEO (Jangan masukkan semua telur anda dalam SEO, hehehe)

dan presto, Wikipedia melutut! hehehe. Tahu kan apa itu blogger? Dia biasanya merupakan individu yang tidak memiliki banyak sumber, baik dari segi kewangan mahupun pengetahuan (misalnya, saya). Walaupun saya langsung tidak percaya, kan Malaysia ini Bolehland? hehehe.

(P/S: Dari segi membina laman peribadi, saya berasa bahawa cuma Yosri, dan Polar di sini dapat mencapai setakat kejayaan (iaitu berdasarkan sumbangan mereka di sini. Jika ada penyumbang di sini yang lebih menulis kat luar, mana saya tahu, kan? Banyak yang tak nak tulis untuk Wikipedia kerana tiada manfaat. Saya tahu tentang hal ini kerana semua yang saya tanya berkata buat apa tulis jika tiada wang. Maka laman saya memberitahu bahawa walalupun tiada wang, mereka masih boleh mendapat pengalaman untuk membina laman peribadi pada masa hadapan. Itu sahaja. Sebenarnya, itu juga yang saya tulis dalam Ensiklokamus Teknologi Maklumat pada suatu ketika tetapi kini dihapuskan kerana saya tidak berharap akan ada penyumbang luar. Tambahan pula, saya kini menggunakan format yang perlu menulis rencana pada keseluruhannya, bukan stub. Seseorang yang jarang menulis akan menghadapi banyak masalah apabila mereka memulakan laman sesawang sendiri.) — Syarikat Pemunggahan Rencana 21:25, 28 Mei 2008 (UTC)[balas]


Hai Emrrans, nampaknya anda kini jarang menyumbangkan rencana, berbanding dengan suatu ketika. Menurut senarai sumbangan anda, air liur lebih banyak daripada teh tarik, hehehe.

Sebenarnya, Wikipedia tidak takut orang menyerang. Yang ditakutinya hanya orang yang tidak menyumbang, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana 12:14, 29 Mei 2008 (UTC)[balas]

Apalah autogrow? Kalau boleh autogrow, tak akan tunggu sampai anda bikin (bikin atau bikini, ataupun bikinkan?). Persaingan dalam internet amat sangat hebat. Kalau rencana boleh jatuh dari langit, kan baik? Tapi tidak banyak rencana dalam internet bersifat bebas, kecuali rencana Wikipedia, Wikia, Citizendium, Wikihow, Projek Gutenburg dan oh yaaaa, Ensiklokamus Teknologi Maklumat dan Dummipedia, hehehe.

Kan dulu anda pernah menyumbang? Kan ada Kamus DBP dalam talian? Kalau takut membuat kesilapan, itulah satu-satunya alasan mengapa anda lebih memerlukan latihan di Wikipedia. Itu kan cadangan saya dalam laman pengguna saya? Wikipedia merupakan wadah yang terbaik untuk penulis yang tidak mahir kerana ia boleh menerima rencana tunas, berbeza dengan laman yang lain seperti Ensiklokamus, hehehe. Kalau kita tidak mahir, tulislah rencana tunas atau membuat pembetulan rencana dari segi ejaan dan tatabahasa. Apabila lebih mahir, buatlah dua tiga perenggan, lama-kelamaan kan boleh tulis rencana yang lengkap? Bagi mereka yang ingin memulakan blog sendiri, pendekatan tersebut juga sesuai bagi mereka. Kalau tak ada pengalaman menulis rencana, tak kan buka blog boleh mahir? Lagi pening kerana banyak perkara teknikal yang kena ditangani. Maka ini ialah penyelesaian menang-menang hendak yang saya katakan. Tak kan saya nak menyerang Wikipedia dan menimbulkan kemusuhan di sini? Tambahan pula, sesiapa yang hendak menyerang Wikipedia, lebih baik panggil dia menggilap batu arang, hehehe. Wikipedia kini sudah terlalu mantap dan susah ditewaskan juga oleh Knol Microsoft. Kan Citizendium yang pada mula-mulanya berhasrat untuk mengambil alih tempat Wikipedia sudah lama melepaskan hasratnya?

Saya bukan orang Melayu. Pada tahun 1978, saya dapat markah P7 untuk bahasa Melayu, iaitu jiran kepada markah gagal. Selama 27 tahun, saya tidak pernah menulis dalam bahasa Melayu. Nasib baik, saya hampir lupa semua yang saya belajar: e pepet, e nenek, bersama2, chawan chantik, ayer, ianya, teknoloji, dan di-hadapan.

Wikipedia memberi saya keyakinan untuk menulis apabila saya mendapati bahawa dua tiga ayat pun boleh diterima. Walaupun saya masih dalam pembelajaran bahasa Melayu, saya telah mendapat gred cemerlang dalam peperiksaan ITNM pada bulan Mac tahun ini dan dengan itu, dikira sebagai "penterjemah bertauliah" (certified translator), hehehe. Oleh sebab saya selalu membaca buku tatabahasa dan teori terjemahan, saya mendapat markah penuh untuk kertas teori. Mengikut pensyarah, markah tertinggi sebelum peperiksaan kami ialah 24/25. Saya bilang kalau dapat 20/25 dah cukup, mana tahu dapat 25/25, hehehe. Saya mendapat 15/16 markah untuk terjemahan teks sains sosial, 13.5/16 untuk teks sains dan teknologi, 13/16 untuk teks komunikasi massa, dan yang paling teruk ialah terjemahan teks sastera kreatif dan undang-undang. Untuk undang-undang, kena menghafaz kerana setiap ayat sudah tetap terjemahannya. Oleh sebab tak sempat menghafaznya, maka gagal mendapat markah yang baik (hanya 11.5/18), hehehe. Kalau ada masa, memang boleh dapat markah yang amat memuaskan untuk teks undang-undang kerana ia seolah-olah matematik.

Saya berharap bahawa anda boleh mendapat setakat inspirasi daripada pencapaian saya. Saya bukannya orang pandai. Cuma rajin buat banyak sumbangan di sini pada suatu ketika, dan selepas meninjau semula, banyak kesilapan juga, hehehe. Gua Cina Ah Pek, lu orang Melayu. Lu jangan kelentong! Malas cakap malas, kerana saya tahu banyak orang malas, hehehe. Untuk mengetahui malas tak malas, jika setiap rencana dibayar RM1,000, semua kemalasan akan hilang dengan serta-merta, dengan kedua-dua bebola mata hampir terpersil, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana 16:46, 29 Mei 2008 (UTC)[balas]

P/S: Sijil baru dapat hari ini. Silap pulak! 82 bukannya gred cemerlang! Cuma baik sahaja, hehehe. Cemerlang bermula dengan 85 markah! — Syarikat Pemunggahan Rencana 15:22, 14 Jun 2008 (UTC)[balas]