Krismas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Hari Krismas)
Jump to navigation Jump to search

Walaupun tarikh moden solstis itu jatuh pada 21 atau 22 Disember, namun orang Rom menandanya pada 25 Disember.[1] Pada tahun 1889, Louis Duchesne berpendapat bahawa tarikh Krismas dikira sebagai sembilan bulan selepas 25 Mac, iaitu tarikh tradisi Jesus mula dikandung Maria.[2] Orang Kristian awal percaya bahawa Jesus disalib pada 25 Mac,[3] tarikh ekuinoks musim bunga mengikut takwim Rom.[4] Pendapat Kebangkitan Yesus berlaku pada tarikh yang sama dengan hari kewafatan Jesus selaras dengan kepercayaan Yahudi bahawa seorang nabi mati apabila berusia kamiran.[5] 9 bulan sebelum Krismas, disambut pula Pesta Khabar Malaikat Kepada Maria.[5]

Mozek Jesus Christ yang digambarkan sebagai Sol, tuhan Matahari, di Mausoleum M di nekropolis pra-abad ke-4 di bawah Basilika St. Peter di Rom, bernama Christo Sole (Kristus Sang Suria) dan bertarikh penghujung abad ke-3 oleh ahli arkeologi Itali.[6]

Dies Natalis Solis Invicti[sunting | sunting sumber]

Hermann Usener, pada tahun 1899, menyatakan bahawa tarikh hari Krismas diambil dari suatu pesta orang Rom, Sol Invictus.[7] Beliau mengatakan, Gereja pada masa itu mengambil tindakan demikian supaya penyembah berhala Rom pada masa itu akan menganut agama Kristian, tetapi pada masa yang sama dapat mengekalkan tradisi mereka.[7] Dies Natalis Solis Invicti, "Kelahiran Dewa Matahari," disambut pada 25 Disember. Gelaran pesta tersebut, Sol Invictus, menyebabkan dewa-dewa matahari disembah, yang mana ianya termasuklah dewa Elah-Gabal, dewa matahari Syria; Sol, dewa maharaja Aurelia (AD 270–274); dan Mithras, dewa tentera dalam mitologi Parsi.[8] Maharaja Elagabalus (218–222) memperkenalkan pesta tersebut dan menjadi popular semasa pemerintahan Aurelia, yang menjadikan pesta tersebut sebagai cuti umum.[9]Berdasarkan teori ini, ketika era pemerintahan Constantine (306-337), penulis Kristian mengasimilasikan pesta sambutan 25 Disember ini dengan sambutan kelahiran Jesus, lalu membuat analogi sama bahawa Jesus sebagai "sang matahari yang benar" seperti yang tercatat dalam Malachi 4:2 (Sol Iustitiae).[10][11]

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Hari Krismas disambut sebagai perayaan utama dan cuti umum di kebanyakan negara di dunia, termasuk yang majoriti penduduknya bukan penganut Kristian. Krismas disambut di negara bukan Kristian kerana diperkenalkan oleh bekas penjajah, diduduki oleh kelompok minoriti Kristian atau menerima pengaruh budaya asing.

Walaupun kebanyakan negara menyambut Krismas pada 25 Disember setiap tahun, namun sesetengah gereja di Rusia, Georgia, Mesir, Armenia, Ukraine dan Serbia menyambutnya pada 7 Januari kerana mengikut kalendar Julius yang tarikh 25 Disembernya jatuh pada 7 Januari dalam kalendar Gregory.

Di seluruh dunia, sambutan Krismas diraih dalam pelbagai bentuk, dicerminkan oleh kepelbagaian budaya dan tradisi sesebuah negara. Negara-negara yang hangat menyambut Krismas walaupun bilangan penduduk Kristian yang kecil seperti Jepun, telah menerima kebanyakan aspek-aspek sekular dalam sambutan Krismas seperti bertukar hadiah, hiasan lampu dan pokok Krismas.

Tradisi Gereja[sunting | sunting sumber]

Lakon pentas "kelahiran Jesus" di Jerman

Sambutan Hari Krismas sangat penting bagi gereja, iaitu sewaktu untuk mengadakan upacara atau majlis sambutan istimewa. Berikut ialah cara-cara Krismas disambut di gereja.

Paparan kelahiran Jesus Christ[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan gereja mengamalkan adat memaparkan babak kelahiran Jesus. Dimulai oleh St. Francis dari Asissi pada abad ke-13, tradisi yang berasal dari Itali ini diperluaskan ke banyak negara lain.

Babak kelahiran ini dipaparkan dalam bentuk patung sebesar saiz manusia, ataupun sekecil kotak mancis, diperbuat dari pelbagai bahan termasuk kayu, tembikar, kertas, kain, jerami, dan logam yang berwarna-warni.

An Advent wreath on the Second Sunday in Advent

Lingkaran Kedatangan[sunting | sunting sumber]

Lingkaran Kedatangan (Advent wreath) ialah selingkaran daun-daun pain, ivy dan holi, dengan lima batang lilin di dalamnya yang digantung di dalam gereja. Lilin-lilin ini dinyalakan pada setiap Ahad pada musim Kedatangan, dan lilin di tengah dinyalakan pada pagi Hari Krismas. Gereja selalu dihiasi dengan dahan dan daun hijau, di samping juga dimasukkan pohon Krismas.

Pembacaan kitab[sunting | sunting sumber]

Pada hari Krismas, diadakan sesi pembacaan kitab yang menceritakan kisah kelahiran Jesus yang terkandung di dalam kitab Bible, di samping bacaan-bacaan suci lain yang mengisahkan tentang bahaya kerakusan hawa nafsu manusia, dan mengenai datangnya Penyelamat (Messiah) yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada bangsa manusia.

Karol[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan gereja juga mengamalkan upacara nyanyian karol yang dipersembahkan di dalam suasana nyalaan lilin, kebanyakannya melibatkan nyanyian atau bacaan suci Bible oleh koir dan juga para penganut yang taat.

Sambutan awam dan komersil[sunting | sunting sumber]

Sebatang pokok Krismas gergasi di Lisbon, Portugal

Kawasan sekitar bandaraya sentiasa dihias indah untuk menyambut Krismas, termasuk menggantung sepanduk, panji-panji dan lampu berwarna-warni pada dinding bangunan, tiang-tiang lampu, dan pokok-pokok di sekeliling bangunan. Banyak juga bandaraya besar yang meletakkan sepohon pokok Krismas di tempat-tempat awam, seperti di Trafalgar Square di London, Times Square di New York dan Martin Place di Sydney. Tidak lupa juga kegiatan amal untuk menyeru warga kota agar menyalurkan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Waktu perniagaan kedai dan pusat beli-belah dilanjutkan sebelum hari Krismas agar orang ramai diberi lebih banyak masa bagi membeli juadah makanan dan hadiah-hadiah Krismas. Tingkap kedai sentiasa dihias babak kelahiran Jesus, termasuk di gedung membeli-belah besar yang mampu menyediakan babak animasi untuk menghiburkan kanak-kanak. Gedung beli-belah besar juga menyediakan seorang pelakon watak Santa Claus yang duduk di atas singgahsana untuk mendengar permintaan kanak-kanak pada hari Krismas, di samping diambil gambar bersama para pengunjung.

Pasar Krismas di Dresden, Jerman.

Perarakan, hiburan jalanan dan konsert Krismas juga diadakan di bandar raya. Sesetengah pekan mengadakan tradisi nyanyian karol oleh kumpulan koir dan persembahan penghibur ternama di dewan perbandaran atau di kawasan luar bangunan.

Sambutan seisi keluarga[sunting | sunting sumber]

Sebuah keluarga berhibur sempena Krismas.

Krismas merupakan hari untuk bersantai bersama sanak saudara yang tinggal berjauhan, bertemu semula untuk bertukar-tukar hadiah, berkongsi kebahagiaan hidup dan untuk bersuka ria. Ada juga yang menyertai perarakan menyanyikan karol dari rumah ke rumah. Seperti juga gereja dan tempat awam, rumah kediaman juga wajib dihiasi indah sempena sambutan Krismas, dengan gantungan rimbunan daun kehijauan pada dinding-dinding, pohon Krismas di ruang tamu dan gantungan stoking merah besar pada tempat pendiangan api.

Pokok Krismas[sunting | sunting sumber]

Tradisi menghias pohon Krismas berasal dari negara Jerman. Selalunya pokok malar hijau menjadi pilihan, khususnya pokok fir yang tidak gugur daunnya atau pudar wanginya, dibeli dari dusun atau ditebang dari hutan, namun adakalanya pokok buatan menjadi pilihan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pliny yang Tua, Natural History, 18:59
  2. ^ Roll, pp. 88-90.
    Duchesne, Louis, Les Origines du Culte Chrétien, Paris, 1902, 262 ff.
  3. ^ Tarikh ini diberi oleh Tertullian (Adv. Jud., 8) dan Hyppolytus. ("The Feast of the Annunciation", Catholic Encyclopedia, 1998).
    Roll, p. 87.
  4. ^ Bradt, Hale, Astronomy Methods, (2004), p. 69.
    Roll p. 87.
  5. ^ a b "The Feast of the Annunciation", Catholic Encyclopedia, 1998.
  6. ^ Kelly, Joseph F., The Origins of Christmas, Liturgical Press, 2004, p. 67-69.
  7. ^ a b Roll, p. 131-32.
  8. ^ ""Mithraism", The Catholic Encyclopedia, 1913.
  9. ^ "Sol." Encyclopædia Britannica, Chicago (2006).
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Snyder2003 tidak disediakan
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Browning2009 tidak disediakan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]