Pergunungan Akakus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pergunungan Akakus di Libya barat, sebahagian daripada Sahara
Gerbang batu di Pergunungan Akakus
Cirque Moul n'ga di rantau Tadrart, dengan awan gelombang di atas

Pergunungan Akakus atau Tadrart Akakus (bahasa Arab: تدرارت أكاكوس‎ / ALA-LC: Tadrārt Akākūs) membentuk sebuah gunung di padang gurun Daerah Ghat di Libya barat iaitu sebahagian daripada Sahara. Ia terletak di timur bandar Ghat, Libya dan di utara dari sempadan dengan Algeria, kira-kira 100 kilometer (62 batu). Tadrart merupakan nama feminin untuk "gunung" dalam bahasa Barbar (maskulin: adrar). Kawasan ini mempunyai pelbagai seni batu prasejarah yang kaya.

Tadrat Akakus mempunyai variasi landskap yang besar, dari bukit-bukit hingga ke gerbang, gaung, batu-batu dan wadi (jurang) yang dalam. Mercu tanda utama termasuk gerbang Afzejare dan Tin Khlega. Walaupun kawasan ini merupakan salah satu kawasan gersang di Sahara, ia mempunyai tumbuh-tumbahan seperti pohon ubat Calotropis procera dan beberapa mata air dan telaga di pergunungan.[1]

Kawasan ini terkenal dengan seni batunya dan diiktiraf sebagai sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1985 kerana kepentingan lukisan dan ukirannya. Lukisan-lukisan seawal 12,000 BCE sehingga 100 CE dan menggambarkan perubahan budaya dan semula jadi di kawasan tersebut.[2] Terdapat lukisan dan ukiran haiwan seperti zirafah, gajah, burung unta dan unta selain manusia dan kuda. Orang digambarkan dalam pelbagai situasi kehidupan sehari-hari, contohnya semasa membuat muzik dan menari.[3][4] Tadrart Akakus juga merupakan yang terawal memperkenalkan lipid susu pada seramik, yang telah radiokarbon pada 7,500 BP.[5]

Warisan budaya Libya[sunting | sunting sumber]

Semasa pemerintahan Muammar Gaddafi dari tahun 1969 sehingga 2011, Jabatan Antikuiti telah terabai. Sejak tahun 2005, pencariaan petroleum di bawah tanah telah menyebabkan seni batu dalam bahaya. Penukul seismik telah digunakan untuk menghantar gelombang kejutan di bawah tanah untuk mencari deposit minyak, dan telah memberi kesan ke atas batu-batru berdekatan termasuk satu yang menempatkan seni batu Tadrart Akakus.[6] Kecurian artifak purba pula mencapai tahap krisis.[7] Warisan budaya Libya telah dirampas dan antikuitinya telah dirompak. Untuk itu, UNESCO terpanggil untuk mengadakan sebuah kempen kesedaran yang besar, untuk meningkatkan kesedaran terhadap warisan budaya dan arkeologi Libya dan untuk menyedarkan rakyat Libya bahawa warisan mereka sedang "dirompak oleh pencuri dan dimusnahkan oleh pemaju."[8]

Pada tahun 2012, usaha telah dilakukan dengan melatih kakitangan menerusi sebuah projek UNESCO bernilai $2.26 juta, bersama kerajaan Libya dan Itali. Projek tersebut termasuklah pemuliharaan, pelindungan dan pendidikan. Selain Tadrat Akakus, Libya mempunyai empat lagi Tapak Warisan Dunia UNESCO iaitu Cyrene, Leptis Magna, Sabratha dan Ghadames.[9] UNESCO menasihatikan bahawa "sebuah pusat sepatutnya diwujudkan di Ghat atau Uweynat untuk melatih kakitangan untuk melindungi dan menguruskan harta benda dan menjadi muzium tuan rumah yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran."[10]

Vandalisme[sunting | sunting sumber]

Laporan UNESCO dari tahun 2011, 2012 dan 2013 menunjukkan sekurang-kurangnya sepuluh kawasan seni batu telah menjadi sasaran pemusnahan yang sengaja dan besar sejak sekurang-kurangnya April 2009.[11] Kekaburan sekitar sempadan harta benda Tapak Warisan Dunia dan kurang pemahaman penduduk tempatan mengenai nilai budaya telah menjadi faktor berlakunya vandalisme. Konflik di kawasan ini sekitar 2011 turut menjadi punca peningkatan vandalisme.[10]

Pada Mei 2013, UNESCO menjalankan misi teknikal untuk menilai keadaan pemuliharaan kawasan Tadrart Akakus dan untuk "membina rancangan strategik untuk menguatkuasakan perlindungan dan pengurusan kandungan budaya dan semulajadi yang unik ini."[12]

Pada 14 April 2014, dua jenis vandalisme dilaporkan iaitu mengukir nama pada seni batu purba dan penggunaan bahan kimia untuk menanggalkan lukisan pada batu.[13] Pada 20 April 2014, wartawan khas dari Peranics, Jacques-Marie Bourget telah dimaklumkan oleh seorang wartawan tempatan dari Ghat, Libya, Aziz Al-Hachi, bahawa seni batu di Tapak Sejarah Dunia UNESCO telah dimusnahkan dengan tukul yang besar dan berus gosok.[14][15]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kjeilen, Tore (2009) "Acacus Mountains: Total wilderness" LookLex Ltd.
  2. ^ UNESCO World Heritage Centre. "UNESCO Fact Sheet". Whc.unesco.org. Dicapai 2013-12-09. 
  3. ^ EWP (2006). Jebel Acacus Map and Guide (Peta). 1:100,000, inset 1:400,000. Tourist and cave art information.. Kartografi oleh EWP (1st ed.). ISBN 0-906227-93-3. http://ewpnet.com/libya/akakus.htm.
  4. ^ "Acacus Rock Art Photo Gallery". Ewpnet.com. Dicapai 2013-12-09. 
  5. ^ Gifford-Gonzalez, Diane (2013). "Animal Genetics and African Archaeology: Why It Matters". African Archaeological Revue. 30: 1–20. Dicapai 12 September 2017. 
  6. ^ Bohannon, John (10 February 2005). "In the Valley of Life, Oil is Death to the Art of a Lost Civilization". The Guardian. 
  7. ^ Little, Tom (23 December 2013), Libyan archaeologists look to the future with new training, Libyan Herald, dicapai 5 May 2014 
  8. ^ UNESCO training to combat the looting of Libyan antiquities, Libyan Herald, 25 September 2013, dicapai 5 May 2014 
  9. ^ UNESCO supports Libyan Heritage with $2m Project, Libya Business News, 7 December 2012, dicapai 5 May 2014 
  10. ^ a b State of Conservation (SOC): Rock-Art Sites of Tadrart Acacus, 2013, dicapai 4 May 2014 
  11. ^ State of Conservation (SOC): Rock-Art Sites of Tadrart Acacus, 2011, dicapai 4 May 2014 
  12. ^ UNESCO organizes training course for conservation and restores of Libyan Artefacts, United Nations, 2013, dicapai 5 May 2014 
  13. ^ Grira, Sarra (14 April 2014), Graffiti defaces prehistoric rock art in Libya, Observers: France 24, dicapai 5 May 2014 
  14. ^ Libye : Les salafistes wahhabites libyens détruisent un site de 12.000 ans d’âge, Algeria, 29 April 2014 
  15. ^ Bourget, Jacques-Marie (2014-04-20), Libye, 12 000 ans effacés au white spirit, Mondafrique, dicapai 2014-05-04 

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Di Lernia, Savino e Zampetti, Daniela (eds.) (2008) La Memoria dell'Arte. Le pitture rupestri dell'Acacus tra passato e futuro, Florence, All'Insegna del Giglio;
  • Minozzi S., Manzi G., Ricci F., di Lernia S., and Borgognini Tarli S.M. (2003) "Nonalimentary tooth use in prehistory: an Example from Early Holocene in Central Sahara (Uan Muhuggiag, Tadrart Acacus, Libya)" American Journal of Physical Anthropology 120: pp. 225–232;
  • Mattingly, D. (2000) "Twelve thousand years of human adaptation in Fezzan (Libyan Sahara)" in G. Barker, Graeme and Gilbertson, D.D. (eds) The Archaeology of Drylands: Living at the Margin London, Routledge, pp. 160–79;
  • Cremaschi, Mauro and Di Lernia, Savino (1999) "Holocene Climatic Changes and Cultural Dynamics in the Libyan Sahara" African Archaeological Review 16(4): pp. 211–238;
  • Cremaschi, Mauro; Di Lernia, Savino; and Garcea, Elena A. A. (1998) "Some Insights on the Aterian in the Libyan Sahara: Chronology, Environment, and Archaeology" African Archaeological Review 15(4): pp. 261–286;
  • Cremaschi, Mauro and Di Lernia, Savino (eds., 1998) Wadi Teshuinat: Palaeoenvironment and Prehistory in South-western Fezzan (Libyan Sahara) Florence, All'Insegna del Giglio;
  • Wasylikowa, K. (1992) "Holocene flora of the Tadrart Acacus area, SW Libya, based on plant macrofossils from Uan Muhuggiag and Ti-n-Torha Two Caves archaeological sites" Origini 16: pp. 125–159;
  • Mori, F., (1960) Arte Preistorica del Sahara Libico Rome, De Luca;
  • Mori, F., (1965) Tadrart Acacus, Turin, Einaudi;
  • Mercuri AM (2008) Plant exploitation and ethnopalynological evidence from the Wadi Teshuinat area (Tadrart Acacus, Libyan Sahara). Journal of Archaeological Science 35: 1619-1642;
  • Mercuri AM (2008) Human influence, plant landscape evolution and climate inferences from the archaeobotanical records of the Wadi Teshuinat area (Libyan Sahara). Journal of Arid Environments 72: 1950-1967.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 24°50′N 10°20′E / 24.833°N 10.333°E / 24.833; 10.333