Perjanjian Sykes-Picot

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Perjanjian Sykes–Picot
Sykes-Picot Agreement
Accords Sykes-Picot

MPK1-426 Sykes Picot Agreement Map signed 8 May 1916.jpg
Peta pembahagian kawasan Uthmaniyah yang dirancang dalam Perjanjian ini
Dibuat3 Januari 1916
Dibentang23 November 1917 oleh pemerintah Bolshevik Rusia
Disahkan9–16 Mei 1916
Pengarang
Penandatangan
TujuanMengenalpasti liputan kuasa dan pengaruh Pihak Berikat di Timur Tengah sekiranya Empayar Uthmaniyah berjaya ditawan
sunting · di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini

Perjanjian Sykes-Picot (Bahasa Inggeris: Sykes-Picot Agreement, Bahasa Perancis: Accords Sykes-Picot) merupakan satu perjanjian rahsia yang telah dibuat oleh dua orang diplomat iaitu Sir Mark Sykes dan François Georges-Picot yang masing-masing mewakili negara Britain dan Perancis semasa Perang Dunia Pertama pada Mei 1916.[1][2] dengan tujuan membahagikan kawasan pengaruh Empayar Uthmaniyah yang sudah ditumpas pada zaman itu. Perjanjian ini telah membahagikan wilayah milik umat islam di Syria, Lubnan dan Turki Cilicia untuk diletakkan dibawah ‘kawalan’ kerajaan Perancis manakala Palestin, Jordan dan kawasan sekitar Teluk Parsi dan Baghdad adalah dibawah ‘kawalan’ kerajaan British. Walaupun secara literalnya ke semua wilayah ini tidak ditadbir oleh kedua-dua kerajaan ini namun secara amnya mereka mempunyai pengaruh didalam semua jabatan pentadbiran kerajaan wilayah tersebut. Kawasan utara Syria dan Mesopotamia adalah dibawah pengaruh Perancis manakala Saudi dan Lembah Jordan di bawah pengaruh British walau bagaimanapun ibu kota Palestin iaitu Baitulmaqdis adalah terletak dibawah pentadbiran antarabangsa.

Perjanjian ini didapati bertentangan dengan Perjanjian McMahon 1915 dimeterai T. E Lawrence telah menjanjikan kepada masyarakat Arab bahawa mereka akan mentadbir sendiri wilayah mereka berdasarkan semangat ‘nasionalisme’ dengan syarat masyarakat Arab membantu Tentera Berikat untuk menewaskan tentera kerajaan Uthmaniyah. Walau bagaimanapun, perjanjian (Mcmahon 1915) itu dipenuhi oleh Parti Berikat walaupun selepas kekalahan kerajaan Uthmanniyah. Kawasan Uthmaniyah yang ditawan masih diletakkan di bawah ‘kawalan’ Tentera Berikat namun ia menjadi pengajaran kepada masyarakat Arab untuk lebih berhati-hati di dalam berurusan dengan pihak British dan Perancis pada masa depan.

Salinan perjanjian ini telah didedahkan kepada umum dan akhirnya menyebabkan masyarakat Arab mengetahui mengenai perjanjian sulit ini. - akhbar The Guardiantmelaporkan bahawa maklumat ini sungguh "memalukan pihak British, menghampakan orang Arab dan menggembirkan pihak Turki".[3][4][5] Keadaan ini menjejas berat kedua-dua bangsa Arab yang sangat sangsi campur tangan berikutan pihak-pihak ini serta bangsa Kurdi yang masih tiada negara diperuntukkan sendiri.[6][7]

Pendahuluan[sunting | sunting sumber]

Perunding-perunding utama (dari kiri atas ke kanan bawah): Mark Sykes, François Georges-Picot, Paul Cambon dan Edward Grey.

Kandungan[sunting | sunting sumber]

Zon-zon pengaruh dan kendali Perancis, Inggris, dan Rusia yang ditetapkan oleh perjanjian ini.

Pelaksanaan[sunting | sunting sumber]

Reaksi[sunting | sunting sumber]

Selepas Revolusi Bolshevik diketuai oleh Vladimir Lenin, Lenin telah menemui salinan perjanjian ini dalam arkib kerajaan Rusia di mana Rusia juga terlibat didalam perjanjian Sykes-Picot malah seharusnya mempunyai hak ‘kawalan’ atau pengaruh di Turki, utara Armenia dan Kurdistan. Namun maklumat yang dihebahkan di Moscow pada 23 November 1917[8] menimbulkan rasa tidak puas hati kuat lalu menyebabkan Rusia menarik diri.[9]

Kesan dampak[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.law.fsu.edu/library/collection/LimitsinSeas/IBS094.pdf p. 8.
  2. ^ Fromkin, David (1989). A Peace to End All Peace: The Fall of the Ottoman Empire and the Creation of the Modern Middle East. New York: Owl. halaman 286, 288. ISBN 0-8050-6884-8.
  3. ^ Peter Mansfield, The British Empire magazine, no. 75, Time-Life Books, 1973 [1]
  4. ^ "Syria and Lebanon are often in the news". Diarkib daripada yang asal pada 2016-03-02. Dicapai pada 2016-02-19.
  5. ^ Castles Made of Sand: A Century of Anglo-American Espionage and Intervention Google Books
  6. ^ Middle East still rocking from first world war pacts made 100 years ago Diarkibkan 2017-01-26 di Wayback Machine Published in The Guardian, December 30, 2015
  7. ^ "The war within". The Economist. 2016-05-14. Diarkib daripada yang asal pada 2017-09-15. Dicapai pada 2017-09-15.
  8. ^ "Papers Relating to the Foreign Relations of the United States, 1917, Supplement 2, The World War, Volume I". Office of the Historian.
  9. ^ Taufik Adi; Susilo (2010). Ensiklopedi Pengetahuan Dunia Abad 20. Yogyakarta: Javalitera. m/s. 65.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Dokumen primer[sunting | sunting sumber]

  • Documents on British Foreign Policy, series I, vol. IV, pp. 241–251

Sumber sekunder[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]