Pergi ke kandungan

Vladimir Lenin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Vladimir Lenin
Владимир Ленин
Lenin pada Julai 1920, diambil oleh Pavel Zhukov.
Ketua Dewan Komisar Rakyat Kesatuan Soviet
(Perdana Menteri Kesatuan Soviet)
Dalam jawatan
30 Disember 1922 – 21 Januari 1924
Didahului olehJabatan baru
Digantikan olehAleksey Rykov
Ketua Dewan Komisar Rakyat Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia
Dalam jawatan
8 November 1917 – 21 Januari 1924
Didahului olehJabatan baru
Digantikan olehAleksey Rykov
Anggota Politbiro
Dalam jawatan
25 Mac 1919 – 21 Januari 1924
Dalam jawatan
23 Oktober 1917 – 7 November 1917
Butiran peribadi
LahirVladimir Ilyich Ulyanov (Rusia: Владимир Ильич Ульянов)
(1870-04-10)10 April 1870
Simbirsk, Empayar Rusia
Meninggal dunia21 Januari 1924(1924-01-21) (umur 53)
Gorki, Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia, Kesatuan Soviet
Kerakyatan Kesatuan Soviet
 Empayar Rusia
Parti politikParti Komunis Rusia (Bolshevik)
PasanganNadezhda Krupskaya (1898-1924)
ProfesionRevolusioner
Ahli politik
Tandatangan

Vladimir Ilyich Ulyanov (Rusia: Владимир Ильич Ульянов (10 April 1870 – 21 Januari 1924) atau lebih dikenali sebagai Lenin (Bahasa Rusia: Ленин,IPA: [ˈlʲenʲɪn]) merupakan seorang pemberontak dan revolusioner, pemikir dan ahli politik dari Rusia. Beliau merupakan ketua pemerintah pertama negara tersebut berikutan pengambilalihan oleh Parti Komunis berikutan Revolusi Oktober pada 1917. Di bawah pentadbirannya, Rusia, dan kemudiannya Kesatuan Soviet, menjadi satu parti negara sosialis yang ditadbir oleh Parti Komunis. Beliau mempelopori suatu aliran kefahaman Marxisme iaitu Leninisme.

Bapanya adalah Ilya Ulyanov, seorang guru sekolah kerajaan dari keluarga bekas serf; etnik bapa Ilya tidak pasti, dengan cadangan bahawa dia adalah keturunan Rusia, Chuvash, Mordvin, atau Kalmyk.[1] Lenin telah terlibat dalam pemberontakan sejak muda lagi iaitu apabila abangnya, Aleksandr, dikenakan hukuman mati pada 1887 kerana terbabit dalam rancangan membunuh Tsar Rusia pada ketika itu.

Sewaktu muda, beliau mempelajari bidang undang-undang di Universiti Kazan, namun beliau dibuang dari universiti kerana terbongkar penglibatannya dalam gerakan revolusi. Walaupun begitu, beliau telah belajar dengan sendiri dan menceburi bidang undang-undang sebagai seorang peguam. Namun kerjayanya telah berakhir dalam waktu yang singkat kerana minatnya yang mendalam akan ajaran Karl Marx. Beliau kerap menyebarkan propaganda Karl Marx kepada para pekerja terutamanya di St. Petersburg. Akibatnya, beliau telah dibuang negeri ke Siberia pada 1895 yang berakhir pada 1900. Selepas itu beliau telah meninggalkan Rusia untuk meneruskan gerakan revolusinya di luar negara.

Lenin berpegang teguh kepada fahaman Marxisme,[2] dan meyakini bahawa tafsirannya terhadap Marxisme – yang mulanya disebut "Leninisme" oleh Martov pada tahun 1904[3] – ialah satu-satu tafsiran yang sah dan sesuai dengan ajaran aslinya.[4] Menurut sudut pandang Marxis-nya, umat manusia akan meraih komunisme yang sesungguhnya, yakni sebuah masyarakat tanpa negara, tanpa kelas, yang bresifat egalitarian yang bebas dari eksploitasi dan alienasi, mampu menentukan nasibnya sendiri, dan menjunjung nilai "berilah sesuai kemampuan, terimalah sesuai kebolehan".[5] Menurut Volkogonov, Lenin meyakini bahwa langkah yang beliau tempuh terhadap Rusia akan langsung berakhir dengan penubuhan masyarakat komunis tersebut.[6]

Sebelum 1914, sebagian besar pandangan Lenin lebih kurang seiring dengan pemahaman Marxisme di Eropah pada umumnya.[2] Meskipun beliau mengkritik ideologi Marxisme yang memetik gagasan daripada falsafah dan ahli sosiologi bukan Marxisme pada masa itu,[7] gagasan-gagasan Lenin dipengaruhi bukan sahaja daripada teori Marxisme di Rusia, tetapi juga dipengaruhi pemikiran dari gerakan revolusioner Rusia, termasuk daripada kelompok agrarian-sosialis Narodnik.[8] Lenin menyesuaikan gagasannya berdasarkan perubahan situasi yang terjadi, seperti kenyataan bahawa Rusia berada di tengah perang, peristiwa kebuluran, dan kemelesetan ekonomi. Maka pada perkembangannya, Leninisme mereka semula pemikiran Marxisme yang sedia ada dan mewujudkan sudut pandang yang lebih mutlak dan bersifat mendoktrin.[2]

Pengaruh sejarah

[sunting | sunting sumber]

Volkogonov mendakwa bahawa "sangat jarang ada orang yang dapat mengubah masyarakat dengan sedemikian besarnya".[9] Pemerintahan Lenin telah menciptakan kerangka sistem pemerintahan yang akan mengatur Rusia selama tujuh dekad dan juga menjadi teladan bagi negara-negara komunis lain pada pertengahan abad ke-20.[10] Maka dari itu, pengaruh Lenin bersifat global.[11] Sebagai seorang tokoh yang kontroversial, Lenin dihormati serta dicerca;[12] Lenin diidolakan oleh kaum komunis, tetapi dianggap buruk oleh para pengritik baik daripada sayap kiri (seperti kelompok sosialis demokratik dan anarkis) mahupun sayap kanan (seperti pihak konservatif dan fasis).[13] Bahkan pada masa hidupnya, Lenin "dicintai dan dibenci, dikagumi dan dicerca" oleh masyarakat Rusia.

Sejarawan Albert Resis menyatakan bahawa apabila Revolusi Oktober dianggap sebagai peristiwa terpenting pada abad ke-20, maka Lenin "sepatutnya dianggap sebagai tokoh politik paling penting pada abad ini, entah itu [bersifat] baik ataupun buruk".[14] White menyebut Lenin sebagai "salah satu tokoh sejarah moden yang tidak diragukan lagi keluarbiasaannya",[15] sementara Service menyatakan bahwa pemimpin Rusia tersebut secara umum dipandang sebagai salah satu "pemain utama" pada abad ke-20.[16] Read menganggapnya "salah satu ikon yang paling tersebar luas dan dikenal secara universal pada abad kedua puluh",[17] sementara Ryan menyebutnya "salah satu figura paling penting dan berpengaruh dalam sejarah moden".[18] Majalah Time mengangkat Lenin menjadi salah satu dari 100 tokoh paling berpengaruh pada abad ke-20,[19] dan juga sebagai salah satu dari 25 ikon politik terbesar sepanjang masa.[20]

Di Barat, para penulis mulai membuat biografi Lenin setelah Lenin meninggal dunia; antaranya (seperti Christopher Hill) bersimpati kepadanya, sementara yang lainnya (seperti Richard Pipes dan Robert Gellately) tidak menyukainya. Sejumlah penulis biografi pada masa berikutnya, seperti Read dan Lars Lih, mencuba untuk tidak membuat koment-komen positif mahupun negatif terhadapnya, sehingga mereka menghindari stereotaip yang dipolitikkan.[21] Bagi para penerimanya, Lenin digambarkan sebagai tokoh yang berhasil menyesuaikan teori Marxis agar dapat diterapkan di Rusia.[22] Sudut pandang Soviet menggambarkannya sebagai seorang lelaki yang mengakui apa yang tidak dapat dielakkan dalam sejarah dan membantu mewujudkan apa yang memang tak dielakkan.[23] Di sisi lain, sebahagian besar sejarawan Barat memandangnya sebagai orang yang memanipulasi peristiwa-peristiwa agar Lenin dapat berkuasa, dan mereka juga menganggap fahaman-fahaman Lenin sebagai usaha untuk menjustifikasikan kebijaksanaannya pragmatiknya secara ideologikal.[23] Baru-baru ini, sejumlah revisionis (baik di Rusia mahupun di Barat) telah melihat kesan dari pemikiran yang sudah ada sebelumnya dan tekanan rakyat terhadap Lenin serta kebijaksanannya.[24]

  1. ^ Fischer 1964, m/s. 1–2; Rice 1990, m/s. 12–13; Volkogonov 1994, m/s. 7; Service 2000, m/s. 21–23; White 2001, m/s. 13–15; Read 2005, m/s. 6.
  2. ^ a b c Ryan 2012, m/s. 18.
  3. ^ Volkogonov 1994, m/s. 409.
  4. ^ Sandle 1999, m/s. 35; Service 2000, m/s. 237.
  5. ^ Sandle 1999, m/s. 41.
  6. ^ Volkogonov 1994, m/s. 206.
  7. ^ Service 2000, m/s. 203.
  8. ^ Service 2000, m/s. 173.
  9. ^ Volkogonov 1994, m/s. 326.
  10. ^ Service 2000, m/s. 391.
  11. ^ Volkogonov 1994, m/s. 259.
  12. ^ Ryan 2012, m/s. 3.
  13. ^ Read 2005, m/s. 284.
  14. ^ Albert Resis. "Vladimir Ilich Lenin". Encyclopædia Britannica. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 June 2015. Dicapai pada 4 February 2016.
  15. ^ White 2001, m/s. iix.
  16. ^ Service 2000, m/s. 488.
  17. ^ Read 2005, m/s. 283.
  18. ^ Ryan 2012, m/s. 5.
  19. ^ David Remnick (13 April 1998). "TIME 100: Vladimir Lenin". Diarkibkan daripada yang asal pada 25 April 2011. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  20. ^ Feifei Sun (4 Februari 2011). "Top 25 Political Icons: Lenin". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Januari 2015. Dicapai pada 4 Februari 2016.
  21. ^ Lee 2003, m/s. 14; Ryan 2012, m/s. 3.
  22. ^ Lee 2003, m/s. 14.
  23. ^ a b Lee 2003, m/s. 123.
  24. ^ Lee 2003, m/s. 124.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
Lee, Stephen J. (2003). Lenin and Revolutionary Russia. London: Routledge. ISBN 978-0-415-28718-0.CS1 maint: ref=harv (link)
Ryan, James (2012). Lenin's Terror: The Ideological Origins of Early Soviet State Violence. London: Routledge. ISBN 978-1-138-81568-1.CS1 maint: ref=harv (link)
Sandle, Mark (1999). A Short History of Soviet Socialism. London: UCL Press. doi:10.4324/9780203500279. ISBN 978-1-85728-355-6.CS1 maint: ref=harv (link)
Service, Robert (2000). Lenin: A Biography. London: Macmillan. ISBN 978-0-333-72625-9.CS1 maint: ref=harv (link)
Volkogonov, Dmitri (1994). Lenin: Life and Legacy. Diterjemahkan oleh Shukman, Harold. London: HarperCollins. ISBN 978-0-00-255123-6.CS1 maint: ref=harv (link)