Perpustakaan bayangan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perpustakaan bayangan ialah pangkalan data dalam talian bagi kandungan sedia ada yang tidak mudah diakses. Kandungan sedemikian mungkin tidak boleh diakses atas beberapa sebab, termasuk penggunaan paywall, kawalan hak cipta atau halangan lain kepada kebolehcapaian yang diletakkan pada kandungan oleh pemilik asalnya. [1] Perpustakaan bayangan biasanya terdiri daripada maklumat teks seperti buku-buku elektronik, tetapi boleh juga termasuk media digital lain, seperti perisian komputer, muzik atau filem.

Contoh perpustakaan-perpustakaan bayangan adalah Anna's Archive, Library Genesis, Sci-Hub dan Z-Library. Perpustakaan-perpustakaan bayangan ini merupakan perpustakaan buku dan bayangan akademik yang popular [2] dan antara perpustakaan awam yang terbesar untuk buku dan kesusasteraan.

Motivasi[sunting | sunting sumber]

Pertumbuhan Library Genesis, 2009-2022

Salah satu motivasi utama di sebalik penciptaan perpustakaan-perpustakaan bayangan adalah untuk memudahkan penyebaran kandungan akademik, terutamanya kertas-kertas penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal-jurnal akademik. [3] Sastera akademik telah menjadi semakin mahal disebabkan kos untuk mengakses maklumat yang dicipta oleh sarjana-sarjana akademik telah meningkat secara mendadak sejak beberapa tahun lalu, terutamanya kos buku. [4] Istilah krisis bersiri telah diberikan untuk menggambarkan trend berterusan ini.

Selain itu, motivasi yang sama di sebalik krisis bersiri juga telah menimbulkan gerakan politik antarabangsa bersepadu untuk menjadikan pengetahuan akademik percuma atau lebih murah, yang dikenali sebagai gerakan Akses Terbuka . [5] Pergerakan Akses Terbuka berusaha untuk mewujudkan kedua-dua jurnal yang bebas untuk diakses (dikenali sebagai jurnal akses terbuka ) dan repositori bebas untuk mengakses kertas jurnal akademik yang diterbitkan di tempat lain. Namun begitu, kebanyakan jurnal akses terbuka memerlukan ahli akademik membayar yuran untuk diterbitkan di dalam jurnal akses terbuka. Ini secara tidak langsung mengurangkan motivasi ahli akademik daripada menerbitkan kertas penyelidikan meraka di dalam jurnal tersebut. [6]

Motivasi ketiga untuk penubuhan perpustakaan bayangan ialah sokongan tersirat oleh ramai ahli-ahli akademik terhadap usaha sedemikian. [7] Ahli akademik jarang diberi pampasan oleh penerbit untuk kerja-kerja mereka, tidak kira sama ada karya mereka diterbitkan dalam jurnal akses terbuka atau jurnal harga konvensional. Oleh itu, ahli akedemik kini kurang insentif untuk menolak perpustakaan bayangan. Tambahan pula, perpustakaan-perpustakaan bayangan sebenarnya mampu meningkatkan impak ahli-ahli akademik yang kerjanya terdapat dalam perpustakaan bayangan. Menurut satu kajian dari Universiti Cornell, artikel yang terdapat di Sci-Hub menerima 1.72 kali lebih banyak petikan berbanding artikel daripada jurnal yang mempunyai kualiti yang sama yang tidak terdapat di Sci-Hub. [8]

Status undang-undang[sunting | sunting sumber]

Kandungan yang dihoskan oleh sesetengah perpustakaan bayangan mungkin dihoskan tanpa kebenaran pemilik asal bahan tersebut. Ini mungkin menyebabkan sesetengah perpustakaan bayangan menyalahi undang-undang ; namun, memandangkan penyelidik tidak perlu mendedahkan cara mereka mengakses bahan akademik, adalah sukar untuk memantau penggunaan kertas akademik yang diakses secara haram. Tambahan pula, tidak semua pengarang bersetuju untuk cuba menjejaskan akses kepada perpustakaan-perpustakaan bayangan, termasuk Z-Library, dan sekurang-kurangnya seorang pengarang, Alison Rumfitt, telah datang untuk mempertahankan pengekalan akses kepada perpustakaan-perpustakaan tersebut. [9]

Sehingga sekarang, tiada konsensus lagi di kalangan pihak berkuasa undang-undang di Amerika Syarikat dan Eropah tentang sejauh mana pengiklanan perpustakaan bayangan merupakan satu kesalahan jenayah . Pada masa ini tiada kes yang sudah selesai yang menentukan sama ada ahli akademik dibenarkan untuk terus menyediakan pautan kepada perpustakaan-perpustakaan bayangan. Namun begitu, ancaman tindakan undang-undang oleh penerbit-penerbit akademik berhubung rujukan sedemikian ada berlaku dalam insiden-insiden terpencil. Tindakan undang-undang terhadap penyelidik masih jarang berlaku. [10]

Walaupun kebanyakan ahli akademik tidak dihukum apabila mengedarkan karya terbitan mereka secara pensedirian dan bebas (oleh itu, mengelakkan keperluan perpustakaan bayangan), terdapat laporan penerbit akademik mengancam ahli-ahli akademik tersebut dengan tindakan undang-undang. [11]

Menggunakan teknologi daya tahan[sunting | sunting sumber]

Perpustakaan bayangan (atau pangkalan data kandungannya) menggunakan BitTorrent, web gelap dan teknologi IPFS untuk meningkatkan daya tahan mereka dan mengagihkan beban. [12] [13] [14] [15] [16] Dalam kes Anna's Archive, perisian ini dibangunkan dan boleh diakses sebagai perisian sumber terbuka, membolehkan pembangunan kod oleh mana-mana sukarelawan dan cermin atau garpu. Laman tersebut mendakwa bahawa "jika kami ditutup kami hanya akan muncul di tempat lain, kerana semua kod dan data kami adalah sumber terbuka sepenuhnya". [17] [18]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Karaganis, Joe, penyunting (2018). Shadow Libraries: Access to Knowledge in Global Higher Education (dalam bahasa Inggeris). The MIT Press. doi:10.7551/mitpress/11339.001.0001. ISBN 978-0-262-34569-9. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-02. Dicapai pada 2020-09-23.
  2. ^ Van der Sar, Ernesto (November 19, 2022). ""Anna's Archive" Opens the Door to Z-Library and Other Pirate Libraries". TorrentFreak. Diarkibkan daripada yang asal pada November 19, 2022. Dicapai pada January 3, 2023.
  3. ^ Woodcock, Claire (November 30, 2022). "'Shadow Libraries' Are Moving Their Pirated Books to The Dark Web After Fed Crackdowns - Academic repositories like LibGen and Z-Library are becoming less accessible on the web, but finding a home on alt-networks like Tor and IPFS". Vice. Diarkibkan daripada yang asal pada November 30, 2022. Dicapai pada November 30, 2022.
  4. ^ "Trends in the Price of Academic Titles in the Humanities and Other Fields". American Academy of Arts & Sciences (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-04-20. Dicapai pada 2021-02-15.
  5. ^ "Schattenbibliotheken: Piraterie oder Notwendigkeit?". iRights – Kreativität und Urheberrecht in der digitalen Welt (dalam bahasa Jerman). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-02. Dicapai pada 2020-09-23.
  6. ^ Suber, Peter (2013-10-21). "Open access: six myths to put to rest". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-20. Dicapai pada 2021-02-15.
  7. ^ "Shadow Libraries – The Piracy Years" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-02. Dicapai pada 2021-02-15.
  8. ^ Correa, Juan C.; Laverde-Rojas, Henry; Tejada, Julian; Marmolejo-Ramos, Fernando (January 2022). "The Sci-Hub effect on papers' citations". Scientometrics. 127 (1): 99–126. doi:10.1007/s11192-020-03806-w. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 July 2023. Dicapai pada 26 July 2023.
  9. ^ Rumfitt, Alison (November 25, 2022). "In defence of Z-Library and book piracy - Pirated ebook site Z-Library was the bane of many authors' and publishers' existence, however Alison Rumitt – herself an author – isn't celebrating its loss". Dazed. Diarkibkan daripada yang asal pada November 25, 2022. Dicapai pada November 25, 2022.
  10. ^ "Legal questions raised over links to Sci-Hub". www.insidehighered.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-01-10. Dicapai pada 2021-02-14.
  11. ^ "What happened when a professor was accused of sharing his own work on his website" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-05-14. Dicapai pada 2021-02-15.
  12. ^ "Meet the Guy Behind the Libgen Torrent Seeding Movement". TorrentFreak (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 May 2021. Dicapai pada 23 October 2020.
  13. ^ "Archivists Want to Make Sci-Hub 'Un-Censorable'". Gizmodo (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 December 2022. Dicapai pada 13 June 2021.
  14. ^ ""Anna's Archive" Opens the Door to Z-Library and Other Pirate Libraries". TorrentFreak (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 November 2022. Dicapai pada 8 January 2023.
  15. ^ "'Shadow Libraries' Are Moving Their Pirated Books to The Dark Web After Fed Crackdowns". VICE (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 November 2022. Dicapai pada 8 January 2023.
  16. ^ "A piece of Web3 tech helps banned books through the Great Firewall's cracks". South China Morning Post (dalam bahasa Inggeris). 16 April 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 November 2022. Dicapai pada 8 January 2023.
  17. ^ Staff (January 2023). "Anna's Archive - About". Anna's Archive. Dicapai pada January 3, 2022.
  18. ^ Staff (January 2023). "Anna's Archive - Software". Anna's Archive. Diarkibkan daripada yang asal pada January 17, 2023. Dicapai pada January 4, 2022.