Persatuan Bahasa Moden Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Persatuan Bahasa Moden Malaysia (PBMM) adalah sebuah pertubuhan profesional bukan kerajaan di Malaysia. Ianya berdaftar pada tahun 1986 kerana keperluan daripada para guru dan penyelidik akan wadah untuk memenuhi kepentingan bersama yakni mengajar bahasa dan membuat kajian dalam bidang bahasa-bahasa moden yang terutama dipelajari di Malaysia. Para ahli PBMM adalah guru, pensyarah dan penyelidik beberapa bahasa moden yakni Melayu, Inggeris, Arab, Burma, China, Rusia, Itali, Korea, Jepun, Jerman, Perancis, Portugis, Sepanyol, Tamil, dan Thai. Antara ahli, ada juga yang berkecimpung giat dalam penyelidikan bahasa-bahasa orang asli dan bumiputera misalnya Iban dan Mah Meri.

Penaung PBMM ialah Sultan Perak Darul Ridzuan DYMM Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah. Presiden - Prof. Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar

Antara kegiatan PBMM ialah persidangan antarabangsa, seminar kebangsaan, syarahan umum oleh pakar bahasa dalam berbagai bidang, perayaan bahasa serta kursus pendek bagi masyarakat. PBMM menerbitkan jurnal tahunan "Bahasa Jendela Alam"

Rujukan[sunting | sunting sumber]