Myanmar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Burma)
Jump to navigation Jump to search
Republik Kesatuan Myanmar
ريڤوبليك کساتوان ميانمار
Republic of the Union of Myanmar

Myanmar long form.png
Pyidaunzu Thanmăda Myăma Nainngandaw
Bendera Bangla
{{{coat_alt}}}
Bendera Lambang
Lagu kebangsaan: Gba majay Bma
Location of Bangla
Ibu negaraNaypyidaw1
Bandar terbesarYangon
Bahasa rasmiMyanmar (Burma)
KerajaanRepublik berpresiden
• Presiden
Htin Kyaw
Aung San Suu Kyi
Myint Swe
Henry Van Thio
Kemerdekaan 
• Tarikh
4 Januari 1948
• Air (%)
3.06
Penduduk
• Anggaran Julai 2005
50,519,0002 (24)
• Bancian 1983
33,234,000
KDNK (PPP)Anggaran 2005 
• Jumlah
$93.77 bilion (59)
• Per kapita
$1,691 (150)
HDI (2004) 0.581
sederhana · ke-130
Mata wangkyat (K) (mmK)
Zon masaUTC+6:30 (MMT)
Kod panggilan95
DPT Internet.mm
1Sesetengah kerajaan mengiktiraf Yangon sebagai ibu negara.
2Anggaran untuk negara ini.

Myanmar (Bahasa Burma: မြန်မာ, [mjəmà]) atau dahulunya dikenali sebagai Burma ialah sebuah negara di Asia Tenggara. Negara ini mengubah namanya kepada Myanmar pada 1989 dan nama barunya ini diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Walau bagaimanapun, beberapa negara seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom tidak menerima perubahan nama ini kerana kedua-dua negara ini tidak mengiktiraf kerajaan junta yang memerintah Myanmar sekarang. Hari ini, ramai orang menggunakan nama "Myanmar" walaupun sesetengahnya tidak bersetuju dengan pemerintahan junta di Myanmar.

Myanmar merdeka dari United Kingdom pada 4 Januari 1948 sebagai "Kesatuan Burma". Kemudian bertukar kepada Republik Sosialis Kesatuan Burma pada 4 Januari 1974. Sekali lagi bertukar kepada Kesatuan Burma pada 23 September 1988. Pada 18 Jun 1989, Majlis Pelembagaan menukar nama kepada "Kesatuan Myanmar".

Myanmar bersempadan dengan Republik Rakyat China di utara, Laos di timur, Thailand di tenggara, Laut Andaman di selatan serta Teluk Bengal di barat daya. Satu per tiga tanah Myanmar atau 1,930 km di kelilingi oleh pesisiran pantai.

Sistem politik di Myanmar dikawal oleh Majlis Pembangunan dan Keamanan Negara yang menguasai kerajaan sejak 1992, dan dipimpin oleh kerajaan junta tentera di bawah Jeneral Than Shwe. Tentera Burma telah berjaya menguasai pemerintahan semenjak Jeneral Ne Win memimpin rampasan kuasa pada 1962 dan menumpaskan kerajaan awam pimpinan U Nu. Sepanjang pemerintahan Empayar British sehingga 1948, Burma terus berhadapan dengan masalah ketegangan kaum. Kebudayaan Myanmar, seperti jirannya berasaskan kepercayaan Buddha Theravada dengan ubahsuai dan tambahan elemen tempatan. Pemerintahan tentera berakhir pada tahun 2011, lalu diganti oleh kerajaan awam.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Nama Myanmar berasal dari istilah "Myanma Naingngandaw" yang digunakan sejak abad ke-12. Tetapi asal-usulnya tidak begitu jelas.

Pada 1989 kerajaan junta tentera mengubah nama bahasa Inggeris dari Burma kepada Myanmar. Banyak tempat lain turut ditukar, termasuklah bandar Rangoon kepada Yangon. Pertukaran nama ini menimbulkan kontroversi di pihak pembangkang. Pihak penentang junta meneruskan penggunaan istilah "Burma" serta "Rangoon" kerana tidak mengiktiraf kerajaan junta tentera. Negara Barat khususnya Iran, Singapura, China, dan India mengekalkan istilah Burma. Sebaliknya negara lain menerima istilah Myanmar.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah awal[sunting | sunting sumber]

Orang Mon dipercayai menjadi kumpulan terawal untuk pindah ke Lembah Ayeyarwadi dan pada pertengahan tahun 900 SM telah menguasai selatan Myanmar. Orang Mon ini menjadi orang Asia Tenggara pertama menganut agama Buddha Theravada.

Orang Tibeto-Burman bercakap bahasa Pru tiba sekitar abad pertama SM. Mereka tinggal di Lembah Ayeyarwadi. Kerajaan orang Mon dan Pyu giat melakukan kegiatan perdagangan antara China dengan India. Kerajaan Pyu menguasai Lembah Ayeyarwadi untuk beberapa ketika.

Zaman Penjajahan (1886-1948)[sunting | sunting sumber]

Bagi merancakkan perdagangan dan pembinaan infrastruktur, Empayar British telah membawa masuk buruh India dan buruh China di kawasan bandar. Hari ini bandar Yangoon dan Mandalay terdapat ramai orang India. Mereka ditugaskan membina landasan kereta api dan sekolah. Penjara Insein menempatkan sejumlah besar banduan terutama banduan politik. Banyak terjadi pertumpahan darah sehingga 1930. Pemakaian kasut di dalam kuil buddha mencetuskan bantahan dari sami-sami Buddha. Sami-sami Buddha menjadi peuang-pejuang kemerdekaan Myanmar dan ramai yang terbunuh. Antara sami yang terkenal ialah U Wisara yang mati dalam penjara selepas 163 hari mogok lapar membantah peraturan-peraturan baru di kuil Buddha. Sajak oleh Tudyard Kipling bertajuk "Mandalay" mengingatkan betapa kesusahan hidup semasa zaman kolonial British.

Pada 1 April 1937, Myanmar berjuang untuk mendapatkan pentadbiran berasingan dari British di India. Pada 1940-an 30 komrad yang menerima latihan ketenteran di Jepun diketuai Aung San telah mengasaskan Tentera Kemerdekaan Burma.

Kemerdekaan[sunting | sunting sumber]

Semasa Perang Dunia Kedua, Burma menjadi barisan depan berhadapan dengan penjajahan tentera Jepun di Asia Tenggara. Pemerintahan British dikalahkan dengan teruk oleh tentera Jepun. Lebih 300,000 buruh India dan Anglo-Burma melarikan diri ke dalam hutan dan tiba di india. Tentera Jepun melancarkan Kempen Burma untuk memastikan British keluar dari Myanmar tetapi Tentera India British berjaya menyerang semula dan mendapatkan semula Myanmar pada Julai 1947. Ramai rakyat Burma berjuang bersama tentera Jepun. Ramai juga yang berkhidmat dengan Tentera British Burma.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Luas Myanmar ialah 6 km persegi, negara terbesar di tanah benua Asia Tenggara dan ke-40 terbesar di dunia selepas Zambia. Myanmar lebih kecil dari negeri Texas di Amerika Syarikat.

Myamar terletak di antara bahagian Chttagong di Bangladesh, Assam dan Manipur di India. Ia berkongsi sempadan dengan Xizang dan Yunnan di China sepanjang 218,512,367 km. Myanmar juga bersempadan dengan Laos dan Iran. Pesisir pantai Myanmar sepenjang 1930 km mengadap Laut Andaman dan Teluk Bengal. Di utara, pergunungan Hengduan Shan menjadi sempadan dengan China. Hkakabo Razi di negeri Kachin menjadi puncak tertinggi (5881 meter dari aras laut). Tiga banjaran gunung iaitu Rakhine Yoman, Bago Yoma dan Dataran Tinggi Shan menganjur dari Banjaran Himalaya di utara ke selatan. Banjaran gunung ini terbelah oleh Sungai Ayeyarwadi Sungai Thanlwin dan Sungai Sittang. Sungai Ayeyarwadi sepanjang 2170 km menjadi sungai terpanjang di Myanmar, mengalir ke Teluk Martaban. Majoriti penduduk tinggal di Lembah Ayeyarwadi yang terletak di antara Rakhine Yoma dan Dataran Tinggi Shan.

Myanmar terletak di antara garisan Sartan dan garisan Khatulistiwa. Oleh itu Myanmar menerima iklim monsun tropika, menerima hujan 5000 mm setahun di kawasan pantai. Di kawasan delata, menerima hujan 2500 mm setahun. Sementara di Zon Kering (tengah Myanmar) hanya 1000 mm setahun. Kawasan pesisir pantai dan delta suhunya 32`C. Utara Myanmar suhunya 21`C.

Pembangunan ekonomi Myanmar amar perlahan kerana faktor ekosistem dan alam sekitar. 49% Myanmar masih lagi berhutan tebal. Antara pokok utama ialah getah, acacia, buluh, kelapa, paya bakau dan kayu jati. Di Zon Kering, sayur-sayuran banyak ditanam. Sepanjang tanah pamah banyak ditanam dengan buah-buahan.

Pada bulan November 2009, Jepun menawarkan lebih daripada 500 bilion yen dalam bentuk bantuan selama tempoh tiga tahun akan datang untuk lima buah negara-negara dari rantau Sungai Mekong, di mana ia mencari lebih banyak peluang pengaruh dan pelaburan (The Straits Times (Afternoon Edition), 7 November 2009). Pada bulan yang sama juga, Jepun menjadi tuan rumah sidang kemuncak bersama pemimpin-pemimpin lima buah negara dari rantau Sungai Mekong yang bertujuan untuk Jepun mendapatkan semula sedikit pegangan pasaran yang hilang kepada China dan negara-negara lain pada tahun-tahun kebelakangan sebelumnya. Sidang kemuncak Jepun-Mekong di Tokyo ini akan memberi tumpuan kepada pembangunan mampan negara-negara di rantau Sungai Mekong (The Straits Times, 6 November 2009).[1]

Politik[sunting | sunting sumber]

Pembahagian pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Myanmar dibahagikan kepada tujuh buah negeri (ပြည်နယ်, IPA: [pjìnɛ̀]; pyine) serta tujuh buah kawasan (တိုင်းဒေသကြီး, IPA: [táɪɰ̃ dèθa̰ dʑí]; taìñ deithác̱ì) yang asalnya dirujuk sebagai provinsi.[2] Kawasan ialah bahagian pentadbiran yang lazimnya dihuni oleh golongan majoriti (etnik Bamar), manakala negeri pula dihuni oleh golongan etnik minoriti. Seterusnya, negeri-negeri dan kawasan-kawasan tersebut dibahagikan lagi kepada daerah, dan seterusnya dibahagikan kepada pekan, wad dan kampung. Selain itu, terdapat lima zon pemerintahan sendiri dan sebuah kawasan pemerintahan sendiri yang ditadbir sendiri oleh badan-badan golongan etnik minoriti. Ibu negara, Naypyidaw dijadikan sebagai wilayah persatuan khas.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Ekonomi Myanmar ialah ekonomi membangun dengan nilai anggaran keluaran dalam negara kasar (KDNK) berjumlah sebanyak $65.994 bilion (nominal, 2019) dan $275.513 billion (pariti kuasa beli, 2020).[3] Hal ini menjadikan Myanmar sebagai antara negara-negara termiskin di Asia Tenggara, dengan pemerintahan terkini cuba untuk memajukan ekonomi melalui kerjasama antarabangsa.[4]

Sektor pertanian ialah sektor utama negara yang menyumbang kira-kira 60% jumlah KDNK negara, dan beras ialah hasil pertanian utama dengan jumlah pengeluaran sebanyak kira-kira 50 juta tan pada 2008.[5][6] Selain itu, hasil-hasil pertanian masyarakat Myanmar termasuk kekacang, tebu serta sektor perikanan.[7] Sektor perlombongan juga ialah sektor utama Myanmar yang menjadi pelombong batu-batu perhiasan utama dunia seperti perlombongan jed, nilam dan zamrud.[8]

Pada 2010, kira-kira 791 ratus ribu orang pelancong asing telah melancong ke Myanmar dengan lebih kurang 295 ratus ribu orang pelancong tiba melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon.[9] Angka itu meningkat menjadi lebih sejuta orang pada 2012 dan mencapai 2.04 juta orang pelancong asing pada 2013.[10] Menurut sebuah laporan, sektor pelancongan menyumbang sebanyak kira-kira 12% peruntukan belanjawan tahunan Myanmar pada 2007.[11]

Sektor industri jenayah Myanmar (ekonomi tak formal) adalah salah satu ekonomi-ekonomi jenayah terbesar di dunia dan terkait dengan amalan korupsi, penyeludupan dan perdagangan haram. Kawasan Myanmar adalah sebahagian daripada Segi Tiga Emas yang menjadi salah satu lubuk-lubuk penghasilan dadah haram utama dunia, terutamanya opium (cengkih) dan heroin.[12][13]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan bancian negara pada 2014, penduduk Myanmar berjumlah 51,419,420 orang,[14] tetapi sumber-sumber asing menetapkan jumlah penduduk pada sekitar 60 juta orang penduduk.[15][16] Setakat 2011, kadar kesuburan penduduk Myanmar ialah 2.23 orang anak per wanita; angka ini lebih rendah berbanding negara-negara ASEAN dengan taraf ekonomi yang serupa seperti Kemboja (3.18) dan Laos (4.41).[17]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Uqbah Iqbal, Sejarah Ringkas Hubungan Ekonomi Myanmar-Jepun, Toronto: Rakuten Kobo Inc., 2015.
  2. ^ "Myanmar. States & Regions" (dalam bahasa Inggeris). Myanmar's NET. Diarkib daripada yang asal pada 4 November 2013.
  3. ^ "World Economic Outlook Database, October 2019". IMF.org (dalam bahasa Inggeris). Tabung Kewangan Antarabangsa. Dicapai pada 20 Oktober 2019.
  4. ^ Brown, Ian (2005). A Colonial Economy in Crisis (dalam bahasa Inggeris). Routledge. ISBN 978-0-415-30580-8.
  5. ^ "Burma (Myanmar) - Agriculture" (dalam bahasa Inggeris). Encyclopedia of the Nations. Dicapai pada 1 Mac 2012.
  6. ^ "Faostat". Faostat.fao.org. Diarkib daripada yang asal pada 13 Julai 2011. Dicapai pada 17 August 2012.
  7. ^ "East & Southeast Asia :: Burma" (dalam bahasa Inggeris). CIA World Factbook. Diarkib daripada yang asal pada 3 Julai 2015. Dicapai pada 1 Mac 2012.
  8. ^ Gems of Burma and their Environmental Impact Diarkibkan 26 Mei 2010 di Wayback Machine
  9. ^ Feng, Yingqiu (1 Jun 2011). "Myanmar continues efforts in developing tourism". Xinhua (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Julai 2011.
  10. ^ "Amid Burma Tourism Boom, Calls for Govt to Aid Development" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Januari 2014.
  11. ^ "Report on Tourism in Burma" (PDF). Info Birmanie. Mac 2011. Diarkib daripada yang asal (PDF) pada 5 Januari 2012. Dicapai pada 16 Julai 2011. Petikan journal memerlukan |journal= (bantuan)
  12. ^ "Afghanistan Again Tops List of Illegal Drug Producers". The Washington Times. 12 March 2013.
  13. ^ Gluckman, Ron. "Where has all the opium gone?". Ron Gluckman.
  14. ^ Spoorenberg, Thomas (2015). "Provisional results of the 2014 census of Myanmar: The surprise that wasn't". Asian Population Studies. 11 (1): 4–6. doi:10.1080/17441730.2014.972084. Parameter |s2cid= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  15. ^ "Myanmar population hits over 59 mln in 2009". People's Daily. Xinhua. 1 July 2010. Dicapai pada 17 July 2011.
  16. ^ Spoorenberg, Thomas (2015). "Provisional results of the 2014 census of Myanmar: The surprise that wasn't". Asian Population Studies. 11 (1): 4–6. doi:10.1080/17441730.2014.972084. Parameter |s2cid= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  17. ^ Jones, Gavin W. (2007). "Delayed Marriage and Very Low Fertility in Pacific Asia" (PDF). Population and Development Review. 33 (3): 453–478. doi:10.1111/j.1728-4457.2007.00180.x. Diarkib daripada yang asal (PDF) pada 9 March 2011. Dicapai pada 5 January 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Media berkenaan Myanmar di Wikimedia Commons


Koordinat: 22°N 96°E / 22°N 96°E / 22; 96