Pertempuran Kosovo (1448)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bagi operasi tempur lain di wilayah Kosovo, lihat Pertempuran Kosovo (nyahkekaburan).
Pertempuran Kosovo Kedua
Sebahagian daripada Perang Uthmaniyyah di Eropah dan Perang Hungary-Uthmaniyyah
Sueleymanname akinci.png
Seorang tentera kerahan Akıncı mengalahkan kesatria Hungary.
Tarikh 17–20 Oktober 1448 (kalendar Julian)
Lokasi Medan Kosovo, kini di Kosovo (kemudian Despotate Serbia, vasal Uthmaniyyah)
Hasil Kemenangan muktamad Uthmaniyyah
Pihak yang terlibat
Fictitious Ottoman flag 1.svg Empayar Uthmaniyyah Armoiries Hongrie ancien.svg Kerajaan Beraja Hungary

Wallachia Wallachia

Komandan
Murat II John Hunyadi

Vladislav II

Kekuatan
~ 40,000[1] to 60,000[2]

Angka-angka pihak Uthmaniyyah kemungkinan dibesar-besarkan. Oleh kerana sumber angkat daripada pihak Uthmaniyyah tidak diperolehi, kebergantungan dibuat berdasarkan sumber Eropah yang berat sebelah.

24,000[2][3]-30,000 men[1]
Korban
Tidak diketahui[4] 17,000[4]

Pertempuran Kosovo Kedua (Hungary: második rigómezei csata, Turki: İkinci Kosova savaşı) (17 Oktober–20 Oktober 1448) berlaku di Kosovo Polje antara pakatan Kerajaan Beraja Hungary dan Wallachia yang diketuai oleh John Hunyadi, menentang pasukan bersekutu yang diketuai oleh Uthmaniyyah di bawah Sultan Murad II. Pertempuran ini membawa kemenangan muktamad kepada Uthmaniyyah.

Pertempuran[sunting | sunting sumber]

Tentera salib yang kemungkinan berjumlah 24,000 orang,[1][2][3] tiba di Medan Kosovo – tapak di mana Pertempuran Kosovo pertama terjadi pada tahun 1389, antara Serb dan Uthmaniyyah – dan berhadapa dengan tentera Uthmaniyyah berjumlah 60,000 orang.[1][2] Sultan Murad secara peribadi mengetuai satu seksyen tentera Janissari dan meriam, sementara anak lelaki dan penganti beliau Mehmed, yang terlibat dalam pertempuran buat pertama kali, mengetuai tentera Anatolia di sayap kanan. Hunyadi mengetuai bahagian tengah pasukan tentera beliau, sementara tentera Salib di sayap kanan di bawah orang Wallachia. Hungary juga memiliki sederet panjang meriam.

Pada hari berikutnya pertempuran dimulakan apabila Hunyadi menyerang rusuk Uthmaniyyah dengan gabungan kavalri (ringan dan berat). Rusuk pihak Uthmaniyyah, yang terdiri daripada tentera daripada Rumelia dan Anatolia, mengalami kekalahan sehingga ketibaan kavalri ringan Turki untuk memperkuatkan barisan mereka. Rusuk pihak Kristian kemudian dikalahkan dan para tentera yang terselamat berundur kembali ke pasukan utama Hunyadi. Apabila Hunyadi menyedari kekalahan pasukan rusuk beliau, beliau membuat serangan dengan pasukan utama beliau yang terdiri daripada kesatria dan infantri ringan. Kor-kor janissari tidak berjaya menghentikan mereka; dan pasukan kavalri berjaya mara melepasi barisan tengah Turki tetapi dapat dihentikan di kem Turki. Apabila serangan utama dihentikan, infantri Turki berkumpul semula dan berjaya mengundurkan kesastria Hungary. Kavalri ringan, yang kini kehilangan sokongan kesatria juga berjaya dikalahkan. Tentera Hungary berundur ke kem mereka. Semasa pengunduran ini, pihak Janissari berjaya membunuh kebanyakan para bangsawan Hungary; Hunyadi melarikan diri tetapi kemudian berjaya ditangkap oleh pihak Serb. Pada waktu malam, infantri Turki menembak meriam ke arah tentera Hungary, yang mana kemudian membalas tembakan meriam. Pada hari berikutnya, serangan terakhir berjaya menghapuskan saki baki tentera Hungary yang masih tinggal.

Selepas kejadian[sunting | sunting sumber]

Negeri-negeri Kristian di Balkan tidak berjaya menahan asakan Uthmaniyyah selepas kekalahan ini, akhirnya jatuh dan ditawan oleh empayar Uthmaniyyah. Selepas pertempuran, Hunyadi telah ditawan oleh Branković, yang mana tidak melepaskan beliau sehingga tebusan sebanyak 100,000 florin dibayar, pengembalian wilayah di mana Hunyadi telah merampasnya daripada Branković, dan perkahwinan pewaris Hunyadi dengan anak perempuan Branković.[5] Bagi tempoh pemerintahan Hunyadi yang selebihnya, beliau berjaya mempertahankan Kerajaan Beraja Hungary dalam kempen-kempen penentangan ke atas Uthmaniyyah. Skanderbeg juga berjaya meneruskan tentangan beliau di Albania sehingga kematian beliau pada tahun 1468, tetapi 10 tahun kemudian negara ini jatuh sepenuhnya ke bawah kekuasaan Uthmaniyyah.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Bennett, The Hutchinson Dictionary of Ancient & Medieval Warfare, p. 182 "Hunyadi led 24,000 - 30,000 men including 10,000 Wallachians, but should have waited to join Scanderbeg's troops before confronting Murad's force of 40,000."
  2. ^ a b c d Sedlar, East Central Europe in the Middle Ages, p. 248 "Hunyadi,who was now the richest landowner in Hungary, had raised an army of 24,000 men from his private resources, including German and Bohemian infantrymen armed with handguns to supplement his Hungarian cavalry. [...]This time the sultan brought on to the field a force of at least 60,000 men including Janissaries with muskets and a contingent of artillery."
  3. ^ a b Turnbull, The Ottoman Empire 1326-1699, p. 36 "Hunyadi led an army of 24,000 men, including 8,000 Wallachians, but suffered another military defeat without even seeing his Albanian allies."
  4. ^ a b Mehmed the Conqueror and His Time by Franz Babinger, page 55
  5. ^ Molnár, Miklós (2001-04-30). A Concise History of Hungary. Cambridge University Press. m/s. 65. ISBN 9780521667364. Dicapai 12 September 2012. 

Sumber[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Ottoman battles

Koordinat: 42°38′N 21°07′E / 42.63°N 21.12°E / 42.63; 21.12