Pengepungan Belgrade (1456)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pengepungan Belgrade (Nándorfehérvár)
Sebahagian daripada Perang Uthmaniyyah di Eropah
Perang Hungary-Uthmaniyyah

Sebuah lukisan Uthmaniyyah semasa Pengepungan Belgrade 1456
Tarikh4-22 Julai, 1456
Lokasi
Nándorfehérvár, Kerajaan Beraja Hungary (kini di Belgrade, Serbia)
Keputusan Kemenangan muktamad Hungary
Pihak yang terlibat
Kerajaan Beraja Hungary
Tentera Salib yang terdiri dari petani dan rekrut tempatan
Empayar Uthmaniyyah
Komandan dan pemimpin
Kekuatan
Sekitar 4,000 anggota yang bersenjata lengkap[1]
A motley army of some 60,000 (mostly crusader peasants and citizens of Belgrade)[2]
200 boats[3]
30,000;[4] higher estimates of 100,000[5][6]
200 vessels[7]
Kerugian dan korban
Tidak diketahui 13,000 orang[8]
200 galleys[9]
300 cannons[9]

Pengepungan Belgrade, atau Pertempuran Belgrade atau Pengepungan Nándorfehérvár terjadi antara 4-22 Julai 1456. Selepas kejatuhan Constantinople pada tahun 1453, Sultan Uthmaniyyah Mehmed II mengumpulkan tentera beliau untuk menguasai Kerajaan Beraja Hungary. Objektif utama beliau adalah sebuah kubu sempadan yang terletak di bandar Belgrade (dalam bahasa Hungary Tua Nándorfehérvár). John Hunyadi, seorang Voivode Transylvania, yang telah terlibat dalam banyak pertempuran dengan Turki sejak dua dekad sebelumnya, menyediakan pertahanan kubu.

Pengepungan ini merebak menjadi pertempuran penting, semasa Hunyadi mengetuai serangan balas ke atas kem Uthmaniyah, telah berjaya mencederakan Mehmed II yang mana membuatkan beliau membatalkan kepungan dan berundur. Pertempuran ini menghasilkan keputusan yang penting di mana ia berjaya menstabilkan perbatasan selatan Hungary untuk lebih setengah abad dan oleh itu melambatkan Uthmaniyyah kemaraan ke Eropah.

Paus juga merayakan kemenangan ini, apabila sebelumnya beliau telah mengarahkan kesemua kerajaan beraja Katolik untuk berdoa untuk kemenangan para pertahanan di Belgrade. Peristiwa ini menyebabkan upacara membunyikan loceng pada waktu tengahari yang masih dilakukan oleh gereja-gereja Katolik dan Protestant Tua pada hari ini. Hari Kemenangan, 22 Julai menjadi hari peringatan di Hungary sejak itu.[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kenneth M. Setton (1984). The Papacy and the Levant, 1204-1571, Vol. 3: The Sixteenth Century to the Reign of Julius III. m/s. 177. ISBN 978-0871691613.
  2. ^ Kenneth M. Setton (1984). The Papacy and the Levant, 1204-1571, Vol. 3: The Sixteenth Century to the Reign of Julius III. m/s. 177. ISBN 978-0871691613.
  3. ^ Stanford J. Shaw (1976). History of the Ottoman Empire and modern Turkey, Volume 1, Empire of the Gazis: The Rise and Decline of the Ottoman Empire 1280-1808. m/s. 63. ISBN 978-0521291637.
  4. ^ Kenneth M. Setton (1984). The Papacy and the Levant, 1204-1571, Vol. 3: The Sixteenth Century to the Reign of Julius III. m/s. 174. ISBN 978-0871691613.
  5. ^ Andrew Ayton; Leslie Price (1998). "The Military Revolution from a Medieval Perspective". The Medieval Military Revolution: State, Society and Military Change in Medieval and Early Modern Society. London, England: I.B. Tauris. ISBN 1-86064-353-1. Dicapai pada 1 October 2010.
  6. ^ John Julius Norwich (1982). A History of Venice. Lecture notes in mathematics 1358. New York, United States: Alfred B. Knopf. m/s. 269. ISBN 0-679-72197-5.
  7. ^ Kenneth M. Setton (1984). The Papacy and the Levant, 1204-1571, Vol. 3: The Sixteenth Century to the Reign of Julius III. m/s. 175. ISBN 978-0871691613.
  8. ^ Norman Housley (1992). The Later Crusades, 1274-1580: From Lyons to Alcazar (ed. First). m/s. 104. ISBN 978-0198221364.
  9. ^ a b Tom R. Kovach (1992). The 1456 Siege of Belgrade. Military History, August 1996, Vol. 13, Issue 3. m/s. 34. Dicapai pada March 6, 2015.
  10. ^ Anniversary of 1456 victory over Ottomans becomes memorial day politics.hu

Bibliografi[sunting | sunting sumber]