Pertempuran Palembang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pertempuran Palembang
Sebahagian daripada Perang Dunia II, Perang Pasifik
Palembang location.png
Kedudukan Palembang. Peta menunjukkan sempadan Indonesia yang pada masa itu dikenali sebagai Hindia Timur Belanda
Tarikh 13–15 Februari 1942
Lokasi Palembang, di bahagian selatan pulau Sumatera
Hasil Kemenangan Jepun
Pihak yang terlibat
 United Kingdom
 Belanda
 Australia
 New Zealand
 Empayar Jepun
Komandan
Air Cdre HJF Hunter (pengebom)
Air Cdre SF Vincent (pejuang)
Lt Col LNW Vogelesang (angkatan darat)
V Adm Jisaburo Ozawa (angkatan amfibi)
Col Yoshisaburô Tanaka

Col. Seiichi Kume (tentera paracut)

Kekuatan
2,000 orang infantri
50 buah pesawat terbang
3,000 orang infantri (angkatan amfibi)
350 orang tentera paracut
Korban
Berikat: ? Jepun: ?

Pertempuran Palembang ialah satu pertempuran dalam kancah Pasifik semasa Perang Dunia Kedua. Pertempuran ini berlaku berdekatan bandar Palembang, Sumatera pada 13–15 Februari 1942. Loji-loji penapis minyak Royal Dutch Shell berdekatan Plaju (atau Pladjoe) merupakan objektif-objektif utama Empayar Jepun semasa berlakunya Perang Pasifik, kerana sekatan minyak yang dikenakan terhadap Jepun oleh Amerika Syarikat, negara Belanda dan United Kingdom. Dengan bekalan minyak yang banyak serta padang terbangnya, Palembang berpotensi menjadi pangkalan tentera buat kedua-dua pihak yang bertelagah: pihak Berikat dan Jepun.

Prapertempuran[sunting | sunting sumber]

Dalam bulan Januari 1942, ABDACOM (Pemerintahan Amerika-British-Belanda-Australia) membuat keputusan untuk mengumpulkan angakatan-angakatan udara Bersekutu di dua pangkalan udara di Palembang: Pangkalan Benteng, juga dikenali sebagai "P1" dan sebuah pangkalan rahsia di Prabumulih (Praboemoelih), atau "P2".

Tentera Udara Diraja British menubuhkan Grup No 225 (Pengebom) (Inggeris: No. 225 (Bomber) Group) di Palembang. Grup ini merangkumi dua skuadron Tentera Udara Diraja Australia dan sebilangan besar anggota Australia yang berkhidmat dengan skuadron-skuadron British. Grup ini hanya dapat mengumpulkan sebanyak 40 buah pesawat pengebom jenis Bristol Blenheim dan 35 buah pesawat pengebom ringan jenis Lockheed Hudson. Pesawat-pesawat Blenheim telah diterbangkan ke Sumatera dari Timur tengah dan Mesir, di mana pesawat-pesawat ini dianggap terlalu tua untuk menangani pesawat pejuang Jerman dan Itali. (Sebilangan kecil pesawat pengebom berat jenis B-17 Flying Fortress milik Tentera Udara Amerika Syarikat Timur Jauh juga beroperasi buat seketika dalam bulan Januari dari Palembang, akan tetapi pesawat-pesawat ini diundurkan ke pulau Jawa dan kemudian ke Australia sebelum pertempuran bermula).

Grup No 226 (Pejuang) RAF (No. 226 (Fighter) Group) juga tiba di Palembang pada awal bulan Februari 1942. Grup ini terdiri daripada dua skuadron pesawat Hawker Hurricane yang diangkut ke Sumatera dengan kapal induk pembawa pesawat, HMS Indomitable. Skuadron-skuadron ini disertai saki-baki skuadron Brewster Buffalo daripada Tentera Udara British, Australia dan New Zealand yang telah mengenakan, dan juga mengalami, kerugian teruk dalam pertempuran sengit dalam kempen-kempen di Malaya dan Singapura.

Pemerintahan Selatan Pulau Sumatera Tentera Hinda Timur Diraja Belanda (KNIL) terdiri daripada lebih kurang 2,000 orang tentera di bawah pemerintahan Leftenan Kolonel LNW Vogelesang: yakni Batalion Garison Sumatera Selatan dan sebuah kompeni Stadswacht/Landstorm ("askar wataniah/simpanan") di Jambi (Djambi), dan juga pelbagai unit artileri dan mesingan. (Unit-unit KNIL di wilayah-wilayah lain Sumetera tidak mempunyai pengangkutan dan tidak terlibat dalam pertempuran.) Tentera Laut Diraja Belanda diwakili sebuah kapal pemasang periuk api, Pro Patria dan bot-bot ronda P-38 dan P-40 yang beroperasi di Sungai Musi di Sumatera.