Jambi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jambi
Jata Jambi


Cogan kata: Sepucuk Jambi Sembilan Lurah

Peta menunjuk provinsi Jambi di Indonesia
Ibu kota Jambi
Gabenor Zulkifli Nurdin
Keluasan 53,435.72 km2 (20,632 bt persegi)
Bil. penduduk 2.742.196  (by year 2007)
Kepadatan 0/km2 (0/sq mi)
Kelompok etnik Melayu (30%), Suku Jawa (18%), Minangkabau (25%), Suku Banjar (3%), Suku Sunda (3%), Suku Bugis (13%) [1]
Agama Muslim (98.4%), Kristian (1.1%), Buddha (0.36%), Hindu (0.117%)
Bahasa Melayu Jambi, Indonesia, Kerinci
Zon waktu WIB (UTC+7)
Laman www.pempropjambi.go.id

Templat:Otheruses2

Jambi merupakan satu provinsi Indonesia di pulau Sumatera.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Perang Johor-Jambi

Semasa Perang Tiga Segi, Jambi yang berada di bawah kekuasaan Johor menjadi tumpuan ekonomi dan politik. Pada tahun 1666, Jambi cuba membebaskan diri daripada kekuasaan Johor dan di antara tahun 1666 hingga tahun 1673 terjadilah peperangan di antara Johor dan Jambi. Ibu kota Johor iaitu Batu Sawar dimusnahkan oleh angkatan Jambi. Hal ini menyebabkan ibu kota Johor sentiasa berpindah-randah.

Sepanjang perang itu, Jambi yang sentiasa mendapat keuntungan. Tetapi pada tahun 1679, Laksamana Tun Abdul Jamil mengupah askar upahan Bugis untuk bersama-sama dengan tentera Johor menentang Jambi. Tidak lama kemudian Jambi pun tewas.

Krisis antara Johor dan Jambi bermula apabila kedua-dua pihak berselisih faham mengenai perebutan kawasan yang bernama Tungkal. Pada masa ini Johor diperintah oleh Sultan Abdul Jalil Shah III dan peranan pentadbiran lebih banyak dimainkan oleh Raja Muda. Dalam usaha untuk mendapatkan semula Tungkal dari tangan orang Jambi, orang Johor telah menghasut penduduk Tungkal untuk memberontak. Hal ini menimbulkan kemarahan Pemerintah Jambi. Namun kekuatan ketenteraan Johor yang disegani pemerintah Jambi pada waktu itu menyebabkan Jambi memilih untuk berdamai. Ketegangan antara Johor dan Jambi telah dapat diredakan menerusi perkahwinan antara Raja Muda Johor dengan Puteri Sultan Jambi pada tahun 1659.

Namun persengketaan antara Johor dan Jambi kembali meletus berpunca daripada tindakan kedua-dua pihak yang saling menghina kedaulatan kerajaan masing-masing. Johor telah memulakan episod perperangan dengan Jambi apabila menghantar 7 buah kapal untuk menyerang perkampungan nelayan Jambi pada bulan Mei 1667. Kegiatan perdagangan semakin merosot akibat perperangan yang berlaku kerana tiada jaminan keselamatan kepada pedagang untuk menjalankan urusniaga di kawasan bergolak ini. Hal ini menyebabkan kerugian ekonomi kepada Johor. Kemuncak peristiwa perperangan ini berlaku apabila Pangeran Dipati Anum mengetuai sebuah angkatan perang untuk menyerang dan memusnahkan Johor secara mengejut pada 4 April 1673. Serangan ini telah melumpuhkan sistem pentadbiran kerajaan Johor. Dalam usaha menyelamatkan diri, Raja Muda bersama seluruh penduduk Johor telah lari bersembunyi di dalam hutan. Bendahara Johor telah ditawan dan dibawa pulang ke Jambi.

Sultan Abdul Jalil Shah III pula melarikan diri ke Pahang. Baginda akhirnya meninggal dunia di sana pada 22 November 1677. Perperangan yang menyebabkan kekalahan kerajaan Johor ini telah mengakibatkan kerugian yang besar kepada Johor kerana Jambi telah bertindak merampas semua barang berharga milik kerajaan Johor termasuk 4 tan emas, sebilangan besar senjata api yang merupakan simbol kemegahan dan kekuatan Johor. Kehilangan senjata api dan tentera yang ramai menyebabkan kerajaan Johor tidak berupaya berbuat apa-apa secara tidak langsung menyebabkan kerajaan Johor runtuh. Dari segi sejarah, Pemerintah Kota Jambi dibentuk dengan Ketetapan Gabenor Sumatera No. 103/1946 sebagai Daerah Otonom Kota Besar di Sumatera, yang kemudiannya disokong pula dengan Undang - undang No.9/1956 dan dinyatakan sebagai Daerah Otonom Kota Besar dalam lingkungan Provinsi Sumatera Tengah.

Dengan pembentukan Provinsi Jambi pada tarikh 6 Januari 1948, maka Kota Jambi secara rasmi menjadi Ibukota Provinsi. Dengan yang demikian, Kota Jambi sebagai Daerah Tingkat II pernah menjadi terletak di bawah tiga Provinsi iaitu Provinsi Sumatera, Provinsi Sumatera Tengah dan kini pula di bawah Provinsi Jambi.

Melihat tempoh waktu antara Proklamasi Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945 dengan pembentukan Pemerintah Kota Jambi pada 17 Mei 1946, merupakan tempoh masa yang agak singkat. Dengan yang demikian jelas, bahawa Pembentukan Pemerintah Otonom Kota Besar Jambi pada saat kini, dipengaruhi dengan kuat oleh jiwa dan semangat Proklamasi 17 Ogos 1945. Walaupun demikian, menurut catatan sejarah, penubuhan Kota Jambi bersamaan dengan berdirinya Provinsi Jambi, namun tarikh ulang tahunnya ditetapkan dua tahun lebih awal, bersesuaian dengan Peraturan Daerah (Perda) Kota Jambi No.16/1985 yang disahkan oleh Gabenor Kepala Daerah Tingkat I Jambi dengan Surat Keputusan No. 156/1986, bahwa Hari Pembentukan Pemerintah Kota Jambi adalah pada tarikh 17 May 1946.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Provinsi Jambi terletak di daerah khatulistiwa antara 0.45° garis Lintang Utara 2.45° garis Lintang Selatan dan 101.10° sampai 104.55° Bujur Timur. Provinsi Jambi yang terletak di wilayah Timur Sumatera bersempadan di sebelah Utara dengan Provinsi Riau, di sebelah Selatan dengan Provinsi Sumatera Selatan dan Provinsi Bengkulu, di sebelah Barat dengan Provinsi Sumatera Barat, di sebelah Timur dengan Provinsi Selat Berhala.

Provinsi Jambi berdasarkan Undang Undang Nomor 54 Tahun 1999 terdiri dari sembilan kabupaten dan satu kota, iaitu Kabupaten Kerinci, Kabupaten Merangin, Kabupaten Sarolangun, Kabupaten Batang Hari, Kabupaten Muaro Jambi, Kabupaten Tanjung Jabung Timur, Kabupaten Tanjung Jabung Barat, Kabupaten Tebo, Kabupaten Bungo, dan Kota Jambi.

Kota Jambi sebagai Ibu Kota Provinsi Jambi yang bersempadan di sebelah Utara, Barat, Selatan dan Timur dengan Kabupaten Batang Hari, dengan kata lain Kota Jambi ini wilayahnya dikelilingi sepenuhnya oleh Kabupaten Batang Hari dengan dengan luas wilayah sebesar 205,38 km terdiri dari :

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Indonesia's Population: Ethnicity and Religion in a Changing Political Landscape. Institut Kajian Asia Tenggara. 2003.