Perumahan Negara Mentiri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perumahan Negara Mentiri
Rancangan Perumahan Negara Kampung Mentiri
Perumahan Negara Mentiri is located in Bumi
Perumahan Negara Mentiri
Perumahan Negara Mentiri (Bumi)
Koordinat: 4°58′07″N 115°01′50″E / 4.968583°N 115.030530°E / 4.968583; 115.030530Koordinat: 4°58′07″N 115°01′50″E / 4.968583°N 115.030530°E / 4.968583; 115.030530
NegaraBrunei
DaerahBrunei-Muara
MukimMentiri
Sub-kawasanKampungPerumahan Negara Mentiri Kawasan 'A' & 'B'
Poskod
BU2129, BU2229

Perumahan Negara Mentiri atau Rancangan Perumahan Negara Kampung Mentiri merupakan sebuah kawasan perumahan awam di Daerah Brunei dan Muara, Brunei. Ianya adalah salah satu kawasan perumahan di bawah program perumahan kerajaan Rancangan Perumahan Negara (RPN). Perumahan Negara Mentiri terletak berdekatan Kampung Mentiri iaitu sebuah petempatan kampung dan sumber nama bagi perumahan tersebut.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Perumahan Negara Mentiri dibahagikan kepada dua kawasan dan dijadikan sebagai kampung iaitu pembahagian pentadbiran negara peringkat ketiga. Kawasan-kawasan tersebut ialah Perumahan Negara Mentiri Kawasan 'A' dan Perumahan Negara Mentiri Kawasan 'B' dan mereka adalah antara pembahagian peringkat kampung di bawah Mukim Mentiri.[1] Setiap kawasan berfungsi seperti pentadbiran kampung biasa di Brunei iaitu mempunyai ketua kampung sebagai pemimpin komuniti dan Majlis Perundingan Kampung sebagai persatuan komuniti.

Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

Sekolah[sunting | sunting sumber]

Institusi pendidikan yang terdapat dalam kawasan Perumahan Negara Mentiri terdiri daripada sekolah rendah, agama dan menengah. Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin menyediakan pendidikan rendah bagi penduduk dalam perumahan tersebut. Ianya juga berkongsi bangunan dengan Sekolah Ugama dengan nama yang sama yang menyediakan pendidikan rendah agama Islam yang wajib bagi murid-murid beragama Islam di Brunei. Manakala Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja menyediakan pendidikan menengah bagi penduduk Mukim Mentiri.

Rumah ibadat[sunting | sunting sumber]

Masjid Hassanal Bolkiah

Terdapat sebuah masjid di Perumahan Negara Mentiri iaitu Masjid Hassanal Bolkiah. Ianya dibuka pada tahun 2017 bagi menggantikan Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Mentiri yang telah ranap dalam satu kebakaran.[2] Masjid ini dirasmikan sendiri oleh KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei; ianya dapat menampung dalam 3,000 jemaah.[2]

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Pusat Kemasyarakatan Kampung Mentiri terletak dalam kawasan Perumahan Negara Mentiri dan ianya memberi kemudahan tempat untuk acara-acara sosial dan komuniti bagi penduduk perumahan serta petempatan di sekitarnya. Pusat ini pernah dijadikan sebagai tempat ibadat sementara sehingga Masjid Hassanal Bolkiah telah siap dan dibuka.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Brunei Darussalam Street Directory (dalam bahasa Inggeris). Bandar Seri Begawan: Brunei Press Sdn. Bhd. 2014. m/s. 44–45, 56. ISBN 9789991732411.
  2. ^ a b Hassan, Syahmi (24 Jun 2017). "Baginda Sultan berkenan rasmi masjid Mentiri". Media Permata. Dicapai pada 21 Februari 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ RMF, Pg Fairol (7 April 2017). "Pusat kemasyarakatan jadi balai ibadah". Media Permata. Dicapai pada 21 Februari 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)