Phil Jones

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Phil Jones
Phil Jones.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh Philip Anthony Jones
Ketinggian 5 ft 11 in (1.8 m)
Posisi permainan Pertahanan / Midfield defensif
Maklumat kelab
Kelab terkini
Manchester United
Nombor 4
Kerjaya remaja
2002–2009 Blackburn Rovers
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2009–2011 Blackburn Rovers 35 (0)
2011– Manchester United 163 (2)
Pasukan kebangsaan
2009–2010 England U19 4 (0)
2010– England U21 27 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 12 Mei 2019
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 14 Julai 2018

Philip Anthony "Phil" Jones merupakan pemain pertahanan Manchester United dan skuad kebangsaan bawah-21 England. Sebelum menyertai Manchester United, Jones bermain dengan Blackburn Rovers di peringkat remaja dan senior di posisi pertahanan ataupun midfield defensif.

Club career[sunting | sunting sumber]

Blackburn Rovers[sunting | sunting sumber]

Lahir di Preston, Lancashire, Jones menyertai skuad remaja Blackburn Rovers pada 2002 sebelum diserapkan ke skuad senior pada musim 2009-10 Liga Perdana Inggeris. Penampilan sulung senior pertama beliau muncul ketika Blackburn menewaskan Nottingham Forest 1-0 dalam Piala Liga pada 22 September 2009. Dia berada dalam kesebelasan utama skuad ketika menentang Chelsea pada 21 Mac 2010 yang berkesudahan seri 1-1. Musim seterusnya, Jones beraksi di bahagian tengah dan menjadi pemain tetap dalam kesebelasan utama Blackburn sebelum kecederaan lutut yang dialami pada Disember 2010 mengetepikan beliau selama lima bulan.

Manchester United[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Jun 2011, Manchester United mengesahkan Jones menyertai kelab tersebut dengan butir-butir perpindahan akan dilengkapkan setelah tamat kempen skuad kebangsaan England bawah-21 pada Kejohanan Eropah Bawah-21 di Denmark.

International career[sunting | sunting sumber]

Penampilan sulung beliau bersama skuad England bawah-19 hadir ketika England menewaskan Turki 3-1 pada 17 November 2009.

Beliau diserapkan di dalam skuad bawah-21 England pada 4 Ogos 2010, sebelum memenangi cap U-21 pertamanya enam hari kemudian menentang Uzbekistan. Dipilih mewakili England pada Kejohanan Eropah Bawah-21 di Denmark 2011, beliau menjadi ketua pasukan pada perlawanan terakhir kumpulan menentang Republik Czech.

External links[sunting | sunting sumber]