Nick Pope

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nick Pope
Pope beraksi untuk Charlton Athletic pada 2016
Maklumat peribadi
Nama penuh Nicholas David Pope[1]
Tarikh lahir (1992-04-19) 19 April 1992 (umur 31)[2]
Tempat lahir Soham, England
Ketinggian 6 kaki 3 inci (1.91 m)[3]
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Newcastle
Nombor 1
Kerjaya remaja
0–2008 Ipswich Town
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2008–2011 Bury Town
2011–2016 Charlton Athletic 33 (0)
2011Harrow Borough (pinjam) 15 (0)
2011–2012Welling United (pinjam) 2 (0)
2012Welling United (pinjam) 2 (0)
2013Cambridge United (pinjam) 9 (0)
2013Aldershot Town (pinjam) 5 (0)
2013York City (pinjam) 2 (0)
2014York City (pinjam) 20 (0)
2015Bury (pinjam) 22 (0)
2016–2022 Burnley 68 (0)
2022– Newcastle 37 (0)
Pasukan kebangsaan
2018– England 10 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 22:17, 22 May 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 22:10, 26 September 2022 (UTC)

Nicholas David Pope (lahir 19 April 1992) merupakan pemain bola sepak Inggeris yang beraksi di posisi penjaga gol untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Newcastle.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Pope pernah menuntut di King's School yang terletak di Ely.[4] Sebagai pemegang tiket musim di Ipswich Town, beliau memulakan kariernya bersama pasukan belia Ipswich sehingga beliau dilepaskan pada usia 16 tahun.[5] Berikutan itu, beliau telah menyertai kelab yang tidak bersaing dalam saingan liga, Bury Town pada 2008.[6] Dengan memberikan saingan kepada penjaga gol Marcus Garnham, Pope membuktikan keupayaannya di peringkat itu apabila beliau menyarung jersi nombor satu Bury Town dalam perlawanan yang melibatkan pasukan utama semasa beliau berusia 16 tahun. Pengurus Richard Wilkins menggambarkan Pope sebagai "pemain berbakat yang boleh pergi jauh."[7] Pope juga pernah menganggotai skuad West Suffolk College dan mewakili pasukan England Colleges.

Charlton Athletic[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Mei 2011, kelab Liga Pertama Inggeris, Charlton Athletic telah membawa masuk Pope selepas beliau berjaya menarik minat pencari bakat kelab ketika aksi menewaskan Billericay Town 2-1.[8][9] Beliau kemudiannya dijemput untuk menghadiri ujian percubaan di Charlton. Selepas berjaya memikat hati para penguji ketika sesi percubaan, beliau telah menandatangani kontrak selama dua tahun selepas kedua-dua kelab bersetuju menetapkan pampasan termasuklah membawa Charlton menghadapi perlawanan persahabatan pra-musim menjelang musim 2012–13. Charlton juga membiaya Pope yang mengambil ijazah sains sukan di Universiti Roehampton selain mengambil kursus-kursus yang telah beliau rancang di Universiti Nottingham sebelum beliau menyertai Charlton. Pada 7 Februari 2012, Pope telah menandatangani kontrak selama dua tahun bersama Charlton.[10] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Charlton pada 4 Mei 2013 dalam aksi terakhir bagi musim 2012–13 dengan menggantikan David Button pada minit ke-71 permainan menewaskan Bristol City yang telah pun disahkan tersingkir daripada saingan liga.[11]

Pope telah menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama Charlton pada September 2013.[12]

Pada 5 Jun 2014, Pope menandatangani kontrak selama empat tahun sekali gus menjamin tempatnya di Charlton sehingga Jun 2018.[13]

Tempoh-tempoh pinjaman[sunting | sunting sumber]

Pada Ogos 2011, Pope telah menyertai kelab Divisyen Perdana Liga Isthmian, Harrow Borough secara pinjaman sehingga 17 September 2011.[14] Di sana, Pope berjaya menghasilkan tiga rekod jersi bersih tanpa dibolosi dan menyelamatkan dua tendangan penalti sepanjang 19 penampilannya. Pope kemudiannya menyertai kelab Conference Premier, Kettering Town pada Disember 2011 tetapi rundingan itu tidak berjaya disepakati kerana Kettering telah disenaraikan di bawah larangan perpindahan.[15] Kesannya, beliau berpindah ke kelab Conference South, Welling United pada 21 Disember 2011 secara pinjaman. Pada 7 Mac 2013, Pope telah menyertai Cambridge United yang beraksi di Conference Premier selama satu bulan. Ketika bersama kelab itu, beliau telah tampil dalam sembilan perlawanan dengan berjaya menghasilkan empat jersi bersih.

Pada 26 September 2013, Pope menyertai kelab Conference Premier, Aldershot Town secara pinjaman selama satu bulan.[16] Beliau seterusnya menyertai kelab yang beraksi di League Two, York City pada 21 November 2013 secara pinjaman selama satu bulan[17] tetapi beliau telah dipanggil menyertai Charlton semula selepas hanya beraksi dua perlawanan bersama York City.[18] Pada 16 Januari 2014, Pope menyertai semula York secara pinjaman untuk menghadapi perlawanan bagi saki-baki musim 2013–14.[19] Bersama York City, beliau berjaya menghasilkan 16 jersi bersih dalam 24 penampilannya.

Pada 6 Januari 2015, Pope telah menyertai Bury secara pinjaman sehingga akhir musim 2014–15.[20] Beliau melakukan penampilan sulungnya bersama kelab itu pada 17 Januari 2015 semasa menentang Wycombe Wanderers yang berakhir dengan keputusan terikat seri 1-1. Beliau kemudiannya tampil dalam 22 perlawanan yang menyaksikan Bury meraih promosi ke divisyen selanjutnya apabila menamatkan kempen di tangga ketiga League Two.[21]

Burnley[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Julai 2016, Pope telah menyertai kelab yang baru menyertai Liga Perdana Inggeris, Burnley dengan menandatangani kontrak selama tiga tahun tetapi nilai perpindahan beliau tidak didedahkan.[22] Pope melakukan kemunculan sulungnya di Liga Perdana pada 10 September 2017 dengan menggantikan penjaga gol tercedera, Tom Heaton pada aksi separuh masa pertama permainan menentang Crystal Palace.[23] Beliau beraksi sebagai kesebelasan utama Burnley pada minggu berikutnya iaitu pada 16 September 2017 dalam aksi yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 menentang Liverpool di gelanggang lawan.[24] Pada 9 Oktober, Pope menandatangani kontrak baru bersama Burnley sehingga Jun 2020.[25] Beliau mengalami bahu terkehel pada 26 Julai 2018 selepas berlanggar dengan Sam Cosgrove dalam aksi Liga Europa menentang Aberdeen.[26][27][28]

Pada Mei 2019, beliau menandatangani kontrak baru bersama Burnley yang berlanjutan sehingga tahun 2023 pada awalnya.[29]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pope telah dipanggil untuk menyertai pasukan kebangsaan England buat pertama kali pada 15 Mac 2018.[30] Beliau juga telah disenaraikan ke dalam skuad Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia.[31] Pope melakukan kemunculan sulungnya untuk England pada 7 Jun 2018 dengan menjadi pemain gantian pada minit ke-65 permainan menentang Costa Rica yang berakhir dengan kemenangan England 2-0.[32] Pope melakukan kemunculannya yang kedua bersama England dalam aksi kelayakan UEFA Euro 2020 menewaskan Kosovo 4-0 pada 17 November 2019.[33]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 8 Julai 2020.
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
England Charlton Athletic 2012–13 1 0 0 0 0 0 1 0
England Cambridge United 2012–13 9 0 9 0
England Aldershot Town 2013–14 5 0 5 0
England York City 2013–14 22 0 2[a] 0 24 0
England Charlton Athletic 2014–15 8 0 0 0 1 0 9 0
England Bury 2014–15 22 0 22 0
England Charlton Athletic 2015–16 24 0 1 0 3 0 28 0
Jumlah di Charlton 33 0 1 0 4 0 38 0
England Burnley 2016–17 0 0 3 0 1 0 4 0
2017–18 35 0 1 0 2 0 38 0
2018–19 0 0 2 0 0 0 1[b] 0 3 0
2019–20 34 0 0 0 0 0 34 0
Jumlah 69 0 6 0 3 0 1 0 79 0
Jumlah kerjaya 160 0 7 0 7 0 1 0 2 0 177 0
  1. ^ Penampilan di play-off League Two.
  2. ^ Penampilan di Liga Europa UEFA.

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 17 November 2019.[34]
Pasukan kebangsaan England
Tahun Kmncln Gol
2018 1 0
2019 1 0
Jumlah 2 0

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Updated squads for 2017/18 Premier League confirmed". Premier League. 2 February 2018. Dicapai pada 10 February 2018.
  2. ^ "Nick Pope". 11v11.com. AFS Enterprises. Dicapai pada 30 March 2020.
  3. ^ "Nick Pope: Overview". Premier League. Dicapai pada 30 March 2020.
  4. ^ Watson, Stuart (18 June 2012). "'Never give up on your dream' – ex Ipswich Town youngster Nick Pope ready for the Championship with Charlton Athletic". Green 'Un. Archant Community Media. Dicapai pada 26 June 2018.
  5. ^ name="'Never give up on your dream' – ex Ipswich Town youngster Nick Pope ready for the Championship with Charlton Athletic"
  6. ^ "Professional footballer and Old Elean returns to inspire Junior pupils". King's Ely. 21 May 2013. Dicapai pada 26 June 2018.
  7. ^ "Ely teen signs for Charlton Athletic". Ely Standard. 10 June 2011. Dicapai pada 26 June 2018.
  8. ^ Collins, Trevor (24 May 2011). "Nick Pope signs for Charlton Athletic". Bury Town F.C. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 March 2016. Dicapai pada 22 November 2013.
  9. ^ Mason, Aaron (9 June 2011). "Keeper Nick Pope's Valley move is better by degrees". Cambridge News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 December 2013.
  10. ^ "Charlton Athletic goalkeeper Nick Pope signs new deal". BBC Sport. 7 February 2012. Dicapai pada 16 July 2016.
  11. ^ "Charlton 4–1 Bristol City". BBC Sport. 4 May 2013. Dicapai pada 16 July 2016.
  12. ^ "Nick Pope: Charlton Athletic goalkeeper signs new deal". BBC Sport. 25 September 2013. Dicapai pada 16 July 2016.
  13. ^ Liddle, Iain (5 June 2014). "Nick Pope commits to Charlton until 2018". Charlton Athletic F.C. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 August 2016.
  14. ^ Wright, Matt (24 August 2011). "Pope heads to Harrow". Charlton Athletic F.C. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 June 2012.
  15. ^ Wolfe, Steve (22 December 2011). "Pope pays visit to Welling". Kent Sports News. Dicapai pada 5 May 2013.
  16. ^ "Aldershot Town sign Charlton goalkeeper Nick Pope on loan". BBC Sport. 26 September 2013. Dicapai pada 16 July 2016.
  17. ^ "Nick Pope in on loan". York City F.C. 21 November 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 July 2016.
  18. ^ "Pope recalled by Addicks". Sky Sports. 28 November 2013. Dicapai pada 16 July 2016.
  19. ^ "Nick Pope back in on loan". York City F.C. 16 January 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 July 2016.
  20. ^ Liddle, Iain (6 January 2015). "New goalkeeper signs, Pope departs on loan". Charlton Athletic F.C. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 April 2017.
  21. ^ Nelson, Craig (7 May 2015). "Charlton Athletic goalkeeper Nick Pope has hope of possible Bury return". Bury Times. Dicapai pada 20 May 2015.
  22. ^ "Johann Berg Gudmundsson & Nick Pope: Burnley sign duo from Charlton". BBC Sport. 19 July 2016. Dicapai pada 19 July 2016.
  23. ^ Dawkes, Phil (10 September 2017). "Burnley 1–0 Crystal Palace". BBC Sport. Dicapai pada 10 September 2017.
  24. ^ Henson, Mike (16 September 2017). "Liverpool 1–1 Burnley". BBC Sport. Dicapai pada 18 September 2017.
  25. ^ "Nick Pope: Burnley goalkeeper signs new three-year deal". BBC Sport. 9 October 2017. Dicapai pada 11 December 2017.
  26. ^ "Nick Pope: Burnley goalkeeper to see specialist over dislocated shoulder". BBC Sport. 29 July 2018. Dicapai pada 30 July 2018.
  27. ^ English, Tom (26 July 2018). "Aberdeen 1–1 Burnley". BBC Sport. Dicapai pada 30 July 2018.
  28. ^ "Nick Pope: Burnley goalkeeper sustains 'serious' shoulder injury". BBC Sport. 27 July 2018. Dicapai pada 30 July 2018.
  29. ^ "Nick Pope: Burnley goalkeeper commits future to Premier League club". BBC Sport. 25 May 2019.
  30. ^ "England call-ups for uncapped quartet as Jack Wilshere earns recall". BBC Sport. 15 March 2018. Dicapai pada 15 March 2018.
  31. ^ "England World Cup squad: Trent Alexander-Arnold in 23-man squad". BBC Sport. 16 May 2018. Dicapai pada 16 May 2018.
  32. ^ McNulty, Phil (7 June 2018). "England 2–0 Costa Rica". BBC Sport. Dicapai pada 7 June 2018.
  33. ^ "Kosovo 0-4 England: Southgate's side conclude Euro 2020 qualifying campaign with win". BBC Sport. 17 November 2019. Dicapai pada 20 November 2019.
  34. ^ (Inggeris) Profil Pope, Nick di National-Football-Teams.com
    McNulty, Phil (17 November 2019). "Kosovo 0–4 England". BBC Sport. Dicapai pada 17 November 2019.
  35. ^ "Double delight for award winner Pope". Burnley F.C. 7 May 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-17. Dicapai pada 16 May 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]