Raheem Sterling

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raheem Sterling
Sterling berlatih bersama Liverpool pada tahun 2014
Maklumat peribadi
Nama penuh Raheem Shaquille Sterling[1]
Tarikh lahir (1994-12-08) 8 Disember 1994 (umur 29)[2]
Tempat lahir Kingston, Jamaica
Ketinggian 1.72 m (5 ka ​7 1116 in)[3]
Posisi permainan Pemain sayap / Pemain tengah / Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Chelsea
Nombor 7
Kerjaya remaja
2003–2010 Queens Park Rangers
2010–2012 Liverpool
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2012–2015 Liverpool 95 (18)
Pasukan kebangsaan
2009–2010 England U16 9 (1)
2010–2011 England B17 13 (3)
2012 England B19 1 (0)
2012– England B21 8 (3)
2012– England 82 (20)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 17:31, 3 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 21:44, 10 Disember 2022 (UTC)

Raheem Shaquille Sterling (lahir 8 Disember 1994) merupakan seorang pemain bola sepak profesional England yang bermain sebagai pemain tengah untuk Chelsea dan pasukan kebangsaan England. Dia menerima anugerah Golden Boy untuk tahun 2014 daripada panel wartawan sukan pan-Eropah, mengiktirafnya sebagai pemain bawah-21 terbaik yang bermain di Eropah. Kajian profesional 2015 oleh Soccerex meletakkannya sebagai pemain muda paling berharga di Eropah, dengan nilai €49 juta.[4][5]

Dilahirkan di Jamaica, Sterling berpindah ke London ketika berumur tujuh tahun dan memulakan kariernya bersama Queens Park Rangers sebelum menyertai Liverpool pada tahun 2010. Pada bulan Julai 2015, berikutan pertikaian yang panjang tentang kontrak baru, dia ditandatangani oleh Manchester City dengan perpindahan berpotensi bernilai £49 juta, perpindahan tertinggi untuk pemain Inggeris.

Dia mewakili England di peringkat bawah-16, bawah-17 dan bawah-21 sebelum bermain dengan pasukan senior kebangsaan pada bulan November 2012 dan beraksi ketika Piala Dunia FIFA 2014.

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

Liverpool[sunting | sunting sumber]

Awal karier[sunting | sunting sumber]

Sterling memanaskan badan sebelum perlawanan menentang Vålerenga pada bulan Ogos 2011

Sterling ditandatangani oleh Liverpool dari Akademi Queens Park Rangers pada bulan Februari 2010 oleh Rafael Benítez dengan yuran awal £600,000, yang boleh meningkat kepada £5 juta bergantung kepada sebanyak mana penampilan yang dibuatnya dalam pasukan utama.[6] Dia membuat penampilan pertamanya untuk pasukan utama dalam perlawanan persahabatan pra-musim menentang Borussia Mönchengladbach di Jerman pada 1 Ogos 2010.

Sterling bermain dalam pasukan remaja, menjaringkan gol pertamanya dalam perlawanan persahabatan menentang Hibernian dimana mereka seri 2–2. Perlawanan pertamanya daklam Liga Perdana Akademi adalah ketika seri 2–2 dengan Aston Villa, kemenangan pertamanya datang di tempat sendiri ketika menentang Bristol City seminggu kemudian. Pada 15 Disember, Sterling menjaringkan gol dalam Piala FA Belia dimana mereka menang 4–0 ke atas Notts County. Pada 14 Februari 2011, Sterling menjaringkan lima gol ketika mereka menang 9–0 ke atas Southend United.[7]

Pada 24 Mac 2012, Sterling membuat penampilan senior pertamanya untuk Liverpool sebagai pemain gantian ketika perlawanan liga menentang Wigan Athletic, berumur 17 tahun dan 107 hari, menjadikannya pemain ketiga termuda untuk bermain dengan pasukan itu dalam proses.[8] Pada 1 Mei, dia membuat penampilan keduanya, sekali lagi sebagai pemain gantian ketika menentang Fulham.[9] Dalam perlawanan terakhir musim di tempat sendiri, dia membuat satu lagi penampilan sebagai pemain gantian dimana mereka menang 4–1 ke atas Chelsea.[10]

2012–13[sunting | sunting sumber]

Sterling bermain menentang Gomel pada tahun 2012

Pada bulan Ogos 2012, dia membuat penampilan Eropah pertamanya untuk kelab, masuk sebagai pemain gantian dalam perlawanan kelayakan Liga Europa UEFA menentang Gomel, menggantikan Joe Cole dimana mereka menang 1–0.[11] Pada minggu berikutnya, Sterling menjaringkan gol pertamanya untuk pasukan senior dalam separuh masa pertama ketika perlawanan persahabatan menentang Bayer Leverkusen. Pada 23 Ogos 2012, dia bermain dalam kesebelasan utama buat kali pertama untuk Liverpool dalam perlawanan kelayakan Liga Europa di tempat lawan menentang Hearts dimana mereka menang 1–0.[12] Dia diletakkan dalam kesebelasan utama dalam liga buat pertama kali tiga hari kemudian dimana mereka seri 2–2 di Anfield menentang Manchester City.[13] Dia bermain keseluruhan 90 minit ketika kekalahan kepada Arsenal pada 2 September, dan ketika seri dengan Sunderland pada 15 September, dimana dia membuat satu bantuan gol dan dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan. Pada 19 September, Sterling merupakan salah seorang daripada sekumpulan remaja yang pergi ke Switzerland untuk menentang Young Boys dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Europa UEFA. Dia menggantikan Stewart Downing pada separuh masa kedua dimana Liverpool menang 5–3.[14] Pada 20 Oktober, Sterling menjaringkan gol kompetitif senior pertamanya untuk Liverpool pada minit ke-29 ketika menang 1–0 dalam liga menentang Reading. Dia kemudiannya menjadi pemain kedua termuda untuk menjaringkan gol dalam perlawanan kompetitif untuk Liverpool, hanya dibelakang Michael Owen.[15]

Pada 21 Disember 2012, Sterling menandatangani kontrak lanjutan.[16] Dia menjaringkan gol liga keduanya untuk kelab pada 2 Januari 2013, ketika menang 3–0 ke atas Sunderland.[17]

2013–14[sunting | sunting sumber]

Sterling (kiri) berlatih di Anfield bersama Philippe Coutinho (tengah) dan José Enrique (kanan)

Pada 27 Ogos 2013, dia menjaringkan gol pertamanya dalam musim 2013-14, gol pembukaan ketika menentang Notts County dimana mereka menang 4–2 dalam Piala Liga.[18] Pada 4 Disember, Sterling menjaringkan gol pertamanya dalam liga musim itu untuk Liverpool ketika menang 5–1 ke atas Norwich City. Pada bulan Disember, Dia menjaringkan dua lagi gol ketika menang ke atas Tottenham Hotspur (5–0) dan Cardiff City (3–1).[19][20] Pada 8 Februari 2014, dia menjaringkan dua gol ketika menang 5–1 ke atas Arsenal di Anfield.[21] Pada 13 April, dia menjaringkan gol pembukaan Liverpool ketika kemenangan 3–2 ke atas Manchester City.[22] Seminggu kemudian, dia menjaringkan dua gol dan membuat satu bantuan gol ketika Liverpool menang 3–2 ke atas Norwich City di Carrow Road.[23]

Pada 18 April 2014, dia merupakan salah seorang daripada enam pemain yang disenarai pendek untuk anugerah Pemain Muda Tahunan PFA.[24]

2014–15[sunting | sunting sumber]

Sterling memanaskan badan untuk Liverpool sebelum perlawanan menentang Hull City.

Pada 17 Ogos 2014, Sterling menjaringkan gol untuk membantu Liverpool menang perlawanan pembukaan mereka dalam musim 2014–15, 2–1 ke atas Southampton di Anfield.[25] Pada 31 Ogos, Sterling menjaringkan gol pembukaan ketika kemenangan 3–0 ke atas Tottenham di White Hart Lane dan dinamakan pemain terbaik perlawanan.[26]

Pada 16 September, Sterling membuat penampilan pertamanya dalam Liga Juara-Juara UEFA ketika menang 2–1 ke atas juara Bulgaria, Ludogorets Razgrad di Anfield.[27]

Pada 14 Disember 2014, dia membuat penampilan ke-100nya untuk Liverpool, dalam perlawanan menentang Manchester United di Old Trafford.[28] Pada 17 Disember, Sterling menjaringkan dua gol ketika kemenangan 3–1 ke atas Bournemouth di Dean Court dalam suku akhir Piala Liga.[29]

Pada 20 Disember, Sterling dinamakan sebagai penerima Anugerah Golden Boy 2014.[30][31]

Sterling secara rasmi dikecualikan daripada perlawanan Piala FA Liverpool menentang AFC Wimbledon pada bulan Januari 2015, dengan pengurus Brendan Rodgers bertujuan untuk mengelakkan pemain itu keletihan. Dia menggunakan masa itu dengan pergi bercuti ke Jamaica.[32] Pada 31 Januari, Sterling menjaringkan gol pembukaan ketika menang 2–0 ke atas West Ham.[33]

Pada 4 Februari, Sterling menjaringkan gol penyamaan menentang Bolton Wanderers di Stadium Macron untuk memberikan kemenangan 2–1 kepada Liverpool.[34] Pada 22 Februari dia menjaringkan gol kedua untuk Liverpool ketika menang 2–0 ke atas Southampton.[35]

Pada 13 April, Sterling menjaringkan gol pertama ketika menang 2–0 ke atas Newcastle United.[36] Dia dinamakan Pemain Muda Terbaik Musim pada 19 Mei, dan apabila menerima anugerah tersebut dia dicemuh oleh penyokong kerana menolak kontrak baru;[37] dia juga dicemuh pada 7 Jun, ketika bermain untuk England di Dublin.[38]

Pada 16 April 2015, untuk tahun kedua berturut-turut, dia merupakan salah satu daripada enam pemain disenarai pendek untuk anugerah Pemain Muda Tahunan PFA.[39]

Manchester City[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Julai 2015, satu perjanjian telah dipersetujui untuk perpindahannya ke Manchester City dengan yuran awal £44 juta, kemungkinan ditambah lagi £5 juta, tertakluk kepada terma peribadi dan perubatan.[40][41] Pada Julai 14, dia secara rasmi menyertai Manchester City, menandatangani perjanjian lima tahun.[42]

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Walaupun telah tinggal di England sejak berumur lima tahun, Sterling pada mulanya hanya boleh mewakili Jamaica di peringkat antarabangsa. Ia berubah pada bulan September 2009 selepas FIFA bersetuju dengan cadangan oleh Persatuan Bola Sepak England, Northern Ireland, Scotland dan Wales untuk mengemaskinikan "Perjanjian negara rumah", membenarkan pemain yang mendapat pendidikan di negara itu selama lima tahun atau lebih layak untuk mewakili pasukan kebangsaan mereka.[43] Sterling pertama kali mewakili England di peringkat bawah-16 pada bulan November 2009 dalam perlawanan menentang Northern Ireland.[44]

Sterling dipilih bermain untuk England untuk Piala Dunia B-17 FIFA 2011. Dia menjaringkan gol untuk England ketika menang 2–0 ke atas Rwanda di Pachuca.[45] Dia juga menjaringkan gol ketika menentang Argentina dimana England menang 4–2 menerusi penalti.[46] Pada 10 September 2012, Sterling dipanggil ke skuad senior England buat pertama kali untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 menentang Ukraine, tetapi dia tidak digunakan dalam perlawanan itu.[47][48] Pada awal bulan Oktober, dia dipanggil buat pertama kali ke skuad England bawah-21 dan membuat penampilan pertamanya sebagai pemain gantian ketika menentang Serbia pada 16 Oktober.[49][50] Dia menjaringkan gol pertamanya untuk England B21 pada 13 Ogos 2013, ketika kemenangan 6–0 ke atas Scotland.[51]

Pasukan senior[sunting | sunting sumber]

Dia membuat penampilan pertamanya untuk England pada 14 November 2012, dalam perlawanan persahabatan menentang Sweden.[52] Pada 5 Mac 2014, Sterling membuat penampilan keduanya dan dinamakan pemain terbaik perlawanan ketika England menewaskan Denmark 1–0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Wembley.[53][54]

Piala Dunia FIFA 2014[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Mei 2014, Sterling dinamakan dalam skuad 23-pemain England untuk Piala Dunia FIFA 2014.[55] Dalam perlawanan persahabatan pra-pertandingan pada 4 Jun, ketika menentang Ecuador di Miami, Sterling dan Antonio Valencia diberi kad merah.[56][57] Pada 14 Jun, Sterling bermain dalam perlawanan pembukaan ketika kalah 2–1 kepada Itali di Manaus.[58]

Kelayakan UEFA Euro 2016[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Mac 2015, Sterling menjaringkan gol senior pertamanya untuk England ketika mereka menang 4–0 dalam perlawanan kelayakan UEFA Euro 2016 menentang Lithuania di Stadium Wembley.[59]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Sterling dilahrikan di daerah Maverley, Kingston, Jamaica dan memulakan kehidupan awalnya di sana.[60][61] Ketika berumur tujuh tahun, dia berhijrah ke London, England bersama ibunya,[60][61] dan menghadiri Copland School di Wembley, barat laut London.[62] Dia mempunyai seorang anak perempuan, Melody Rose, dilahirkan pada tahun 2012.[63] Bapanya dibunuh di Jamaica ketika Sterling berumur 9 tahun.[64][65]

Pada 8 Ogos 2013, Sterling ditangkap kerana menyerang bekas teman wanitanya, seorang model. Dia didapati tidak bersalah di Mahkamah Majistret Liverpool pada 20 September, apabila pengadu gagal memberi bukti yang konsisten.[66][67] Beberapa bulan lebih awal pada 20 Mei 2013, tuduhan serangan terhadap seorang wanita yang lain digugurkan sebelum perbicaraan dijadual bermula, apabila kedua-dua saksi gagal hadir dan pihak pendakwa tidak memberi sebarang bukti yang lebih lanjut. Yuran undang-undang Sterling semasa kes yang lebih awal dibayar oleh mahkamah.[68]

Semasa temu ramah bersama Daily Mail pada tahun 2013, Sterling mengatakan bahawa dia beragama Kristian.[69]

Pada bulan April 2015, gambar Sterling yang ditangkap oleh Sunday Mirror didakwa merokok paip shisha, dan oleh The Sun dikatakan menyedut oksida nitrus untuk tujuan rekreasi. Pengurus Brendan Rodgers berkata "Saya tidak fikir ia adalah sesuatu yang anda harus lakukan, ia semudah itu ... pemain muda melakukan kesilapan. Asalkan mereka belajar daripada kesilapan mereka, itu apa yang penting".[70]

Statistik karier[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 16 Mei 2015.
Statistik kelab
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Eropah Jumlah
Divisyen Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Liverpool 2011–12[71] Liga Perdana Inggeris 3 0 0 0 0 0 3 0
2012–13[72] Liga Perdana Inggeris 24 2 1 0 1 0 10 0 36 2
2013–14[73] Liga Perdana Inggeris 33 9 3 0 2 1 38 10
2014–15[74] Liga Perdana Inggeris 35 7 5 1 4 3 8 0 52 11
Jumlah 95 18 9 1 7 4 18 0 129 23
Manchester City 2015–16[75] Liga Perdana Inggeris 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
Jumlah karier 95 18 9 1 7 4 18 0 129 23

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 14 Jun 2015.[76]
Statistik antarabangsa
Pasukan kebangsaan Tahun Kmncln Gol
England 2012 1 0
2014 12 0
2015 3 1
Jumlah 16 1

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Individu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Premier League clubs submit squad lists". premierleague.com. Premier League. 2011-09-02. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-23. Dicapai pada 2011-09-03.
  2. ^ "Official club website Liverpool FC Raheem Sterling". Liverpool F.C. 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-03. Dicapai pada 9 November 2012.
  3. ^ "Raheem Sterling". Chelsea F.C.
  4. ^ "Sterling most valuable young player in Europe". Soccerex. 6 July 2015. Dicapai pada 10 July 2014.
  5. ^ "SOCCEREX 20 UNDER 21. SUMMER 2015" (PDF). Soccerex. 6 July 2015. Dicapai pada 10 July 2014.
  6. ^ "10 things you need to know about Raheem Sterling plus video of him in action". Mirror Football. Trinity Mirror. 16 February 2011. Dicapai pada 22 April 2011.
  7. ^ Pearson, James (15 February 2011). "Raheem sterling for Reds' youth". Sky Sports. BSkyB. Dicapai pada 22 April 2011.
  8. ^ "Liverpool 1 - 2 Wigan Athletic". BBC Sport. 24 March 2012. Dicapai pada 24 March 2012.
  9. ^ "Liverpool 0-1 Fulham" BBC Sport. 1 May 2012. Retrieved 10 June 2012.
  10. ^ "Liverpool 4-1 Chelsea" BBC Sport. 8 May 2012. Retrieved 10 June 2012.
  11. ^ Bascombe, Chris (2 August 2012). "Europa League: FC Gomel 0 Liverpool 1 - match report". The Telegraph. Dicapai pada 2 August 2012. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  12. ^ "Own goal gives Reds advantage". ESPN Soccernet. 23 August 2012. Dicapai pada 23 August 2012.
  13. ^ "Liverpool 2-2 Man City" BBC Sport. 26 August 2012. Retrieved 26 August 2012.
  14. ^ "Young Boys 3-5 Liverpool" BBC Sport. 20 September 2012. Retrieved 1 October 2012.
  15. ^ "Rodgers reveals work behind goal". Liverpool FC. 2012-10-20. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-05. Dicapai pada 2014-05-12.
  16. ^ "Sterling commits future to LFC". Liverpool FC Official Website. 21 December 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-24. Dicapai pada 22 December 2012.
  17. ^ "Liverpool 3-0 Sunderland" BBC Sport. 2 January 2013. Retrieved 6 January 2013.
  18. ^ "Sturridge and Henderson seal it for Rodgers' men against League One side". Daily Mail. 28 August 2013. Dicapai pada 28 August 2013.
  19. ^ "Suarez makes history with Norwich haul". liverpoolfc.com. 4 December 2013. Dicapai pada 4 December 2013.
  20. ^ Sanghera, Mandeep (2013-12-21). "BBC Sport - Liverpool 3-1 Cardiff City". Bbc.co.uk. Dicapai pada 2014-05-12.
  21. ^ "Liverpool 5-1 Arsenal" BBC Sport. 8 February 2014. Retrieved 8 February 2014.
  22. ^ "Philippe Coutinho gives Liverpool edge despite Manchester City fightback". The Guardian. 13 April 2014.
  23. ^ "Raheem Sterling's double gives Liverpool edge over Norwich City". The Guardian. 20 April 2014. Dicapai pada 20 April 2014.
  24. ^ "PFA Player of the Year award shortlist: Gerrard and Lallana nominated". The Guardian. 18 April 2014. Dicapai pada 19 April 2014. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  25. ^ "Liverpool 2-1 Southampton" BBC Sport. 17 August 2014. Retrieved 18 August 2014.
  26. ^ "BBC Sport - Tottenham Hotspur 0-3 Liverpool". BBC Sports. 31 August 2014. Dicapai pada 31 August 2014.
  27. ^ "Raheem Sterling". UEFA. Dicapai pada 21 September 2014.
  28. ^ "Manchester United 3 Liverpool 0, match report: David de Gea the Old Trafford hero as rivals are swept aside". The Telegraph. 14 December 2014. Dicapai pada 14 December 2014.
  29. ^ [1]
  30. ^ "Liverpool's Raheem Sterling wins Europe's Golden Boy award for 2014". The Guardian. 20 December 2014. Dicapai pada 20 December 2014.
  31. ^ a b "Raheem Sterling named Europe's Golden Boy after excellent year at Liverpool FC". Liverpool Echo. 20 December 2014. Dicapai pada 20 December 2014.
  32. ^ "Raheem Sterling misses Sunderland for Jamaica sun". BBC Sport. 10 January 2015. Dicapai pada 1 February 2015.
  33. ^ "Premier League: Daniel Sturridge scores on return as Liverpool prove too strong for West Ham". http://www.foxsports.com.au. 1 February 2015. Dicapai pada 4 March 2015. External link in |publisher= (bantuan)
  34. ^ "Bolton Wanderers F.C. 1–2 Liverpool". BBC Football. 4 February 2015. Dicapai pada 5 February 2015.
  35. ^ "Southampton 0–2 Liverpool". BBC Sport. 22 February 2015. Dicapai pada 1 March 2015.
  36. ^ "Liverpool 2–0 Newcastle". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. 13 April 2015. Dicapai pada 21 April 2015.
  37. ^ "Raheem Sterling wins Liverpool's Young Player of Year award". BBC Sport. 19 May 2015. Dicapai pada 20 May 2015.
  38. ^ Bevan, Chris (7 June 2015). "England boss Roy Hodgson keeps faith with Raheem Sterling". BBC Sport. Dicapai pada 8 June 2015.
  39. ^ "Men's PFA Young Player of the Year: Nominees". The PFA. 16 April 2015. Dicapai pada 12 June 2015. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  40. ^ http://www.bbc.co.uk/sport/0/football/33497488
  41. ^ http://www.manchestereveningnews.co.uk/sport/football/football-news/man-city-transfers-blues-agree-9640924
  42. ^ "Raheem Sterling: Man City sign Liverpool winger in £49m deal". BBC Sport. 14 July 2015. Dicapai pada 14 July 2015.
  43. ^ "Driver eligible for Scotland". Mirror Football. 11 October 2009. Dicapai pada 6 October 2013.
  44. ^ "Raheem Sterling profile". TheFA.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-21. Dicapai pada 6 October 2013.
  45. ^ "Rwanda beaten by England in World U17 opener". BBC Sport. 20 June 2011. Dicapai pada 21 June 2011.
  46. ^ "England Under-17s to face Germany in the quarter-finals of the World Cup following victory over Argentina on penalties". goal.com. 1 July 2011. Dicapai pada 14 July 2011.
  47. ^ "Shock England call for trio". Sky Sports. Skysports.com. 10 September 2012. Dicapai pada 10 September 2012.
  48. ^ "England 1-1 Ukraine" The FA.com. 11 September 2012. Retrieved 1 October 2012.
  49. ^ "Liverpool winger Raheem Sterling called up to England U21 squad". BBC Sport. Dicapai pada 3 October 2012.
  50. ^ "Serbia U21 0 - 1 England U21". BBC Sport. Dicapai pada 16 October 2012.
  51. ^ "England Under-21s thrash Scotland 6-0 in friendly" BBC Sport. 13 August 2013. Retrieved 13 August 2013.
  52. ^ "Sweden 4 England 2". BBC Sport. 15 November 2012. Dicapai pada 15 November 2012.
  53. ^ "Hodgson impressed by England's young lions". SBS. 6 March 2014.
  54. ^ "Henderson hails 'fearless' Sterling after winger's man-of-the-match performance for England". Liverpool Echo. 6 March 2014.
  55. ^ "Wilshere & Oxlade-Chamberlain in as Hodgson names youthful England 2014 World Cup squad". Goal.com. 12 May 2014. Dicapai pada 12 May 2014.
  56. ^ "Ecuador 2-2 England - LIVE: Raheem Streling and Antonio Valencia sent off following angry exchange". Daily Mail. 4 June 2014. Dicapai pada 4 June 2014.
  57. ^ Phil McNulty (4 June 2014). "Raheem Sterling was sent off and Alex Oxlade-Chamberlain suffered a worrying knee injury as England produced a mixed display to draw with Ecuador in their World Cup warm-up game in Miami". BBC Sport. Dicapai pada 4 June 2014.
  58. ^ "England v Italy: How Roy Hodgson's men rated in Manaus". British Broadcasting Corporation. 15 June 2014. Dicapai pada 16 June 2014.
  59. ^ "England 4-0 Lithuania". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. 28 March 2015. Dicapai pada 29 March 2015.
  60. ^ a b Lowe, André (23 February 2011). "As Hype Grows Around Raheem Sterling". Jamaica Gleaner. Gleaner Company. Dicapai pada 22 April 2011.
  61. ^ a b Hall, Arthur (1 July 2012). "Maverley's Son Liverpool's Baller Raheem's Return Inspires". Jamaica Gleaner. Gleaner Company. Dicapai pada 19 May 2015.
  62. ^ "History boys: Dalglish to get teenage kicks in Prague with Liverpool starlet Sterling". Mail Online. Associated Newspapers. 16 February 2011. Dicapai pada 22 April 2011.
  63. ^ "Raheem Sterling interview: Mum's my Mourinho.. and Steven Gerrard is my Yoda". Mirror Online. Mirror Group Newspapers. 10 January 2013. Dicapai pada 1 February 2013.
  64. ^ "Raheem Sterling, England's new wunderkind". Channel 4 News. 18 June 2014. Dicapai pada 14 December 2014.
  65. ^ Sanderson, David (18 June 2014). "Pride and bafflement as family see Sterling mesmerise a nation". The Times. Dicapai pada 14 December 2014.
  66. ^ "Raheem sterling Arrested". 9 August 2013. Dicapai pada 9 August 2013.
  67. ^ Press Association (2013-09-20). "Liverpool's Raheem Sterling cleared of assault on former girlfriend | Football". theguardian.com. Dicapai pada 2014-05-12.
  68. ^ "Sterling sees assault charge dropped". 20 May 2013. Dicapai pada 20 May 2013.
  69. ^ Footballers, The (2013-01-21). "Raheem Sterling: interview with the Daily Mail". Dailymail.co.uk. Dicapai pada 2014-05-12.
  70. ^ "Raheem Sterling: Liverpool star alleged to have taken laughing gas". BBC Sport. 14 April 2015. Dicapai pada 14 April 2015.
  71. ^ "Games played by Raheem Sterling in 2011/2012". Soccerbase. Dicapai pada 7 December 2014.
  72. ^ "Games played by Raheem Sterling in 2012/2013". Soccerbase. Dicapai pada 7 December 2014.
  73. ^ "Games played by Raheem Sterling in 2013/2014". Soccerbase. Dicapai pada 7 December 2014.
  74. ^ "Games played by Raheem Sterling in 2014/2015". Soccerbase. Dicapai pada 15 July 2015.
  75. ^ "Games played by Raheem Sterling in 2015/2016". Soccerbase. Dicapai pada 15 July 2015.
  76. ^ "Player Info: Raheem Shaquille Sterling". englandstats.com. Dicapai pada 7 December 2014.
  77. ^ "Suarez bags treble at awards dinner". LiverpoolFC.com. 6 May 2014. Dicapai pada 7 May 2014.
  78. ^ "Phil wins four prizes at Players' Awards". Official Site Liverpool FC. 19 May 2015. Dicapai pada 19 May 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]