Pic Melba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pic Melba
Peach Melba.jpg
JenisPencuci mulut
Dicipta olehAuguste Escoffier
Bahan utamaPic, sos raspberi, ais krim vanila
di Wikibuku Buku Masakan: Pic Melba  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Pic Melba

Pic Melba (Bahasa Perancis: pêche Melba, disebut Sebutan bahasa Perancis: [pɛʃ mɛl.ba]; Bahasa Inggeris: Peach Melba) ialah pencuci mulut pic dan sos raspberi dengan ais krim vanila. Hidangan yang ditemukan pada tahun 1892 atau 1893 oleh chef Perancis Auguste Escoffier di Savoy Hotel, London, sebagai menghormati soprano Australia Nellie Melba.[1][2]

Penciptaan hidangan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1892, penyanyi soprano opera Nellie Melba telah melakukan persembahan di opera Wagner Lohengrin di Covent Garden. Duke Orléans mengadakan sebuah keraian makan malam untuk meraikan kejayaannya. Atas kesempatan itu, Escoffier mencipta pencuci mulut yang baru, dan untuk mempersembahkannya, dia menggunakan sebuah patung ais angsa, yang ditampilkan di opera. Angsa membawa pic yang terletak di atas hamparan ais krim vanila dan yang telah dicurahkan dengan gula putar. Pada tahun 1900, Escoffier mencipta versi baru pencuci mulut itu. Untuk majlis pembukaan Carlton Hotel, di mana dia adalah ketua chef, Escoffier mengabaikan angsa ais dan meletakkan pic dengan puri raspberi.

Variasi[sunting | sunting sumber]

Versi lain menggunakan pear, aprikot, atau strawberi menggantikan buah pic dan/atau menggunakan sos raspberi atau jeli buah kismis merah cair bukan raspberi puri. Hidangan asal menggunakan bahan-bahan yang mudah "pic lembut dan sangat masak, ais krim vanila, dan puri manis raspberi". Escoffier sendiri menyebut: "mana-mana perubahan pada resepi ini merosakkan keseimbangan rasanya."[3]

Kepentingan budaya[sunting | sunting sumber]

Dalam penghormatan kepada Escoffier dekonstruksi rumit Pic Melba telah disajikan sebagai hidangan terakhir di elBulli sebelum penutupan pada tahun 2012.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Melba. Larousse Gastronomique (edisi Rev. Sub.). New York City, New York: Clarkson Potter. 2001-10-02. m/s. 733. ISBN 978-0609609712. 
  2. ^ Avey, Tori. "Opera, Escoffier, and Peaches: The Story Behind the Peach Melba", August 22, 2012, accessed 9 April 2015
  3. ^ "Peach Melba - The Auguste Escoffier Way" (PDF). Melba Magazine. Tasmanian Symphony Orchestra: 4. 2017. 
  4. ^ "A última valsa do elBulli". Menu. Dicapai 2015-02-03.